Selasa, 25 September 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: SGM Berjaya Menang Kes Tuntut Taksiran Gantirugi, Mahkamah Tolak Permohonan UMNO!

Posted: 24 Sep 2012 07:39 PM PDT

KUANTAN, 25 Sept - Syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM) telah berjaya memenangi kes berkenaan tuntutan taksiran gantirugi yang dibuat oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang terhadap syarikat terbabit. Keputusan diumumkan oleh Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Kuantan Shazlina Shafie di sini semalam. Mac lalu,  mahkamah telah memerintahkan syarikat pembalakan syarikat terbabit membayar gantirugi kepada UMNO berhubung satu kontrak pembalakan. Dalam keputusan itu, Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan tuntutan balas Badan Perhubungan UMNO Pahang untuk mengisytiharkan kontrak bertarikh 2 Oktober 2000 yang didakwa SGM dimeterai antara kedua pihak, sebagai batal dan tidak sah. Mahkamah Tinggi turut memerintahkan SGM membayar gantirugi kepada UMNO Pahang. UMNO mendakwa tidak ada keizinan diberikan kepada SGM bagi melaksanakan kerja pembalakan di Blok A2, atas sebidang tanah di Nenasi, Pekan yang diluluskan kepada mereka. Pihak terbabit kemudian mengemukakan tuntutan balas memohon satu deklarasi bahawa kontrak yang dikatakan itu adalah batal dan tidak sah serta mendakwa ia tidak wujud. Mereka juga turut menuntut agar SGM membayar semua faedah serta keuntungan yang diperoleh syarikat itu bagi balak yang ditebang di tanah seluas 1,000 ekar sebanyak RM1.5 juta. Dalam perbicaraan semalam, peguam yang mewakili SGMMuhammad Aznel Azharudin (foto) berkata kedua pihak telah berhujah dan Timbalan Pendaftar memutuskan bahawa saksi (UMNO Pahang) gagal memberi bukti  dan bercanggah dari segi keterangan. "Saksi pakar tak pakar.... saksi pakar yang dibawa mahkamah anggap sebagai saksi awam.. dan beberapa bukti dan keterangan kes sebelum ini .. dengan Kerajaan Negeri (Pahang) bertarikh 21.9.2000... Ada konfliklah di sana dengan sini.. Kes hari ni 22.8.2003", katanya.

  
 "Yang kita appeal sekarang pending dekat Faderal Courts on the liabiliti.... so kita kat sini mahkamah arahkan untuk taksir ikut appeal yang sedang berjalan .. dulu dia (UMNO) menang isu liabiliti.. kita appeal..isu liabiliti tu tak putus lagi..so bila mahkamah kata dah putuskan bahawa soal liabiliti berjaya ... dalam isu libiliti tu dia pegi kepada taksiran ...jadi sekarang kita putuskan isu taksiran itulah. Kita dah lama mintak stay sebab benda tu tengah appeal... so after few round tu mahkamah kata suruh jalan jugak taksiran.. maka kita jalan jugak lah", katanya lagi. "UMNO kata dia menang dan mintak RM70 juta... tapi kalau dia nak benda tu hari ni (semalam) dia kena menanglah .. dia kena buktikan semua tu.. bukan automatik...sepatut keputusan telah dibuat pada Mei tahun ni untuk membuat keputusan taksiran...tapi postpone sampai hari ini. Mahkamah telah menolak permohonan UMNO (gantirugi dan kos) maka mereka perlu membayar kepada SGM atas kesilapan yang berlaku ini. "So isu kalau dia (UMNO) kata mereka telah menang RM70 juta dan kita kena bayar tak timbullah sekarang. SGM tidak akan bayar satu sen pun kepada UMNO", Kata Aznel lagi. Dalam perbicaraan tersebut semalam, Badan Perhubungan UMNO Pahang telah diwakili oleh Tetuan Toh & Co.

[Satu keputusan yang pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat Pahang. Kes antara Seruan Gemilang Makmur (SGM) dengan UMNO dan Kerajaan Negeri Pahang ini sudah berlarutan lebih 10 tahun namun hingga kini masih tiada tindakan oleh pihak terbabit walau pun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan SGM menang dalam kes saman mereka. Soalnya sekarang apakah kes ini akan dijadikan isu oleh Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum akan datang agaknya. Tambahan pula ia melibatkan integriti dan ketelusan yang sepatutnya diamalkan oleh pemerintah. Apapun, UMNO Pahang masih mempunyai ruang selama dua minggu untuk membuat rayuan. Sekiranya gagal maka kejayaan pasti akan menaikkan imej SGM yang telah sekian lama memperjuangan hak mereka. Rakyat Pahang seantero dunia sememangnya sudah lama pantau kes ini].

Tiada ulasan: