Khamis, 6 September 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Tatu kalimah azan - Jupe dikecam

Posted: 06 Sep 2012 08:25 PM PDT


Pelakon kontroversi Indonesia, Julia Perez atau Jupe menayangkan tatu kalimah azan di badannya di Jakarta, baru-baru ini. - AGENSI
 
JAKARTA 6 Sept. - Tindakan pelakon Julia Perez menjadikan satu daripada kalimah azan sebagai tatu di belakang badannya, menyebabkan dia dikecam oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI).

Ketua Umum Pimpinan Pemuda Pusat Muhammadiyah, Dr. Saleh Partaonan Daulay menganggap perbuatan itu sebagai satu penghinaan dan meminta masyarakat mengenakan sekatan sosial terhadap pelakon beragama Islam tersebut.

"Ia adalah perbuatan yang disengajakan dan masyarakat perlu memberi pengajaran kepada dia dengan tidak memanggilnya membuat persembahan.

"Perbuatannya ini bukanlah satu contoh yang baik dan industri hiburan juga perlu bertindak dengan tidak lagi menawarkannya berlakon," katanya ketika dihubungi KapanLagi.com, semalam.

Tatu dengan terjemahan 'Marilah menuju kejayaan' tersebut dilukis di bahagian belakang badan pelakon yang turut dikenali sebagai Jupe itu.

Saleh berkata, sebagai seorang selebriti, dia tidak sepatutnya memberi contoh yang buruk.

"Ayat yang dikumandangkan ketika azan tidak sepatutnya dijadikan tatu kerana tindakan itu sama seperti mempersendakan kitab suci al-Quran," katanya. - AGENSI

18SX Jangan beli BMW CONVERTIBLE ... panas sangat. Tak percaya mai tengok

Posted: 06 Sep 2012 08:59 AM PDT





Air conditioning does not work. These photos were taken from a bus in   France , where a young lady was suffering from heat in her BMW, poor girl...

Pijak gambar Najib, Bawa bendera Sang Saka kerana pemimpin lemah - Mahathir

Posted: 06 Sep 2012 07:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Sept ― Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beranggapan insiden memijak gambar dan membawa bendera Sang Saka Malaya ketika sambutan malam ambang kemerdekaan ke-55 minggu lalu berlaku akibat kerajaan yang lemah.
Jelas Dr Mahathir  lagi, bila sesebuah kerajaan itu lemah, sesetengah pihak akan mula mengambil kesempatan dan mereka berani melakukan perkara-perkara sedemikian.
"Semasa zaman saya 22 tahun sebagai Perdana Menteri tidak pernah berlaku perkara ini ... tiada siapa pijak gambar saya.
"Ini berlaku kerana kerajaan kita lemah, kita tidak mempunyai majoriti dua pertiga majoriti Parlimen," katanya ketika majlis sepetang bersama beliau anjuran Kelab Pesara Kerajaan Lembah Pantai di sini.
Tambah pemimpin yang berpengaruh itu lagi, apabila kerajaan yang memimpin negara ini lemah, banyak pihak yang cuba untuk menentang mereka.
"Apabila kita kalah dua pertiga, kita jadi lemah, bila lemah orang berani, bila lemah mereka pijak gambar-gambar kita," tambahnya.
Menurutnya lagi, kesan kempen Pakatan Rakyat (PR) juga turut menjadi punca berlakunya kejadian sedemian.
"Saya berpendapat ia adalah kesan kempen parti lawan, mereka tidak setia kepada negara , mereka lebih setia kepada parti.
"Ada ramai yang terpengaruh dengan parti lawan, saya percaya jika sifat ini dikembangkan, negara kita tidak akan ada simbol yang diterima semua dan perpecahan akan berlaku antara rakyat," katanya lagi.
Beliau turut menegaskan, sekiranya perpecahan itu berlaku, negara kita akan musnah dan beliau turut mengingatkan agar majoriti dua pertiga Parlimen perlu diberikan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu boleh membentuk kerajaan yang kuat dan tegas.
"Saya harap lepas PRU 13 kita dapat wujudkan kerajaan cukup kuat," katanya lagi. - TMI

Do you speak english? Yes ..... Pak Arab cakap orang putih ... hahahaha

Posted: 06 Sep 2012 06:33 AM PDT


Pijak gambar Najib : Kenapa polis gari gadis serah diri?

Posted: 05 Sep 2012 11:48 PM PDT

  • Abdul Rahim Sabri & Ahmad Fadli KC
  • 2:16PM Sep 6 2012

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mempertahankan tindakan menggari gadis yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa perhimpunan Janji Demokrasi sebagai "lembut dan mengikut prosedur".

"Gari ini prosedur tangkapan. Prosedur menangkap orang, gari. Itup un saya rasa, gari pun sangat lembut (very mild). Kalau ikut (betul-betul) gari ini di belakang.

"Jadi bila tangkap orang, isu gari bukan satu isu. Apa pun tangkapan suspek mesti gari... (Ia) memang asas yang diperuntukkan oleh undang-undang. Bukan menjadi satu kesalahan kita menangkap pesalah, dengan menggunakan gari," katanya.

Pemberita sebelum itu menunjukkan keratan sebuah akhbar berbahasa Cina kepada Mohmad dan meminta beliau menjelaskan kenapa gadis yang menyerah diri itu digari tangannya. - Malaysiakini

Tiada ulasan: