Sabtu, 8 September 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Selepas Pahang, Ada Penduduk Negeri TPM (Johor) Pula Masih Guna Air Perigi

Posted: 07 Sep 2012 11:44 PM PDT

Kluang – Adalah sesuatu yang mengejutkan apabila Sinar Harian semalam mendedahkan wujud pasangan warga emas yang sudah 40 tahun mendiami rumah hanya menggunakan air perigi bagi mendapatkan bekalan air
bersih.

Kehidupan yang serba kekurangan itu terpaksa diharungi oleh Atan Kemat, 77, dan isterinya Sapiah Gumeri, 84, dengan segala kepayahan mengepam air ke dalam bekas setiap hari.

Malangnya, perkara ini berlaku di sebuah negeri yang digelar 'maju' kalangan pimpinan UMNO-Barisan Nasional (BN) disifatkan hanya indah khbar dari rupa.

"Setiap hari, saya dan isteri akan menadah terlebih dahulu air perigi tersebut dan kemudian akan menyimpannya agar keladaknya yang berwarna kuning itu mendap ke bawah.

Setelah air itu jernih, baru kami gunakan," kata Atan lagi.

Selain itu, Atan menambah ada pihak yang menabur janjiuntuk memberikannya bantuan Projek Perumahan Rakyat

Termiskin (PPRT) bagaimanapun ia tidak kunjung-kunjung tiba. Malah, apa yang menimbulkan persoalan, sebarang urusan di agensi kerajaan yang diurus oleh pihak yang tidak mahu mengambil kesempatan hanya mampu diselesaikan dalam jangka waktu yang singkat, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

"Sudah lebih tiga tahun saya memohon untuk tinggal di rumah PPRT, namun janji hanya tinggal janji daripada mereka yang datang kononnya untuk membuat tinjauan tentang masalah yang saya hadapi di rumah ini.

"Sedangkan, segala urusan di JKM dan Baitulmal yang diuruskan oleh mereka yang tiada berkepentingan tidak mengambil masa lebih lima bulan untuk diselesaikan," katanya lagi.

Pasangan warga emas masih guna air perigi

Atan bersama isterinya, Sapiah ketika ditemui di rumahnya

Air perigi inilah yang digunakan oleh Atan sekeluarga.


KLUANG - Pasangan warga emas mengakui sudah biasa menjalani hidup serba kekurangan seperti tiada saluran bekalan air bersih di rumah yang didudukinya.

Bagi Atan Kemat, 77, dan isterinya Sapiah Gumeri, 84, dengan sumber air perigi yang dipam ke dalam bekas itulah yang digunakan mereka setiap hari.

Menurut Atan, dia sudah 40 tahun tinggal di rumah tersebut yang didirikan di atas tanah pusaka keluarga isterinya, namun disebabkan tidak berkemampuan, dia tidak dapat menyalurkan air bersih melalui paip ke rumahnya.

"Setiap hari, saya dan isteri akan menadah terlebih dahulu air perigi tersebut dan kemudian akan menyimpannya agar keladaknya yang berwarna kuning itu mendap ke bawah. Setelah air itu jernih, baru kami gunakan.

"Kami sudah biasa dengan kehidupan seperti ini. Walaupun hidup serba kekurangan namun rumah kami mempunyai bekalan elektrik," katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada memberikan bantuan RM300 sebulan kepada isterinya, manakala dirinya mendapat bantuan RM200 daripada Baitulmal.

Sebelum ini katanya, dia pernah memohon bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) namun statusnya masih belum diperolehnya.

"Sudah lebih tiga tahun saya memohon untuk tinggal di rumah PPRT, namun janji hanya tinggal janji daripada mereka yang datang kononnya untuk membuat tinjauan tentang masalah yang saya hadapi di rumah ini.

"Sedangkan, segala urusan di JKM dan Baitulmal yang diuruskan oleh mereka yang tiada berkepentingan tidak mengambil masa lebih lima bulan untuk diselesaikan," katanya.
-SH


Ulasan GB

Media pencacai menghebohkan Kelantan & Selangor menghadapi masalah air, sedangkan di negeri PM (Pahang) dan di negeri TPM (Johor) sendiri masalah air tak terurus.

Demikian hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya. Pendedahan ini membuktikan media pencacai sengaja memperbesarkan masalah air di negeri pakatan Rakyat sedangkan masalah air di negeri sendiri cuba diselindungi.

[BERGAMBAR] Kaum Cina & India Enggan Ditipu UMNO BN Lagi

Posted: 07 Sep 2012 09:12 PM PDT


Dahulu kaum bukan Melayu terutama orang Cina dan India diperdayakan oleh UMNO bahawa kononnya PAS adalah parti extreme, parti fundamentalis, parti pengganas, dan parti yang nak kerat tangan orang melalui hudud.

Segala momokan UMNO ini akhirnya disedari oleh orang bukan Melayu sebagai tektik kotor UMNO untuk menjauhkan orang Cina dari PAS. Kini semua lontaran negatif terhadap UMNO sudah tidak laku lagi.











[MEMALUKAN] Politweet Tak Iktiraf Rekod Twitter #55Merdeka Malaysia

Posted: 07 Sep 2012 07:41 PM PDT


'Klon' rosakkan rekod Twitter #55Merdeka Malaysia, kata firma penyelidikan

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Malaysia mungkin sudah mencipta rekod dalam laman sosial Twitter minggu lalu jika 'klon' tidak digunakan untuk menutup angka sebenar tweet yang dihantar, kata firma penyelidikan sosial media bebas.

Politweet.org menegaskan dalam laporannya semalam, merujuk hashtag #Merdeka55 - walaupun Putrajaya mendakwa rakyat Malaysia telah melepasi paras 3.6 juta tweet hanya dalam satu jam pada 31 Ogos, tidak ada pihak ketiga lain mengesahkan pengisytiharan ini sebagai benar.

"Dengan andaian angka tersebut benar, tidak mustahil angka 3.6 juta tweet adalah rekod dunia," kata firma tersebut dalam laporan mereka.

"Akan tetapi, Twitter tidak membuat apa-apa pengumuman di laman blog mereka tentang #Merdeka 55.

"Tidak ada juga mana-mana laman web pengesanan yang menyebut tentang rekod #Merdeka55," tambah mereka lagi.

"Tanpa pengesahan daripada pihak ketiga, angka 3.6 juta tweet meragukan," kata Politweet.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim telah mengisytiharkan pada 31 Ogos, sambutan ulangtahun Merdeka Malaysia yang ke 55 minggu lepas, 3,611,323 juta tweet dicatatkan pada 8.15 hingga 9.15 malam seluruh negara untuk akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, @NajibRazak, mengandungi pelbagai mesej yang bertemakan kemerdekaan, semasa perhimpunan "Janji Ditepati" di Stadium Bukit Jalil.


Akan tetapi dakwaan Rais tentang pemecahan rekod segera bertemu dicerca oleh pengguna Twitter Malaysia, ramai daripada mereka menuduh penganjur menipu dengan menggunakan "bot" untuk menjana publisiti palsu.

"Bot melakukan tweet ulang 4 ribu kali, maka u bangga hvg mil daripada tweet?" pengguna Twitter @ Amir_Shari menulis awal minggu ini, merujuk kepada program komputer yang direka untuk menghantar jawapan automatik kepada perkhidmatan.

Seorang lagi pengguna, Cyril Dason, menulis tweet pada akaunnya @cyrildason bahawa "statistik #merdeka55: 1500 tweet menjana 493,610 jejak, mencapai 185,482 pengikut dalam tempoh 24 jam lalu", dalam bantahanan jelas dakwaan kerajaan persekutuan tentang penetapan rekod.

Untuk mengesahkan dakwaan pengguna dalam laporan hari ini, Politweet berkata ia mula mengesan #Merdeka55 di Twitter bermula 28 Ogos sewaktu Rais mengumumkan sasaran Putrajaya untuk mencapai satu juta tweet bagi tweet yang dihantar dalam masa sejam dari 8.15 – 9.15 malam pada 31 Ogos.

Akan tetapi pada waktu yang disasarkan, Politweet berkata ia telah memerhatikan "corak ganjil" semasa siaran langsung - "jumlah besar tweet sama dihantar pada masa yang sama".

"Siasatan lanjut mendapati terdapat satu kumpulan kecil pengguna bertanggungjawab bagi jumlah besar tweet tersebut.

"Pengguna ini mempunyai ciri-ciri yang serupa, tarikh memulakan akaun contohnya, gambar profil, lokasi dan pengikut / hubungan pengikut. Semua tweet ulang mereka telah dihantar menggunakan Tweetdeck," tulis Politweet, dengan menggelar tweet pendua sebagai "klon".

Rumah penyelidikan media sosial itu menambah bahawa tweet menggunakan hashtag #Merdeka55 adalah "hampir keseluruhannya" terhad kepada Malaysia, dengan hanya lima tweet dari luar negara - Myanmar, Switzerland, London, Indonesia dan Singapura.

"Kehadiran klon juga mengurangkan kualiti rekod. Jika orang atau organisasi yang menjaga klon ini tidak mencemarkan data, apa jua rekod yang telah dicapai akan mempunyai lebih nilai sejarah," kata firma penyelidikan tersebut.

Menambah kepada ini, Politweet juga mempersoalkan tindakan senyap Twitter atas dakwaan Malaysia bahawa tweet global telah dipecahkan dengan mesej Merdeka - laman Twitter telah menyebut rekod terbesar di laman tersebut apabila pelari pecut Usain Bold memenangi-pingat emas dalam acara pecut 200m semasa Sukan Olimpik (80,000 tweet dalam satu minit).

"Ini meletakkan #Merdeka55 sebagai di bawah Usain Bolt. Adalah mengejutkan bahawa rekod dicipta tanpa disedari oleh Twitter," kata Politweet. -TMI


Ulasan GB

Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Tepat apa yang GB tulis dulu bahawa Isu Twitter: Najib Dilembukan Dan Cuba Pula Melembukan Dunia! Siapa yang melembukan Najib? Siapa lagi kalau bukan Menteri Penerangan & Multimedia serta seangkatan "budak-budak" IT di JPM. Baca link di bawah ini:


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Royalti Tak Bayar, Kebas Pula Minyak Kelantan Didaratkan Di Terengganu

Posted: 07 Sep 2012 04:44 PM PDT

Kelantan dakwa gas di zon Bunga Kamelia didaratkan di Terengganu

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan mendakwa gas di Blok PM301 dari zon Bunga Kamelia yang terletak berhampiran perairan negeri itu akan didaratkan di Kemaman, Terengganu.

"Walaupun ia lebih dekat dengan negeri Kelantan, paip sebesar 15 inci dipasang untuk mendaratkan gas tersebut di pelantar di Kemaman, sekali lagi Kelantan terlepas," kata Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

Menurut beliau, Petronas akan mendaratkan gas dari zon Bunga Kamelia itu pada bulan Jun tahun depan dengan kapasiti 110 juta kaki padu sehari.

Katanya, jika harga gas dalam anggaran USD12 hingga USD14 sekaki persegi bermakna jumlah royalti ialah antara RM400 dan RM547 juta setahun.

Petronas, kata Husam telah menemui enam kawasan minyak baru di BLok PM301 sejak tahun 2001.


Husam memberitahu, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menambah anggota jawatankuasa khas tuntutan petroleum kerajaan negeri Kelantan dengan mengundang penyertaan golongan profesional, NGO serta Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kelantan.

Jawatankuasa ini berbeza dengan penubuhan jawatankuasa khas mengkaji secara adil dan telus berhubung pembayaran hasil petroleum kepada negeri-negeri di pantai timur yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menghantar surat kepada Najib mengenai tuntutanronyalti gas tetapi belum ada jawaban.

"Kita berharap Perdana Menteri memberi jawaban sama ada menolak tuntutan itu atau mempertimbangkannya," kata Husam.

Rakyat Biadab Kerana Umno Gurunya

Posted: 07 Sep 2012 06:31 AM PDT

PAS menyifatkan, tindakan sesetengah pihak bertindak biadab sekarang adalah kerana diajar oleh Umno.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, Pemimpin Umno lupa, budaya ini dimulai oleh pemimpin Umno dan merekalah gurunya.

"Rosak ikan bermula di kepala, rosak rakyat kerana pemimpinnya," kata beliau.

Atas dasar itulah, katanya, tidak hairanlah ada rakyat yang pijak gambar pemimpin di dalam himpunan Janji Demokrasi 30 Ogos 2012 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kenapa pemimpin Umno dan media Umno tanpa segan silu membelasah seolah-olah ini semua ajaran pemimpin pembangkang, soalnya.

Pada hal, katanya, tidak ada rekod pemimpin pembangkang yang berkelakuan biadab.

Katanya, rakyat masih ingat ketika penamaan calon Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sanggang pada 20 April 2000, di mana Datuk Adnan Yaakob selaku Menteri besar Pahang menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong PAS.

"Apakah ini taraf seorang ketua Umno di negeri Pahang," katanya.

Begitu juga tindakan pemuda Umno dan puteri Umno yang tunjuk punggung dan isyarat lucah pada hari tersebut.

Ajaran biadab ini dilanjutkan lagi oleh Utusan Malaysia dan penceramah Umno yang menunjuk gambar lucah kononnya ini adalah gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sdr Azmin Ali.

"Kenapa budaya ini tidak disekat malahan diberi galakan sehingga memalukan kita yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah," soalnya.

Akhbar ini, katanya, sampai ke sekolah yang dibaca oleh pelajar-pelajar.

"Seolah-olah media Umno mendapat lesen untuk membuat sesuatu demi politik kotor mereka," katanya.

Beliau juga mempersoalkan, kenapa mereka yang pijak gambar Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang tidak diambil tindakan.

"Apakah beliau botol mineral, bukan manusia? Apakah beliau menjadi Ketua Menteri yang tidak sah?" soalnya lagi.

Hak Safee Sali Untuk Sokong Atau Sertai Mana-mana Parti Politik

Posted: 07 Sep 2012 03:33 AM PDT

K etua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor Shuhaimi Shafiei berkata, tiada isu yang timbul apabila pemain bolasepak negara, Safee Sali yang menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail baru-baru ini.

"Ini perkara biasa. Kita biasa menjemput pemain-pemain bolasepak untuk turut sama menghadiri program anjuran PKR. Maka, dalam kes Safee ini juga adalah tidak berkecuali.

"Jika benar sekalipun Safee menyokong PKR, itu adalah hak beliau. Malah, sudah ramai atlit negara yang menyatakan sokongan kepada parti politik tertentu. Terbaru, atlit skuasy negara, Azlan Iskandar menyertai Umno. Jadi tiada apa yang mahu dihairankan", katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Manakala ahli timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, jika Safee menyokong PKR, itu perkara yang baik kerana setiap satu undi adalah bermakna, kerana setiap parti politik yang bertanding memerlukan sokongan daripada seramai mana yang boleh.

Apabila ditanya adakah Safee menyokong PKR, Khalid menjawab, "itu kena tanya dia sendiri."

Gambar Safee yang menghadiri majlis itu tersebar di blog- blog menjadi perbualan dan pertanyaan orang ramai adakah beliau merupakan penyokong PKR.

Pengurus Safee, Zakaria Rahim merupakan penyokong kuat PKR dan merupakan bekas Ketua Cabang PKR.

Sebuah blog dipetik melaporkan Safee menafikan menyokong PKR. Safee katanya sebagai rakyat Malaysia tidak mengambil kira tentang parti yang membuat rumah terbuka itu kerana beliau hanya ingin menemuai peminat beliau dan sebagai rakyat Selangor adalah tidak manis jika beliau menolak jemputan rumah terbuka itu. -FMT

Tiada ulasan: