Sabtu, 1 September 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: "Apalah Erti Merdeka", Warga Emas Belum Dapat "Warga Negara" Selepas 61 Tahun Tunggu !! Hishamuddin Dan Shahir Di Gesa Campurtangan!

Posted: 31 Aug 2012 10:22 AM PDT

JOHOR BAHRU, 1 Sept - Biar pun sudah 55 tahun negara kita Malaysia meraikan sambutan kemerdekaan, namun bagi seorang warga emas Suteres Sualman,61 (foto) beliau kecewa kerana kerajaan masih belum meluluskan permohonannya untuk mendapat taraf kewarganegaraan negara ini. Beliau yang kini menetap di No.10, Jalan Askar, Kg.Melayu Majidee menceritakan kekecewaan itu kepada krew PDO yang bertandang ke rumahnya baru-baru ini. Menurut Suteres beliau hairan kenapa beliau masih gagal memohona kewarganeraan sedangkan dia lahir di zaman sebelum merdeka iaitu pada 21 November 1951. Menurut salah seorang saudara beliau, Suteres telah memohon taraf kewarganeraan sebanyak dua kali namun telah ditolak oleh kerajaan dengan berbagai alasan. "Bayangkan dia yang sudah hampir 61 tahun berada di negara ini, tapi masih belum mendapat taraf kewarganegaraan... sedangkan ramai dikalangan warga asing yang baru bermastautin sudah memperolehinya.. malah ada yang berjaya mendapatkan kad pengenalan Malaysia (MyKad)", katanya. Persoalannya sekarang kenapa kerajaan terlalu sukar meluluskan permohonan beliau?. Memang benar Suteres lahir di Singapura pada 21.11.1951, namun beberapa bulan selepas itu dia telah dibawa ke Johor dan menetap di Kg.Melayu Majidee sehingga ke hari ini. Maknanya dia telah berada di sini beberap tahun sebelum Tanah Melayu merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. "Suteres lahir pada 1951 di Singapura, tetapi bukankah ketika itu Singapura sebahagian daripada Tanah Melayu?. Maknaya dia adalah warganegara Malaysia... Bahkan ketika negara merdeka, beliau telah berada di Johor...Makanya, beliau sewajarnya diberikan taraf kewarganegaraan berdasarkan rekod yang ada. Kenapa orang yang lahir di Singapura yang ketika itu Tanah Melayu gagal dapat warganegara tetapi orang yang dari negara lain begitu mudah pula?", kata saudaranya itu.


Bukti, kad pengenalan merah yang masih disimpan oleh beliau sekarang


Bukti, surat beranak asal Suteres yang mengesahkan dia lahir di Singapura
yang ketika itu adalah sebahagian dari negeri Semenanjung Tanah Melayu

Suteres dipercayai telah beberapa kali cuba memohon untuk mendapatkan kewarganeraan Malaysia namun gagal. Kali terakhir memohon ialah pada tahun 1988 dulu, di mana pihak Bahagian Kewarganegaraan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi surat bertarikh 23 November 1988 di mana beliau diminta menghantar dokumen berkaitan seperti sijil berhenti sekolah rendah, menengah dan lain-lain sijil yang diperolehi bagi menyokong permohonannya. Persoalan yang timbul ialah bagaimana beliau mahu menyediakan dokumen berkenaan sedangkan dia mengalami masalah kesihatan (Orang Kurang Upaya) dan tidak bersekolah baik rendah mahu pun menengah. Lantaran itu permohonan beliau untuk menjadi warganegara Malaysia di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan ditolak oleh Menteri Dalam Negeri pada 22 Ogos 1991. Sila rujuk lampiran :-


Surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara bertarikh 23 Nov 1988

Surat penolakan permohonan daripada KDN bertarikh 22 Ogos 1991


Selepas tarikh itu, beberapa kali juga pihak keluarga beliau cuba membawa kes ini kepada pengetahuan pihak yang berkenaan terutamanya pemimpin politik setempat. Namun, ternyata semuanya gagal dan beliau akhirnya pasrah dengan apa yang berlaku. Justeru, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mana menterinya ialah Ahli Parlimen Sembrong, Johor iaitu Datuk Hishamuddin Hussein dapat membantu menyelesaikan permasalahan yang berlaku ini. Sebagai rakyat yang lahir ketika zaman sebelum merdeka, maka dia layak mendapat hak tersebut kerana ketika itu Singapura memang masih berada dalam Tanah Melayu.


Datuk Hishamuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri dan Datuk Shahrir
Samad selaku Ahli Parlimen Johor Bahru digesa membantu rakyat Johor ini
[Bayangkan selepas lebih 55 tahun merdeka, masih ada rupanya rakyat yang masih belum mendapat tarag kewarganegaraan sedangkan beliau sepatutnya layak berbuat demikian. Malah, pihak kerajaan tidak sewajarnya menysyaratkan kelulusan dibuat merujuk kepada sijil berhenti sekolah sedangkan dia mempunyai sijil beranak yang asal. Semua dokumen tersebut disimpan dengan baik oleh keluarga beliau sehingga ke hari ini. Masalah timbul apabila dia sepatutnya mendapat bantuan OKU dan memohon pasport untuk masuk ke Singapura bagi bertemu saudara maranya di sana. Dia khuatir masalah tersebut menyebabkan berbagai kesulitan lain berlaku kelak. Ahli Parlimen Johor Bharu, Datuk Shahrir Samad juga digesa membantu beliau dalam hal ini. Semoga pendedahan ini akan membuka mata pihak berkenaan hendaknya. Tambahan pula dikala kita dihebohkan dengan isu begitu ramai warga asing mendapat IC untuk mengundi pada pilihanraya umum kali ini, tiba-tiba ada individu yang dilupakan sebenarnya. Oleh itu bantulah beliau dengan kadar segera].

Tiada ulasan: