MIMPI SENJA |
- Penjaga gol kebangsaan didenda kerana berkhalwat
- SANTAI MLM - [Video] Video menarik - The beauty of pollination
- 4 samseng ditahan polis di debat MCA
- Lagi kerja samseng BN [MCA]
- Lagi antara tugas-tugas polis
- Sokong BN macam duduk dalam gelap
Penjaga gol kebangsaan didenda kerana berkhalwat Posted: 13 Sep 2012 06:24 PM PDT PETALING JAYA: Penjaga gol bola sepak kebangsaan, Mohd Farizal Marlias mengaku salah berkhalwat dengan jurusolek yang ketika itu masih isteri orang, di rumah rakan wanita itu tahun lalu dan didenda RM2,500 Mahkamah Rendah Syariah, di sini. Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar mengenakan denda sama terhadap Zaiton Othman, 29, selepas dia turut mengaku salah atas tuduhan itu. Mahkamah juga memerintahkan pasangan itu menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar jumlah denda itu. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik di sebuah rumah milik rakan Zaiton di Kelana Jaya di sini, jam 3.40 pagi, pada 12 Oktober 2011. Mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat dan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. Mengikut fakta kes, selepas menerima aduan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu ke rumah berkenaan sebelum pintu dibuka tertuduh wanita yang memakai baju-T berwarna merah jambu agak ketat dalam keadaan terbalik dan seluar panjang hitam serta menutup kepalanya. Selepas memeriksa ke dalam rumah, Jais mendapati tertuduh lelaki berada di dalam bilik kedua berselimut di atas katil dengan memakai baju dan seluar pendek, malah pemeriksaan ke dalam rumah itu mendapati tiada penghuni melainkan mereka berdua yang didapati tidak mempunyai hubungan suami isteri atau mahram yang boleh menimbulkan syak. Terdahulu, dalam rayuannya, Mohd Farizal mengakui kesalahan dilakukan dan sudah insaf serta berjanji tidak mengulangi kesilapannya, malah merancang berkahwin dengan Zaiton. Farizal memberitahu mahkamah dia masih dalam perancangan merisik Zaiton dan hanya bekerja secara kontrak. "Pekerjaan saya sekarang adalah secara kontrak. Berita ini yang keluar surat khabar menjejaskan reputasi saya dan maruah keluarga. Ada yang cemuh dan pandang serong pada saya dan keluarga. "Saya juga memohon supaya denda dikurangkan kerana perlu menanggung ibu serta adik yang masih belajar. Selain itu saya perlu bayar pinjaman rumah dan kereta serta bayaran lain," kata anak kelima. Zaiton pula dalam nada tenang merayu mahkamah mengurangkan denda terhadapnya kerana dia ibu tunggal dan menyara dua anak dan ibunya di Johor dengan pendapatan tidak menentu. Farizal dan Zaiton membayar denda itu dan dilihat meninggalkan mahkamah selepas itu.- Sinar |
SANTAI MLM - [Video] Video menarik - The beauty of pollination Posted: 13 Sep 2012 08:07 AM PDT |
4 samseng ditahan polis di debat MCA Posted: 13 Sep 2012 07:29 AM PDT Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh hari ini berkata empat lelaki ditahan kerana membawa senjata di khalayak umum ketika satu program debat di antara pemimpin Pakatan Rakyat dan MCA malam tadi. Mohan Singh berkata, kesemua pemuda berkenaan ditahan kerana berkelakuan mencurigakan. "Kita tak dapat pastikan mereka dari pihak mana tetapi mereka ditahan kerana kelihatan mencurigakan semalam," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Empat lelaki berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357). Katanya, polis mendapati pemuda berkenaan membawa dua baton boleh laras, pisau dan gelang besi ke program yang diadakan di Bandar Tun Razak itu. Kesalahan itu tidak boleh dijamin dan jika sabit kesalahan bakal berhadapan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan rotan, tambahnya. Siasatan masih berjalan dan mereka mungkin didakwa atau ditahan reman esok, katanya lagi. Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada suspek berkenaan juga terbabit dengan dakwaan serangan ke atas ADUN PKR, Gan Pei Nei yang mendakwa ditendang di program tersebut. Pergelutan berlaku di antara penyokong MCA dan Pakatan Rakyat, sebelum debat bermula pada 8.30, apabila wakila menteri besar Selangor beredar daripada dewan berkenaan. Malaysiakini |
Posted: 13 Sep 2012 06:19 AM PDT ADUN PKR dakwa ditendang di program debat MCA Seorang ADUN PKR mendakwa diserang seorang individu dalam satu kejadian di satu acara debat dengan pemimpin MCA di Bandar Tun Razak pada malam tadi. Gan Pei Nei mendakwa, beliau ditendang seorang pemuda dalam kejaidan pada kira-kira jam 8.30 malam itu. "Tendangan itu kena pada bahagian bawah sebelah kanan pinggang saya," katanya dalam satu laporan polis petang ini. Katanya, kejadian itu berlaku ketika beliau meninggalkan Dewan Pusat Belia Antarabangsa malam tadi. Gan merupakan antara pemimpin yang hadir ke program debat di antara timbalan menteri MCA Datuk Chua Tee Yong dan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Khalid diwakili empat wakil yang terdiri daripada tiga MP Pakatan, Tony Pua, Dzulkefly Ahmad dan William Leong, dan juga setiausaha politiknya Faekah Husin. Keempat-empat wakil berkenaan bagaimanapun tidak dibenarkan untuk berdebat dengan Khalid, menyebabkan wakil berkenaan meninggalkan dewan. Dalam suasana hingar-bingar itu, satu pergelutan turut berlaku di antara kumpulan penyokong MCA dan PKR yang hadir, ketika wakil berkenaan meninggalkan dewan. Gan berkata, ketika meninggalkan dewan itu beliau kemudiannya diserang ketika melalui kaki lima dewan tersebut. "Saya sedang meninggalkan dewan bersama Faekah dan (setiausaha akhbar MB) Arfa'eza A Aziz dan beberapa orang penyokong. "Saya berada di bahagian kanan kumpulan itu dan apabila kami melalui koridor tersbut, ramai yang menolak dan memekik ke arah kami. "Saya berpaling dan cuba mententeramkan mereka tetapi saya ditendang oleh seorang lelaki muda yang menyebabkan saya terjatuh. "Bagaimanapun salah seorang penyokong kami memegang saya dan menarik saya ke sisi," kata Gan ketika dihubungi Malaysiakini. |
Posted: 13 Sep 2012 03:19 AM PDT Peguam Farhana Abdul Halim mendakwa seorang isteri kepada tahanan ISA diugut supaya tidak membuat membuat laporan polis yang mendakwa lelaki itu dipukul di dalam kem tahanan. Beliau mendakwa isteri kepada tahanan tersebut, seorang warga Indonesia, didatangi beberapa orang polis dari Bukit Aman yang meminta supaya wanita berkenaan tidak membuat laporan. Farhana (kiri) mendakwa, wanita Nunurheni Onim, turut diugut akan ditamatkan visanya jika berkeras membuat laporan polis. "Beliau didatangi beberapa pegawai polis Bukit Aman yang menyatakan nama suaminya sudah naik (disenarai untuk dibebaskan). "(Mereka pesan) jika beliau teruskan laporan polis ini akan menyusahkan proses pembebasan suaminya," kata Farhana pada sidang media pagi tadi. Suami wanita itu, Md Radzali Kassan, merupakan sebahagian daripada 30 orang lain yang masih berada dalam tahanan, kata Farhana. Sakit batu karang kronik Dakwanya, Md Radzali juga kini terpaksa membeli sendiri makanan dari kantin Kem Tahanan Kamunting kerana keadaan kesihatannya. "Suami beliau terus ditahan dan sedang sakit batu karang kronik. "Untuk jaga kesihatan beliau, beliau sendiri terpaksa keluar duit beli makanan di kem kerana diberi spesifikasi oleh doktor untuk tidak makan makanan berminyak. "Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, kesihatan tahanan adalah tanggungjawab kem," kata Farhana. B ercakap ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Farhana berkata Nunurheni (kiri) pada 2 Julai lalu membuat laporan polis pertama berhubung dakwaan Razali dipukul. Nunurheni kemudiannya didatangi tiga orang pegawai polis di kediamannya di Johor Bahru, tiga hari selepas wanita itu membuat laporan polis itu, kata Farhana. Polis berkenaan memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Bukit Aman, tambahnya. Wanita itu bagaimanapun membuat laporan kedua di ibu pejabat polis Dang Wangi pada 2 Julai lalu, berhubung dakwaan ugutan oleh tiga pegawai polis berkenaan, katanya lagi. Laporan polis yang dibuat pada 7 Julai lalu menyebut, laporan awalnya pada 2 Julai adalah mengenai dakwaan bahawa Md Radzali dipukul semasa menyertai mogol lapar di kem berkenaan. "Pada 4 Julai 2012, saya dilawati tiga pegawai yang mengaku pegawai polis dari Bukit Aman di rumah saya di Johor. "Salah seorang dari mereka yang memperkenalkan diri sebagai Puan Fazlin menyuruh saya menarik balik laporan polis yang saya buat pada 2 Julai. "Puan Fazlin juga secara tidak langsung mengugut saya dengan menyatakan bahawa saya perlu memberi kerjasama terutamanya kerana visa saya akan tamat pada 20 September 2012," kata Nunurheni dalam laporan tersebut. Katanya, lagi, individu berkenaan juga mendakwa bahawa tindakan menarik balik laporan polis berkenaan boleh menjamin keselamatan beliau dan suaminya yang berada dalam tahanan. Nunurheni juga mendakwa, beliau turut dihubungi oleh pegawai Kem Tahanan Kamunting berhubung laporan bertarikh 2 Julai itu. "Saya diberitahu oleh beliau bahawa kononnya laporan saya itu adalah salah kerana tidak dibuat pada hari kejadian dan tidak dibuat di balai berdekatan tempat kejadian," katanya.- Malaysiakini |
Sokong BN macam duduk dalam gelap Posted: 13 Sep 2012 02:51 AM PDT SEREMBAN: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr Badrulamin Baharon menyifatkan orang masih menyokong Barisan Nasional (BN) adalah orang yang duduk di dalam kegelapan. "Pakatan Rakyat tawarkan pilihan yang lebih baik kepada rakyat daripada BN. Kita (Pakatan Rakyat) sudah berjanji akan menurunkan harga minyak jika kita memerintah kerajaan pusat nanti. Kita juga berjanji akan menurunkan harga kereta. Tetapi kenapa ada orang yang masih tidak suka kita? "Nak juga harga minyak mahal, nak juga harga kereta mahal. 'We have better offer than BN'. Tetapi ada orang yang masih mahu menyokong BN. Bercakap di hadapan lebih 300 hadirin, Badrulamin berkata ada tiga kategori orang yang hidup dalam kegelapan. "Yang pertama orang miskin. Pemberian RM500 yang baru sekali dalam tempoh 50 tahun adalah pemberian yang sangat besar kepada mereka. "Kategori kedua adalah orang yang jahil. Orang yang contohnya tak datang masjid, orang yang tak ada maklumat atau tak ada maklumat alternatif. Contohnya hanya membaca akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia. "Pernah kami jumpa seorang makcik di Selangor yang tidak tahu bahawa Menteri Besar Selangor sekarang ialah Tan Sri Khalid Ibrahim. "Makcik tersebut anggap Dr Mohd Khir Toyo masih Menteri Besar Selangor. Kalau makcik itu tidak baca akhbar pun tak kan anak-anak beliau tidak memberitahu. Ini kategori orang yang tidak ambil tahu. "Kategori ketiga yang menyokong BN ialah orang yang sombong. Sudah tahu keburukan BN tapi sanggup pertahankan keburukan BN itu," katanya. Badrulamin turut menyindir kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata 'adalah lebih baik menyokong syaitan yang dikenali daripada menyokong malaikat yang tidak dikenali'. "Saya nak tanya boleh kita serah anak dara kita pada perogol yang kita kenal?," sindir beliau. 'Cakap saja curi' Sementara itu bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam ucapan beliau mempertikaikan keperluan projek MRT Sungai Buloh–Kajang. "Tidak ada siapa yang minta projek ini. Ramai kata 'traffic jam'. Dengan membina empat atau lima flyover dengan kos anggaran RM1 billion, untuk 15 tahun lagi masalah kesesakan lalulintas di kawasan ini boleh diatasi. "Pada mulanya projek ini dianggarkan kosnya RM37 bilion dan kini kosnya dikatakan telah mencecah kepada RM100 bilion," kata beliau. Abdul Kadir turut menggamatkan dewan hotel apabila mengulas isu ketirisan dalam urusan kewangan kerajaan atau negara. "Tak payah lah guna istilah 'ketirisan' lah atau 'leakage' lah. Ini apa ni.. cakap saja curi!," kata Abdul Kadir dengan sinis. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan