Jumaat, 28 September 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen

Posted: 28 Sep 2012 12:40 AM PDT



Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus membongkar sebuah lagi penipuan dan persediaan untuk menipu secara besar-besaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

Unit Pengesan Penipuan SPR (UPPSPR) sebuah sayap SAMM yang ditubuhkan dalam Rapat SAMM Kebangsaan yang lalu telah berjaya mengesan satu perkembangan tidak sihat telah diusahakan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk menutup kerja kotor SPR yang bertujuan mengekalkan kuasa regim Barisan Nasional. 

Berikut adalah penemuan baru yang berkaitan, membuktikan SPR bukan sahaja tidak melaksanakan salah satu daripada lapan tuntutan BERSIH iaitu membersihkan senarai pengundi, malah SPR didapati berusaha lebih gigih untuk memastikan regim terus berkuasa apabila berganding bahu dengan JPN;
1. Nama pelik dalam carian senarai pengundi yang tertulis hanya sebuah abjad istimewa 'apostrophe' telah ditemui selain daripada ribuan nama pelik yang didedahkan sebelum ini, tidak lagi boleh diusul periksa dalam sistem carian kad pengenalan dalam laman web JPN. Lihat keratan di bawah untuk kes terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' yang dikesan dalam sistem carian SPR;

Nama pelik abjad istimewa 'apostrophe' 

2. Cubaan UPPSPR untuk mendapatkan nama sebenar pemilik no kad pengenalan '781220135703' yang juga penama abjad istimewa 'apostrophe', dalam laman web yang disediakan JPN menemui jalan buntu apabila laman asal sistem pencarian telah diubah. Sistem carian kad pengenalan sebelum ini yang beralamat URL "http://www.jpn.gov.my/semakic/" - memaparkan nama dan status apabila dimasukkan nombor kad pengenalan tetapi URL laman tersebut gagal ditembus. Lihat contoh carian di bawah, ia adalah carian pada bulan Ogos 2011 ketika menemui nama pelik yang mempunyai 2 nombor kad pengenalan;

Sistem carian yang lama mempunyai ruangan nama
Alamat URL sistem carian yang lama gagal ditembus

3. Namun demikian, UPPSPR mendapati JPN telah menukar sistem carian baru di alamat URL "http://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/" yang tidak memaparkan nama pemilik kad pengenalan setelah nombor KP dimasukkan. Perubahan yang dilakukan JPN seolah-olah dirancang untuk menggagalkan sebarang usaha untuk mengesan penipuan SPR. Ia jelas satu langkah ke belakang apabila saki baki ketelusan sebelum ini dinafikan sama sekali. Lihat laman yang diperbaharui dalam gambar di bawah;
Laman baru, apabila dimasukkan nombor IC, hanya tertulis status permohonan
4. Perkembangan ini sangat membimbangkan selain menggambarkan sebuah kerjasama hebat telah terjalin di antara SPR dan JPN untuk mengambus penipuan pilihanraya. 
Justeru itu, SAMM mendesak agar JPN tampil menjawab apakah alasan dan tujuan mengubah sistem carian daripada yang lebih telus terperinci seperti sebelum ini kepada sistem carian yang menyembunyikan nama pemegang kad pengenalan.

SAMM melihat penemuan terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' membuktikan SPR tidak pernah berusaha membersihkan senarai pengundi sepertimana yang dituntut sejak tahun 2006. Ribuan nama pelik yang tidak dijustifikasi malah disusahkan lagi pencariannya dalam sistem carian JPN, berpuluh ribu nombor KP yang ada dalam senarai pengundi SPR tetapi tiada dalam sistem pangkalan data JPN, beratus ribu pengundi berada dalam kategori satu alamat diduduki ratusan pengundi pelbagai bangsa, semua ini masih tidak dibersihkan lagi oleh SPR dan tiada usaha konstruktif ke arah pembersihan senarai pengundi.

Apalagi yang boleh diharapkan dari SPR yang semakin hari semakin mengarut? Desakkan terhadap timbalan dan pengerusi SPR yang dikenalpasti sebagai ahli Umno supaya segera meletakkan jawatan tidak diendahkan. Jawatan tertinggi SPR sepatutnya diserah kepada individu lebih layak yang tidak menyertai mana-mana parti politik.

SAMM juga melihat SPR sebagai badan yang tiada kredibiliti lagi selain tidak berintegriti dalam memastikan ketelusan menjalankan kerja-kerja pengurusan pilihanraya. Rakyat yang mengimpikan demokrasi sudah hilang kepercayaan terhadap SPR. 

Dengan ini, SAMM mendesak keras agar SPR dibubarkan terlebih dahulu sebelum parlimen dibubarkan. SAMM menyeru rakyat seluruh negara, NGO dan NGI bersama bergerak mendesak SPR dibubarkan. Tekanan hebat harus diberikan kepada SPR supaya menyerahkan tanggungjawab menjaga perihal pilihanraya kepada badan lain yang lebih profesional dan punya integriti dalam menjalankan tanggungjawab.

Ayuh semua, gerakan mendesak SPR dibubarkan sebelum parlimen Malaysia dibubar harus diperhebat demi menjamin demokrasi dan masa depan negara.

Sekian


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
email: edyesdotcom@gmail.com

Kisah Benar!! Pulang Ke Rumah Setelah 3 Hari Dikuburkan

Posted: 27 Sep 2012 11:01 PM PDT

Penduduk Padang digegarkan dengan peristiwa aneh kerana ada seorang datuk berusia 75 tahun sudah dikubur boleh hidup kembali.

Datuk tersebut bernama Faizal (75). Dia dikuburkan pada Sabtu 15 Januari lalu pukul 15.00 ptg. namun pada hari Isnin 18 Januari pada pukul 15.30 ptg tiba-tiba dia pulang ke rumah.

Faizal tiba di rumah dengan dihantar oleh tentangganya. Keluarga yang sedang mempersiapkan majlis doa tahlil lari ketakutan melihat datuk itu pulang dihantarkan tetangga.

Afrizon (35), anak Faizal bercerita, ketika ayahnya pulang orang yang datang ke rumah ingin membaca doa bersama langsung lari ketakutan.

"Mereka takut kerana ayah kan sudah dimakamkan tiga hari lalu," katanya pada okezone Kejadian bermula, ketika Afrizon melihat di media ada mayat tak dikenal di rumah mayat RSUP dr Djamil Padang yang ditemukan di Lubuk Alung, Kabupaten Padang Pariaman.

"Saya melihat gambar mayat itu mirip bapak saya, dan pada Sabtu kira-kira pukul 02.00 saya datang ke hospital itu dan memeriksa keadaan mayat tersebut, ciri-cirinya mirip dengan bapak saya," tuturnya.

Ciri-ciri yang meyakinkan mirip dengan bapaknya itu pelipis kiri ada bekas goresan luka, pergelangan tangan kirinya ada jejak patah tulang, serta di celah-celah jari manis dan jari tengah ada peluru yang masih tertanam dan sudah menyatu dengan dagingnya.

Sementara bahagian dada ada bekas tembakan peluru dan begitu juga di perut ada bekaspembedahan. "Begitu pula wajahnya dan rambutnya mirip dan pakaian yang dikenakan juga sangat mirip, membuat saya percaya bahawa itu bapak saya," katanya.

Pihak hospital juga tidak memiliki identiti mayat yang ditemukan polis itu, kemudian pada Sabtu g Afrizon bersama saudara lain mendatangi hospital itu untuk memeriksa kembali dan mereka setuju bahawa itu ayah mereka.

"Pada pukul 14.30 ptg mayat dimandikan dan langsung dikafani serta dibawa ke rumah. Pukul 15.00 ptg mayat yang sudah sampai di rumah langsung di kebumikan di tanah kelurgayang tak jauh dari rumah," ulasnya. -okezone

Mahkamah Brazil Perintahkan YouTube Hapuskan Filem Anti-Islam Dalamasa 10 Hari

Posted: 27 Sep 2012 07:05 PM PDT

Sao Paulo - Sebuah mahkamah Brazil pada Selasa (25/9/2012) melarang sebuah filem anti-Islam yang menelurkan protes keras di seluruh dunia Muslim dan memberi YouTube masa 10 hari untuk menarik trailer filem tersebut dari laman webnya, lansir Al Arabiya.

Keputusan oleh mahkamah negeri di Sao Paulo, rumah bagi pendatang masyarakat Timur Tengah, berlaku beberapa jam selepas Presiden Brazil, Dilma Rousseff mengecam "Islamophobia" di negara-negara Barat dalam pidato di PBB.

Tuntutan terhadap filem kontroversi tersebut dibawa oleh sebuah kumpulan Muslim Brazil, Kesatuan Kebangsaan Islam, terhadap pemilik Youtube, Google Inc untuk menerbitkan di internet sebuah video yang telah menyerang Islam.

Dalam keputusannya, Hakim Gilson Delgado Miranda mengatakan kes ini menyandingkan "kebebasan bersuara" dan keperluan untuk melindungi individu atau kelompok masyarakat dari tindakan yang mungkin menghasut diskriminasi agama.

Ini bukan kali pertama mahkamah Brazil melawan Google. Sebelumnya mahkamah pilihan raya memerintahkan penangkapan eksekutif Google yang paling senior di Brazil selepas syarikat gagal untuk menghapuskan video di YouTube yang menyerang calon walikota tempatan.

Cabaran undang-undang menggariskan soalan yang lebih luas mengenai tanggung jawab Google untuk kandungan yang dimuat naik pihak ketiga ke laman webnya, seperti video anti-Islam yang mengejek Nabi Muhammad salallahu alaihi wa sallam dan mencetuskan gelombang protes di dunia Muslim.

Lima belas orang terbunuh di Pakistan selama demonstrasi atas video tersebut pada minggu lalu.

Orang-orang yang terlibat dalam filem amatur yang telah diposting di YouTube, mengatakan bahawa itu dibuat oleh seorang lelaki California berusia 55 tahun, Nakoula Basseley Nakoula.

Najib Diasak Lagi: Bagaimana Pakar Paip Perolehi Tender LRT?

Posted: 27 Sep 2012 04:35 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak mendedahkan butiran keputusan tender projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion yang dianugerahkan kepada George Kent-Lion Pacific JV (GKLP JV).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian mempersoal bagaimana syarikat itu memenangi projek tersebut yang kononnya melalui tender terbuka, walaupun tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan rel.

"Kita nak tahu bagaimana George Kent yang tiada pengalaman boleh dianugerah tender projek awam bernilai lebih RM1 bilion.

Kita khuatir sama ada mereka boleh laksanakan projek, kerana latar syarikat ini hanya berpengalaman dalam projek pemasangan paip," kata Hee kepada Keadilan Daily.

Dalam jawapan bertulis Menteri Kewangan kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Selasa lalu, Najib selaku menteri berkaitan mempertahankan bahawa GKLP JV adalah gabungan syarikat tempatan yang berkeupayaan dari segi kewangan untuk menjalankan projek tersebut.

"Sangat menghairankan apabila jawapan Menteri mengatakan bahawa penender lain berpuas hati dengan keputusan. Butirannya mesti didedahkan kepada umum kerana projek ini guna dana awam.

"Kita nak tahu mengapa tujuh lagi pembida projek tidak bantah. Apakah sebab syarikat yang dapat projek ini rapat dengan Perdana Menteri?" soalnya.

"Orang ramai tertanya-tanya apakah ada rahsia yang cuba disembunyikan? Sampai hari ini, tidak ada penjelasan terperinci melainkan jawapan Menteri yang bersifat umum.

"Jawapan Menteri Kewangan semalam tidak adil kepada pembida dan tidak adil kepada rakyat. Kita hairan bagaimana dokumen melibatkan projek ini diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi," katanya.

"Apakah tindakan menawar tender secara terbuka, kemudian memilih kroni untuk projek ini hanya 'wayang kerajaan?" soal Hee lagi.

KEADILAN sebelum ini melalui Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli mendedahkan satu dokumen membuktikan jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan Najib telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai George Kent.

Dokumen itu adalah minit mesyuarat kelima Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 21 Jun, yang dipengerusikan Najib.

Menurut Rafizi, syarikat itu sebelum ini ditolak kerana tidak memenuhi keperluan minimum teknikal bagi kerja tersebut. -KD

[VIDEO] PKNS Buat Laporan Polis Terhadap NGO Mesra UMNO

Posted: 27 Sep 2012 08:34 AM PDT

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap syarikat tersebut.

Peguam mewakili PKNS, Sankara Nair berkata beliau telah menasihati PKNS untuk membuat laporan polis terhadap Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Presidennya, Azwanddin Hamzah.

"Kami menegaskan bahawa anak guam kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana media atau organisasi yang membuat kenyataan fitnah mengaitkan PKNS dan penyelesaian hutang Talam," katanya di luar Ibu Pejabat Daerah Polis Shah Alam di sini hari ini.

PKNS turut membuat laporan polis hari ini ke atas JMM berhubung risalah berbau hasutan dan fitnah yang didakwa menyalahi undang-undang.

Laporan polis itu menyebut bahawa risalah dengan logo JMM menghasut pemilik-pemilik rumah yang telah membeli rumah dari PKNS atau Selangor Industrial Corporation (SIC) agar memohon kepada kerajaan negeri melupuskan hutang tertunggak.

Dasar ini kononnya atas sama seperti diambil kerajaan negeri Selangor dalam melupuskan hutang Talam Corporation Berhad.

Salinan risalah bertarikh 15 September 2012 itu antara lain turut disertakan borang bertajuk "Pembelian Hutang PKNS".

Penulis risalah – Azwanddin didakwa berniat jahat dengan menulis, menerbitkan dan mengedar risalah mengaitkan PKNS dengan isu Talam sedangkan hal tersebut tidak mempunyai kaitan.

"Saya juga melaporkan bahawa motif penulisan, penerbitan dan pengedaran risalah itu mencetuskan perasaan takut,rungsing dan gusar dalam minda orang ramai terhadap PKNS serta mengaibkan dan menjatuhkan reputasi," kata Pegawai Undang-undang PKNS, Silawati Mat Jusoh yang membaca laporan polis itu kepada media.

Pada 21 September lalu, satu laporan polis turut dibuat ke atas organisasi media dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkenaan laporan berita palsu yang mengaitkan anak syarikat PKNS- PKNS Infra Sdn Bhd terlibat dalam kes kecurian air.

GAPS lapor polis tentang bas Dalam perkembangan lain, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) turut membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, berhubung dakwaan penyelewengan pemilikan pembelian bas oleh Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin mendakwa Menteri Besar mengaku bas dimiliki beliau dan disewa kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk tujuan pilihan raya akan datang.

Maka beliau mahu siasatan terperinci dibuat kerana mensyaki pembelian bas mewah itu yang didakwa bernilai RM900 ribu.

Laporan berhubung hal tersebut juga akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). -FMT

OKU Ikrar Bantu PR Tawan Putrajaya

Posted: 27 Sep 2012 06:44 AM PDT



Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berikrar untuk membantu Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Lontaran ini disuarakan oleh Ketua Penggerak Kempen OKU Bangkit 2012, Mohammad Faizal Che Yusof dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, kempen ini merupakan satu mekanisme bagi mengetengahkan permasalahan OKU agar lebih diberikan perhatian oleh semua pihak.

"Diharapkan parti politik akan peka mengenai OKU dalam menifesto pilihanraya akan datang.

Kita bersedia untuk membantu PR memenangi Putrajaya InsyaAllah," katanya.

Selain itu katanya, kerajaan perlu memberikan elaun kecacatan kepada OKU secara menyeluruh tanpa mengikut jenis kecacatan dan gaji pekerja OKU.

Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberikan tambahan kewangan kepada OKU yang bekerja sehingga mencapai pendapatan RM1,500 sebulan dan RM150 kepada OKU yang tinggal di rumah.

"Pembangunan OKU perlu dibuat secara menyeluruh. Satu portfolio OKU perlu dimartabatkan di peringkat kementerian di persekutuan dan exco di peringkat negerim.

"Kita harapkan dalam Bajet 2013 ada sesuatu untuk OKU," ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS, Dr Siti Mariah Mahmud berkata pihaknya akan terus mendokong segala usaha pembangunan kepada golongan OKU di seluruh Malaysia.

Katanya, penubuhan sekateriat ini juga merupakan langkah awal bagi membantu kemenangan PR bagi membangunkan OKU kelak.

"Pihak kami akan mengikhtiarkan sebuah pusat khidmat atau sehenti OKU nasional bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih signifikan kepada OKU termasuk kajian berkaitan OKU, advokasi, perancangan dan perlaksanaan pembangunan.

"Meskipun belum memerintah, kami akan mengikhtiarkan yang terbaik untuk mereka," katanya. -selangorku

Perogol Bersiri Yang Diburu Polis Kerana Merogol Sewaktu ‘Temuduga’ DICEKUP!

Posted: 27 Sep 2012 05:03 AM PDT

Seorang lelaki yang merogol dan merompak wanita selepas sesi 'temuduga' yang dilakukan di dalam bilik hotel, ditahan polis awal Rabu di sebuah rumah di Seksyen 27, Shah Alam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, hasil risikan polis, lelaki berusia 29 tahun itu yang diklasifikasikan sebagai perogol bersiri dan amat dikehendaki polis sejak 2010, ditahan di rumahnya pada 2 pagi ketika sedang tidur.

Beliau berkata, modus operandi lelaki itu ialah mengiklankan tawaran pekerjaan dengan gaji lumayan di internet, khas untuk golongan wanita sahaja.

Suspek akan menghubungi mangsa yang kononnya disenaraikan pendek bagi mengatur sesi temuduga di hotel-hotel mewah dengan meminta mangsa mendaftar masuk atas nama mangsa sendiri.

"Dia akan bagi alasan tak bawa kad pengenalan lah, duit tertinggal la.

Ini semua bagi mengelakkan namanya direkod dan disyaki pihak berkuasa.

Mangsa sebelum itu juga diminta membawa barangan berharga seperti I-Pad, telefon bimbit dan sebagainya," katanya.

Ku berkata, selepas dirogol, barangan berharga milik mangsa juga dilarikan namun mangsa tidak dicederakan.

Beliau berkata, suspek dipercayai terlibat dalam beberapa kes yang sama, yang dikesan sejak 2010 di Kuala Lumpur dan Selangor berdasarkan modus operandi yang digunakan.

"Namun kita percaya suspek terlibat dalam banyak lagi kes, (yang sama), namun tidak dilaporkan mangsa," katanya dan meminta kaum wanita yang pernah menjadi mangsa lelaki itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis.

Beliau berkata, suspek yang merupakan seorang jurujual direman pagi ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan rogol serta melakukan rompakan – BERNAMA.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Masalah E-undi Pilihanraya Kampus: Percubaan Menipu Yang Gagal

Posted: 27 Sep 2012 02:26 AM PDT


UIA hadapi masalah 'pengundi hantu' dalam sistem e-pengundian

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberikan alasan peningkatan pengundi dalam sistem e-pengundian melebihi jumlah yang layak mengundi menyebabkan pilihan raya kampus (PRK) terpaksa ditangguhkan.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Datuk Mizan Hitam, dalam kenyataan rasmi mengesahkan perkara tersebut.

"Sebagai contoh, sepatutnya satu kuliah mempunyai 300 pengundi tetapi e pengundian mencatatkan jumlah melebih 2000 pengundi yang layak," katanya.

Memetik laporan di Berita Harian hari ini, Dekan Bahagian Pembangunan dan Perhubungan Pelajar UIAM, Dr Akmal Khuzairy Abd Rahman mengesahkan perkara tersebut dan dijangkakan pilihan raya semula akan diadakan pada minggu depan.

"Saya masih belum menerima laporan rasmi tetapi ia berpunca daripada masalah teknikal," kata Dr Akmal kepada Berita Harian.

Dr Akmal juga berkata tarikh pilihan raya akan diputuskan hari selepas selesai bermesyuarat.

Disamping itu, beliau juga mempertahankan keupayaan sistem e-pengundian yang digunakan oleh semua universiti dalam PRK kali ini.

"Ia tidak berlaku di universiti lain kecuali di UIA," kata Dr Akmal.

Bagi mengelak ia berulang, UIA dijangkakan beralih kepada sistem lama iaitu mengadakan pilihan raya secara manual.

Cadangan itu dilontar oleh Datuk Mizan dan Dr Akmal dalam kenyataanya hari ini juga menyuarakan pendapat sama yang mahu senat mengadakan satu lagi PRK secara manual.

Semalam, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam sidang medianya berkata pihaknya telah menerima laporan awal yang mengatakan kelewatan itu disebabkan kesilapan teknikal dalam penggunaan sistem e-undi yang dikelolakan pihak bertanggungjawab di UIAM.

Sebanyak 32 kerusi dipertandingkaan melibatkan 18 kerusi di kampus Gombak dan 13 kerusi di kampus Kuantan.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam kenyataannya hari ini menggesa sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat segala aduan ketidak adilan dan penipuan yang berlaku dalam PRK sesi ini.

Beliau juga menyifatkan PRK yang berlangsung semalam telah menyaksikan penyelewengan dan penindasan ke atas hak demokrasi mahasiswa. -TMI

Nurul Izzah: Kredibiliti pilihan raya kampus tercalar

PILIHAN raya kampus yang diadakan semalam mencatitkan titik hitam dalam sejarah Malaysia dengan campur tangan pihak eksekutif serta amalan budaya samseng, ugutan berbentuk jenayah yang menekan dan mengekang hak serta kebebasan mahasiswa.

Projek Ops2020, yang didedahkan dalam Parlimen sesi yang lalu terbukti dirangka untuk memenangkan calon-calon kampus yang pro-kerajaan. Projek ini telah memberikan laluan kepada nasir-anasir luar yang didalangi pihak tertentu untuk terus menyekat perjalanan pilihan raya kampus yang bersih, adil dan telus.

Gejala samseng mulai menerjah masuk ke kampus-kampus, dengan insiden terbaru Pengerusi Pro-M Universiti Malaya yang dibelasah oleh 5 orang samseng. Budaya ini wajib dikecam dan segera ditangani oleh pihak berwajib.

Adakan audit terbuka ke atas e-undi.

Sebahagian daripada perancangan durjana pihak eksekutif termasuklah pengenalan sistem e-undi Universiti Malaya (UM) sejak 2009 apabila pihak pentadbiran UM meneruskan konsep menukar sistem kertas undi kepada sistem e-undi (undi secara berkomputer).

Para mahasiswa serta mahasiswi menentang keras sistem e-undi yang diperkenalkan kerana ia memberi impak kepada ketelusan, keberkesanan dan ketelusan setiap undi mahasiswa. Tiadanya audit ke atas sistem e-undi tersebut, dikeruhkan dengan perjalanan pilihan raya kampus yang tidak dipantau oleh pihak yang tidak berkepentingan.

Secara tuntas, persoalan-persoalan berkait sistem e-undi perlu dijawab:

i. Adakah undi rahsia?
ii. Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?
iii. Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-undi untuk memastikan telus dan tidak boleh dimanipulasi?

Setelah e-undi diperkenalkan sejak 2009, pada 2010 pihak pentadbiran UM sekali lagi memperkenalkan sistem baru dalam pelaksanaan pilihan raya kampus iaitu e-calon, e-daftar dan e-bantah yang semuanya berbentuk elektronik.

Sistem yang diguna pakai ini mengakibatkan seribu permasalahan buat mahasiswa di mana pada pilihan raya kampus UM kali ini – dua fakulti iaitu Fakulti Sains dan Pendidikan terpaksa menjalankan undian semula akibat undi seri yang diperoleh oleh kedua-dua fraksi Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa.

Sejarah hitam demokrasi kampus juga tercipta di Universiti Islam Antarabangsa, apabila pilihan raya kampusnya terpaksa diulang semula kemudian secara manual akibat masalah teknikal. Kemelut undian semula yang berangkai bagi banyak universiti membuktikan sistem e-undi perlu dibaik pulih, sebelum boleh dilaksana sepenuhnya.

PKR menggesa supaya Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan sistem undian manual sehinggalah satu badan bebas khas diwujudkan untuk menyiasat dan menyelesaikan kemelut yang berlaku, termasuklah pelaksanaan audit bebas terhadap sistem e-undi. Kita wajib membaik pulih imej universiti-universiti di Malaysia yang tercalar teruk akibat manipulasi sebegini.


Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR

Tiada ulasan: