Ahad, 2 September 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Video MKini: Himpunan Hijau Raub 2 September

Posted: 02 Sep 2012 03:13 AM PDT

Info Dan Foto Terkini Dari Himpunan Hijau Raub

Posted: 02 Sep 2012 02:00 AM PDT

Kira-kira lima ribu orang sudah pun berkumpul di sepanjang Jalan Bukit Koman, Raub untuk menyatakan bantahan mereka terhadap penggunaan sianida di lombong emas berdekatan. Peserta "Himpunan Hijau Raub" itu rata-rata memakai kemeja-T hijau, bersorak dan mengambil gambar mereka sendiri sebelum perhimpunan tersebut bermula jam 2.00 petang tadi. Di fahamkan, pihak UMNO BN sekarang sedang sibuk mengadakan berbagai acara termasuk jamuan hari raya Aidil Fitri di kawasan berhampiran bagi tujuan mengganggu program tersebut. Malah, pada malam tadi banyak kain rentang "Himpunan Hijau Raub" telah dirosakkan oleh pihak yang berkenaan. Ketakutan mereka terhadap bangkitan rakyat dalam isu Cyanide ini semakin terserlah sekarang. Malah, kami dihubungi oleh seorang pegawai kesihatan yang memaklumkan penggunaan Cyanide untuk lombong emas di Raub Australian Gold Mining (RAGM) itu sememangnya merbahayakan kesihatan para penduduk setempat. Bahkan mereka diarahkan berjaga-jaga agar tiada kejadian tidak diingini berlaku terhadap penduduk. Beliau juga mengakui terpaksa mengeluarkan kenyataan yang berbeza kerana mendapat tekanan daripada pihak atasan. Hakikat ini berbeza daripada apa yang rakyat sangka. Sementara itu para pemimpin Pakatan Rakyat mula hadir sekitar jam 1.30 petang dan bersama rakyat ke lokasi himpunan, Padang Milo belakang Taman Tasik Raub.











Setakat jam 3.00 petang tadi, dilaporkan kira-kira 15 ribu peserta himpunan telah hadir memberikan sokongan kepada Himpunan Hijau Raub. Sekitar jam 4.00 petang dianggarkan peserta sudah mencecah hampir 20 ribu orang. Masing-masing dilihat begitu bersemangat untuk memastikan alam sekitar terus terjaga dan membantah mana-mana projek yang boleh memudaratkan kesihatan rakyat.

Panas: "Maksiat Merdeka", JAIP Berjaya Cekup 19 Pasangan Berkhalwat Dalam Operasi Malam Itu !!

Posted: 01 Sep 2012 10:26 PM PDT

KUANTAN, 2 Sept - Sanggup menyorok bawah katil, termasuk mendaftar diri dengan nama palsu dan mengaku sebagai pasangan yang sudah berkahwin, itu antara taktik yang digunakan sebahagian 19 pasangan beragama Islam yang dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam operasi cegah maksiat pada malam sambutan Hari Kemerdekaan awal pagi Jumaat. Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik (foto) berkata pasangan berkenaan yang dicekup di hotel-hotel bajet sekitar bandar ini kerana berkhalwat kini ditahan JAIP untuk siasatan lanjut dan dibenar diikat jamin sebelum dibebaskan. "Seramai 38 orang, iaitu 19 lelaki dan 19 wanita berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun berjaya kita tahan dalam operasi cegah maksiat JAIP yang bermula dari 10 malam hingga 6 pagi tadi," katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir kira-kira 6.30 pagi tadi. Katanya, beberapa lokasi hotel bajet sekitar Kuantan diperiksa termasuk di Jalan Wong Ah Jang, Jalan Tun Ismail, Jalan Pasar, Jalan Besar. Ahmad Raffli berkata, kesemua mereka yang ditahan akan didakwa di mahkamah tetapi dibenarkan ikat jamin. Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Beliau turut menasihatkan pasangan berkenaan yang kebanyakannya muda-mudi agar menyambut kemerdekaan dengan cara yang sewajarnya, bukan mengambil peluang dengan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Islam. Sementara itu Sinar Harian Pahang pula melaporkan "Kantoi', pasangan mengeluh ketika ditahan JAIP". "Saya tahu itu silap saya, perkara dah berlaku, nak buat macam mana," keluh seorang lelaki berusia 23 tahun yang ditahan JAIP kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita di sebuah hotel bajet di sini kelmarin.


Pegawai JAIP sedang memeriksa salah satu pasangan yang dicekup
[Dalam operasi kira-kira jam 5 pagi yang dilakukan empat pegawai Penguat kuasa JAIP yang menjalankan operasi di hotel di Jalan Wong Ah Jang mendapati pasangan itu berada bersama di dalam bilik ketika pintu dibuka. Graduan sebuah universiti teknikal berkenaan mendakwa, dia bersama teman wanitanya yang juga bakal guru itu bertemu malam itu sebelum dia pulang ke Kelantan untuk bercuti sempena Hari Kemerdekaan. Ketika pemeriksaan dilakukan, lelaki berkenaan hanya memakai seluar pendek dan baju T manakala teman wanitanya memakai baju tidur. Wanita berusia 24 tahun itu juga mengaku sedang belajar di sebuah pusat pengajian tinggi awam di Perak. Selepas disoal siasat kira-kira 20 minit, mereka kemudiannya dibawa ke pejabat JAIP untuk siasatan lanjut. JAIP sebelum ini sudah memberi amaran pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang jadikan cuti kemerdekaan sebagai peluang membuat maksiat].

Tahniah, Pahang Menang 3-2 Ke Atas Sarawak !!

Posted: 01 Sep 2012 10:18 PM PDT

Tiada ulasan: