OTAI MANJUNG |
Visit Perak Year 2012 (1): Hamidah Sukses! Posted: 26 Sep 2012 06:00 PM PDT Tahun 2012 adalah Tahun Melawat Perak, ramai yang tahu tapi ada juga yang buat tak tahu atau memang tak tahu menahu langsung. Apa yang tak kena?! Pelancongan dibawah jawatan Hamidah Osman (Sungai Rapat) - Exco Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan & Hal Ehwal Wanita. Seorang Exco Pelancongan sekaligus Exco Industri. Aku tertanya-tanya bagaimana dia nak usulkan & bantah sesuatu kaitan kepentingan dlm portfolio yg dibawahnya, ibarat dia sbg exco industri bawa cadangan buat projek industri di pusat pelancongan, & sbg exco pelancongan adakah dia akan bantah projek industri di zon pelancongan yg diusulkannya?! Oh itu kerja pembangkang kalau nak bangkang & bantah, kerja dia mungkin cadang & setuju je.... aku blurr! Aku nak bawa korang pergi tengok kisah disebalik tempat-tempat pelancongan yang diindustrikan dan bakal diindustrikan....jom! Gambar Hiasan: Bergaya semua orang besar pergi makan besar. Aku perasan tempat ni semata utk ambil gambar dlm satu majlis, berapa plak kos utk 'studio' gambar ni.....hmmmm, Curi-curi Wang Malaysia. Apa yang aku nampak jelas dlm isu Teluk Rubiah Hamidah pergi melancong ke Brazil - Vale SA dan balik meluluskan Industri ke tempat pelancongan tempatan. Memang sempoilah! Sebagai warga Malaysia, yang aku tahu tempat industri ada zon yang dah diplankan mengikut Perancangan Fizikal Negara, jika tidak apa perlu gazet Hutan Simpan Kekal jika sesuka hati nak tebang, itu secara logiknya! Ini terang punya langgar! Manjung di'cop' sebagai Bandar Pelancongan & Maritim, di daerah ini ada Teluk Rubiah sebelum ini sebagai Pusat Pelancongan, Kelab Golf & Eko-Pelancongan serta digazetkan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 2 (Environmental Sensitive Area Stage 2) yang tidak boleh diadakan sebarang Industri melainkan berasaskan pelancongan alam semulajadi. Ia hanya 5 kilometer ke Pusat Pelancongan Antarabangsa Pulau Pangkor dan bersebelahannya juga terletak Teluk Batik Pusat peranginan yang majoritinya keluarga tempatan & luar bersantai selain Pulau Pangkor & Teluk Senangin Segari. Perancangan yang lucu, di kampung itu ada nelayan sekelilingnya mencari rezeki, bakal terbina Kilang Bijih Besi pada awal operasinya sebagai Pusat Simpanan (Fasa 1) dan akan berkembang menjadi Kilang Memproses Bijih Besi (Fasa 3), juga kehadiran jeti 2km menjulur ke laut, 1.6km logsidenya di zon penangkapan ikan. Nelayan digantikan zon baru, maka akan ada Pemimpim turun upacara 'rasmi' tukun baru di zon penggantian kononnya sebagai penyelesai masalah yang mereka sendiri luluskan permasalahan yg timbul, alangkah lucunya negeri ini! Tgk isu rumah retak di Kg Dato Seri Kamaruddin, Seri Manjung (baca di SINI) serta jalan rosak ber'ombak' (baca di SINI) yang berlaku akibat dari laluan lori kontraktor pembinaan projek, datanglah segala pemimpin melihatnya dan memberi jaminan perbaiki menanggung kos kerugian menjadi hero kononnya. Lumrah Malaysia, bukan cegah sbelum parah, tapi membina ruang sakit baru bagi 'ubat' dan tabur 'gula-gula'. Silap gaya 'ubat' & 'gula-gula' yang diberikan tu pun depa bikin duit. Gambar Hiasan: Meja VVIP, bunga hidup hiasan meja tu berapa kos tu?!?Kalau bunga dah selambak macam tu makanan lagi tinggilah kos gamaknya..... apa yg penting, boleh bikin duit! Gambar Hiasan: Hensem jugak Pegawai Khas Zambry ni bagai pinang dibelah dua bila bergambar dengan Zura adik Hamidah. Stage studio gambar ni aku tak nampak ciri-ciri promosi Visit Perak Year 2012, sape le punya idea ni?! kalau letak labu sayong ke, letak buah replika dorian ke, gambo latar air terjun lata ke boleh lagi aku terima, ni mcm ajak melancong ke London! Oh ni semua strategi bisnes, nak nampak mahal! masyuk! Pelancongan hanya sekadar lepas batuk ditangga hinggakan website tidak dikemaskini & maklumat yang kurang, isu ini dah dibangkitkan dalam page berbulan yang lalu (baca di Page Selamatkan Teluk Rubiah) tapi hingga hari ini masih tidak diambil apa tindakan yang mana website Perak Tourism; Visit Perak Year 2012 memasukkan Teluk Rubiah sebagai satu destinasi Pelancongan didapati tidak mengemaskini maklumat terkini yang jelas memberi gambaran 'TIDAK BENAR'.Print Screen website berkenaan (Masih boleh layari, Pembaca boleh tertipu) & dimasukkan gambar lokasi sebenar (kotak merah) pada tarikh diambil. Untuk lebih jelas boleh layari di Album Teluk Rubiah Musnah. Dalam website tersebut ada kenyataan berbunyi,"Royal Teluk Rubiah Country Club: Located west of Lumut is the Royal Teluk Rubiah Country Cluband itis said to be among the best in the country with its BEAUTIFUL BEACH-FRONT. The club was designed to blend with its NATURAL SURROUNDING a concept which is in line with the GOVERNMENTS POLICY to PRESERVE THE ENVIRONMENTAL.The luxurious 728 hectares golf club boasts of a beautiful 8 km beach-front which enables visitors to savour the cool and refreshing breeze of the sea." Baca di sini - Royal Teluk Rubiah Country Club Jelas, polisi kerajaan untuk menjagai alam sekitar dan mengakui keindahan pantai serta alam semulajadinya, namun sendiri bikin polisi, sendiri langgar ! Teluk Rubiah sedang digasak alamnya merobah 360 darjah. Ramailah pelancong yang terperdaya lalu terkejut dengan apa yang sudah terjadi di Teluk Rubiah bila datang untuk tujuan berehat & beriadah bersama keluarga semenjak ini, tertipu dek kerana info yang tak kemaskini! Kenapa ini boleh berlaku? Mungkin payment tak masyuk...atau tokey website tutup kedai! Aku dapat tahu org yg bertanggungjwb 'secara rasmi' page Perak Visit Year 2012 pun pembayarannya berlaku tunggakan berbulan2 seperti diwar-warkan dlm facebooknya (aku tidak pasti samada Agensi berkenaan sudah bayar atau belum pada bro aku ni, tapi aku tengok page tetap update), jadi aku nampak ada masalah disini. Come on la Midah, duit majlis makan boleh diperuntukan beribu-ribu takkan elaun yang tak seberapa pun tak boleh settle! Sorry bro, aku sebut hal ni sebab aku tak mau bro jadi mangsa keadaan walaupun kita berlainan idealogi politik. Hari ini orang ramai lebih mempercayai saluran alternatif dari yang disediakan oleh jabatan kerajaan. Aku selitkan kata-kata rakan blogger yang menyediakan portal pelancongan Pulau-Pangkor.com iaitu Peter Van Der Lans tentang isu ini di Page Selamatkan Teluk Rubiah: "And we know how lousy the tourism offices in Perak work... if they have to call ME for info (because they use MY pulau-pangkor.com as a reference, I know that for fact), than there is something seriously WRONG. But this here is really the ultimate proof." " Perak Tourism office do exist, but they are too busy organizing holidays for themselves with free food and karaoke (words from the lady in the Lumut tourist office). That same lady told me Pasir Salak was 25 km from Lumut (in reality it's 70) ... Once in Ipoh I played the stupid tourist and walked in the Ipoh tourist office asking for some help for Pangkor. They gave me a print out of a page I wrote for my own www.pulau-pangkor.com website and claimed it was written by them. That's how far they go. Malaysia Tourism is a laugh.They could learn a thing or 2 from Thailand or Indonesia where that is far better organized with better info." Semua ni 'mukadimah' sebelum aku pergi kepada bahagian seterusnya isu di Segari dimana terletaknya Pusat Pengurusan Penyu yang bakal menerima projek yg boleh menggugatkan laluan penyu serta kawasan pendaratan satu-satunya di Perak. Aku percaya ramai orang Perak tak tahu adanya pendaratan penyu di Segari dan barangkali majoriti orang daerah Manjung sendiri tak pernah ambil port pun pasal ni semua! Mereka lebih enak menanti pembukaan satu lagi pasaraya AEON (Jusco) selain yg sudah sediada Tesco & Giant berhampirannya. Manusia tidak pernah puas, ini dunia Bandar Pelancongan & Maritim yang baru! Kita melancong ke pusat-pusat membeli belah, baru orang boleh bikin duit, dan sekolah-sekolah akan buat rombongan lawatan ke pusat-pusat Industri ini sebagai mempelajari pembangunan era masa kini. Alam bukan lagi bahasa pendidikan buat anak-anak, dunia materialistik yang menghancurkan alam sejagat meracuni segalanya, manusia kian alpa tentang pelestarian alam. Ini semua dianggap hebat, kejayaan membawa pelabur & menjadikan Pusat Pelancongan hub Industri Berat. Hamidah sukses sebagai Exco Industri, Pelaburan bla bla bla tapi Pelancongan terus Melencong! apatahlagi alam terus dipinggirkan. Hamidah, lu memang sukses!! Bersambung...... Visit Perak Year 2012 (2): Hentikan Tangisan Penyu @ Segari. Presiden Sahabat Alam Malaysia & Sdr Meor Razak membentangkan terperinci lokasi Projek Kilang Besi (Megma Steel) dan Loji Simpanan LNG yang boleh menggugat Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 sebagai kawasan pendaratan penyu. Segala maklumat boleh kemaskini di Page Selamatkan Teluk Rubiah Visit Perak Year 2012 (3): Disebalik Bukit Kledang. (Pusat Pelupusan Sisa Radioaktif). Layan gambar berbicara dulu: Gambar oleh Sdr Meor Razak Gambar Malaysiatimes.my "Ada sesiapa yang tahu tentang kilang ini yang tersorok didalam hutan di Banjaran Kledang? Aku tak berapa kisah kalau kilang ini dikawal oleh pasukan keselamtan kilang, tapi kalau ianya turut dikawal oleh polis dengan meletakkan SB disana..aku syak ada sesuatu yang disorokkan. Aku dapat tahu, semua kenderaan tidak dibenarkan masuk kekawasan kilang ini. Malah pekerja kilang ini juga diangkut dengan sebuah bas untuk keluar masuk. Ini persoalan yang patut diambil berat oleh semua orang. Rakyat Kuantan sudah bangkit untuk menentang Lynas. Rakyat Perak juga kena bangkit untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku di Banjaran Kledang ini." |
You are subscribed to email updates from Otai Manjung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan