Isnin, 10 September 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Hadi: Majlis Syura Tak Bincang Isu Nasharuddin Mat Isa Dan Beliau Kini Masih Kekal Dalam PAS !!

Posted: 09 Sep 2012 04:45 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Sept - Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat malam tadi tidak membincangkan tentang kedudukan bekas Timbalan Presiden parti, Nasharudin Mat Isa. Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (foto) berkata isu berkenaan tidak terdapat dalam agenda mesyuarat dan Nasharudin kekal dengan kedudukannya dalam PAS dan Majlis Syura. "Tak ada dalam agenda mesyuarat. Dia (Nasharudin) hadir mesyuarat dan masih jadi ahli Majlis Syura," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat berkenaan di ibu pejabat PAS, dekat sini. Hadi berkata tidak timbul persoalan atau masalah mengenai kedudukan Nasharudin dalam PAS atau Majlis Syura. "Tak timbul masalah...siapa yang timbulkan masalahnya," katanya. Menurut Hadi mesyuarat berkenaan merupakan mesyuarat biasa yang diadakan dua kali dalam sebulan oleh Majlis Syura. Mengulas lanjut beliau berkata mesyuarat pada kali ini adalah khusus bagi membincangkan tentang calon-calon pilihan raya yang wajib diluluskan Majlis Syura untuk memastikan setiap calon adalah berwibawa dalam Islam. Ditanya apakah Nasharudin akan dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya akan datang, beliau berkata: "Itu kena tunggu pilihan raya...termasuk saya sendiri tak tahu sama ada tercalon atau tidak. Beliau berkata mesyuarat kali ini juga memperlihatkan pihaknya menerima banyak calon-calon yang disenarai untuk bertanding. "Kita terima seberapa banyak calon..satu kawasan sampai tiga-empat calon pun ada tapi kita terima semua. "Itu terpulang kepada budi bicara PAS Pusat, negeri dan kawasan," katanya. Katanya, semua ahli Majlis Syura hadir ke mesyuarat yang selesai kira-kira pukul 11.00 malam itu kecuali yang uzur. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimanapun dilihat meninggalkan ibu pejabat PAS lebih awal kira-kira pukul 9.15 malam. Isu kedudukan Nasharudin dalam PAS timbul apabila beliau meminta supaya kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat itu dikaji semula.

[Satu tindakan bijak yang dilakukan oleh PAS terhadap kemelut yang melanda bekas Timbalan Presidennya itu. Keputusan yang dianggap sungguh mengejutkan dan pasti membuatkan mereka yang mahu Nasharuddin Mat Isa tinggalkan parti selepas dipecat seperti Dr.Hassan Ali nampaknya tidak kesampaian sekarang. PAS wajar menangani isu Nasharuddin ini dengan berhemah jika tidak mahu ia dijadikan modal pilihanraya kepada UMNO BN pada Pilihanraya umum ke ke-13 akan datang. Kini, segalanya terletak ditangan Nasharuddin sama ada mahu kekal berjuang dalam PAS atau sertai UMNO dan NGO berkaitan bagi meneruskan agenda perjuangannya untuk memartabatkan Islam dan Melayu di negara ini. Apa yang pasti tindakan PAS ini mengecewakan beberapa kerat penyokong UMNO yang sedang menunggu untuk menganggap Nasharuddin sebagai pemimpin hebar parti itu. Apapun, segalanya berkemungkinan dan sama-sama kita tunggu episod seterusnya].

Tiada ulasan: