Nuffnang

Pengikut

OTAI MANJUNG

sumber :-

OTAI MANJUNG


Perihal Zambry Kadir VS Belia Masjid Manjung (Politik 1st, Agama 2nd) - Part 3

Posted: 25 Sep 2012 11:30 AM PDT

Sambungan dari :-
Perihal Zambry Kadir VS Belia Masjid Manjung (Politik 1st, Agama 2nd) - Part 1
Perihal Zambry Kadir VS Belia Masjid Manjung (Politik 1st, Agama 2nd) - Part 2

Sebelum aku meneruskan kronologi dari PART 2, posting kali ini aku biarkan gambar berbicara pada hari kejadian. Sebab ada la mamat dlm msgnya kat fb kata aku politikkan isu ini, wei! sape politikkan sape! Apa yang cuba dibongkarkan di sini memang kerja orang politik yang mendahulukan kepentingan politik mereka, takkan aku nak salahkan tokey ikan kat pasar. Sebelum tu, aku ulas skit sebelum perbicaraan gambar itu.

Kalaulah Kerajaan Negeri yg utamakan kepentingan Umno itu benar bijak, sepatutnya depa sambut program ini dgn penuh terbuka. Buktikan bahawa Kerajaan Umno juga terbuka tanpa mengira siapa Penceramah jemputan demi kepentingan agama Allah. Takkan ceramah agama kena panggil ustaz Kazim atau ustaz Fathul Bari sahaja baru Umno nak taja! Realitinya itulah dia....lainlah kalau itu program parti, sudah tentu memilih orang dikalangan mereka. PR kena buang budaya ini, esok dapat mandat jangan ikut perangai depa! Kalau kariah masjid tu nakkan Ustaz yg memihak kpd umno perlukan bantuan kerajaan, bagi je lah. Apa nak takut, perbezaan pendapat seseorang ustaz itu biarlah orang yang mendengarnya menilaikan sendiri. Rakyat bukan bodoh.

Aku bagi contoh isu twitter WWW1, habis Nizar kena hentam pasal kata Sultan guna duit Rakyat oleh Ustaz Fathul Bari. Dia kata Nizar tak selidik dahulu sebelum berkata sedangkan Sultan guna duit sendiri utk bida rm500k hanya utk sebuah nombor kereta. Bab teguran membandingkan perbezaan pembaziran tak apa kata fathul bari. Nizar bukan saja kena krtik dgn puak umno, malah pimpinan PAS pun turut sama & banyak diam dalam isu ini. Jadi aku nampak perkara pertama Ulama Umno ni pun kena kencing dgn Utusan & TV3, bukan susah nak check twitter Nizar, takdak pun dia kata Sultan guna duit rakyat, dia cuma tegur pasal pembaziran yg jelas. Perkara kedua, jelas fathul bari pun tak buat kajian sebelum ulas isu ini, nasihatkan Nizar tapi kan nampak terpesongnya. Perkara ketiga, pimpinan PAS pun ada tak cerdiknya. Skang tak pasal utusan kena saman, tapi peringatan buat Nizar, setan takkan mengaku kalah begitu saja.


Justeru, jangan anggap semua orang bodoh, kita ada otak boleh fikir! Budaya Umno yg membonsaikan pemikiran rakyat selama puluhan tahun ini WAJIB dihapuskan, biar rakyat terbuka untuk berbeza pendapat dan menyuarakannya. Tiada paksaan samada mahu bersetuju atau tidak. Virus ini juga boleh menular kepada mana-mana parti tambahan jika kepentingan politik diutamakan dlm mengatasi segala permasalahan yg timbul.

Layan gambar membicarakan pada hari kejadian, watak-watak yang hadir & terbabit:-


 Ustaz ni cukup familiar, sorry aku lupa namanya.

 Wakil dari UiTM Perak melayan hadirin dikaunter pameran mereka. Ada pihak kata Belia ni bias kepada parti politik 'PAS' sebab memanggil penceramah Ustaz Akhil Hayy, tapi aku yang hadir tak nampak pun unsur politik itu.

 Orang Umno Lumut esp. Pemuda siapa tak kenal brader ni, Brader Fendi sbg DJ malam tu. 20 tahun yg lalu melihat brader Fendi ni di dj-centre pesta laut lumut, iras-iras mcm akhil hayy zaman rocknye! Adik dia sekelas dengan aku semasa sekolah rendah. Malam tu bertemu jua brader dgn irasnya di pentas juge tapi versi dakwah. kalau takde bro ni, ingat suram majlis depa ni yg suam-suam kuku pd ptgnye. Tapi sebelah malamnya hadirin diluar jangkaan penganjur. Anaknya turut membantu dan bakal mewarisi bakat ayahnya apa yg aku nampak.

 
 Mereka ini remaja lagi, mereka mendaftar sbg belia masjid bukan isi borang parti utk berpolitik malah depa bukan boleh mengundi pun. Mungkin sebab tu program ini tidak dpt perhatian dr kerajaan negeri. Depa ni takde kepentingan tu yang terabai. tapi bila nak memenuhkan sambutan majlis politik pemerintah, ada dikalangan depa diupah nasi bungkus dsbgnya.

 
Ustaz Akhil Hayy yang menjadi kontroversi dan menjadi halangan besar peruntukan dari Kerajaan Negeri dalam program ini. Dan aku tahu bukan program ni saja ustaz ni dapat halangan, tapi rasanya ini kali ketiga dugaan yg diterimanya untuk menjalankan kerja dakwahnya di negeri Perak. Tak caya, korang tanya ustaz ni!

Yang aku tahu ustaz ni dari Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Manjung, nama dia tak silap aku Ustaz Junaidi sbg moderator malam itu. Memang ngam & serasi malam tu! Aku juga dapat tahu tiada sbrg bayaran yg dikenakan oleh ustaz ini, semua ni kerjasama & bantuan AADK Manjung. 

Pak Toh Zakaria Osman, inilah orang yang bagi aku yang berani membuat keputusan tanpa peduli karenah politik, aku lebih mesra panggil Cikgu Zakaria. Jiran aku dulu, anak dia sahabat baik aku sampai skang ni. Di tingkatan 3 aku adalah penumpang keretanya untuk ke sekolah di ACS Methodist Sitiawan, Kg Koh setiap hari, pulang kadang2 naik bas sebab ada kelas tambahan atau aktiviti persatuan. Bukan tu saja, aku juga pernah ke kebunnya di lekir untuk mengutip pisang-pisang & tebu untuk dijual dan pernah bulan ramadhan aku bantu jualan air tebu yg diperah dgn mesin di pasar Ramadhan depan Briyani lama. Aku dpt kumpul sebulan tu dgn membeli player tape xtra bass rege rm280.00, memang aku gila musik sampai ari ni.

Aku rasa tanpa Cikgu Zakaria majlis ini takkan berlangsung, begitu jugak jawatan kuasa Masjid Daerah Manjung sendiri membuat keputusan & menyalurkan peruntukan masjid bagi merealisasikan majlis ini yg tertunda-tunda dengan pelbagai karenah orang politik. Dan malam tu juga, aku antara hadirin yg menjadi saksi perasmian Persatuan Belia Masjid Daerah Manjung (PBMDM) oleh Cikgu Zakaria sendiri. Sedikit sebanyak J/Kuasa Masjid,, kerjasama AADK, sumbangan badan2 tertentu, ABIM & individu2 mengurangkan beban yang ditanggungi PBMDM.


Pak Sheikh, Ustaz Faisal kwn abg aku pun ada malam tu, dia bawa anak-anak pondoknya. Ustaz Poi (Saiful) pun ada.
Waheeda turut mengikuti forum.




(2 dari kiri) Nilah Pengerusi PBMDM, aku panggil Taufiq je, anak arwah Talib. Aku tunggu respon ko, kalau agak ada silap atau 'sulit' inbox aku. Aku faham, korang sabar je lah. Dan sekali lagi aku minta maaf jika segala bicara ini mengundang  pelbagai halangan kpd korang. Kerja baik bro, memang mcm2 dugaan. Semua ni korang belajar, org lain takde pengalaman ni, hikmahnya korang jangan percaya 'sangat' cakap orang politik. Kena kaji dulu kesahihannya bila 'berjanji'!

Malam tu juga ada sumber kata kat aku Imam Muda Nazrul juga tidak mengenakan sebarang bayaran. Nah, walaupun korang hadapi pelbagai rintangan kerenah ada orang yg ikhlas membantu.

Sambung..............

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT