Sabtu, 15 September 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Filem "Hina Rasulullah SAW", Umat Islam Di Gesa Bersatu Tentang Musuh Islam Yang Makin Biadap

Posted: 15 Sep 2012 08:47 AM PDT

KUANTAN, 15 Sept - Himpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS bagi membantah tindakan penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang didakwa menghina Rasulullah SAW yang diadakan di Masjid Sultan Ahmad Shah dekat sini petang semalam telah berjaya seperti dijadualkan. Orang ramai mula berhimpun selepas selesai menunaikan Solat Jumaat dan Solat Hajat di masjid berkenaan. Kira-kira 500 orang jemaah masjid bersama-sama yang lainnya melaungkan ucapan takbir "Allahuakhbar", "Hidup Islam", "Jahanam Yahudi" dan lain-lain bagi membangkitkan semangat. Sementara itu Ustaz Fadhli Ibrahim (foto) selaku Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang yang memimpin program tersebut beberapa kali menyeru agar umat Islam bangkit penentang kebiadapan barat (Yahudi) yang cuba untuk menjatuhkan imej dan maruah Islam. Malah beliau berharap, umat Islam tanpa membezakan fahaman politik masing-masing sama-sama bangkit berjuang menentang puak-puak kufar yang dilihat semakin berani bertindak melampaui batas. Beberapa orang pemimpin PAS termasuk Ustaz Osman Bakar (AJK PAS Kawasan Pekan), Cikgu Sulaiman Md Derus (Timbalan Ketua PAS Kawasan Kuantan) dan Blogger Cucumatkilau turut membuat ucapan berapi masing-masing. Kain rentang yang tertera perkataan "Ya Rasullullah, Kami Umat Mu Brtanggungjawab Membela Maruah Mu" dan poster-poster "Hanya Bahasa Darah Mampu Memahamkan Yahudi" dan "We Love Rasulullah" telah diedarkan kepada orang ramai. Turut serta beberapa orang kanak-kanak yang sama-sama menyatakan bantahan. Pihak polis dilihat turut sama berada di lokasi dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang program selama kira-kira satu jam itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff juga dilihat turut hadir untuk memantau keadaan di lokasi itu.







[Sudah tiba masanya umat Islam tanpa membezakan fahaman politik masing-masing bangkit menyatakan bantahan terhadap tindakan biadap yang dilakukan oleh Yahudi terhadap agama kita. Malah jika dulu barat hanya membuat kartun wajah Rasullulla SAW, kini mereka semakin berani dan begitu biadap terhadap Nabi junjungan besar kita itu. Apakah kita harus berdiam diri. Apapun, kenyataan Ustaz Osman Bakar wajar diberi perhatian kerana katanya Islam bukan sahaja ditolak oleh musuh dari luar tetapi dalam negara kita sendiri pun masih ramai pemimpin yang namanya Melayu Islam tetapi menolak hukum Allah tertegak di atas muka bumi ini dengan berbagai alasan. Maka itu, rakyat perlu bijak membuat pilihan pada pilihanraya umum ke-13 akan datang. Sama ada mereka mahu kekal kuasa pemimpin seperti ini, atau pun berikan kuasa kepada pihak lain yang bersedia untuk mendaulahkan Islam tertegak di bumi Malaysia yang tercinta. Syabas kepada Dewan Pemuda PAS atas program itu semalam].

Tiada ulasan: