Ahad, 30 September 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Bayi Keluar Dari Tanah

Posted: 30 Sep 2012 03:49 AM PDT

Kejadian ini berlaku di Bangladesh. Seorang lelaki menemui bayi yang secara tiba-tiba muncul dari dalam tanah. Memang kelihatan seperti tak logik, tetapi kejadian ini benar-benar berlaku.
Menurut orang tempatan, bayi ini merupakan anak dari seorang perempuan mangsa banjir yang baru-baru ini melanda daerah itu kerana di sekitar tempat itu pula ditemui mayat seorang wanita yang kelihatan seperti masih tanda-tanda orang baru lepas bersalin. Ajaibnya, bayi ini masih hidup.
Bayi Keluar dari Tanah

 Bayi Keluar dari Tanah
Bayi Keluar dari Tanah
Bayi Keluar dari Tanah
Bayi Keluar dari Tanah
Bayi Keluar dari Tanah
Walahuallam. Posted @ www.isuhangat.net.

[PANAS] Samseng Rosakkan Kereta, Simbah Asid Di Himpunan Pengerang

Posted: 30 Sep 2012 03:35 AM PDT




Johor: Sekurang-kurangnya tiga kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dirosakkan pihak tertentu yang tidak senang dengan program Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor hari ini.

Kedua-dua tayar kereta milik Penggerak Institut Peduli Rakyat (Peduli), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin itu dirobek manakala cerminnya dipecahkan sebelum ia disedari kira-kira jam 1 petang.

Ketika kenderaan itu dirosakkan, kereta itu diletakkan hanya 500 meter dari balai polis Sungai Rengit, tidak jauh dari tapak perhimpunan berkenaan.

Selain itu, dua kereta yang dinaiki aktivis sosial, Hishammudin Rais dan wartawan Suara Keadilan, Sidiqin Omar pula disimbah asid pagi ini.

Kejadian yang disedari sekitar jam 7.30 pagi itu berlaku depan rumah yang mereka tumpangi di Jalan Teluk Ramonia, Sungai Rengit.

Asid itu dipercayai disimpan dalam plastik itu sebelum disimbah ke bonet dan pintu kiri kedua-dua kereta itu, menyebabkan cat kenderaan kelihatan mengelupas.

Perbuatan itu dipercayai didalangi samseng Umno berikutan pelbagai program yang cenderung kepada Pakatan Rakyat diganggu kebelakangan ini termasuk tiga kali simbahan terhadap bas Merdeka Rakyat dan banyak lagi. -KD


kereta dinaiki Salahudin dipecah

KUALA LUMPUR: Cermin kereta Pengerusi Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dipecahkan manakala dua tayar ditoreh di Sungai Rengit, Pengerang tengah hari tadi.

Perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang tidak senang dengan Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit pagi tadi.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang turut menaiki kereta tersebut bersama Abdul Rahman berkata, perkara itu disedari ketika mereka selesai menunaikan solat Zuhur di masjid berdekatan.

"Kita percaya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan penduduk mengadakan perhimpunan hari ini sebab itu melakukan perbuatan khianat ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bagaimanapun laporan polis belum lagi dibuat berhubung kejadian itu.

Salahuddin yang juga Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap) sementara itu berkata, himpunan yang dihadiri kira-kira 5,000 penduduk pagi tadi berlangsung dalam keadaan aman dan dikawal polis walaupun pelbagai ugutan diterima.

"Banyak ugutan yang kita terima termasuk sms, panggilan telefon berbentuk amaran agar kita tidak meneruskan himpunan," katanya.

Selain itu, kereta yang dinaiki aktivis Hishamuddin Rais pula disimbah asid.

Himpunan pagi tadi bagi membantah Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang.
-HD

[BERGAMBAR] Siapa Gerangan Yang Datang Bersahaja Kunjungi TG NIk Aziz Itu?

Posted: 29 Sep 2012 09:14 PM PDT




Tuanku Sultan Muhammad V bersama Tengku Mahkota menziarah Menteri Besar di Pulau Melaka. Selepas bertemu Tuanku Sultan bersama Tengku Mahkota sempat mendirikan solat berjemah bersama-sama Tok Guru di masjid Pulau Melaka.

Biarlah orang kata Kelantan negeri miskin, janji rakyat Kelantan dapat seorang Sultan yang berjiwa rakyat dengan tinggi perkerti agama serta kerajaan yang dipemimpin oleh seorang ulamak yang kaya dengan akhlak dan ilmu.


Sultan Muhammad V kunjungi TG Nik Aziz.

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V petang tadi mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Sultan Kelantan yang julung kali mengunjungi Tuan Guru tiba di Pulau Melaka tepat waktu Asar dan baginda berkesempatan menunaikan solat itu di Masjid Pulau Melaka.

Pada kesempatan itu juga, Tuanku bersalaman dengan orang ramai yang turut menunaikan solat Asar.

Keberangkatan baginda ke masjid itu, merupakan kali kedua selepas 15 tahun dahulu ketika menjadi Tengku Mahkota Kelantan.

Sejurus kemudian baginda berangkat ke kediaman Tuan Guru untuk bertanya khabar tentang kesihatan Tuan Guru memandangkan baginda tidak berkesempatan menziarahinya sewaktu berehat di Hospital Sains Kubang Kerian minggu lalu.

Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

Hadir sama Ketua Istiadat Istana, Datuk Abdul Halim Hamad.

Isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, turut beramah mesra dengan Tuanku berdua.

Tuan Guru ketika ditemui menjunjung kasih di atas keberangkatan baginda berdua ke kediaman peribadinya untuk bertanya khabar.

Menurutnya, semoga dengan keprihatinan Tuanku akan memakmurkan lagi negeri dan rakyat sejahtera di bawah penerintahan baginda.

"Saya sendiri membaca doa khas untuk tuanku dan usrah diraja semua agar sentiasa sejahtera serta dilindungi Allah.

Saya harap rakyat juga mendoakan kesejahteraan baginda.

"Saya sayang nak baiki rumah ni, sebab tuanku dah sampai rumah saya ni," ujarnya ceria.

Tuanku sebelum berangkat pulang kira-kira jam 5.

25 petang, sempat bergambar kenangan bersama sebahagian cucu Tuan Guru dan isteri di pekarangan kediamannya
. -HD



Ribuan sertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang

Posted: 29 Sep 2012 09:10 PM PDT



(Antara ribuan penduduk yang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang)


JOHOR BAHRU: Beribu-ribu orang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit Pengerang, hari ini.

Himpunan yang amat besar ertinya bagi seluruh rakyat di Pengerang yang terlibat dengan Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) ini ditangani oleh gabungan NGO dari seluruh negara.

Himpunan yang turut disokong PAS itu diadakan memandangkan pembangunan projek itu telah menimbulkan berbagai konflik dan tanda tanya yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khususnya penduduk Pengerang.

Projek Rapid ini melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang.

Sekiranya projek yang bernilai RM68 bilion ini diteruskan juga maka berbagai kemudahan awam termasuk warisan sejarah akan musnah antaranya, enam masjid, surau (11), sekolah kebangsaan (5), sekolah agama (5), sekolah jenis kebangsaan Cina (3) serta 3 rumah kakitangan kerajaan.

Turut musnah ditelan projek mega yang bakal dibangunkan itu 3 klinik desa, balai polis (2), perkuburan islam (11), jirat cina (7) serta 9 balai raya. -Hrkh

Akhirnya Mamat Nii Akui Umno Semakin Hancur..

Posted: 29 Sep 2012 09:09 PM PDT

Senator Ezam Mohd Noor mendakwa kekuatan Umno kini semakin lemah dan dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri.

Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar. "Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah.

Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk "Dakwah Menjana Kesatuan Ummah", hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi "Agenda Penyatuan Ummah Fakta atau Auta?". Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR ini berkata, kaum Melayu negara ini tiada pilihan lain melainkan mesti bersatu bagi memastikan kuasa Melayu tidak terlepas kepada kaum lain.

"Kita mesti bersatu atas nama perpaduan ummah bagi memastikan demokrasi yang kita nikmati sekarang mampu dikekalkan dan diwarisi kepada generasi akan datang," tegasnya yang telah menyertai Umno lebih tiga tahun lalu.

Tambah beliau, rakyat mesti melihat suatu gagasan besar yang mampu memimpin negara dan wajar melakukan pilihan bijak pada Pilihan Raya Umum ini. "Penyatuan ummah ini mesti digalas oleh pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar bagi memastikan setiap objektif dapat digapai secara bersama.

"Jika pemimpin berjiwa kecil, bakal berlaku pemimpin yang hanya berfokuskan pada parti semata-mata, bukan kepada kebajikan rakyat," tegasnya. Tambah beliau, pemimpin yang mampu mendominasi tampuk kepimpinan negara juga tidak boleh mementingkan diri semata-mata. "Jika pemimpin negara pentingkan diri, bagaimana mahu capai kemajuan negara?" katanya

[BONGKAR] Penipuan SPR - 64,100 Pengundi Pos Didaftar Dalam Sehari, 5 Juta Tiada Alamat

Posted: 29 Sep 2012 09:07 PM PDT


Kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipertikaikan lagi apabila audit yang dibuat ke atas daftar pemilih mendapati 64,100 pengundi pos telah didaftar dalam satu hari.

Ia telah didaftarkan pada 9 April 2010 dan menimbulkan pelbagai tanda tanya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia berdasarkan audit yang dibuat pada bulan Mac 2012, kata Anwar.

Beliau mendedahkan perkara ini ketika berucap di majlis makan malam perdana anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Melawati malam tadi.

Hampir kesemua pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kecuali Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang tidak berapa sihat, berada di majlis itu.

Selain itu, audit yang dibuat juga mendapati 77,400 pengundi yang tidak dimasukkan dalam senarai pemilih 2008 telah dimasukkan begitu sahaja dalam senarai ini tanpa melalui proses yang sepatutnya.

Audit itu juga mendapati, 2,052 anggota tentera telah dimasukkan dalam senarai pemilih itu tanpa dinyatakan nombor kad pengenalan baru Malaysia.

Anwar juga memberitahu, 4.38 juta pemilih yang ada dalam senarai itu tidak mempunyai nombor rumah pada alamatnya manakala 3.3 juta pemilih pula mempunyai nombor rumah sahaja tetapi tidak mempunyai alamat jalan dan sebagainya.

"Kesemua ini menimbulkan pelbagai tanda tanya ke atas kewibawaan senarai pemilih ini," kata Anwar.

Bagaimanapun, di sebalik kesemua masalah itu, katanya, beliau yakin Pakatan akan menang dalam pilihan raya umum akan datang ini.

"Perkembangan yang berlaku di Sabah dan Sarawak serta kehadiran pemimpin mereka malam ini memberikan satu semangat baru kepada kita," kata Anwar.

Antara yang hadir malam tadi adalah bekas timbalan menteri, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan anggota Parlimen Wilfred Bumburing serta beberapa nama besar lagi dalam arena politik tanah air.

Kedua-dua mereka telah mengumumkan meninggalkan Barisan Nasional dan menyokong Pakatan Rakyat sebelum ini. -HD


Anwar:Cubaan menipu PRU,SPR daftar 5 juta pengundi tiada alamat

SHAH ALAM 29 September: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur.

"Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi.

"Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan.

"Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12. Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula," kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin

Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.

Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.

"Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah.

"Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan," katanya.

Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan.

"Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan.

Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga.

"Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar," katanya.

Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan.

"Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya.

"Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka," katanya.
-KD

Tiada ulasan: