Muslimeen United |
- Coral Speaking Himpunan Hijau ke Putrajaya
- Masalah E-undi Pilihanraya Kampus: Percubaan Menipu Yang Gagal
- Berita Tergempar - Bukti BN Sabah Membeli Undi (Video Inside)
- PANAS! Tian Chua Cabar BN Dedah Pemilik Sebenar Jet!
- Belanjawan Pakatan kukuh, utamakan rakyat
- Rapid Pengerang: Banyak misteri akan terbongkar
- Patutlah Bermati-matian Pertahankan Putrajaya, Ramai Yang Bakal Ke Penjara
Coral Speaking Himpunan Hijau ke Putrajaya Posted: 27 Sep 2012 03:57 AM PDT |
Masalah E-undi Pilihanraya Kampus: Percubaan Menipu Yang Gagal Posted: 27 Sep 2012 03:53 AM PDT UIA hadapi masalah 'pengundi hantu' dalam sistem e-pengundian KUALA LUMPUR, 27 Sept — Pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberikan alasan peningkatan pengundi dalam sistem e-pengundian melebihi jumlah yang layak mengundi menyebabkan pilihan raya kampus (PRK) terpaksa ditangguhkan. Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Datuk Mizan Hitam, dalam kenyataan rasmi mengesahkan perkara tersebut. "Sebagai contoh, sepatutnya satu kuliah mempunyai 300 pengundi tetapi e pengundian mencatatkan jumlah melebih 2000 pengundi yang layak," katanya. Memetik laporan di Berita Harian hari ini, Dekan Bahagian Pembangunan dan Perhubungan Pelajar UIAM, Dr Akmal Khuzairy Abd Rahman mengesahkan perkara tersebut dan dijangkakan pilihan raya semula akan diadakan pada minggu depan. "Saya masih belum menerima laporan rasmi tetapi ia berpunca daripada masalah teknikal," kata Dr Akmal kepada Berita Harian. Dr Akmal juga berkata tarikh pilihan raya akan diputuskan hari selepas selesai bermesyuarat. Disamping itu, beliau juga mempertahankan keupayaan sistem e-pengundian yang digunakan oleh semua universiti dalam PRK kali ini. "Ia tidak berlaku di universiti lain kecuali di UIA," kata Dr Akmal. Bagi mengelak ia berulang, UIA dijangkakan beralih kepada sistem lama iaitu mengadakan pilihan raya secara manual. Cadangan itu dilontar oleh Datuk Mizan dan Dr Akmal dalam kenyataanya hari ini juga menyuarakan pendapat sama yang mahu senat mengadakan satu lagi PRK secara manual. Semalam, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam sidang medianya berkata pihaknya telah menerima laporan awal yang mengatakan kelewatan itu disebabkan kesilapan teknikal dalam penggunaan sistem e-undi yang dikelolakan pihak bertanggungjawab di UIAM. Sebanyak 32 kerusi dipertandingkaan melibatkan 18 kerusi di kampus Gombak dan 13 kerusi di kampus Kuantan. Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam kenyataannya hari ini menggesa sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat segala aduan ketidak adilan dan penipuan yang berlaku dalam PRK sesi ini. Beliau juga menyifatkan PRK yang berlangsung semalam telah menyaksikan penyelewengan dan penindasan ke atas hak demokrasi mahasiswa. -TMI Nurul Izzah: Kredibiliti pilihan raya kampus tercalar |
Berita Tergempar - Bukti BN Sabah Membeli Undi (Video Inside) Posted: 27 Sep 2012 03:49 AM PDT KOTA KINABALU; Kegiatan mendaftar pengundi baru dan pemindahan tempat membuang undi ke kawasan Dun N.15 Api-Api dengan tawaran RM200 telah tersebar luas. Bermula dari Taman Keramat yang terletak di batu 2, Jln Tuaran sehingga ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Inanam (Terminal Bas Inanam) beberapa hari yang lalu dikatakan telah menawarkan imbuhan kepada sesiapa sahaja (kecuali kaum Tiong Hua) yang menukar tempat mengundi ke kawasan Dun Api-Api. Kegiatan yang mengcurigakan tersebut berjaya dirakamkan oleh krew SabahTv di sebuah pusat membeli belah (Likas Square) di Teluk Likas yang dipercayai di bawa pengurusan kroni seorang Timbalan menteri kabinet negeri. |
PANAS! Tian Chua Cabar BN Dedah Pemilik Sebenar Jet! Posted: 27 Sep 2012 03:47 AM PDT Naib Presiden PKR, Tian Chua mencabar kerajaan menyemak status jet peribadi dinaiki Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semasa lawatan ke Sabah baru-baru ini untuk pengesahan kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk nyatakan perkara itu. Menurutnya, kerajaan dan orang ramai yang ingin mengetahui status jet tersebut perlu menyemaknya dengan pihak yang sepatutnya. Katanya,"kita cabar kerajaan untuk semak daripada pihak berkuasa, tanya Menteri Pengangkutan, pergi DCA kalau nak tahu, siapa yang sewa, dan siapa yang uruskan." Sehubungan itu Ahli Parlimen Batu ini berkata: "Saya tak menyesal memuat naik gambar-gambar jet yang dinaiki Anwar kerana kita telus. Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Dalam laporan media tempatan hari ini, Tian Chua dibidas kerana mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Anwar berhubung isu beberapa pemimpin pembangkang menaiki sebuah jet eksekutif ke Sabah baru-baru ini. Teguran itu dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang memberitahu wakil rakyat itu sepatutnya memastikan maklumat yang tepat berhubung jet berkenaan sama ada disewa atau ditaja sebelum membuat sebarang kenyataan. "Anwar Ibrahim menjelaskannya dan membuat kenyataan mengenai perkara ini. Jadi kita ikut kenyataan itu," katanya. Apabila ditanya sama ada beliau mengetahui siapa pemilik jet tersebut, Tian Chua berkata: "Saya tahu tapi saya tak ada kuasa untuk nyatakannya...pergi tanya pihak yang lebih berkuasalah." Sehingga kini, kerajaan enggan mendedahkan pemilik sebenar jet peribadi yang turut digunakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom untuk menunaikan haji ke Makkah, Arab Saudi tahun lalu, namun janjinya untuk menjelaskan siapa pemiliknya tidak ditunaikan sehingga kini. Jamil juga menggunakan jet yang sama untuk membawa peserta rancangan realiti 'Solehah' terbitan sebuah stesen televisyen swasta tahun lalu. -Jalan pulang |
Belanjawan Pakatan kukuh, utamakan rakyat Posted: 26 Sep 2012 11:12 PM PDT KUALA LUMPUR 27 September: Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 mencakupi segenap aspek kebajikan rakyat, sejajar dengan apa yang mampu diberikan tanpa membebankan hutang kepada kerajaan. Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, belanjawan yang dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam selaras dengan dasar Pakatan untuk membela kebajikan rakyat. "Belanjawan kali ini lebih konkrit dengan mensasarkan bebanan yang ditanggung rakyat. Semua yang diumumkan itu berkenaan kebajikan rakyat bermula daripada pengurangan kos hidup sehinggakan caruman kepada golongan isteri. "Caruman Wanita Nasional itu selaras dengan kehendak Islam yang menuntut keutamaan suami membela hak isteri," katanya ketika dihubungi. Intipati Belanjawan Pakatan dibuat berdasarkan polisi sebelum ini, selain selari dengan matlamat mengawal inflasi dan menurunkan hutang. Tujuh teras utama digariskan iaitu reformasi dan ketelusan GLC, membina daya saing ekonomi, mengangkat martabat wanita, hasil minyak untuk negeri, menurunkan harga kereta, reformasi membanteras jenayah dan perumahan untuk rakyat. "Saya pasti rakyat gembira jika belanjawan ini terlaksana kerana mereka akan dapat menarik nafas lega terutama bebanan hutang kenderaan dengan mengurangkan harga kereta. "Kos hidup juga menjadi semakin rendah, banyak yang akan Pakatan laksanakan daripada menghapuskan tol sehingga memberikan pendidikan percuma. Ini yang dikatakan sebagai rakyat didahulukan," ujar Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perak itu lagi. -KD |
Rapid Pengerang: Banyak misteri akan terbongkar Posted: 26 Sep 2012 09:43 PM PDT KUALA LUMPUR: Banyak misteri yang akan terbongkar berikutan bantahan dan cabaran debat mengenai Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. "Apabila ada bekas menteri yang mencari nafas baru dalam politik Umno mencabar untuk berdebat berikutan bantahan penduduk Pengerang terhadap Rapid, banyak lagi kecurigaan yang didedahkan kepada kita sejak Petronas dikuasai (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," katanya. Menurut Salahuddin, Seksyen 3(2) Akta Pembangunan Petroleum 1974 meletakkan Petronas di bawah penguasaan dan arahan Perdana Menteri. Katanya, antara perkara awal yang didedahkan kepadanya ialah mengenai begitu banyak projek Petronas, termasuk Rapid, yang dimanfaatkan oleh Dialog Group Berhad. Mengenai Rapid, Salahuddin berkata, beliau difahamkan bahawa projek itu adalah projek Petronas yang pertama yang mengambil alih kawasan penempatan rakyat. "Saya difahamkan oleh para pegawai Petronas bahawa sejak ditubuhkan pada tahun 1974, syarikat minyak nasional itu tidak pernah mengambil alih kawasan penempatan rakyat dan apa yang berlaku di Pengerang hanya berlaku di zaman Najib menguasai Petronas. "Contohnya, tapak kawasan Loji Penapis Minyak Terengganu di Kerteh asalnya ialah kawasan kebun kelapa dan tidak melibatkan kawasan perkampungan atau penempatan rakyat," kata beliau. Malah, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, pegawai-pegawai Petronas yang memberi maklumat juga memberitahu, telah menjadi piawaian dunia bahawa projek minyak dan gas tidak dibuat di kawasan penempatan rakyat seperti yang dilakukan di Pengerang. "Para pegawai Petronas yang berkenaan juga banyak mengadu mengenai Presiden dan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Petronas (Tan Sri) Shamsul Azhar (Abbas) dan mereka memberitahu bahawa banyak perkara yang tidak berlaku sebelum ini berlaku di zaman Shamsul Azhar termasuk pengambilalihan kawasan penempatan rakyat untuk projek Petronas. "Ia satu perubahan dasar Petronas yang luar biasa," katanya. Bagi Salahuddin, apabila ia melibatkan perubahan dasar Petronas, kesalahan besar bukan lagi sekadar melibatkan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang beliau sifatkan bersekongkol meluluskan pengambil alihan kawasan penempatan penduduk berkenaan untuk projek itu, tetapi dalang utamanya ialah Najib. "Najiblah orang yang paling bertanggungjawab ke atas segala masalah dan keperitan yang dihadapi oleh penduduk Pengerang yang dimangsakan pengambil alihan itu," katanya. Salahuddin juga kesal dengan sikap Ghani yang hanya mengikut sahaja telunjuk Najib dan menjadi antara sekongkol utama dalam projek yang dibantah oleh penduduk Pengerang itu. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Pengerang, Kasran Abdullah sebelum ini menyatakan, kajian yang dijalankan November tahun lalu di tujuh kampung terbabit, menunjukkan 96 peratus penduduk membantah projek Rapid. Salahuddin juga menuntut penjelasan Najib mengapa Dialog kini mendapat begitu banyak projek Petronas. "Para pegawai Petronas berkenaan memberitahu, trend monopoli sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini dan hanya berlaku ketika Najib berkuasa ke atas Petronas. "Menurut mereka, banyak penganugerahan projek Petronas yang menimbulkan kesangsian dan pertikaian dan yang paling mereka persoalkan ialah projek-projek Petronas kepada Dialog," kata beliau. Para pegawai petronas itu juga, kata Salahuddin, mempersoalkan bagaimana Dialog mendapat manfaat di medan minyak Balai Bentara dan dijangka akan mendapat manfaat pula di medan minyak D35 di Balai Cluster. Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana kenyataan khusus mengenai perkara itu akan dibuat. -Hrkh |
Patutlah Bermati-matian Pertahankan Putrajaya, Ramai Yang Bakal Ke Penjara Posted: 26 Sep 2012 09:42 PM PDT Pakatan tubuh S'jaya siasat skandal BN jika tawan Putrajaya Pakatan Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat yang dibazirkan Umno-BN sebaik gabungan KEADILAN, PAS dan DAP diberi mandat membentuk kerajaan. Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, fokus suruhanjaya itu terarah kepada skandal pembaziran wang rakyat yang melibatkan pemimpin besar. "Skandal PKFZ misalnya, ia melibatkan pembaziran wang rakyat RM14 bilion dan yang terbaru penyelesaian di luar mahkamah bagi kes hutang kroni Umno, Tajudin Ramli terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). "Skandal besar seumpama ini mesti ada pihak yang bertanggungjawab dan sebab itu perlunya suruhanjaya bagi menyiasatnya," katanya. Beliau diminta mengulas isi ucapan beliau di Sungai Petani, Kedah 3 Mac yang menyatakan Pakatan Rakyat akan mengheret mereka yang melakukan rasuah ke mahkamah jika mengambil alih Putrajaya pada PRU akan datang. Saifuddin berkata, turut tidak terlepas dari fokus Pakatan ialah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bertujuan mereformasikan institusi polis. "Skandal NFC juga tidak akan terlepas kerana wang rakyat turut dibazirkan keluarga pemimpin Umno dengan menggunakan dana awam RM250 juta itu. "Malah rakyat yang juga pembayar cukai sangat berharap wang mereka dikembalikan ekoran salahguna kuasa yang dilakukan keluarga menteri dalam projek ini," tegasnya. Dalam pada itu, beliau berkata, ucapan maaf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini adalah taktik berlepas diri dengan meletakan kesalahan di bahu pemimpin lain. "Sepatutnya Najib mengakui salah beliau, kerana beliau menteri Umno sejak puluhan tahun, malah mewarisi sistem Umno yang mengekalkan rasuah dalam pentadbirannya dan Najib sudah menjadi PM hampir tiga tahun," ujarnya. Oleh itu, beliau mengingatkan Najib bahawa rakyat sudahpun membuat pendirian dan yakin pengundi akan memastikan Umno BN tersungkur pada PRU akan datang. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan