Khamis, 20 September 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Kempen PRU13 Bermula (video wajib tonton)

Posted: 20 Sep 2012 09:37 AM PDT


UMNO MENIPU RAKYAT DAN DIRI SENDIRI

Posted: 20 Sep 2012 09:35 AM PDT


Umno terus menipu diri sendiri dan rakyat. Yang tertipu adalah dirinya sendiri, bukan rakyat kerana rakyat hari ini sudah tahu bahawa banyak program, kenyataan dan tindak tanduk Umno adalah 'wayang kulit' semata-mata.

Terbaru Umno mendakwa 1,000 ahli PKR Cabang Beaufort keluar dari PKR untuk menyertai Umno.

'Tengok dan baca boleh tetapi percaya jangan'.

Gunalah falsafah ini untuk berhadapan dengan Umno/BN. Bayangkan hebat betul PKR Cabang Beaufort sehingga berjaya mengumpulkan 1000 ahli dan penyokong Sedangkan pada hakikatnya ahli PKR Cabang Beaufort tidak sampai pun 1000 orang sebelum ini.

Pada satu majlis baru-baru Umno mendakwa 1000 ahli PKR menyertai Umno sedangkan pada hakikatnya berduyun-duyun ahli Umno Beaufort keluar Umno menuruti jejak langkah bekas Ketua Umno Bahagian tersebut iaitu Datuk Seri Lajim Hj Ukim.

Inilah sandiwara Umno sejak dahulu, kini dan sehinggalah Umno meninggal Insya Allah tidak lama lagi. -Mutaligat

Rupanya Najib Selalu Tertinggal Di Belakang Anwar..

Posted: 20 Sep 2012 09:33 AM PDT


KUALA LUMPUR 20 September: Sangat memalukan apabila pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Razak menjadi orang nombor dua selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tuan rumah mengendalikan sesi Google Hangout 17 Ogos lalu.Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, Perdana Menteri dan Umno BN sebenarnya terdesak melihat sokongan anak muda yang condong kepada Pakatan Rakyat, sebab itu terpaksa meniru aktiviti yang dilakukan Anwar.

"Walaupun Umno cuba pelbagai cara, namun masih tak dapat memenangi hati anak muda. Tidak seperti kita yang memperkenalkan dasar-dasar yang disetujui golongan itu, seperti kempen Turun Harga Kereta, dan mansuh PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), itu yang penting bagi rakyat," jelas Sim.Katanya, melalui program ini, kerajaan dilihat ketandusan idea dalam memenangi hati golongan muda.

"Kesimpulannya, Umno BN memang kering idea dalam memperkenal dasar baru, terutama kepada golongan muda. Mereka hanya tahu bagi RM500. Jika sebuah parti itu tidak mendapat sokongan belia, parti itu tidak akan kekal lama," katanya ketika dihubungi."Lagipun, Umno hanya mendapat sokongan orang tua, sebab orang muda tak suka gejala rasuah, penyewengan dan lain-lain yang dilakukan Umno," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak itu lagi.

Difahamkan Perdana Menteri akan menjawab soalan dalam sesi sejam forum online dari 4 petang pada 29 September ini, sehari selepas beliau membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.Anwar merupakan ahli politik pertama Malaysia dan di Asia Tenggara menerokai Google Hangout, yang membolehkan mesyuarat maya sehingga 10 orang atau disiarkan kepada berjuta-juta penonton dalam talian.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menjadi tuan rumah Google Hangout pada Januari lepas sebagai sebahagian daripada kempen pemilihan semula. Forum ini datang dalam bentuk sambungan video secara langsung dan soalan video YouTube.Acara Borak Bersama Anwar yang disiar secara langsung melalui Youtube, Google Hangout dan facebook itu, mendapat sambutan hangat dari pengguna internet di Malaysia mahupun di luar negara.Soalan tertumpu kepada polisi Pakatan Rakyat dan perancangan selepas menawan Putrajaya, selain pandangan Ketua Umum KEADILAN itu terhadap beberapa topik.

Soalan santai termasuk minat terhadap filem Hindustan dan perkembangan bola sepak turut diajukan. Anwar juga  menjawab dan membidas provokasi Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang pada sesi itu.~kd

SAKSIKAN VIDEO PALING NAKAL

Posted: 20 Sep 2012 09:31 AM PDT


Hina TGNA & Sunnah Rasulullah, PAS Buat Laporan Polis

Posted: 20 Sep 2012 09:30 AM PDT



Pasir Puteh - Lujnah Undang-undang Pas Kawasan Pasir Puteh mengecam tindakan menghina Menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman sosial Facebook.

Pengerusinya, Zarir Yaakob berkata, gambar yang dimuatkan pemegang akaun Facebook itu agak keterlaluan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Katanya tindakan meletakkan gambar Nik Aziz menghirup makannan di pinggan di sebelah gambar haiwan meminum air dianggap sebagai tidak beradab.

"Individu tersebut bukan sahaja menghina Mursyidul Am PAS dengan menyebarkan gambar itu malah dalam masa sama menghina sunnah Nabi Muhammad saw.

"Saya berharap pihak berkuasa bertindak segera kerana tindakan itu jelas mengaibkan seseorang dan boleh mencetukan ketenteraman awam," katanya selepas membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah di sini semalam.

Lebih mengecewakan katanya, "posting" itu turut tertera tulisan "Antara dua haiwan ini, mana yang lebih sopan".

Zarir berkata, individu tersebut bukan saja telah mempamerkan kejahilan sendiri kepada umum, malah menghina agama sendiri dengan memperlekehkan amalan yang menyamai amalan junjungan besar Nabi Muhammad saw.

"Saya kesal dengan perkara ini, apatah lagi dalam suasana umat Islam di seluruh dunia bangkit menentang perbuatan menghina Islam, malangnya orang yang mengaku Islam di negara ini turut menghina agama sendiri.

"Mungkin juga individu terbabit berada dalam kebuntuan dan terdesak selepas melihat semakin ramai rakyat berpihak kepada perjuangan PAS, sehingga sanggup melakukan untuk mengaibkan pemimpin besar PAS," katanya.

Pentadbir UTHM ugut mahasiswa agar sokong Umno/BN

Posted: 20 Sep 2012 02:28 AM PDT

SUDAH banyak kali didedahkan sebelum ini bahawa mahasiswa diugut agar menyokong Umno/BN oleh pihak universiti, namun belum ada mahasiswa yang berani merakamnya untuk dijadikan bukti.
 
Namun kali ini sebuah rakaman didedahkan bagaimana pentadbir Universiti Tun Hussin Onn, UTHM Parit Raja, Prof Amir Hashim mengugut mahasiswa agar menyokong Umno/BN.

Berikut rakaman yang dimaksudkan. Sila tonton dengan mata dan telinga anda sendiri bagaimana selama ini mahasiswa diugut agar menyokong Umno/BN. -Milosuam

Fitnah: Presiden PAS saman Dr Mashitah Ibrahim

Posted: 20 Sep 2012 02:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung tulisannya yang mengandungi unsur fitnah.

Fail tersebut difailkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.
(Gambar: Ahmad Samsuri bersama peguam bercakap kepada media.)

Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad Samsuri menyifatkan tulisan berbentuk fitnah tersebut keterlaluan dan memalukan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Sebelum ini kita sudah minta Mashitah dan Sinar Harian buat permohonan maaf terbuka tapi mereka tidak berbuat demikian maka kita ambil tindakan samanlah," katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan Nasar Khan.
Sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut.

Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi. -Hrkh

Hebat gambar Tok Guru Solat hajat halau Jin !!

Posted: 20 Sep 2012 02:24 AM PDT

Bila Aku publish gambar Tok Guru tengah solat nanti ada pencacai kata itu riak dan sebagainya,Tetapi apa mesej yang nak di sampaikan ialah sikap seorang pembesar negeri yang turun menyelesaikan permasalahan rakyat.Dengan rendah diri serta tawaduk beliau turun menyelesaikan masalah rakyatnya.

Kisah berlaku di Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan bila mana sebuah rumah telah di ganggu oleh kejadian misteri di mana rumah itu seperti digangu oleh mahkluk halus dengan dinding rumah di jilat api di bahagan tertentu di rumah tersebut.

YAB. Tuan Guru telah meluangkan masa dengan berkunjung ke rumah keluarga mangsa gangguan 'api misteri' di Penambang ,Tuan Guru telah solat hajat setibanya sampai di rumah mangsa ,moga ikhtiar Tok Guru dengan memohon doa diterima oleh kepada Allah s.w.t .

Menurut sumber gangguan makhluk halu situ mengganggu cucu Zainab Sulaiman,Norfatini Wan Hanafi,kemana sahaja Norfatini pergi gangguan api akan ada.

 Moga berkat solat hajat yg dilakukan TGNA tiada lagi gangguan sebegitu... Aamiin..

 Sumber gambar









YAB. Tuan Guru solat hajat setibanya di rumah api misteri di Kg. Penambang.

 

 

Biadap!! Majalah Perancis Pula Siar Hina Kartun Nabi

Posted: 19 Sep 2012 05:38 PM PDT


PARIS - Sementara protes berhubung filem Innocense of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW hari ini sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam. Perkembangan itu menyebabkan polis rusuhan terpaksa dikerah untuk melindungi pejabat majalah tersebut.
Muka depan majalah terbabit yang menunjukkan Yahudi Ortodoks menolak serban seorang individu yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad, malah beberapa gambar didalam majalah tersebut turut diletakkan termasuk gambar bogel.

Editor majalah itu berkata pihaknya "akan mengejutkan" mereka yang mahu dikejutkan.

Majalah tersebut dikeluarkan ketika bantahan yang meruncing terhadap filem anti - Islam tersebar di internet. Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius mengutuk keputusan Charlie Hebdo yang bersifat provokatif dan telah mengarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pejabat diplomatik di negara-negara Islam.

Editor majalah tersebut, pada asalnya seorang kartunis yang menggunakan nama Charb, nafi melakukan provokasi terhadap perkara tersebut. "Ia adalah satu kebebasan akhbar, adakah ia satu provokasi?" katanya.

"Saya tidak menyuruh masyarakat Islam untuk membaca Charlie Hebdo, seperti mana saya tidak akan pergi ke masjid untuk mendengar khutbah, mendengar perkara yang saya sendiri tidak percaya," katanya.

Seorang imam besar masjid di Paris, Dalil Boubakeur menyeru empat juta umat Islam di Perancis agar bertenang.

"Ia adalah satu kekeliruan, kesedihan dan kebimbangan yang telah saya lalui, di mana ia menambah lagi kemarahan umat Islam yang berlaku sekarang di seluruh negara Islam," kata beliau.

"Saya merayu kepada mereka agar untuk tidak mencurah minyak dalam api yang sedang marak," katanya. Majlis Islam Perancis turut memohon umat Islam agar bertenang. ~sinarharian
Addin :
Kepada semua umat Islam, ramai-ramai kita turun ke himpunan sejuta umat Islam bagi membantah pembikinan serta penyebaran filem Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, yang menghina keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. Tunjukkan kepedulian dan sensitiviti kita pada agam yang kita cintai ini.. Allahu akhbar!!

Harta Taib Mahmud dan Kroni Berjumlah RM64 Bilion?

Posted: 19 Sep 2012 05:36 PM PDT

[MK] Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Laporan berjudul "The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia" dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

[Baca berita penuh]

azlan
P/s: Menjawablah nanti, kalau tidak di dunia, di alam satu lagi.

Pengerusi & Timb Pengerusi SPR Perlu Letak Jawatan Segera Atau Mahu Masuk Penjara?

Posted: 19 Sep 2012 05:35 PM PDT



Pengundi luar negara desak bos SPR undur

Tidak puas hati dengan kelewatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan warganegara Malaysia di luar negara mengundi pos, kumpulan pendesak MyOverseasVote (MOV) mendesak dua pemimpin utama badan itu meletakkan jawatan.

MOV yang ditubuhkan bagi melobi hak mengundi mereka mendakwa pengerusi SPR Atan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar menipu rakyat Malaysia di negara asing.

SPR juga menghina syor yang dibuat oleh jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya, yang diluluskan Dewan Rakyat, kata MOV dalam kenyataannya semalam.

MOV merujuk kepada kenyataan Abdul Aziz Jumaat lalu bahawa Pejabat Peguam Negara masih mengkaji sama ada pindaan Akta Pilihan Raya diperlukan bagi membolehkan pengundian pos kumpulan itu.

Sementara itu, MOV juga membariskan kronologi peristiwa yang didakwa menggambarkan SPR tiada hasrat untuk memberikan hak pengundian pos kepada mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Seperti biasa, kedua-dua mangkuk ini akan memekakkan telinganya, TETAPI kita ingin memberi amaran bahawa hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya.

Mereka boleh menipu rakyat Malaysia, tetapi mereka tidak boleh menipu kebenaran apatahlagi Tuhan.

Mengikut pemerhatian GB, berdasarkan kepada tindakan-tindakan kedua-dua penjawat awam ini yang melakukan kerja secara tidak adil dan senget sebelah, mereka akan tetap ke penjara bersama-sama mereka yang curang di dalam perkhidmatan mereka, di satu hari nanti.

GB dan sekalian rakyat yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan akan tetap berdoa semuga ianya menjadi kenyataan FULLSTOP -GB

Tiada ulasan: