Khamis, 6 September 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Hina Raja? Media Perak Terima Amaran?

Posted: 06 Sep 2012 08:39 AM PDT

Sedap Mulut Dia Je Mahathir Nak Cakap

Posted: 06 Sep 2012 08:22 AM PDT

Bersabarlah, kata Dr M pada rakyat Sabah, Sarawak

Hazlan Zakaria

Rakyat Sabah dan Sarawak mesti bersabar menunggu sumber asli dikeluarkan dan pelaburan asing dijelmakan sebelum mendapat pembangunan seperti di Semenanjung Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri menerangkan perkara ini dalam sesi soal jawab dengan pesara kerajaan dan kumpulan NGO di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

NONE"Sebenarnya, saya fikir pembangunan Sabah dan Sarawak mengatasi semenanjung. Sarawak mempunyai pelaburan asing tertinggi manakala Sabah pula mempunyai simpanan petroleum terbesar di negara ini.

"Bersabarlah dan tunggu sehingga sumber alam dikeluarkan dan tidak lama lagi pembangunan akan meningkat," katanya.

Nurul Syuhada Sahkan Letak Jawatan Di TV3, Sejak Sebulan Lepas

Posted: 06 Sep 2012 04:45 AM PDT

http://cdn1.rotikaya.com/wp-content/uploads/2012/09/Nurul-Syuhada-Nurul-Ain-Letak-Jawatan-ROTIKAYA.jpg

Laporan yang tidak dapat di'pastikan kesahihan petang ini menyebut yang Nurul Syuhada telah pun meletak jawatan dari terus bekerja di Media Prima hari ini.

Keputusan meletak jawatan ini khabarnya di'ambil ekoran isu Bintulu 'daif' yang rancak di'perkatakan hujung minggu lalu & pengacara ini telah pun memohon maaf.

Wartawan kami sedang berada di rumah terbuka Media Prima dan berusaha mendapatkan kepastian daripada Nurul Syuhada yang kelihatan hadir sama. Stay tuned!

UPDATE-1: Beberapa orang kakitangan TV3 yang kami temui menafikan mereka ada mendengar apa apa berita tentang Nurul Syuhada meletak jawatan pagi ini. Aneh.

UPDATE-2: Bercakap kepada wartawan kami petang ini, Nurul Syuhada mengesahkan yang beliau sudah pun melepaskan jawatan tetap bersama TV3 sejak sebulan yang lalu.

Nurul Syuhada turut menyatakan yang sebenarnya isu ini sudah di'perkatakan sejak beliau mula memakai tudung tempoh hari & semakin rancak apabila isu Bintulu 'daif' timbul.

Dan, pengacara ini menegaskan yang keputusan di'ambil beliau tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku baru baru ini tetapi lebih kepada komitmen peribadi & keluarga.

Keputusan ini di'ambil kerana Nurul Syuhada ingin menumpukan perhatian kepada keluarga selain ada keinginan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana.

Nurul Syuhada turut mengatakan yang beliau kini bekerja secara separuh masa di TV3 untuk rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) & gembira kerana ia'nya memberikan masa bekerja yang lebih fleksibel.

http://www.rotikaya.com/nurul-syuhada-letak-jawatan/

Pijak gambar pemimpin: Hishamuddin mahu tindakan tegas

Posted: 06 Sep 2012 03:44 AM PDT



BATU PAHAT - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang terbabit dalam perbuatan memijak gambar pemimpin dan mengibar bendera baharu.

"Kes ini dianggap kes kepentingan awam dan polis menyiasat dan kalau tidak boleh didakwa kita nak tahu apa sebab," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Minggu Haluan Siswa Universiti Tun Hussein Malaysia, di sini hari ini.

Katanya tindakan tegas itu bukan demi kepentingan politik tetapi disebabkan masyarakat marah, jijik dan mual dengan perbuatan tersebut.

"Saya tidak mahu dituduh mencampuri dalam hal polis, kementerian menekankan dasar dan pendekatan secara menyeluruh dan selepas itu menyerahkan kepada polis, AG (Peguam Negara) dan mahkamah menjalankan tugas masing-masing," katanya.

Hishammuddin berkata bantahan ramai pihak terhadap insiden berkenaan menunjukkan majoriti rakyat Malaysia tidak menerima budaya negatif yang dilakukan individu terbabit.

"Perbuatan itu bercanggah dengan budaya kita dibesarkan. Kalau kita tidak membuat pendirian dan majoriti tidak bersuara, ia akan menular di mana apa saja kelebihan serta keunikan di negara akan terhakis sedikit demi sedikit," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: