MiLo SuaM |
Samseng Umno melucah sambil bertakbir depan pejabat DAP Posted: 20 Sep 2012 03:09 PM PDT UNITED Malays No Otak, Umno lebih dikenali dengan panggilan UMporNO gara-gara sikap mereka yang gemar menggunakan isu-isu lucah untuk meraih sokongan rakyat terutama orang-orang Melayu. Baru-baru ini gerombolan lucah yang terdiri daripada samseng upahan Umno telah berhimpun di hadapan ibu pejabat DAP Melaka kononnya atas nama memperjuangkan Islam. Namun apa yang lucunya, perhimpunan itu tidak lain sekadar himpunan samseng mencarut beramai-ramai sambil bertakbir menyebut kalimah "Allahuakbar" dan "hidup Islam" berulang kali. Inilah jadinya bila orang yang tidak faham agama, tidak pernah peduli dengan Islam, tiba-tiba ke hadapan untuk memperjuangkan Islam bagi meraih sokongan politik. Kita faham taktik mereka kononnya mahu menggambarkan diri mereka sebagai orang kampung yang berang dengan DAP. Dengan itu tindakan ini bolehlah dijadikan bahan propaganda TV3 Suku dan Utusan Syaitan. Namun jelas sekali mereka ini tidak lain dan tidak bukan adalah samseng-samseng upahan Umno. Lihat gambar di bawah, beberapa orang dikalangan mereka memakai baju Barisan Nasional. Di bawah ini rakaman saat samseng-samseng ini mencarut beramai-ramai sebelum kemudiannya melaungkan takbir dan "Hidup Islam" berulang kali. ReJaM© "Ini pejuang Islam atau penjahanam Islam? Fikirlah sendiri... " |
Najib mahu orang ramai sokong demo jalanan esok! Posted: 20 Sep 2012 11:50 AM PDT SALAH satu ungkapan yang sangat popular keluar dari mulut Perdana Menteri, Najib Razak sebelum ini ialah, "demo jalanan bukan budaya kita" selain sebuah lagi ungkapan yang dikeluarkan beliau jika rakyat meminta hak mereka, "negara akan bangkrap". Tapi hari ini Najib menyokong demo jalanan yang dianjurkan oleh Pemuda Umno bagi membantah filem anti Islam, "Innocence of Muslim" esok. Malah beliau turut menyeru orang ramai agar menyertai demo jalanan tersebut [Sinar]. Kalau orang lain buat demo jalanan, macam-macam keluar dari mulut Najib dan gerombolan United Malays No Otak, Umno. Jalan sesaklah, peniaga rugi juta-jutalah, negara huru haralah. Tapi bila Pemuda Umno buat demo jalanan, Najib siap suruh orang ramai sertai. ReJaM© secara peribadi turut menyokong tindakan Najib mengajak rakyat turun ke jalanraya untuk membantah filem anti Islam tersebut. Apa yang jelas, demonstrasi atau perhimpunan aman seperti ini merupakan hak asasi rakyat yang termaktub dalam perlembagaan. Maka rakyat berhak berhimpun secara aman. Kisah mengarut, peniaga rugi, negara huru hara, demo bukan budaya kita, itu semua cerita bohong Najib dan konco-konconya. Oh ya, Fatwa "Haram" umat Islam sertai demonstrasi jalanan juga sudah selamat dicampak ke longkang kah kah kah... ReJaM© "Kenapa Pemuda Umno tak demo dalam stadium? Kah kah kah... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan