Muslimeen United |
- Lebuh raya KBKK: Dalam RMK pun BN tarik, inikan pula manifesto
- Najib Kena Letak Jawatan Selepas PRU13
- Patutlah Tuan Guru Nik Aziz Keluar Awal Mesyuarat Majlis Syura
- PRU 13 : Sebab Kenapa Ust Azhar Idrus Tolak Jadi Calon Pas
- Akhlak Sultan Terhebat Dewasa Ini
- Identiti Lengkap Pembaling Cat Bas Jelajah Merdeka Rakyat Di Dedahkan
- PAS hadapi budaya samseng sejak 1960-an
- Sekeping Gambar Lucu Berbicara
- Polis Ada Dalam Kumpulan Samseng Serang Bas Merdeka Rakyat
- Tok Guru Nik Aziz: Jelajah MerdekaRakyat (Video)
- [GEMPAR] Portal Jabatan K'jaan Guna Logo Merdeka Pakatan Rakyat Sempena Hari Malaysia
- Soi Lek terima 'wang kertas orang mati'
Lebuh raya KBKK: Dalam RMK pun BN tarik, inikan pula manifesto Posted: 12 Sep 2012 09:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan BN Kelantan yang mahu memasukkan janji membina lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai (KBKK) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang disifatkan sebagai 'sudah terlambat'. Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, tindakan BN itu hanya mencerminkan sikap mahu mempermainkan rakyat Kelantan dalam isu itu. Ini kerana, cadangan pembinaan itu menurut Husam, telah dicadangkan Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (RMK5) iaitu sejak tahun 1986 lagi tetapi tidak terlaksana. Malah ia telah diluluskan sekali lagi dalam RMK9, namun difahamkan ianya dibatalkan semula dan gagal dilaksanakan oleh kerajaan pusat sehingga hari ini. "Barisan Nasional dah terlambat. Perkara ini tak perlu masuk dalam manifesto, dia (BN) boleh buat terus masa kita serah kepada Kerajaan Persekutuan dulu. "Malah lebuh raya ini sudah ada dalam Rancangan Malaysia bukan dalam manifesto," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri Harakah di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin baru-baru ini yang menyatakan akan memasukkan janji Perdana Menteri untuk membina lebuh raya itu, dalam manifesto BN Kelantan. Mengulas lanjut Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, jika perkara yang sudah dimasukkan dalam RMK pun boleh ditarik balik dengan mudah, inikan pula hanya janji dalam manifesto. "Dah ada dalam Rancangan Malaysia ke-9, itu pun dibatalkan balik. Kalau dalam manifesto, bila-bila masa pun dia boleh masukkan dalam tong sampah," katanya. -Hrkh |
Najib Kena Letak Jawatan Selepas PRU13 Posted: 12 Sep 2012 09:04 AM PDT Najib tidak ada pilihan, beliau akan terpaksa meletakkan jawatan selepas PRU13 Kerana permainan pemimpin-pemimpin besar UMNO berpecah belah ahli-ahli serta pimpinan keperingkat bawahan. Akhirnya ahli-ahli di bawah hanyalah diperguna untuk menjadi 'kuda pelejang' pimpinan yang di atas. Nampaknya seperti tenang tetapi hakikatnya pergolakan ini berlaku di antara pimpinan yang hendak terus berkuasa dan pemimpin yang sudah terkelior untuk merasa nikmat menjadi orang nombor wahid dalam UMNO. Maklum sajalah secara konvensyennya Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri Malaysia. Itulah sebabnya saya selalu bercakap yang UMNO itu akan akhirnya kecundang bukan oleh kerana pihak-pihak lain tetapi oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri. Kepada siapa yang berpengalaman lama dalam permainan ini mereka hampir kesemuanya telah tidak bergiat lagi dan tidak mengambil indah tentang parti mereka yang kian hari kian menguncup itu. Mereka yang kekal hanyalah mereka yang merasa nikmat dari parti kerana berjaya dalam meloloskan diri dalam percaturan politik yang sangat 'complicated' dalam UMNO itu. Siapa yang menjadi korban dari permainan kotor politik oleh pemain-pemainnya ini? Yang menjadi korban ialah parti dan pemimpin-pemimpin berwibawa yang selalunya tertumpas dalam permainan politik kotor ini. Hasilnya negara ditadbir dan dikuasai oleh mereka yang hanya tahu membina kekayaan dan kepentingan keluarga mereka semata-mata dan mereka selalunya akan disokong oleh mereka yang tiada sisek politiknya. Mereka akan menjadi pemimpin untuk mendukung pimpinan yang memerlukan sokongan tanpa mengira mereka-mereka ini berguna atau sebaliknya untuk negara dan parti. Perbuatan Mahathir yang memulakan politik memecah dan mengeksploitasi di antara pemimpin-pemimpin yang berpontensi ini lama-kelamaannya menghasilkan parti dan pimpinan yang kita lihat pada hari ini. Mereka yang mewarisi kepimpinan Mahathir ini merupakan mereka-mereka yang datang dari acuan yang sama dan siapa juga dari mereka ini menjadi pemimpin tidak akan membawa faedah kepada negara. Kesemua yang ada di dalam barisan kabinet dan pimpinan UMNO (majlis tertinggi) itu merupakan kumpulan yang sudah hilang arah dan tujuan perjuangan dan mereka hanya mementingkan wang ringgit yang merupakan matlamat utama mereka. Oleh itu permainan politik di antara pemimpin besar negara pada hari ini akan menambahkan bencana kerana kejayaan mana-mana pihak pun tidak akan membawa apa-apa faedah kerana seperti yang saya sebutkan tadi mereka datang dari acuan yang sama. Jika mereka datang dari acuan yang sama sesiapa yang mengambil alih kepimpinan negara tidak akan membawa apa-apa kebaikan lagi. Kali ini pilihan pimpinan negara mesti datang dari pemimpin yang datang dari acuan dan budaya yang berbeza dari kumpulan yang ada. Itulah yang menyebabkan orang ramai tidak lagi mempunyai rasa kasih dan hormat kepada UMNO seperti dahulu kala. Malahan ahli-ahli UMNO sendiri tidak menghormati pimpinan mereka dan selalu sahaja memberikan sokongan kepada pembangkang dalam senyap senyap. Lebih ramai lagi akan memberikan sokongan kepada parti-parti bukan BN dalam peti undi dan saya amat merasai keadaan itu akan berlaku. Jika Najib kekal dengan kemenangan kecil Najib terpaksa meletakkan jawatan dan yang mengambil alih beliau jika datangnya dari mereka yang ada dalam barisan kepimpinan UMNO itu ia akan membawa UMNO ke penghujung usianya tanpa ragu-ragu lagi. Pendeknya apa pun yang akan berlaku UMNO tidak akan menjadi relevan lagi. Apabila UMNO tewas lebih banyak kerusi kali ini ia merupakan saat UMNO yang akan dipandang sepi dan tidak berdaya lagi untuk maju kehadapan. Ramai yang faham mengapa Muhyiddin beriya-iya meminta Pak Lah berhenti kerana beliau tahu yang akan mengambil tempat Pak Lah ialah pemimpin yang dengan senang boleh di ketepikan oleh beliau. Muhyiddin tahu Najib mempunyai 'baggage' yang berat tetapi beliau (Muhyiddin) sendiri mempunyai 'baggage' seberat yang di bawa oleh Najib. Muhyiddin mungkin berjaya mengenepikan Najib tetapi UMNO itu akan terus kecundang bersama beliau (Muhyiddin) jika beliau yang mengambil alih dari Najib. Keadaan ini merupakan salah satu dari penyebab mengapa UMNO semakin hari semakin berkurangan keyakinan rakyat terhadap parti itu. Apa pun, jika UMNO menang dengan margin yang kecil Najib akan di paksa meletakkan jawatannya sebagai PM. Itu pun pelan Dr Mahathir. tetapi untuk mendapat kemenangan itu ramai yang berpendapat ia sudah 'predictable'. UMNO akan jatuh dan kehilangan kuasa. -aspanaliasnet |
Patutlah Tuan Guru Nik Aziz Keluar Awal Mesyuarat Majlis Syura Posted: 12 Sep 2012 09:03 AM PDT Media propaganda nombor satu Malaysia iaitu TV3 memberitahu bahawa sebabnya ialah kerana Tuan Guru merajuk kerana agenda tindakan terhadap Ustaz Nasha tidak masukkan. Jurucakap yang mengulas itu isu siapa? Wan Ismail Wan Ahmad, bekas calon PAS tahun 80an yang sewaktu dalam PAS dulu tak sudah-sudah mengkafirkan Umno. Pasal apa pulak setelah bukan jadi ahli PAS nak jadi jurucakap bagi pihak PAS pulak? Dalam isu Ustaz Nasha ni, media propaganda Umno memang sudah bersedia untuk spin fikiran rakyat dengan situasi tertentu. Mari kita tengok... Jika isu Ustaz Nasha dijadikan agenda, dibincang dan diambil tindakan. TV3 akan kata "PAS tunduk kepada Anwar dan DAP". Jika isu Ustaz Nasha tidak dibincang dan tidak diambil tindakan. TV3 akan kata "Puak Anwarinas dalam PAS ditolak, Nik Aziz merajuk, kecewa, hubungan Pakatan semakin retak". Dan itulah isu yang mereka gunakan untuk spin pemikiran rakyat sekarang. Mereka hanya melaksanakan kerja-kerja syaitan iaitu berusaha memecahbelahkan jemaah Islam. Alhamdulillah PAS dari pucuk pimpinan hingga ahli paling bawah tidak melatah isu Ustaz Nasha. DAP dan PKR pun akur. Akhirnya Umno yang meracau sendirian siang malam. Berbalik kepada soalan mengapa Tok Guru Nik Aziz keluar awal dari pengerusikan mesyuarat Majlis Syura.. jawapannya sudah diberikan, sebab beliau kurang sihat waktu itu. Adapun sebab-sebab yang lain seperti merajuk dan sebagainya adalah sebab yang direka oleh Umno yang dikenali, maka tak usah percayalah akan propaganda itu. ~kedahla |
PRU 13 : Sebab Kenapa Ust Azhar Idrus Tolak Jadi Calon Pas Posted: 12 Sep 2012 09:02 AM PDT Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan koleksi ceramah agama di Youtube yang kini sebagai sandaran Pas memeriahkan ceramah politik parti itu telah menolak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka berlangsung tahun 2012 ini. Kenapa? Ustaz Azhar Idrus : Enggan Berpolitik Secara Serius!! Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beliau difahamkan Ustaz Azhar Idrus enggan terlibat secara langsung dalam politik kerana mahu terus berdakwah dengan cara sendiri. "Ustaz Azhar Idrus sekarang ini merupakan ikon khususnya di kalangan generasi muda, jika Ustaz Azhar Idrus berada di platform kita, ia sesuatu yang baik, tetapi awal-awal lagi Ustaz Azhar Idrus sudah menolak. "Difahamkan, Ustaz Azhar Idrus menolak sebelum kami sempat membuat penelitian, lagi pun nama Ustaz Azhar Idrus tidak dikemukakan secara rasmi, cuma disebut-sebut di kalangan ahli parti," katanya. -Hrkh |
Akhlak Sultan Terhebat Dewasa Ini Posted: 12 Sep 2012 03:44 AM PDT Sulatn kelantan Ziarah rakyatnya di Hospital..Nukilan Abu Luqman Allah Hu AKhbar..aku sendiri pun tak mampu untuk sembeleh Lembu..ayam je yang boleh Inilah nikmatnya menjadi rakyat Kelantan. Mempunyai seorang sultan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyatnya. Amat beserdahana, itulah yang dituntut oleh Islam..Semoga Allah pelihara akhlaknya dan mendapat Sultanah solehah..amin.. Nukilan Abu Luqman |
Identiti Lengkap Pembaling Cat Bas Jelajah Merdeka Rakyat Di Dedahkan Posted: 12 Sep 2012 03:43 AM PDT Inilah wajah antara pembaling cat bas Jelajah Merdeka Rakyat yang di kenal pasti. Kawad cam untuk mengenalpasti samseng Umno telah dilakukan di IPD Jasin semalam. Antara yang dipanggil oleh mengenal pasti samseng-samseng Umno ini ialah wartawan, jurugambar Suara Keadilan serta kakitangan pejabat Keadilan. Jikalau mengikut bukti, ramai lagi yang terlibat dalam serangan tersebut. Di katakan seramai 30 orang yang terlibat termasuklah Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK dan AJK Umno Jasin. (baca sini.) Dikatakan samseng Umno nih menetap di Batu Gajah Pasir, Merlimau. Berikut biodata penuh samseng Umno nih :- Nama : Sharidan bin Shaharan Umur : 29 tahun Tarikh lahir : 25 Mei 1983 No. Kad Pengenalan : 830525-04-5395 Alamat : JA 5819, Jalan Salim, Batu Gajah Pasir, 77300 Merlimau, Melaka. Mengikut sumber blog nih, mamat ni adalah pengendali blog Jiwa Paradox. Blogger pro Umno nih dikatakan sering melemparkan fitnah ke atas Pakatan Rakyat melalui tulisannya. Jadi tidak hairanlah, jikalau mamat nih boleh bertindak ekstrem sebegini. Jikalau inilah produk modal insan yang dihasilkan oleh Umno untuk diangkat sebagai pemimpin.. jahanam negara!! Addin |
PAS hadapi budaya samseng sejak 1960-an Posted: 12 Sep 2012 03:39 AM PDT PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu parti itu sudah lama menghadapi budaya samseng sejak dari tahun 1960-an lagi. Katanya, tindakan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) hampir sama dengan apa yang parti Perikatan lakukan sebelum ini. "Pada tahun 1969, mereka (Perikatan) telah tubuh pemuda tahan lasak yang akan membuat apa-apa sahaja tindakan sehinggakan parti pembangkang menghadapi kesukaran untuk meneruskan penerangan kepada rakyat. "Mereka bukan sahaja membuat kacau tetapi sanggup meletakkan pokok kayu di tengah-tengah jalan bagi menghalang pergerakan parti pembangkang," ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Mustafa juga menyatakan walaupun keganasan itu ditujukan kepada Ketua Pembangkang dan juga PKR, namun ia juga dianggap ancaman kepada Pakatan Rakyat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata keganasan yang berlaku terus berulang setiap kali adanya program Pakatan Rakyat terutamanya PKR. Namun, katanya walaupun tindakan tersebut sentiasa berlaku dan berulang sehingga kini belum ada kenyataan dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengutuk tindakan tersebut. "Kita mempunyai maklumat dan bukti yang menyatakan bukan sekadar penglibatan Perkasa malah turut melibatkan Umno," katanya selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat. Malah, katanya keganasan yang berlaku di Lembah Pantai seolah-olah ia mendapat restu daripada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Menurut beliau lagi, sehingga sekarang tidak ada langsung tindakan diambil oleh pihak polis berhubung insiden tersebut. "Adakah ini menjadi budaya mereka dan jika tidak saya berharap pihak polis dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih tegas dan adil. "Malah kenyataan terbaru ada yang memberi amaran kepada saya dari turun ke Johor untuk meneruskan program jelajah merdeka rakyat," sambung Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi. Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut berharap Najib dan juga Hishammuddin dapat tampil mengutuk keganasan yang telah berlaku di Kota Bharu, Alor Setar, Lembah Pantai dan Melaka. Beliau juga minta Perdana Menteri perlu berlaku adil dengan semua pihak dan jangan hanya menyebelahi pihak yang menyokong beliau sahaja. -Hrkh |
Sekeping Gambar Lucu Berbicara Posted: 12 Sep 2012 03:38 AM PDT |
Polis Ada Dalam Kumpulan Samseng Serang Bas Merdeka Rakyat Posted: 12 Sep 2012 03:37 AM PDT KUALA LUMPUR 12 September: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa polis menjelaskan kehadiran anggota mereka berpakaian preman bersama samseng Umno dalam kejadian serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka Sabtu lalu. Ia berikutan penahanan serta merta ke atas Penolong Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa insiden melempar cat merah oleh samseng Umno.Ketika berhadapan serangan samseng, Harizal Zahid ditahan oleh beberapa individu yang berada dalam kumpulan itu."Ia menunjukkan polis berpakaian biasa sememangnya berada dalam kumpulan (samseng) sejak awal lagi," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin petang semalam. Pengerusi KEADILAN Melaka itu mengiringi Harizal memberi keterangan tambahan di balai tersebut.Kata Shamsul, polis seolah-olah tahu lebih awal tentang rancangan serangan ke atas bas jelajah itu."Perkara cukup dikesali…Jika polis mengenakan uniform, (samseng) tentu tidak akan bertindak ganas," katanya.Beliau yang juga peguam memaklumkan kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas tuduhan ugutan jenayah. "Saya juga berharap polis akan buat siasatan secara adil dan jangan tunduk kepada arahan pihak-pihak tertentu yang cuba campur tangan," katanya.Semalam, seorang samseng Umno berjaya dikenalpasti oleh peserta jelajah semasa kawad cam dibuat di IPD yang sama. Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan.Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan. ~kd |
Tok Guru Nik Aziz: Jelajah MerdekaRakyat (Video) Posted: 11 Sep 2012 04:06 PM PDT |
[GEMPAR] Portal Jabatan K'jaan Guna Logo Merdeka Pakatan Rakyat Sempena Hari Malaysia Posted: 11 Sep 2012 04:04 PM PDT Sebelum ini Pos Laju, sebuah produk dari POS Malaysia Berhad, sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sendiri telah menggunakan logo kemerdekaan Pakatan Rakyat yang bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa". Terkini, portal rasmi Jabatan Pelajaran Johor pula menggunakan Logo Merdeka Pakatan Rakyat sempena Hari Malaysia di lamanwebnya (imej slide show). Satu tamparan hebat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Menteri Pelajaran apabila sebuah jabatan kementeriannya seperti seolah-olah "mengiktirafkan" logo Pakatan Rakyat berkenaan. Lebih menarik, jabatan pelajaran itu di negeri di mana Muhyiddin menjadi seorang ahli parlimennya. Samada disengajakan, atau tidak sengaja atau TERsengaja... hakikatnya logo merdeka Pakatan Rakyat nampaknya berjaya menawan hati rakyat sehinggakan pihak agensi kerajaan sendiri "tersasul" menggunakannya. Atau berkemungkinankah sememangnya selepas ini Pakatan Rakyat akan menjadi pemerintah baru bagi negara Malaysia tercinta dengan bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" menggantikan 1Malaysia yang hanya tinggal slogan sedangkan amalannya tersangat rasis dan "assabiyah" itu? Pagi ini akan kelam-kabutlah Jabatan Pelajaran Johor mengeluarkan logo itu dari lamanwebnya, mujur kita telah dapat membuat "printscreen"nya terlebih dahulu seperti gambar di atas. |
Soi Lek terima 'wang kertas orang mati' Posted: 11 Sep 2012 04:04 PM PDT Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menerima dua keping 'wang kertas orang mati' - yang setiap satu bernilai 'lapan bilion' - bersama dengan keratan akhbar yang dihantar kepadanya dalam satu sampul surat pagi semalam. Sambil menunjukkan wang kertas itu serta keratan akhbar berkenaan kepada pihak media petang tadi, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA, Chua menyifatkan tindakan itu sebagai satu "ancaman mati" terhadapnya. Keratan akhbar itu, dipercayai dari akhbar Sin Chew Daily, adalah mengenai komen Presiden organisasi pendidikan Cina, Dong Zong, Yap Sin Tian (kanan) mengenai pewujudan semula sekolah tinggi persendirian Cina di Segamat. Chua berkata wang kertas itu adalah ancaman mati terhadapnya kerana ianya dihantar kepadanya sekarang - iaitu pada bulan ketujuh kalendar Cina, yang merupakan bulan 'Hantu Lapar'. "Setiap kali saya berkata sesuatu, mereka akan marahi saya. Jika saya tidak berhati-hati, saya boleh menjadi hantu," katanya. Bagaimanapun, Chua menegaskan bahawa beliau tidak merasa terancam dengan taktik kotor seumpama itu. MK |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan