MiLo SuaM |
Menteri kabinet Pakistan tawar ganjaran RM300k bunuh penerbit filem hina nabi Posted: 22 Sep 2012 05:43 PM PDT SEORANG menteri Kabinet Pakistan, Haji Ghulam Ahmad Bilour (foto tengah) menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) untuk membunuh penerbit dari Amerika yang mengeluarkan filem "Innocence of Muslims" Kelihatan di dalam foto di atas, penerbit filem Innocence of Muslims, Nakoula Basseley diiringi oleh Polis keluar dari rumahnya di California dalam keadaan wajah tertutup. Sejak awal bulan ini, Nakoula Basseley hidup dalam persembunyian bersama keluarganya. "Sesiapa yang dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad SAW, akan diberi ganjaran dengan dollar oleh saya," kata Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour pada sidang media di Peshawar semalam. Ganjaran itu diumumkan semalam, sehari selepas kira-kira 20 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam protes baru di negara itu. Protes dan demonstrasi berhubung filem itu dan yang terbaru berkenaan dengan karikatur keluaran majalah Perancis berlarutan dua minggu. Peshawar salah satu bandar yang menyaksikan protes besar-besaran kelmarin. Sebuah pawagam dimiliki Ghulam turut dibakar oleh penunjuk perasaan. Ghulam merupakan anggota Parti Nasional Awami, komponen yang menyokong Parti Rakyat Pakistan, pimpinan Presiden negara itu, Asif Zardari. Ganjaran Ghulam adalah keputusan peribadi, tiada kaitan dengan parti atau kerajaan. "Saya sendiri akan bertanggungjawab atas sebarang akibat jika dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad. Ia satu isu antara saya dan mereka," katanya lagi [Sinar]. |
Pawagam terbelah dua ketika tayang filem "Innocence of Muslims"? Posted: 22 Sep 2012 10:18 AM PDT SEJAK semalam, tersebar sekeping gambar mendakwa kononnya sebuah pawagam di Amerika Syarikat telah terbelah dua ketika sedang menayangkan filem anti-Islam, "Innocence of Muslims". Gambar ini tersebar di laman-laman sosial facebook dan twitter. Malah ReJaM© sendiri sudah menerima lebih sepuluh mesej sebaran "broadcast messages" melalui Blackberry Messengger. Di bawah ini gambar yang dimaksudkan. Hal ini membuatkan ReJaM© rasa terpanggil untuk menjelaskan bahawa, berita yang disebarkan ini sebenarnya adalah berita palsu. Gambar tersebut sebenarnya telah diambil daripada kejadian gempa bumi yang berlaku di Chile pada 2010. Jika anda menggunakan carian di Google, dengan keyword "2010 Chile Earthquake" (2010 Gempa Bumi Chile) anda akan dapat melihat sendiri hasil carian memaparkan gambar bangunan yang serupa seperti gambar yang disebarkan di atas. Harap sahabat pembaca tolong sebarkan artikel ini, agar sebaran berita palsu ini dihentikan. Anda akan membuatkan Islam menjadi bahan gelak ketawa dengan penyebaran cerita bohong seperti ini. ReJaM© ada memaklumkan tentang kepalsuan berita ini di facebook MiLo SuaM semalam, rujuk sini [MiLo SuaM] namun sehingga hari ini nampaknya mesej tersebut masih terus tersebar. Ini maknanya masih ramai orang percaya berita ini adalah berita yang benar. ReJaM© "Jangan malukan agama kamu tanpa kamu sedari... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan