Muslimeen United |
- Umno - BN peralat murid untuk rembat projek pendidikan
- GAMBAR Noh Omar jadi MERAH bila mengamuk
- Pemimpin BN Songlap RM200,000 Geran Bantuan Setengah Juta
- Ustaz Don: 'Syurga isteri saya, syurgalah untuk saya'
- Fulamak !!!!. Ribuan .Anak Muda Hadiri Kuliah Uztaz Azhar.
- Koleksi Pimpinan UMNO Yang Jilat Ludah Sendiri Di Hari Malaysia
- (Gambar) Pendedahan Sulung Pengarah Filem Hina Nabi
- CERAMAH PERDANA TGNA DI BUKIT GEDUNG, TANJUNG KELING, MELAKA.
- VIDEO JKK Naik Pentas Bersama Ustaz Azhar Idrus tersebar
Umno - BN peralat murid untuk rembat projek pendidikan Posted: 17 Sep 2012 08:31 AM PDT Ia berikutan pengumuman program 1BestariNet oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini. 1BestariNet adalah projek pemasangan rangkaian sistem internet 4G di 10,000 sekolah seluruh negara. "Murid-murid diperalat atas nama program pendidikan. Untuk nampak halal, pihak tertentu menggunakan saluran ini bagi mengaut kekayaan. Kalau satu sekolah membabitkan RM1,000, bayangkan kalau 10,000 sekolah berapa banyak belanja diguna untuk program ini? "Perkara ini dirancang. Mereka (kerajaan) sendiri buka tender, kemudian pilih pembekal dan kontraktor di kalangan kawan-kawan mereka sendiri. Semua ini wayang," katanya. "Kita ada pengalaman dalam PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). Hanya setahun lepas guna, (komputer riba) rosak," katanya ketika dihubungi. Beliau merujuk perkara ketujuh dari sembilan anjakan yang dirangka melalui Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Perkara itu mengandungi komitmen kerajaan bahawa semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang kononnya menyediakan landasan untuk pelaksanaan pembelajaran secara interaktif. Muhyiddin sebelum ini turut berkata, Kementerian Pelajaran akan mengadakan hari terbuka untuk membolehkan masyarakat meneliti, mendapatkan penjelasan dan memberi maklum balas kandungan laporan tersebut. Justeru, Nordin menyeru bekas guru-guru sekolah, pensyarah maktab perguruan dan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) meneliti laporan tersebut. "Kita takut hal (kerugian) ini berulang. Apa yang dirancang Kementerian Pelajaran hari ini, signifikan dengan apa yang pernah berlaku pada dasar PPSMI," tegasnya. -sumber |
Posted: 17 Sep 2012 08:29 AM PDT KUALA KANGSAR: Dianggarkan lebih 20, 000 hadir ceramah Ustaz Azhar Idrus di Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar berhampiran Kolej Islam Darul Ridzuan semalam. Sejak petang lagi, rakyat dari seluruh negeri Perak berpusu-pusu memasuki Kuala Kangsar untuk bersama-sama mendengar ceramah yang disampaikan oleh Daie Sejuta Ummat itu. Pelbagai lapisan termasuklah anak-anak muda, hadir ke program tersebut dan ternyata auranya sangat sehingga dapat mengumpulkan puluhan ribu masyarakat. Tidak perlu membuat konsert rock yang melalaikan, tidak perlu artis-artis yang popular, hanya seorang Ustaz dapat menarik orang ramai. Telatah Ustaz Azhar Idrus menggamit suasana dan program tersebut ternyata lebih baik daripada program Kerajaan Negeri iaitu konsert rock malam Hari Malaysia baru-baru ini yang melalaikan umat Islam. Sudah pasti Umno tidak senang dengan kehadiran Ustaz Azhar Idrus semalam! Turut kelihatan YDP PAS Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss Anak-anak muda sangat teruja mendengar ceramah UAI Puluhan ribu hadir Berpusu-pusu rakyat mahu bersalaman dengan UAI Imam Muda Jabbar turut hadir semalam. Sumber: perakitedaily.blogspot.com |
GAMBAR Noh Omar jadi MERAH bila mengamuk Posted: 17 Sep 2012 08:28 AM PDT Puak Umno yang tiba - tiba mengamuk meragut banner -banner yang dibawa penternak burung Walit SAMM bersama YB Ng Sue Lim iring penternak burung walit bertemu menteri pertanian Antara lebih 400 orang penternak burung walit yang hadir dari seluruh negara Pada 15 September 2012, sekitar jam 11 pagi di Pekan Tanjong Karang, che'GuBard, Komrad Azhar (Penyelaras bersama SAMM Selangor) dan komrad- komrad SAMM Sg.Besar (team Utara Selangor) telah hadir di Pekan Tanjong Karang bersama YB Sue Lim serta lebih 400 penternak burung walit dari seluruh negara untuk menghantar memorandum bagi mengenengahkan isu yang berpanjangan dalam industri burung walit khususnya mengenai isu penghantaran / penjualan produk ke negara China. Pagi yang sama juga secara tiba - tiba dibuat rumah terbuka hujung Syawal depan Pejabat Umno Tanjong Karang. Menurut salah seorang 'Tok Sidang' yang turut hadir majlis itu diadakan saat akhir mungkin kerana itu cara untuk mengumpulkan ramai orang Umno 'berkubu' depan pejabat sendiri dan juga akan diceritakan selepas itu kononya penternak burung walit yang hadir (kebetulan ramai orang cina) bertindak biadap serang majlis hari raya orang melayu. Sudah menbaca taktik ini kami hanya berkumpul di seberang jalan besar. Hanya wakil 6 orang dan hampir 10 pengiring sahaja dibenarkan melintas jalan rapat ke pejabat Umno. Kehadiran kami disambut Noh Omar sendiri. Kami dijemput duduk. Saya duduk betul - betul di sebelah Noh Omar. Sebaik sahaja saya duduk dia terus tanya saya dan Yahya Shaari (PKR) dengan nada berbisik menyindir "kau orang ni tahu ke isu burung walit ni?" Katanya lagi dari beribu sarang hanya ratus je daftar. Menurut dia PBT di Selangor pun nak saman dan minta kami agar tolong jangan saman. Cukup terkejut dengan seorang menteri apabila beliau berkata "kau tahu kenapa cina - cina ni tak nak daftar rumah burung....luar rumah burung tapi ada yang simpan dadah,senjata...macam-macam lagi itu sebab tak nak daftar dan bagi kita masuk 'check'.." Rupanya isu rumah burung ini juga dalam kepala pemikiran Menteri turut dipandang dari aspek pemikiran perkauman yang tajam. Majlis dimulakan seorang moderator bercakap keliling semua penyokong Umno bersorak, polis kelihatan bertindak profesional menjaga sekitar meja rundingan berlaku.Wakil penternak memulakan dengan membaca memorandum menjelaskan masalah. Kesian saya lihat wakil penternak itu memang diakui mutu bahasa kebangsaannya lemah sedikit tetapi ia bukan alasan penyokong yang ramai mengelilingi meja rundingan bawah khemah depan pejabat Umno itu menjerit menyindir. Ada yang dengan selamba bercakap "apalah cina ni nak cakap banyak ...cakap melayu pun gagap" Selepas itu pembesar suara diambil alih oleh Noh Omar menjawab persoalan. Kami membiarkan dia bercakap lebih 30 minit. Bukan sekadar bercakap mengenai isu tetapi dia turut guna kesempatan itu hambur tuduhan dan sindir pakatan rakyat. Malah secara terang - terang dia marah penternak kerana jumpa DAP. Bagi che'GuBard mudah penternak burung walit ada masalah yang lama tak selesai, mereka datang jumpa kami maka kami bawa mereka berjumpa Menteri Pertanian selepas dengar masalah mereka. Ini tidak salah sepatutnya menteri ucap terima kasih bukan tunjuk ego sombong. Kami bukan golongan datang mengamuk depan pejabat orang seperti mana mereka datang serang pejabat PKR. Kami bukan geng baling cat lari. Datang secara bertamadun untuk bincang selesai masalah rakyat. Oleh sebab itu kami beri Noh bercakap lebih 30 minit. Kemudian seorang wakil penternak bangun nak bercakap ramai mula bersorak, untuk tenangkan keadaan kami bincang YB Ng Sue Lim akan bercakap menjawab sindiran dan tuduhan liar Noh Omar dan che'GuBard akan bangun menggulung. 30 minit bagi peluang Noh Omar bercakap bila saya nak bangun bercakap dia terus mengamuk tak tentu pasal Namun bila YB Ng Sue Lim bercakap keadaan mula kecoh bukan sekadar penyokong Umno, Noh sendiri mula berdiri dan marah- marah. che'GuBard mula bangun nak bercakap, tolak menolak berlaku. Terus Ketua Polis Daerah muncul rampas microphone kami dan minta bersurai lalu iring kami ke seberang jalan. Beberapa orang Umno juga berlari ke arah seberang jalan merentap beberapa banner yang dibawa dan lari semula ke khemah Umno. Kemudian Noh tidak diam sahaja terus pula guna akaun twitternya menyerang dengan mengatakan kami penakut dan sebagainya. Hanya mampu tersenyum dan kesian dengan cara politik 'anak jantan ala Umno' bercakap di gelanggang sendiri lebih 30 minit merapu, bila orang mula nak menjawab dia terus meroyan. Isunya tidak akan selesai selagi kita punya menteri yang ego dan sombong seperti ini.- Kedah.kini |
Pemimpin BN Songlap RM200,000 Geran Bantuan Setengah Juta Posted: 17 Sep 2012 08:23 AM PDT Satu laporan dibuat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan geran bantuan kebajikan Perdana Menteri (PM) sebanyak RM500,000 yang diberikan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM). Laporan oleh Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard itu dibuat di Georgetown, Pulau Pinang, semalam. Ia berikutan pendedahan satu set dokumen membuktikan bagaimana geran bantuan tersebut diseleweng sebanyak RM200,000 untuk dibayar kepada orang tengah sebagai komisen. Dokumen yang ditemui Chegu Bard di rumahnya di Nibong Tebal 12 September lalu itu menyebut pada 28 Mac 2012 bahawa Kementerian Kewangan telah memaklumkan kepada PBPM mengenai peruntukan sebanyak RM500,000. Manakala surat maklum balas dari PBPM kepada kementerian mengenai penerimaan tersebut juga telah dinyatakan pada 6 April 2012. Dokumen tersebut, jelas menyebut nama seorang pemimpin tertinggi BN yang membantu PBPM mendapatkan geran bantuan. Dalam minit mesyuarat persatuan merekodkan bahawa PBPM perlu membayar RM200,000 kepada sebuah syarikat yang kononnya menjadi orang tengah bagi mendapatkan geran tersebut. "Mesyuarat pertubuhan tersebut menyebut dengan jelas nama Datuk Seri Chua Soi Lek pada 19 November 2012 berlaku pertemuan di mana persatuan mohon bantuan untuk dapatkan sumbangan dari Jabatan Perdana Menteri," dedah Chegu Bard dalam kenyataannya. "Ini membuktikan korupsi dalam negara sudah semakin teruk, apabila bantuan geran kebajikan pun mesti melalui orang tengah untuk dibayar komisen," kata beliau lagi. "Pendedahan ini juga meyakinkan bahawa pemimpin BN yang terlibat membantu PBPM mendapatkan geran tersebut, menjelaskan amalan rasuah dan korup senantiasa menjadi rutin dalam kehidupan mereka. "Pendedahan ini perlu segera diambil tindakan bagi mengheret mereka yang terlibat menjadi orang tengah serta menyalahgunakan kuasa bagi mendapat komisen dan rasuah dari mereka yang memerlukan," tegas Chegu Bard. -KD |
Ustaz Don: 'Syurga isteri saya, syurgalah untuk saya' Posted: 17 Sep 2012 08:22 AM PDT KIRA-kira setahun lalu, pendakwah dan penyampai rancangan kuliah interaktif 30 minit Ustaz Don di TV Alhijrah, Don Daniyal Don Bijayid, 28 telah dipertemukan dengan seorang pelajar jurusan perubatan Universiti Kaherah, Mesir. Gadis bernama Husna Mohd Zahry, 24 ternyata telah menawan hati ustaz yang begitu tinggi keperibadiannya. Bertitik tolak daripada itulah, kedua-dua belah keluarga telah mengikat kata sepakat untuk menyatukan mereka dalam ikatan pertunangan. Tertib pertunangan dipelihara dengan sebaiknya sehingga tidak ramai yang menyedari akan berita pertunangan Ustaz Don yang memang cukup terkenal ini. Dalam pada itu, rutin harian sebagai pendakwah diteruskan seperti biasa malah dilaksanakan oleh ustaz yang penuh kerendahan hati dengan sebaik-baiknya. Begitu juga dengan tunangannya tetap meneruskan tanggungjawab sebagai pelajar dengan penuh khusyuk. Tanggal 23 Ogos 2012 bersamaan 5 Syawal 1433H selepas Asar dalam suasana serba sederhana di kelilingi ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin, Ustaz Don akhirnya dinikahkan dengan tunangannya. Majlis pernikahan berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau oleh bapa pengantin perempuan, Haji Sr Mohd Zahry Shaikh Abdul Rahman di hadapan jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya Balik Pulau, Ustaz Tuan Haji Saat. Enggan dedah kisah pertemuan Ternyata Ustaz Don lebih senang tidak mendedahkan kisah cinta mereka kepada umum. Malah ketika ditanya tentang pertemuan mereka, dirinya memaklumkan biarlah kisah mereka berdua menjadi rahsia antara mereka. "Perjumpaan, biarlah rahsia. Ia berlaku lebih daripada setahun," tutur Ustaz Don ringkas. Sungguhpun demikian, dia sudi berkongsi kegembiraannya dengan para hadirin yang bertandang ke majlis pernikahan dan resepsi pengantin perempuan di Dewan PKK Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 1 September yang lalu. "Perasaan saya ketika ini, seronok. Alhamdulillah. Cuma kenduri ini diadakan selepas akad seminggu yang lalu. Secara jujurnya, sepanjang seminggu ini perasaan takut itu masih ada dalam diri saya. "Saya sentiasa mendoakan agar perasaan takut itu sentiasa kekal di dalam diri saya kerana saya tahu saya sudah mempunyai satu tanggungjawab yang besar. Yang mana, syurga isteri saya, syurgalah untuk saya," tutur pensyarah KUIS ini ketika ditemui di majlis resepsinya. Bagi mempersiapkan diri menjadi seorang suami yang bertanggungjawab, beriman dan bertakwa Ustaz Don sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya dengan mendalami kitab-kitab agama yang berkaitan. "Perkara pertama yang perlu ada dalam perancangan untuk diri saya sendiri dan keluarga saya adalah kami perlu mendalami banyak lagi kitab-kitab. Saya mahu supaya pada masa hadapan saya akan lebih mendalami bidang agama. "Tambah pula, selepas saya berada dalam dunia ini iaitu di alam perkahwinan, barulah saya nampak aspek mana yang sepatutnya saya perlu beri perhatian," sambung Ustaz Don yang bakal menunaikan haji pada bulan Oktober nanti manakala isterinya pula akan terus menyambung pengajian di Mesir. Dalam pada itu, Ustaz Don turut mengakui bahawa cabaran rumah tangga yang bakal dialami adalah sama sebagaimana cabaran perkahwinan yang akan dialami oleh pasangan yang lain. Husna mahu selalu di samping suami Menjadi isteri individu terkenal pastilah sedikit sebanyak akan membuatkan isterinya turut terkena tempiasnya. Ketika ditanya tentang reaksi Husna saat berhadapan situasi sebegitu, wanita pemalu ini jujur mengakui dirinya akan cuba menabahkan hati. "Saya akan tabahkan hati dan dalam apa juga situasi saya akan selalu ada di samping suami saya," tuturnya lembut. Barangkali tidak biasa dengan situasi temu ramah yang melibatkan wartawan dan jurugambar, Husna kelu bila ditanya tentang sifat istimewa suaminya. Sebaliknya dia hanya melemparkan senyuman sebelum ditenangkan oleh suaminya sambil memaklumkan, isterinya itu malu dan tidak biasa dengan situasi sebegitu. "Setiap orang ada keistimewaan yang tersendiri. Saya cuma boleh kata Alhamdulillah," balas Ustaz Don saat menerangkan pertanyaan mengenai ciri-ciri istimewa yang ada pada isterinya itu. "Firman Allah, jika Dia hendak memberi rezeki Dia akan beri dan tidak mengira siapa. Wallahualam," sambungnya ketika ditanya soal cahaya mata. Pada hari itu juga, Ustaz Don dan isterinya Husna sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi datang meraikan kegembiraan bersama dengannya. "Cuma satu pesanan saya, tolong doakan kami, kerana boleh jadi doa salah seorang daripada kita akan dimakbulkan Allah. Saya sendiri tidak tahu sama ada doa saya atau siapa akan dimakbulkan. Jadi, hantarlah doa kepada kami dan sekalian kaum muslimin yang ada. Insya-Allah, mudah-mudahan zuriat orang Islam akan semakin bertambah dalam keadaan bertakwa kepada Allah S.W.T," ucapnya penuh kerendahan hati. * Dapatkan corat-coret dan ulasan keluarga Ustaz Don dalam Mingguan Wanita edisi terbaru di pasaran Sumber: Sinar harian |
Fulamak !!!!. Ribuan .Anak Muda Hadiri Kuliah Uztaz Azhar. Posted: 16 Sep 2012 05:59 PM PDT UAI Bersantai Bersama Anak Muda Di..Seberang Jaya. Sebahagian Dari Anak Muda Yang hadir kuliah UAI di Masjid Batu, Permatang Pauh...Seberang Perai.. Nukilan Abu Luqman |
Koleksi Pimpinan UMNO Yang Jilat Ludah Sendiri Di Hari Malaysia Posted: 16 Sep 2012 05:57 PM PDT Selamat Hari Malaysia... Ingat tak bagaimana pemimpin UMNO membidas idea cadangan Anwar sebelum ini yg akan jadikan 16 September sebagai cuti umum bila Pakatan Rakyat memerintah? Koleksi Pimpinan UMNO yang menjilat ludah sendiri.. 1- ARKIB UTUSAN: 02/09/2008 - Cuti 16 September tidak wajar dipolitikkan. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ketika dihubungi berkata, cadangan pemberian cuti umum pada 16 September tidak sesuai kerana negara ini sudah pun mempunyai cuti kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos. "Lagi pun negara ini sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum, bagi saya memadai dengan cuti 31 Ogos," katanya. Jelas beliau, pemberian cuti umum yang terlalu banyak tidak elok untuk produktiviti pekerja dan ia sudah memadai dengan cuti umum yang sedia ada. 2- ARKIB: 04/09/2008 – Cuti 16 September hanya muslihat Anwar. KUALA LUMPUR 3 Sept. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembar-gemburkan bahawa tarikh 16 September wajar diisytiharkan sebagai cuti umum merupakan satu bentuk muslihat untuk membeli 'perasaan' rakyat Sabah dan Sarawak. Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, Anwar cuba menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan sebagai agenda perjuangannya. Beliau bagaimanapun yakin rakyat Sabah dan Sarawak matang untuk menilai perilaku Anwar yang disifatkannya sebagai semakin terdesak dalam usahanya menarik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang. 3-ARKIB: 03/09/2008 – Anwar 'terlalu teruja' tarikh 16 September (oleh lidah pengarang Utusan). Apabila pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berakhir pada 26 Ogos lalu dan disusuli dengan majlis angkat sumpah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dua hari kemudian, ramai yang berpendapat maka redalah sedikit arena politik negara. Mereka ingin melupakan seketika soal politik, tetapi malang sekali, ketika kita berada dalam bulan penuh keberkatan ini masih ada pemimpin politik yang terus berpolitik 24 jam. Ini jelas apabila Anwar secara tiba-tiba mencadangkan supaya lima negeri yang kini dikuasai pembangkang menjadikan 16 September sebagai cuti umum – kononnya atas alasan, ia hari bersejarah memandangkan hari penubuhan Malaysia. Sebenarnya, Anwar dan 16 September tidak boleh dipisahkan. Oleh itu sempena Ramadan, Anwar tidak mahu rakyat lupa tarikh tersebut, beliau mahu rakyat sentiasa ingat bahawa 16 September ada impian pembangkang yang harus dilunaskan. Anwar benar-benar teruja dengan 16 September, beliau sudah tidak sabar lagi untuk ke Putrajaya biar apa cara politik sekalipun. LAGI SENARAI KAKI PENJILAT LUDAH... Aku harap, mereka-mereka dinamanya tersenarai dekat bawah ni berada di pejabat atau tempat kerja masing-masing hari ni... kalau ada mana-mana yang tersenarai dekat bawah ni yang ikut sama bercuti, memang dia tu KAKI LUDAH JILAT SEMULA Kenyataan-kenyataan mereka-mereka ni kita kutip dari arkib berita... sama-sama kita hayati kenyataan-kenyataan kaki-kaki kondem yang aku yakin ikut sama bercuti hari ni... Samdol...!!! 1- ARKIB UTUSAN: 02/09/2008 - Cuti 16 September tidak wajar dipolitikkan. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ketika dihubungi berkata, cadangan pemberian cuti umum pada 16 September tidak sesuai kerana negara ini sudah pun mempunyai cuti kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos. "Lagi pun negara ini sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum, bagi saya memadai dengan cuti 31 Ogos," katanya. Jelas beliau, pemberian cuti umum yang terlalu banyak tidak elok untuk produktiviti pekerja dan ia sudah memadai dengan cuti umum yang sedia ada. 2 - ARKIB UTUSAN: ruangan SMS - 04/09/2008. JANGAN pengaruhi kami yang berpendapatan rendah ini dengan 'agenda' anda. Anwar, 16 September adalah hari mencari rezeki, cukuplah dengan cuti umum 31 Ogos. BOSAN, KENAPA pula kelepasan am pada 16 September? Kalau semua sudah cuti siapa yang akan hadir majlis 'angkat sumpah' PM baru kononnya? - HAMID JB SAYA harap lenyapkan angan-angan hendak jadikan 16 September cuti umum. Mungkin ramai yang setuju dapat cuti tambahan terutama bagi pekerja sektor awam dan swasta. Buat apalah beria-ia sangat mahu membazir masa - 0199919XXX SAYA amat setuju dengan penulis Zaini Hasan di ruangan Cuit Utusan Malaysia semalam. Isunya 10 September, bukan 16 September. Ramai orang cuba melupakannya. Jangan lupa kata pepatah, pelanduk yang lupakan jerat tapi jerat tak lupa pelanduk - 0194434XXX TINDAKAN Nik Aziz menyokong cuti pada 16 September amat memalukan, tidak ubah seperti lalang ditiup angin - MAN ENDA 3- ARKIB: 04/09/2008 – Cuti 16 September hanya muslihat Anwar. KUALA LUMPUR 3 Sept. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembar-gemburkan bahawa tarikh 16 September wajar diisytiharkan sebagai cuti umum merupakan satu bentuk muslihat untuk membeli 'perasaan' rakyat Sabah dan Sarawak. Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, Anwar cuba menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan sebagai agenda perjuangannya. Beliau bagaimanapun yakin rakyat Sabah dan Sarawak matang untuk menilai perilaku Anwar yang disifatkannya sebagai semakin terdesak dalam usahanya menarik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang. "Anwar telah berjanji kepada rakyat bahawa dia akan membentuk kerajaan baru pada 16 September dan secara tiba-tiba juga mahu menjadikan tarikh ini sebagai cuti umum. "Ini semua muslihat Anwar, dia memang bijak untuk memikat hati rakyat, tetapi dia lupa yang rakyat kini semakin matang dan mereka tidak mudah ditipu dengan sebarang fakta yang tidak berasas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas cadangan Anwar supaya pimpinan pembangkang di lima buah negeri mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum. Anwar berkata, cuti umum itu wajar kerana 16 September adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia dan ia merupakan hari bersejarah sama seperti 31 Ogos. Vui Keong berkata, sejak 45 tahun lalu, rakyat Sabah dan Sarawak telah dapat menerima tarikh 31 Ogos sebagai satu-satunya tarikh kemerdekaan negara. 4 - ARKIB: 03/09/2008 – Anwar 'terlalu teruja' tarikh 16 September (oleh lidah pengarang Utusan) Apabila pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berakhir pada 26 Ogos lalu dan disusuli dengan majlis angkat sumpah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dua hari kemudian, ramai yang berpendapat maka redalah sedikit arena politik negara. Mereka ingin melupakan seketika soal politik, tetapi malang sekali, ketika kita berada dalam bulan penuh keberkatan ini masih ada pemimpin politik yang terus berpolitik 24 jam. Ini jelas apabila Anwar secara tiba-tiba mencadangkan supaya lima negeri yang kini dikuasai pembangkang menjadikan 16 September sebagai cuti umum – kononnya atas alasan, ia hari bersejarah memandangkan hari penubuhan Malaysia. Sebenarnya, Anwar dan 16 September tidak boleh dipisahkan. Oleh itu sempena Ramadan, Anwar tidak mahu rakyat lupa tarikh tersebut, beliau mahu rakyat sentiasa ingat bahawa 16 September ada impian pembangkang yang harus dilunaskan. Anwar benar-benar teruja dengan 16 September, beliau sudah tidak sabar lagi untuk ke Putrajaya biar apa cara politik sekalipun. Justeru bagi mengelakkan rakyat terlupa, Anwar secara tiba-tiba mengemukakan cadangan mengenai cuti umum itu, kononnya atas alasan "kita mahu membuktikan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang tidak mahu menipu sejarah. Tarikh (16 September) ini merupakan hari yang amat bersejarah." Persoalannya siapakah yang menipu rakyat? Selama ini kerajaan tidak pernah menipu rakyat mengenai tarikh 16 September. Tarikh berkenaan sejak turun temurun lagi amat difahami oleh rakyat Malaysia sebagai tarikh penubuhan Malaysia, malah setiap tahun, tarikh itu pasti akan dikenang terutama oleh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana ia juga adalah hari ulang tahun pasukan tersebut. Anwar sengaja terus membangkitkan soal 16 September kerana merasakan kedudukan politik pembangkang semakin tergugat apabila Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat lalu mendapat respons yang positif daripada rakyat. Anwar memahami memberi cuti adalah cara terbaik untuk mengambil hati rakyat. Apa yang penting melalui pendekatan memberi cuti ini pembangkang akan menjadi popular. 5 - ARKIB : 03/09/2008 – Shabery anggap Pas hipokrit. KUALA LUMPUR 2 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan tidak seharusnya bersikap hipokrit apabila hendak menjadikan 16 September sebagai cuti umum, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan Kelantan setuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia sebagai cuti umum. Ahmad Shabery berkata, adakah dengan sekadar mempertikaikan tarikh tersebut sebagai cuti umum, kesilapan masa lampau Pas Kelantan yang menentang usaha Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin terdahulu dapat dilupakan begitu sahaja. Katanya adakah orang seperti Tunku Abdul Rahman tidak cukup semangat Malaysianya hanya kerana tidak mengisytiharkan cuti pada masa tersebut. 6 - ARKIB ruangan SMS – Utusan : 03/09/2008. 019-292XXXX - PAKATAN Rakyat ingin menyerlahkan kepada dunia betapa jahilnya mereka dalam menilai sejarah negara dan jati diri nasional, lantaran mahu memberi cuti umum pada 16 September. DEN GOMBAK - 16 SEPTEMBER, cuti atau tidak tidak penting. Untuk perpaduan negara,adakah baik kita ada dua perayaan kemerdekaan? Kenapa masa menjadi TPM tidak cadangkan? Anehnya negeri Semenanjung yang hendak cuti! 013-936XXXX - ADALAH lebih baik Anwar Ibrahim 'beri' cuti sepanjang tahun. Ini lebih baik, tidak payahlah cuti runcit-runcit. sulaimansabikan |
(Gambar) Pendedahan Sulung Pengarah Filem Hina Nabi Posted: 16 Sep 2012 03:36 PM PDT Ini adalah gambar pertama lelaki dikatakan dalang di sebalik filem anti-Islam yang telah mencetuskan keganasan di seluruh Timur Tengah.Nakoula Basseley Nakoula juga dikenali sebagai Sam Bacile. Lelaki yang disyaki oleh FBI sebagai pembuat filem bertanggungjawab terhadap filem Innocence Of Muslims yang mencemuh Nabi Muhammad.Salah seorang pelakon filem itu Anna Gurji mengatakan dia telah ditipu oleh pengarah berusia 55 tahun itu.Nakoula Basseley Nakoula di set filem dengan Cik Gurji yang berambut palsu warna merah. akoula adalah Kristian Koptik kelahiran Mesir . Sekarang tinggal di California, beliau adalah seorang peniaga dadah yang disabitkan kesalahan dan yang terakhir dibebaskan dari penjara pada Jun tahun lepas.Filem ini telah menyebabkan tindakbalas anti-AS dari umat Islam seluruh dunia. Tujuh orang telah terbunuh, beribu-ribu cedera dan malam tadi rusuhan telah merebak ke Sydney, Australia. Ia juga melaporkan bahawa Sudan telah menolak permintaan AS untuk menghantar Marin untuk melindungi kedutaan.Di California, Gurji yang berusia 21 tahun, yang melakonkan watak pengantin kanak-kanak yang dikahwinia Muhammad dalam filem tersebut meluahkan rasa kesal kerana dia telah 'dikhianati' oleh Nakoula. Dia juga melahirkan rasa takut akan tindak balas umat Islam ke atasanya'Saya melakonkan watak pengantin perempuan bongsu kepada watak yang bernama George, "katanya. 'Saya tidak tahu George akan ditukar kepada Muhammad. Saya mengunci diri di dalam rumah saya. Saya takut orang-orang di Timur Tengah akan menyalahkan saya.'Saya penganut katolik oleh itu mereka mungkin fikir saya menentang umat Islam. Saya mengambil pil tidur. Saya telah menangis selama beberapa hari. Saya rasa dikhianati. Muka saya terpapar dalam klip filem. Apabila orang menonton filem buruk itu mereka akan melihat saya. 'Gurji berkata dia dan pelakon lai percaya mereka telah membuat sebuah filem aksi yang dipanggil Desert Warrior. Nakoula atau 'Sam' tidak pernah menyebut tentang agama.'Saya diberitahu saya adalah untuk menjadi Hilary, pengantin muda kepada watak yang dipanggil George, "katanya. 'Filem ini adalah tentang sebuah komet yang jatuh ke Bumi di Timur Tengah purba. -sumber |
CERAMAH PERDANA TGNA DI BUKIT GEDUNG, TANJUNG KELING, MELAKA. Posted: 16 Sep 2012 03:33 PM PDT Tidak pernah sesiapa menjangkakan yang suatu hari nanti susana sebegini terjadi dinegeri Melaka. Dulu apabila PAS membuat ceramah dinegeri Melaka, jumlah penceramah dan petugas jauh lebih ramai dari para hadirin dan pendengar. Kini itu semua sudah menjadi sejarah. Ceramah PAS terutamanya jika membabitkan para pemimpin teringgi PAS, angka ribuan yang hadir sudah semacam biasa. Tidak menghairankan lagi. Terbaru, ceramah Perdana Mursyidul Am Pas, merangkap Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lihat gambar-gambar sebagai bukti, bukannya cakap pakai air liur basi. Mood rakyat maukan suatu perubahan kepada parti yang mentadbir urus Putrajaya terserlah sungguh. Tak hairanlah jika para pemimpin UMNO kini bercakap, PRU 13 nanti akan menentukan hidup matinya UMNO walapun admin lebih yakin dan poercaya yang UMNO akan mati daripada hidup selepas keputusan PRU diumumkan. INS'Y ALLAH. Patutlah para penyangak UMNO berhempas pulas menggunakan cara samseng, biadap dan ganas mau menyekat kemaraan pengaruh Pakatan Rakyat di Negeri Melaka. Ceramah Perdana ini langsung tiada gangguan sebab samseng-samseng UMNO termasuk PERKASA dan PEKIDA sedar yang PAS memiliki Unit Amal Malaysia. BERTAMBAH PENINGLAH KEPALA NAJIB DAN KESELURUHAN PIMPINAN UMNO. |
VIDEO JKK Naik Pentas Bersama Ustaz Azhar Idrus tersebar Posted: 16 Sep 2012 03:18 PM PDT Lawak... Mengalahkan lawak dari raja lawak... Sapa tak kenal jkk yang selalu gelak mengekek masa ceramah Ustaz Azhar Idrus? Nilah dia orang yang melatah bila disebut jkk... Konfom sorang je kot kelaku yang macam ni... |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan