Rabu, 19 September 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Terkini: Polis Kuantan 'Berjaya Tangkap' Semula Banduan Terlepas Dari Kawalan Polis Semalam !!

Posted: 18 Sep 2012 10:14 PM PDT

KUANTAN, 19 Sept - Seorang banduan yang melarikan diri daripada kawalan polis selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam berjaya ditahan semula di Taman Dato Rashid, di sini malam tadi. Banduan berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 10.25 malam apabila dia keluar dari tempat persembunyiannya dan meminta air di sebuah rumah penduduk di taman itu. Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd. Jasmani Yusoff (foto) berkata, banduan terbabit juga minta dibukakan gari namun penduduk kampung segera memaklumkannya kepada polis. "Banduan itu tidak cedera, hanya sedikit calar di muka kesan daripada kemalangan itu dan dia cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas polis," katanya ketika dihubungi di sini. Beliau berkata, banduan terbabit dibawa ke lokap Ibu pejabat Polis Daerah Kuantan sebelum dihantar ke Penjara Penor hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi di Jalan Pintasan Kuantan semalam, banduan terbabit, Roslan Ismail yang dijatuhi hukuman penjara 8 tahun dan 10 sebatan kerana kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 berjaya meloloskan diri dengan tangan bergari, bagaimanapun tiada sebarang senjata api dilarikannya.


[Inilah wajah suspek yang melarikan diri semalam. Mujurlah pihak polis berjaya mengesan dan menjejaki beliau dalam masa yang singkat. Jika tidak sudah pasti penduduk sekitar akan hidup dalam ketakutan kerana gusar banduan berkenaan menyerang rumah mereka. Syabas dan tahniah kepada OCPD Kuantan bersama anak buahnya yang telah tertungkus lumus menjejaki suspek berkenaan sehinggalah berjaya menangkapnya semula].

Panas: Radio Internet 'Cili FM' Meletup, Sokongan Peminat Di Seluruh Dunia Meningkat Setiap Hari !

Posted: 18 Sep 2012 06:28 PM PDT

Biar pun baru sahaja dilancarkan, namun "radio internet paling pedas di dunia" Cili FM kini sudah semakin popular di kalangan rakyat Malaysia seantero dunia terutamanya yang sering melayari internet. Menggunakan internet sebagai alat penghubung untuk berkomunikasi, Cili FM ternyata telah berjaya mendapat rating pendengar yang tinggi dan bakal menjadi salah sebuah radio internet paling popular di Malaysia satu hari nanti. Saiful Bahri, salah seorang pengasas Cili FM berkata, beliau tidak menyangka sambutan yang diterima cukup menggalakkan sekarang ini. Malah terkadang kapasiti pendengar melebihi had yang dibenarkan. "Akibatnya, siaran sering terputus-putus.. malahan ada di sesetengah kawasan langsung tidak dapat mendengar siaran kami lagi", kata beliau yang juga dikenali sebagai DJ Bob. Menurutnya, pada awal kemunculan Cili FM kepedasannya tidak terlalu terasa. Cuma, selepas kemasukan DJ CMK (Cucumatkilau) rating terus naik mendadak dan diluar jangkaan. "Ramai yang tertanya-tanya konsep Cili FM. Sebenarnya kami menyajikan hiburan dan informasi kepada pendengar dalam kontek yang lebih bebas dan adil. FM membawa maksud Free Media.... bermakna kami cuba menjadi sebuah radio yang adil untuk semua, bukan sekadar hiburan semata-mata... tetapi ia lebih kepada informasi terkini tentang aktiviti masyarakat dan rakyat baik dari kerajaan mahu pun pihak lain", katanya. Kelainan yang ada pada Cili FM menyebabkan ramai pihak yang sudah lama dahagakan sebuah radio yang bebas dan adil seperti ini kini menjadi kenyataan. Di jangkakan dalam tempoh terdekat Cili FM akan meletup sebagai sebuah radio internet paling popular di Malaysia dan seantero dunia amnya.


DJ Bob serta DJ CMK antara dua orang juruhebah di radio internet Cili FM

Ramai yang mempertikaikan cara persembahan DJ CMK yang dilihat agak pedas dan panas di Radio Internet Cili FM berbanding dengan lain-lain juruhebah sedia ada. Namun bagi CMK itulah kelainan yang ada dan wajar dinilai oleh rakyat. Kita tidak mahu Cili FM sekadar radio hiburan semata-mata.. jika mahukan hiburan kita memang sudah ada banyak siaran radio sedia ada sebenarnya. Sebab itu saya membawa kelainan dengan membicarakan isu-isu panas sama ada isu rakyat, semasa dan politik. Memang ada yang terasa bila isu-isu berkenaan dibincangkan. Namun itulah realitinya.. kerana Cili FM mengamalkan sikap terbuka dan siapa yang makan cili dialah yang akan terasa pedasnya. CMK juga akan meninggalkan blog panas Pahang Daily Online (PDO) untuk bertugas sepenuh masa di Cili FM. Sambutan peminat amat luar biasa dan memang tidak dijangka. Kita dapat pendengar dari dalam dan luar negara .. terutamanya rakyat Malaysia yang belajar dan bekerja di sana. Mereka gembira dengan kemunculan Cili FM kerana ia memberi wadah hiburan baru kepada rakyat. Disamping berhibur mereka boleh mendengar isu-isu semasa yang selama ini jarang dibicarakan secara terbuka di siaran radio biasa. Sebab itu saya yakin pendekatan yang kita bawa boleh memberi satu kelainan kepada pendengar terutamanya generasi muda yang meninati hiburan sekarang ini. Saya optimis Cili FM bakal berdiri gagah dengan siaran radio internet yang lain dalam masa terdekat ini berdasarkan sokongan yang diberikan oleh pendengar dari seluruh dunia pada masa ini.

[Pada masa ini Cili FM mempunyai beberapa orang juruhebah seperti DJ BobAnaroka, DJ LahKukur, DJ Shahmi, DJ Putra, DJ CMK, DJ AyahTeh dan lain-lain. Namun, kesemua DJ terbabit bertugas tidak tentu masa setakat ini. Ia memandangkan Cili FM belum dirasmikan sepenuhnya bagi membolehkan sebuah pejabat operasi di buka dalam masa terdekat. Malah difahamkan, semua DJ terbabit juga tidak dibayar gaji atau elaun seperti yang sepatutnya. Lantaran itu mereka boleh bertugas tanpa jadual yang tetap pada masa ini. Walau bagaimana pun ketika ketiadaan DJ, Cili FM tetap boleh didengari dimana lagu-lagu sensasi sepanjang zaman di putarkan secara "Auto Run". Sokongan semua amatlah diharapkan dan jangan lupa LIKE pages Cili FM untuk mendapatkan informasi terkini, serta layari www.cilifm.blogspot.com untuk mendengar siaran ini. Ikuti kenyataan Blogger Cucumatkilau kenapa beliau yang sudah lama meninggalkan dunia penyiaran tiba-tiba tertarik untuk bersama dengan Radio Internet Paling Pedas Dalam Dunia" ini. Sila lawati blognya DI SINI]

Isu: Penduduk Gesa Kerajaan Pantau Pergerakan Lori Treler Bawa Bijih Besi Di Jalan Lipis-Jerantut

Posted: 18 Sep 2012 04:56 PM PDT

KUALA LIPIS, 19 Sept - Orang ramai terutamanya para penduduk di sekitar jalan utama Kuala Lipis ke Jerantut melalui Kerambit (foto) menggesa Kerajaan Negeri Pahang mengambil perhatian serius terhadap jalanraya yang kini rosak teruk akibat dilalui oleh lori-lori treler yang membawa bijih besi ke Pelabuhan Kuantan yang jaraknya hampir 200 km dari kawasan ini. Difahamkan, jalan-jalan kampung sedia ada kini rosak teruk dan menimbulkan masalah kepada penduduk setempat. Bukan sahaja orang kampung sekitarnya yang menjadi mangsa, malahan bagi mereka yang sering berulang-alik Jerantut-Lipis menggunakan jalan terbabit juga mengalami nasib yang sama. Menurut seorang pengguna jalan berkenaan berkata, keadaan jalan kini rosak teruk kerana treler berkenaan membawa muatan berat yang melebihi had yang ditetapkan. Mereka dipercayai membawa bijih besi dari lombong di Sungai Temau untuk dibawa terus ke Pelabuhan Kuantan bagi tujuan eksport ke negara China. Keadaan menjadi lebih parah apabila lori-lori treler terbabit dipandu laju ketika ia kosong dari arah Kuantan ke Lipis. Ramai orang kampung yang menjadi mangsa dan terpaksa beralah kerana takut nyawa mereka melayang akibat kerakusan pihak berkenaan. Persoalannya yang timbul sekarang ialah bagaimana pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pegangkutan Awam Darat (SPAD) tidak dapat mengambil apa-apa tindakan atas perkara ini. Apakah ada unsur rasuah dan korupsi berlaku?. Justeru mereka digesa mengambil tindakan tegas untuk memantau perkara ini agar ia tidak menyusahkan penduduk.


Tragedi seperti ini mungkin berlaku lagi jika tiada tindakan pihak berkuasa

[Banyak kejadian kemalangan maut dengan treler bijih besi berlaku mutakhir ini, dan pada Julai lalu empat sahabat terbunuh selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka merempuh sebuah treler sarat muatan bijih besi sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Honda yang berada di belakang, di Kilometer 18, Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, dekat Bandar Damansara Kuantan. Nyawa manusia melayang begitu sahaja kerana sikap pihak berkenaan yang jelas menjadi "raja" di jalanraya?. Mungkin dek kerana menyedari lori treler itu besar dan gagah, maka mereka sewenangnya menjadikan jalanraya hak mereka. Akibatnya penduduk yang terpaksa menjadi mangsa dan terpaksa beralah. Sampai bila kita mahu melihat adengan seperti ini terus berlaku. Sudah tiba masanya pihak berkuasa memainkan peranan penting untuk mengawal keadaan supaya ia tidak menjadi lebih buruk dari sekarang. Usahlah hanya mengejar keuntungan semata-mata hingga merosakkan kemudahan awam].

Tiada ulasan: