Kelab Greenboc |
- Saudara Baru Yang Berhenti Sebagai Pengacara TV Untuk Berdakwah
- Siapa Exco UMNO N9 Yang Lepaskan Tembakan?
- Gambar Berbicara: Apa Sebab Stadium Runtuh Di Terengganu?
- Benarkah Suspek Pijak Foto Nik Aziz & Guan Eng Sudah Ditahan?
- DEKLARASI KUCHING Dimetrai - Halatuju Baru Rakyat Sarawak Bersama Pakatan Rakyat
- Mayat Bayi Perempuan Ditemui Dipercayai Dicampak Dari Tingkat 3 Pangsapuri
- "Najib, Tepati Janji Kamu, Bebaskan Tahanan ISA Segera!"
Saudara Baru Yang Berhenti Sebagai Pengacara TV Untuk Berdakwah Posted: 17 Sep 2012 12:54 AM PDT Mohd Zaid bin Tandang. Saudara baru. Keturunan Dayak. Berkhidmat di TV alHijrah selama 2 tahun. Berhenti sebagai pengacara untuk menyertai PAS dan kembali ke Sarawak untuk berdakwah di Sarawak. — passarawak Ulasan GB Syabas dan tahniah sdra Mohd Zaid. Semuga Allah swt mengurniakan sdra rahmat dan pertolonganNya serta dipermudahkan urusan sdra. |
Siapa Exco UMNO N9 Yang Lepaskan Tembakan? Posted: 16 Sep 2012 10:04 PM PDT Exco Umno-APCO Negeri Sembilan Lepaskan Tembakan! Sambutan Hari Malaysia ke-49 tercemar hari ini! Seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan dari Umno-APCO hari ini didakwa melepaskan satu das tembakan ke arah seorang lelaki misteri di rumahnya di Seremban beberapa hari lalu. Ketua Pemuda DAP yang juga ahli parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook menulis di laman Twitternya sebentar tadi mengatakan: @anthonyloke Dpt info seorang ahli EXCO NS melepaskan 1 das tembakan dirumahnya. Minta Polis NS siasat segera spt mana kes bodyguard DSAI" Manakala di laman Facebooknya, Anthony menulis: Saya mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan dari UMNO telah melepaskan satu das tembakan melalui pistolnya ke arah seorang lelaki misteri di rumahnya di Seremban dalam satu pergelutan beberapa hari yang lepas. Saya harap tidak ada usaha untuk "cover up" kes ini oleh pihak berkuasa dan siasatan terperinci mesti dijalankan serta merta. Kalau kes mengacukan pistol yang melibatkan bodyguard Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan perhatian serius oleh pihak polis, maka kes ini juga perlu disiasat dengan segera! Terdapat 10 ahli Exco negeri yang kesemuanya dari Barisan Nasional (BN) dengan lapan daripadanya dari Umno-APCO, manakala masing-masing satu dari MCA yang diwakili ADUN Chennah, Siow Chen Pin dan ADUN Jeram Padang dari MIC, VS Mogan. Anthony menggesa polis bertindak tegas ke atas exco berkenaan seperti mana yang dilakukan ke atas pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang yang mengacukan pistol tanpa melepaskan sebarang tembakan. Ketua Polis negeri, Osman Salleh belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu dan masih menunggu laporan lanjut. Sementara itu Menteri Besar, Mohamad Hasan yang juga bapa saudara Ketua Pemuda Umno-APCO, Khairy Jamaluddin enggan mengulas lanjut siapa yang terbabit dalam kejadian tersebut sambil menyerahkan kepada polis untuk menyiasat lebih lanjut. -jalanpulang Negeri Umno exco in gun shot scandal |
Gambar Berbicara: Apa Sebab Stadium Runtuh Di Terengganu? Posted: 16 Sep 2012 07:50 PM PDT |
Benarkah Suspek Pijak Foto Nik Aziz & Guan Eng Sudah Ditahan? Posted: 16 Sep 2012 04:23 PM PDT Suspek pijak foto Nik Aziz, Guan Eng ditahan KUALA LIPIS - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penahanan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Penahanan itu dilakukan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bagi melengkapkan siasatan berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu. "Tangkapan ke atas mereka terlibat sudah dibuat, siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM. "Jadi, biar mereka siasat perkara itu dan tidak ada sesiapa akan terlepas dari tindakan undang-undang, tidak kiralah siapa mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini, hari ini. Beliau berkata, apabila siasatan kes itu selesai nanti, terpulang kepada pejabat Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak mereka yang terlibat. Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih ditahan, Hishammuddin berkata sebahagian sudah dibebaskan sebelum Aidilfitri lalu. "Baki tahanan itu masih dalam pertimbangan (untuk dibebaskan) di mana mereka ini kita kena pastikan dulu benar-benar tidak lagi mengancam keselamatan negara. "Kita sudah perkenalkan akta baru bagi menggantikan ISA jadi kita kena ambil kira semua benda," katanya. - Bernama Ulasan GB Mana suspek yang ditahan? Apakah ini hanya satu retorik Kementerian Dalam Negeri untuk buktikan kononnya KDN tidak pilih kasih? Apakah KDN mahu kencingkan rakyat satu malaysia? Rakyat belum dapat lagi menerima berita tersebut sebagai benar selagi suspek belum didedahkan dan didakwa! Kelip-kelip di sangka api, kalau api mana puntungnya? Suspek kencing sudah ditahan menteri jika ditahan mana buktinya? |
DEKLARASI KUCHING Dimetrai - Halatuju Baru Rakyat Sarawak Bersama Pakatan Rakyat Posted: 16 Sep 2012 08:27 AM PDT Ketiga-tiga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hari ini menandatangani bersama Deklarasi Kuching yang menggariskan janji gabungan parti itu untuk meningkatkan kualiti hidup warga Sabah dan Sarawak dan menghormati Perjanjian Malaysia 1963. Majlis tersebut berlangsung sempena sambutan Hari Malaysia Pakatan Rakyat yang diadakan di Chongling Park, Kuching, Sarawak. Walaupun hujan lebat turun sejak awal petang namun ia tidak menghalang ribuan penduduk sekitar bandaraya terbesar di Sarawak ini berhimpun menandakan Hari Malaysia Pakatan Rakyat diiktiraf sebagai hari nasional selaras dengan penubuhan Persekutuan Malaysia 49 tahun lalu. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mewakili parti masing-masing yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan pemimpin Pakatan Rakyat dari Sabah dan Sarawak. Anwar yang menaiki penerbangan dari Kota Kinabalu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) jam 1245 tengah hari tadi dan disambut meriah oleh penyokong Pakatan Rakyat yang menanti di pintu ketibaan sejak jam 11 pagi. Abdul Hadi dan Guan Eng telah tiba lebih awal bagi menghadiri majlis yang disusun padat sempena Hari Malaysia di sekitar bandaraya ini. Deklarasi tujuh perkara itu, diumumkan sempena sambutan Hari Malaysia hari ini, antara lain menggariskan janji Pakatan sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13. Dalam ucapannya, Anwar menegaskan Deklarasi Kuching menjanjikan keyakinan baru untuk rakyat Sarawak dan masa depan yang gagah untuk semua rakyat Malaysia manakala pembentukan Malaysia menjanjikan kebebasan rakyat, keadilan dalam pengagihan ekonomi dan tanah, demokrasi yang subur. -jalanpulang THE KUCHING DECLARATION |
Mayat Bayi Perempuan Ditemui Dipercayai Dicampak Dari Tingkat 3 Pangsapuri Posted: 16 Sep 2012 06:19 AM PDT Petaling Jaya – Mayat bayi perempuan ditemui di kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya di sini hari ini dengan kecederaan parah di kepala akibat dicampak dari tempat tinggi. Bayi dipercayai baru lahir dan berkulit cerah itu ditemui seorang penduduk di situ, Jundi Mat, 35, kira-kira pukul 11 pagi. Jundi berkata ketika kejadian, beliau sedang mengambil motosikal kira-kira dua meter dari tempat bayi itu dicampak sebelum terdengar bunyi objek jatuh. "Tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti ada objek terjatuh di belakang saya dan setelah diperhati adalah seorang bayi," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini. Beliau yang pada mulanya menyangka itu adalah patung permainan terus memanggil individu lain di situ untuk mengesahkan penemuan bayi malang tersebut. "Semasa saya menjumpai bayi tersebut dia dalam keadaan tertiarap, tidak menangis dan tidak bergerak," katanya, yang menetap di tingkat tiga blok 11 di kawasan itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan seorang wanita berusia 20-an dipercayai terlibat dalam kes itu telah ditahan. "Dipercayai bayi tersebut dicampak dari tingkat tiga blok itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh," katanya. Bagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan dan mayat bayi tersebut dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. – Bernama Ulasan GB Terjebak dua dosa dalam satu... berzina kemudian membunuh! |
"Najib, Tepati Janji Kamu, Bebaskan Tahanan ISA Segera!" Posted: 16 Sep 2012 04:13 AM PDT PKR tuntut Najib tunai janji Hari Malaysia Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memenuhi janji kerajaan untuk memansuhkan ISA tahun lalu dengan membebaskan tahanan yang masih dikurung bawah akta tersebut. Bercakap dalam satu forum di Shah Alam semalam, Rafizi berkata penahanan berkenaan menunjukkan Najib sering membuat janji tetapi masih ada belum ditepatinya. "Saya minta Najib supaya membebaskan tahanan ISA. Sudah cukup masa untuk beliau hapuskan ISA yang diumumkan menjelang 16 September tahun lalu. "Esok (hari ini) masih ramai lagi tahanan ISA yang masih merengkok dalam penjara dan tidak tahu nasib mereka di Kamunting," katanya dalam forum"Negara Berkebajikan: Analisis, Realiti dan Praktikaliti" di Shah Alam semalam. Forum berkenaan merupakan sebahagian daripada Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam. Najib membuat pengumuman untuk memansuhkan ISA semasa perutusan khas sempena Hari Malaysia, tahun lalu. Rafizi turut mencabar Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi, yang turut menjadi panelis forum tersebut, supaya mengingatkan Najib berhubung akta yang dijanjikan beliau untuk dimansuhkan sejak tahun lalu. Rafizi berkata, Puad sebelum ini memuji keberanian Najib yang juga presiden Umno untuk menghapuskan akta kontroversi itu sekalipun ada pemimpin Umno yang didakwanya mempertikaikan keputusan itu. Puad yang juga ketua Umno bahagian Batu Pahat sebelum ini berkata, Najib menghapuskan akta tersebut selepas yakin rakyat menerima proses transformasi yang dibuat oleh kerajaan. Rafizi turut mengulas usaha kerajaan BN dalam isu kebajikan dengan membandingkan langkah penswastaan universiti dan juga tawaran pendidikan percuma oleh Pakatan Rakyat. Katanya, beliau menentang penswastaan universiti kerana ia menyebabkan berlakunya "kepincangan dan herotan" yang menurutnya menzalimi rakyat berpendapatan rendah di luar bandar. "Dalam tempoh (hampir) 20 tahun ia dizahirkan kerosakannya kepada rakyat... Sistem ini menyusahkan rakyat tanpa memberi keupayaan (mereka) untuk berkembang. "Apabila universiti diswastakan, dikronikan tetapi ia dibiayai dan ditanggung oleh rakyat dan akhirnya generasi anak muda sehingga mati, masih lagi berhutang," katanya. Sementara itu, Puad yang juga anggota majlis tertinggi Umno pula mempersoalkan dokumen negara berkebajikan yang dikemukakan oleh PAS dalam muktamar parti itu sebelum ini. Beliau menganggap dokumen tersebut sebagai satu "eskapisme" PAS kerana tidak lagi menggunakan istilah-istilah yang dipakai oleh parti itu sebelum ini seperti negara Islam dan perlembagaan Islam. "(Atau) sama ada ia (dibuat) kerana mengalah kepada DAP atau mungkin lebih realistik sebagai satu referendum (kepada rakyat) untuk melakukannya," katanya. Seorang lagi panelis, ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun mempertahankan manifesto berkenaan yang disifatkannya "mendahului gerakan Islam yang lain di dunia". Katanya, dokumen tersebut mendahulukan tatakelola pentadbiran yang baik untuk berdepan dengan "kebejatan politik, sosial, ekonomi jurang kekayaan serta hutang kerajaan pusat." "Ia juga membela daripada pencabulan hak asasi manusia, kebejatan sosial, keruntuhan akhlak... Ia mengangkat satu penyelesaian secara syumul untuk menggantikan dasar 55 tahun daripada kerajaan yang telah lama memerintah. "Ia respon kepada model jalan penyelesaian BN... Ini bukan retorik," katanya sambil menambah dokumen tersebut cuba mengangkat pemerintahan yang berpijakkan kepada keadilan bagi menangani ketidakadilan ekonomi, politik dan sosial serta alam sekitar. Selain itu, forum itu turut dipanaskan dengan dengan ulasan panelis berhubung isu air di Kelantan, isu pembinaan loji rawatan Langat 2 dan air percuma di Selangor dan kempen penurunan harga kereta. -mk \ |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan