Khamis, 27 September 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pelajar Latihan Amali Adakan "Latihan Amali" Dengan Bakal Tunang Dicekup

Posted: 27 Sep 2012 12:23 AM PDT

Dungun - Tindakan seorang penuntut kolej membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa setiap hujung minggu sehingga mendatangkan syak wasangka dalam kalangan jiran tetangga sehingga perbuatan tidak bermoral itu berjaya dihidu pihak berkuasa.

Susulan itu, satu serbuan dilakukan penguat kuasa syariah kira-kira jam 10.45 malam Ahad lalu, berjaya menahan sepasang kekasih yang berada berdua-duaan di sebuah rumah flat, dekat sini.

Ketika ditahan, gadis berusia 21 tahun yang sedang menuntut di salah sebuah kolej swasta itu difahamkan hanya berseluar pendek dan memakai baju singlet tanpa pakaian dalam.

Ketika serbuan, pasangan itu mengaku mempunyai hubungan sebagai sepupu, namun setelah disoal siasat kedua-duanya tidak mempunyai hubungan muhrim.

Gadis berasal dari Bukit Tunggal dikatakan sedang menjalani latihan amali di Pejabat Kesihatan Dungun, manakala teman lelakinya yang berasal dari Padang Nenas, Kuala Terengganu, kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan selepas diikat jamin oleh keluarga masing-masing.

Pasangan yang mengaku bakal mengikat tali pertunangan itu akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun, 29 Oktober nanti atas dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Ulasan GB

Kenapalah susah sangat orang muda sekarang ini untuk bernikah?

Zina sudah menjadi seperti perkara normal dan bukan dosa yang ditakuti. Kerana apa? Mudah jawapannya: hukum Islam diketepi!

Suspek Utama Kes Bunuh, Samun RM1.2 juta Ditahan

Posted: 26 Sep 2012 10:01 PM PDT

Ipoh - Seorang pengawal keselamatan yang disyaki menembak mati rakan sekerjanya dan melarikan wang tunai RM1.2 juta di Aulong, Taiping, minggu lepas, ditahan di Bukit Kampung Syed Omar, Kangar, Perlis semalam.

GAMBAR: Suspek utama kes bunuh dan samun wang tunai syarikat keselamatan berjumlah RM1.2 juta di Taiping minggu lalu direman tujuh hari bagi membantu siasatan polis - Foto Bernama

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada pukul 11 pagi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Perlis.

"Dengan tangkapan itu, kes itu dianggap selesai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas wang tunai RM7,250 dan mata wang Thai 550 Bath daripada lelaki terbabit.

Jumaat lepas, polis menahan enam suspek iaitu empat lelaki dan dua wanita berusia antara 25 dan 30-an bagi membantu siasatan kes itu.

Dalam kejadian 18 Sept lepas, pemandu van syarikat keselamatan, Hasnul Hafiz Saad, 28, mati di tembak empat das dari jarak dekat ketika mangsa dan rakan sekerjanya dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai di beberapa bank di bandar Taiping - Bernama.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Patutlah Bermati-matian Pertahankan Putrajaya, Ramai Yang Bakal Ke Penjara

Posted: 26 Sep 2012 07:31 PM PDT



Pakatan tubuh S'jaya siasat skandal BN jika tawan Putrajaya

Pakatan Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat yang dibazirkan Umno-BN sebaik gabungan KEADILAN, PAS dan DAP diberi mandat membentuk kerajaan.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, fokus suruhanjaya itu terarah kepada skandal pembaziran wang rakyat yang melibatkan pemimpin besar.

"Skandal PKFZ misalnya, ia melibatkan pembaziran wang rakyat RM14 bilion dan yang terbaru penyelesaian di luar mahkamah bagi kes hutang kroni Umno, Tajudin Ramli terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

"Skandal besar seumpama ini mesti ada pihak yang bertanggungjawab dan sebab itu perlunya suruhanjaya bagi menyiasatnya," katanya.

Beliau diminta mengulas isi ucapan beliau di Sungai Petani, Kedah 3 Mac yang menyatakan Pakatan Rakyat akan mengheret mereka yang melakukan rasuah ke mahkamah jika mengambil alih Putrajaya pada PRU akan datang.

Saifuddin berkata, turut tidak terlepas dari fokus Pakatan ialah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bertujuan mereformasikan institusi polis.

"Skandal NFC juga tidak akan terlepas kerana wang rakyat turut dibazirkan keluarga pemimpin Umno dengan menggunakan dana awam RM250 juta itu.

"Malah rakyat yang juga pembayar cukai sangat berharap wang mereka dikembalikan ekoran salahguna kuasa yang dilakukan keluarga menteri dalam projek ini," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ucapan maaf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini adalah taktik berlepas diri dengan meletakan kesalahan di bahu pemimpin lain.

"Sepatutnya Najib mengakui salah beliau, kerana beliau menteri Umno sejak puluhan tahun, malah mewarisi sistem Umno yang mengekalkan rasuah dalam pentadbirannya dan Najib sudah menjadi PM hampir tiga tahun," ujarnya.

Oleh itu, beliau mengingatkan Najib bahawa rakyat sudahpun membuat pendirian dan yakin pengundi akan memastikan Umno BN tersungkur pada PRU akan datang.

Isteri Tetak Suami Dengan Pisau Pemotong Daging Gara-gara Facebook

Posted: 26 Sep 2012 03:01 PM PDT

Sibu: Gara-gara minta diajar melayari Facebook, seorang suami cedera ditetak isterinya menggunakan pisau pemotong daging dalam satu krisis rumah tangga di Jalan Tong Sang di sini, awal pagi semalam.

Terdahulu, mangsa berumur dalam lingkungan 30-an sering memerhatikan gelagat isterinya melayari laman sosial itu menggunakan telefon bimbit.

Bimbang isterinya yang berumur dalam lingkungan 20-an mempunyai hubungan dengan lelaki lain, si suami cuba memeriksa kandungan telefon bimbit isterinya, namun gagal kerana akaun Facebook isterinya sentiasa dalam keadaan "Logout" selepas digunakan.

Malah, si suami yang tidak berputus asa turut cuba memeriksa kandungan "Masuk" dan "Hantar" sistem pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit isterinya, namun semuanya sudah dipadamkan.

Difahamkan, hubungan suami isteri tersebut agak renggang sejak kebelakangan ini kerana sering bergaduh.

Lantaran itu, pada jam 1 pagi semalam, si suami meminta isterinya untuk mengajarnya menggunakan Facebook, namun tidak diendahkan.

Si isteri yang naik berang setelah tidak tahan dengan kehendak mangsa yang asyik meminta tunjuk ajar menggunakan Facebook, tiba-tiba menolak mangsa dan meluru masuk ke bilik tidur untuk mengambil sesuatu yang diletaknya di bawah tilam.

Panik melihat isterinya tiba-tiba memegang pisau pemotong daging dan melibas-libaskan senjata tajam itu ke arahnya, si suami cuba mengelak namun tercedera di kaki kanan dan kedua-dua belah tangannya.

Mangsa kemudian melarikan diri menggunakan motosikal dan pergi ke Balai Polis Sentral untuk membuat laporan polis.

Selepas diambil ketera-ngan, mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk men-dapatkan rawatan. -theborneopost

[BERGAMBAR] Pihak Penjara Kata "Jangkitan Kuman" TAPI Jenazah Cedera & Lebam

Posted: 26 Sep 2012 07:31 AM PDT

Lubuk Buntar - "Ketika suami saya ditahan polis, tiada sebarang kecederaan pada badannya, namun ketika melihat jenazahnya kelmarin, saya dapat lihat ada kesan luka dan lebam. Ini amat menyedihkan saya."

Begitulah kata Suriati Hussein (gambar), 38, balu kepada seorang tahanan reman yang meninggal dunia kelmarin selepas dihantar pihak penjara untuk menjalani rawatan jangkitan kuman di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

Dia yang tinggal di Taman Seri Skudai, Johor berkata, suaminya ditahan polis sebagai suspek kes dera.

Setelah tiga hari direman di lokap Balai Polis Seri Serdang, suaminya dibawa semula ke mahkamah untuk permohonan sambungan reman.

Ketika itu dia berkesempatan bertemu suaminya yang dilihat tidak bermaya serta mengalami bengkak kaki.

"Selepas tempoh reman selama seminggu tamat, mahkamah membebaskan suami dengan jaminan RM7,000 tetapi saya gagal membayar wang jaminan kerana tidak ada duit menyebabkan suami dipindahkan ke Penjara Air Molek.

"Bagaimanapun, pada 18 September lalu kira-kira jam 4.35 pagi, hospital memaklumkan kepada saya bahawa suami sudah meninggal dunia. Apa yang menyedihkan, saya tidak dapat berjumpa dengan suami hingga ke saat akhirnya.

SUMBER GAMBAR


"Selepas jenazah suami dibawa balik ke kampung halamannya di Lubuk Buntar, kira-kira jam 11 malam kelmarin, barulah saya berpeluang menatapnya dan ketika itu saya nampak ada kesan lebam dan luka di tubuh arwah," katanya.

Ibu kepada seorang anak itu mendakwa kecederaan pada tubuh arwah tidak ada ketika suaminya ditahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Helmi Aris ketika dihubungi berkata, sehingga kini keluarga si mati masih belum membuat sebarang laporan polis berhubung keraguan yang ditimbulkan. -SH

Isu Kuota Haji: Jamil Khir Akhirnya Mengaku "Berdusta"

Posted: 26 Sep 2012 03:35 AM PDT

Penolakan kuota haji: Jamil Khir mengaku bukan sebab Bersih.

KUALA LUMPUR 26 September: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengaku permohonan kerajaan Malaysia untuk menambah kuota haji ditolak oleh Kerajaan Arab Saudi bukan disebabkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah April lalu.

Menurutnya, permohonan tersebut ditolak disebabkan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan di Kota Suci itu.

Ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said yang mahukan penjelasan berkenaan langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan kouta haji tidak terjejas akibat perhimpunan tersebut, Jamil Khir cuba mengaitkan kegagalan permohonan tersebut disebabkan Bersih 3.0.

Seraya itu, beberapa Ahli Parlimen Pembangkang bangun mencelah dan menyanggah kenyataan Jamil Khir.

"Renovation Datuk Menteri…Mekah tengah buat renovation," sanggah mereka sambil disambut lain-lain Ahli Parlimen yang juga tidak berpuas hati terhadap penjelasan tersebut.

Selepas diasak, beliau akhirnya mengaku perhimpunan Bersih yang berlangsung di negara terbabit tidak menimbulkan persepsi buruk kepada Malaysia.

"Ia cuma andaian sahaja… Bila berlaku perhimpunan Bersih di Mekah, ia menimbulkan persepsi mengaitkan dengan Bersih 3.0," kata beliau dalam Dewan Rakyat.

Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini.

Sebelum ini, isu kuota haji dipolitikkan kerajaan Umno BN kononnya tindakan segelintir rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas menyebabkan kerajaan Arab Saudi menyekat tambahan kuota itu.

Ulasan GB

Hairan kita, bagaimana UMNO/BN mempunyai seoramng pendusta dilantik menjadi menteri agama.

Membuat kenyataan secara semborono yang berasaskan andaian dan persepsi semata-mata, bukan dengan fakta semata-mata untuk memburukkan pihak lain tanpa memperdulikan ajaran Islam sendiri yang menghalang seseorang dari berkata dusta.

Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Akhirnya sikap buruknya itu terserlah sendiri.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Tiada ulasan: