Sabtu, 15 September 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Nombor plate motorsikal samseng baling cat berjaya dicatat tapi...

Posted: 14 Sep 2012 11:00 PM PDT



BUAT kali ketiga semalam Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang dinaiki oleh Anwar Ibrahim disimbah dengan cat merah dipercayai dilakukan oleh samseng upahan Umno.

Kejadian ini dilaporkan berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rombongan KEADILAN sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak.

Difahamkan samseng upahan tersebut melontarkan satu tin cat berwarna merah ke arah sisi kanan bas Merdeka Rakyat. Bahan kes iaitu berupa tin cat yang masih memiliki sisa cat merah turut ditemui.



Saksi yang kebetulan berada di tempat kejadian berjaya mencatat nombor pendaftaran motorsikal samseng tersebut di tapak tangannya. Menurut saksi samseng tersebut menunggang motorsikal MAL 7425.



Bagaimanapun, jurugambar akhbar Suara Keadilan, Kak Yus memaklumkan bahawa Polis mendakwa bahawa nombor pendaftaran tersebut adalah palsu.




ReJaM© "Baling cat depan mata tak tangkap, apa lagi macam ni? "

Pelakon Khairil Anwar pula sertai Parti Islam, PAS?

Posted: 14 Sep 2012 09:26 PM PDT

SEKEPING gambar pelakon drama popular televisyen, Khairil Anwar bersama Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia sedang hangat disebarkan di Facebook.

Pelakon itu dikatakan turut menerima sebuah buku tentang perjuangan yang dihadiahkan kepadanya selepas menyertai PAS. Berikut gambar yang dimaksudkan.



Bagaimanapun ReJaM© beranggapan perkara ini masih lagi di peringkat khabar angin ataupun desas desus yang belum dapat disahkan kesahihannya. Ini kerana pelakon tersebut belum lagi membuat pengumuman secara rasmi.

ReJaM© "Sekiranya benar, selamat datang diucapkan kepada beliau... "

Bongkar punca pembantu Azmin dihalang masuk Sabah!

Posted: 14 Sep 2012 04:00 PM PDT

PEMBANTU khas Timbalan Presiden KEADILAN, Hilman Idham semalam dihalang daripada memasuki negeri Sabah kerana Musa Aman menganggap negeri itu milik bapaknya, rujuk sini [Musa Aman].



Kehadiran Timbalan Presiden KEADILAN dan pembantunya ke Negeri Sabah benar-benar ditakuti oleh Musa Aman kerana ia menjadi petanda bahawa satu lagi keruntuhan Umno Sabah akan berlaku.

Seorang lagi tokoh berpengaruh Umno Sabah yang juga dianggap sebagai "bank bergerak" parti itu di Negeri Sabah bakal menyertai KEADILAN.

Tokoh yang dimaksudkan ialah Tan Sri Ibrahim Menudin yang akan sertai KEADILAN esok. Beliau ini adalah antara pemimpin yang berpengaruh di Sabah juga berpengaruh di kalangan pimpinan UMNO Sabah.

Jawatan akhir beliau sebelum ini ialah sebagai Bendahari Jawatankuasa Perhubungan UMNO Sabah sebelum digantikan oleh Musa Aman, Ketua Menteri Sabah sekarang.

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri.

Lagi maklumat tentang beliau klik sini [Sapura Kencana]

Jika tiada aral melintang, beliau akan mengumumkan secara rasmi pengumumannya untuk menyertai KEADILAN pada pukul 3 petang di Sabah hari ini insya Allah.

Dalam congakan ReJaM© setakat ini, tujuh lagi ADUN Barisan Nasional Sabah akan berpindah kapal menyertai Pakatan Rakyat kerana sedar kapal yang ditumpangi kini sudah dimasuki air, menunggu masa untuk tenggelam.

ReJaM© "Semakin ramai pimpinan Sabah sudah buka mata..."

Rakaman CCTV Ibupejabat DAP Penang dilontar cat merah

Posted: 14 Sep 2012 03:12 PM PDT

NAMPAKNYA kedai-kedai cat di seluruh negara mendapat sambutan menggalakkan daripada samseng-samseng upahan United Malays No Otak, Umno untuk mendapatkan bekalan cat merah.

Selepas tiga kali lontaran cat merah ke atas bas Merdeka Rakyat yang dinaikki oleh Anwar Ibrahim, rujuk sini [samseng Umno]. Ibu Pejabat DAP Penang turut menerima nasib yang sama.

Rakaman CCTV di ibu pejabat DAP berjaya merakam saat kejadian lontaran cat merah yang dipercayai dilakukan oleh samseng upahan United Malays No Otak, Umno.



Sekitar sela masa 2:20 hingga 2:26 Kelihatan dua orang remaja lelaki dipercayai berbangsa Melayu, memakai topi melontar beberapa bungkus cat merah ke arah pintu hadapan ibupejabat DAP itu.

Lihat rakaman CCTV di bawah.





ReJaM© "Ini kerja orang gila... "

Musa Aman anggap Sabah negeri milik bapak dia!

Posted: 14 Sep 2012 03:56 AM PDT






PEGAWAI Khas kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Muhammad Hilman Idham dihalang memasuki Sabah atas arahan Ketua Menteri mengikut Seksyen 56(1)(A) Akta Imigresen 1995/63.

Notis penolakan masuk yang dikeluarkan itu mengandungi perintah yang menyatakan pihak berkuasa negeri telah mengarahkan supaya tiada pas dikeluarkan kepada beliau memasuki negeri tersebut.

"Saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah pada jam 3.20 petang tadi bersama delegasi seramai 14 orang diketuai oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

"Dalam pada negara bakal meraikan sambutan ulangtahun penubuhan Malaysia yang ke-49, amalan politik menekan dan menindas sebegini masih lagi menjadi budaya khususnya di kalangan pimpinan UMNO-Barisan Nasional.

"Saya menyifatkan tindakan ini sebagai zalim serta menafikan hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia. Tujuan saya ke Sabah adalah atas urusan kerja dan adalah tidak adil bagi pihak imigresen negeri Sabah melakukan tindakan yang tidak profesional sebegini," kata Muhammad Hilman dalam kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Azmin yang juga turut berada di lapangan terbang menjelaskan ini merupakan satu tindakan yang tidak sewajarnya berlaku apatah lagi tiada alasan diberikan terhadap penahanan dan halangan tersebut.

"Satu tindakan yang diwajar dilakukan, kenapa perlu beri halangan sedemikian sedangan beliau merupakan warganegara Malaysia," jelasnya.

Tambahnya lagi, rakyat perlu membuat perubahan pemerintah terutamanya di Sabah pada pilihanraya kali ini bagi memastikan tindakan sedemikian tidak berulang lagi.

"Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman melakukan apa saja mengikut kehendak beliau, warganegara sendiri ditahan tetapi rakyat asing mendapat keistimewaan," jelasnya.

Notis penahanan tersebut ditandatangi oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Fenny Fiona J Jeplin [TMI].

ReJaM© "Sabah milik bapak Musa Aman sekian terima kasih... "

Tiada ulasan: