Pahang Daily Online |
- Panas: Fakta, Krisis Air Di Negeri Perdana Menteri
- Panas: Banduan Terlepas, Berjaya Rampas Pistol Pihak Polis Dan Telah Melarikan Diri Di Kuantan
- Panas: 'Gara-Gara Jahil', Ada Pihak Sanggup Hina Sunnah 'Rasullullah' Yang Di Amal Oleh Nik Aziz !!
- Panas: Dek Kerana Taksub, Huruf "Alif" Di Tukar Jadi Logo "1Malaysia" Oleh Penyokong UMNO BN !
- Panas: 'Politik Ganas' Kini Makin Menular, Kereta Milik YDP PAS Pekan Pula Telah Di Pecah Cermin !
- Isu Langat 2: Kerajaan Selangor 'Terpaksa' Ambil Tindakan Undang-Undang Andai Pusat Berdegil !
Panas: Fakta, Krisis Air Di Negeri Perdana Menteri Posted: 18 Sep 2012 06:05 AM PDT Sila klik pada imej di atas untuk membesarkan gambar yang dipaparkan ini Foto ehsan ini adalah diambil daripada laman facebook Huzir Sulaiman |
Panas: Banduan Terlepas, Berjaya Rampas Pistol Pihak Polis Dan Telah Melarikan Diri Di Kuantan Posted: 18 Sep 2012 04:55 AM PDT KUANTAN, 18 Sept - Orang ramai di kawasan Beserah, Balok dan sekitarnya digesa berjaga-jaga kerana dikhuatiri adanya ancaman penjenayah di kawasan mereka. Ini berikutan satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta peronda polis yang sedang membawa banduan telah berlaku di jalan By-Pass (Kuantan-Kemaman) berhampiran Taman Dato' Rashid tengahari tadi. Difahamkan penjenayah terbabit berjaya merampas pistol polis dan melarikan diri menghala ke hutan Beserah menghala ke Pelabuhan Kuantan. Oleh itu orang ramai diminta berhati-hati dan sekiranya ternampak kelibat individu yang mencurigakan, sila laporkan kepada polis. Keadaan kereta peronda polis yang telah remuk selepas kemalangan tersebut [Satu kejadian yang ttidak sewajarnya berlaku, namun tidak dapat dielakkan kerana incividu terbabit sedang dibawa oleh kereta peronda polis yang terlibat dalam kemalangan. Namun, pihak polis diharap dapat menyelesaikan kes ini dengan segera bagi menggelakkan kebimbangan penduduk setempat. Mereka kini gusar kerana banduan terbabit dipercayai berjaya merampas pistol milik anggota polis berkenaan. Difahamkan, sekatan jalanraya telah dilakukan oleh pihak polis di sekitar Kuantan sejak tersebarnya berita ini. Malah, polis juga telah menggunakan anjin pengesan untuk menjejaki banduan berkenaan yang dipercayai masih berada di kawasan yang berhampiran. Apapun, orang ramai digesa berjaga-jaga bagi mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini dari berlaku]. |
Panas: 'Gara-Gara Jahil', Ada Pihak Sanggup Hina Sunnah 'Rasullullah' Yang Di Amal Oleh Nik Aziz !! Posted: 17 Sep 2012 05:26 PM PDT Ramai pihak yang terkejut apabila tersebarnya gambar yang menyamakan Tok Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat (foto), Menteri Besar Kelantan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dengan imej seekor "khinzir". Foto itu kini disebarkan secara meluas di laman sembang sosial facebook dan dipercayai dilakukan oleh penyokong sebuah parti politik agaknya. Ia berdasarkan kepada cara gambar itu diolah sedemikian rupa yang jelas sekali satu tindakan "biadap" terhadap pemimpin terbabit. Pada posting yang dibuat oleh Raden Ku Asmar terhadap tindakan ini beliau berkata "Kita marah apabila ada pihak lain menghina Rasul kita yang dikasihi ... tapi, mari kita lihat sendiri ada pihak lain di Malaysia ini menghina sunnah rasul kita... biadap!". Persoalan kenapa perbuatan ini boleh dilakukan oleh pihak berkenaan?. Ia jelas sekali menunjukkan betapa ceteknya ilmu agama dan keimanan seseorang hingga tergamak menyamakan apa yang menjadi sunnah Rasullullah SAW iti seperti binatang. Susulan pendedahan ini juga, ramai pihak yang mengutuk tindakan Idham Zulkifli itu sebenarnya. Beliau bukan sahaja menerbitkan posting berkenaan malah tergamak pula mengeluarkan kenyataan ".. Yang bangang itu Nik Aziz.. lebih bangang dari babi.... wakakaka... nampaknya begitulah.. babi itu lebih sopan dari Nik Aziz .. huahuahua". Bukankah perkataan beliau itu jelas sekali satu penghinaan?. Sedangkan dalam hadis ada menyebaut "Dari Anas: "Bahwasanya Rasul SAW, sewaktu makan menggunakan tiga jari, dan sabdanya: "Ketika suapan seseorang dari kamu jatuh, hendaklah diambil, dibersihkan dari kotorannya, lalu dimakan, jangan dibiarkan syaitan yang makan. Dan beliau SAW, menyuruh membersihkan sisa makanan di piring dengan sabdanya: "Kalian tiada mengetahui dengan pasti butiran makanan yang mana terletaknya barakah pada makanan" (Hadis Riwayat oleh Muslim). [Amatlah tidak wajar pihak berkenaan menyamakan perbuatan manusia dengan binatang, tambahan pula satu amalan yang menjadi sunnah Rasulullah SAW itu sendiri. Perkataan "Antara Dua Haiwan Ini, Mana Yang Lebih Sopan" itu jelas sekali satu penghinaan terhadap Tok Guru Nik Aziz sendiri sebenarnya. Kenapakah tergamak mengatakan manusia ciptaan Allah itu sebagai haiwan?. Ini mengingatkan kembali kita kepada filem P.Ramlee "Ibu Mertuaku" sebenarnya. Dalam filem itu, Kassim Selamat menyamakan ibu mertuanya seperti haiwan apabila tergamak mengatakan isteri beliau (Sabariah) telah meninggal dunia dan tergamak pula membawa dia ke kubur isterinya itu. Padahal yang dibawa ialah kubur orang lain. Masih segar dalam memori kita bait-baik perkataan yang dikeluarkan oleh P.Ramlee ketika itu. Kini, dari filem ia sudah jadi realiti. Apakah ini namanya orang Islam?. Tergamak menyamakan manusia dengan binatang?. Semoga pihak berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada Tok Guru Nik Aziz atas perbuatan biadap yang jelas memalukan ini]. |
Panas: Dek Kerana Taksub, Huruf "Alif" Di Tukar Jadi Logo "1Malaysia" Oleh Penyokong UMNO BN ! Posted: 17 Sep 2012 04:26 PM PDT KUANTAN, 18 Sept - Apa sudah jadi, gara-gara taksub dengan "1Malaysia", ada orang tergamak menukarkan hurup "Aliff" pada surah "Al-Mulk" dengan logo "1Malaysia". Perkara ini didedahkan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuantan, Ustaz Rosli Abdul Jabar (foto), di laman sembang sosialnya awal pagi tadi. Kejadian dipercayai berlaku dalam sebuah surau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. "Huruf Aliff pada ejaan surah 'Al Mulk' ditukar kepada no 1 , jumpa disurau Al Badar Lembah Pantai, puak-puak 1 Malaysia ni dah tak takut dosa lansung sampai menukar huruf AlQur'an", kata beliau pada posting tersebut. Kenyataan beliau itu mendapat reaksi panas daripada sahabat FB yang lainnya. Masing-masing terkejut dengan apa yang berlaku dan menganggap ia sesuatu yang memalukan dan jelas sekali oleh orang yang tidak punyai ilmu agama langsung. "Ya Allah....ini species tak taku kpd Allah...hanya takut sesama manusia yang durjana...", kata Dato' Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Pahang. "Sengaja tak sebut satu huruf tu dah kafir kalau sengaja tukar tak tahu lah mcmmn pulak ... tak fikir hukum hakam akibat terlalu taksub dgn sesuatu", kata salah satu komentar pada posting tersebut. Persoalannya sekarang, apakah perkara ini direstui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)?. Jika sebelum ini umat Islam marah apabila filem yang menghina Rasulullah SAW diterbitkan di Amerika Syarikat. Kini ada pula, umat Islam di bumi sendiri yang tergamak menukarkan ayat Al-Quran dengan logo "1Malaysia". Inilah yang memusykilkan kita sekarang. Justeru, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam, Dato' Seri Jamil Khir Baharom digesa turun padang untuk memantau keadaan ini. Jika tidak sudah pasti apa yang berlaku di surau berkenaan akan diikuti pula oleh surau-surau yang lain pula selepas ini. Kita tidak mahu, ayat Al-Quran dipermainkan sewenangnya oleh orang Melayu yang kononnya beragama Islam tetapi terlalu jahil sebenarnya. Hingga mereka tergamak berbuat demikian, tanpa bertanya kepada mereka yang lebih arif tentang agama Islam itu sendiri. Bukti, huruf "Alif" pada surah "Al-Mulk" ini telah ditukar jadi logo 1Malaysia [Kejadian ini bukanlah sesuatu yang baru sebenarnya. Sebelum ini memang sudah banyak ia didedahkan, namun tidak disedari oleh pihak terbabit. Makanya, dengan pendedahan terbaru ini diharap pihak yang berkenaan mengambil perhatian serius dan arahkan perkara ini diperbetulkan semula jika tidak mahu mereka itu digelar jahil oleh orang lain. Ia bukan sahaja memalukan pihak surau yang berkenaan, malah boleh mengelirukan orang ramai. Tindakan ini memang tidak nampak satu penghinaan tetapi mengubah satu huruf pada ayat Al-Quran itu pun sudah dikira berdosa apatah lagi kepada surah ayat berkenaan. Mungkin tindakan ini dilakukan oleh mereka yang jahil, namun masih ada masa lagi untuk diperbetulkan dan kita takut semua surah yang memang ada hurul "Alif" pun akan ditukarkan dengan logo "1Malaysia" selepas ini nanti. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar sebelum segalanya ini terlambat nanti]. |
Panas: 'Politik Ganas' Kini Makin Menular, Kereta Milik YDP PAS Pekan Pula Telah Di Pecah Cermin ! Posted: 17 Sep 2012 11:50 AM PDT PEKAN, 17 Sept - Sebuah kereta milik Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf (foto) telah dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali lewat awal pagi tadi. Kenderaan beliau dari jenis Kia Spektra itu telah dibaling dengan batu-bata menyebabkan cermin belakangnya pecah. Perbuatan khianat itu dipercayai berlaku sekitar jam 1.30 pagi dan terdapat saksi yang mengatakan penjenayah terbabit merupakan seorang dewasa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5. Beliau dikatakan telah masuk ke rumah mangsa dan melontarkan dua biji baru bata. Salah satu daripadanya terkena cermin belakang dan satu lagi terkena pada bumbung dan bahagian depan kereta berkenaan. Menurut sumber, sebelum ini kejadian yang sama telah menimpa kenderaan anak saudara beliau turut dipecahkan cermin ketika ia diletakkan di hadapan rumahnya. Dua kejadian yang berlaku ini menimbulkan satu persoalan, apakah ia bermotifkan politik atau sekadar perbuatan khianat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu laporan polis telah di buat oleh PAS Pekan selepas kejadi itu awal pagi tadi. Kejadian yang berlaku ini sungguh mengejutkan kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi PAS di kawasan parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nampaknya kini budaya samseng dalam berpolitik sudah semakin menular dan berada ditahap yang paling serius. Kejadian yang menimpa YDP PAS Pekan itu kemungkinan besar adalah untuk menakut-nakutkan beliau dan keluarganya, tambahan pula Pilihanraya Umum Ke-13 kian hampir sekarang ini. Apapun, mujurlah tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini. Manakala itu, menurut Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Pahang (MTRP), Syed Ali Al-Habshe beliau percaya perbuatan itu adalah tindakan khianat oleh seteru politik pemimpin PAS terbabit. "Harap.. jangan amalkan budaya politik ganas dan kejadian ini mungkin disebabkan oleh tindakan ektrimis pihak lawan. Marilah kita sama-sama solat hajat minta Allah berikan petunjuk kepada pihak terbabit. Ppolis juga diharap dapat bertindak secara adil siasat kes ini", katanya. Ustaz Abu Kassim menunjukkan cermin belakang keretanya yang dipecahkan [Kejadian yang berlaku ini dilihat pasti akan menjatuhkan imej UMNO BN di mata rakyat walau pun mungkin bukan ahli mereka yang melakukannya. Biar pun mungkin mereka menafikan, namun berdasarkan kepada modus operandi yang dilakukan ia menjurus ke arah itu. Jika tidak mana mungkin dua kejadian yang sama dilakukan terhadap orang yang sama dan mempunyai pertalian suadara seperti ini. Sebelum ini, adengan memualkan ini dapat disaksikan di ceramah-ceramah, kemudia terbawa-bawa ke lokasi sesuatu program. Terkini melibatkan kejadian simbah cat pula dan akhirnya tindakan biadap ini pula dilakukan. Ia sesuatu yang tidak wajar dan sepatutnya tidak dilakukan jika negara kita mengamalkan politik yang sihat. Namun, bagai direstui maka akhirnya berlakulah kejadian yang tidak diingini seperti ini sebenarnya. Moga pihak polis dapat melakukan tindakan secara profesional untuk mengesan penjenayah terbabit. Semoga Ustaz Abu Kassim tetap tabah menghadapi musibah ini]. |
Isu Langat 2: Kerajaan Selangor 'Terpaksa' Ambil Tindakan Undang-Undang Andai Pusat Berdegil ! Posted: 17 Sep 2012 09:52 AM PDT PETALING JAYA, 17 Sept - Kerajaan Negeri Selangor tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya Kerajaan Pusat bertegas meneruskan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2). Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar (foto) berkata hanya peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara boleh digunakan sebagai langkah akhir bagi menghalang Kerajaan Persekutuan meneruskan projek tersebut termasuk untuk tidak memberikan Perintah Pembangunan (DO). "Kerajaan negeri memang tidak akan berikan DO bagi projek ini. Kita harap Kerajaan Persekutuan bertindak mengikut Perlembagaan kerana isu tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. "Kita akan ambil tindakan mahkamah sekiranya mereka (Kerajaan Persekutuan) meneruskan tanpa kebenaran...hanya undang-undang boleh menghalang kalau terus berdegil," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pengulangan pendirian tegas Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek Langat 2 walaupun ditentang hebat kerajaan negeri. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata keputusan untuk tidak berganjak daripada meneruskan projek itu bukan sekadar tekad tetapi azam Kerajaan Pusat demi kebaikan rakyat di Selangor dan Lembah Klang. Sebelum ini Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan, projek Langat 2 masih boleh dilaksanakan meskipun Kerajaan Selangor berkeras tidak membenarkan pembinaannya dan enggan memberikan kelulusan DO. [Amat menghairankan apabila Kerajaan Pusat beriya-iya benar mahu mengadakan projek tersebut sedangkan ia tidak disokong oleh Kerajaan Negeri Selangor yang lebih bertanggungjawab tentang tanah di negeri terbabit. Soalnya, kenapa mereka begitu teruja untuk membinanya? Apakah kerana mahu wang untuk menampung Pilihanraya Umum Ke-13 nanti atau sebaliknya. Kenapakah pusat tidak boleh mengikut peraturan dan perlembagaan yang telah ditetapkan?. Inilah yang memusykilkan sebahagian besar rakyat Malaysia sebenarnya. Bukankah telah termaktub dalam Kanun Tanah Negara bahawasanya hal ehlwa tanah adalah tertakluk kepada kerajaan negeri. Makanya, tindakan cuba melanggar dan memperlehkan undang-undang akan menyebabkan rakyat semakin benci kepada UMNO BN sebenarnya. Oleh itu, berhati-hatilah dan hormatilah undang-undang negara jika mahu rakyat hormati kerajaan yang terbabit]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan