Ahad, 16 September 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[INI KALILAH...] Rakyat Sabah Bangkit, Malu Dianggap Sebagai Fixed Deposit BN

Posted: 16 Sep 2012 12:04 AM PDT


18 tahun BN perintah Sabah, apa rakyat dapat

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu mesti ada sebab kenapa beliau meninggalkan Umno serta sanggup kehilangan gaji.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan lebih 200 orang penduduk Kampung Bawan, Membakut bersempena Program Ambang Hari Malaysia di Sabah petang semalam.

"Saya hilang gaji sebagai timbalan menteri, tetapi saya tetap meninggalkan Umno Barisan Nasional.

"Kerana saya lihat dalam Umno sudah banyak kepincangan berlaku terutamanya dalam soa kroni serta melibatkan kewangan," jelasnya.

Jelasnya lagi, beliau meletakkan kebajikan rakyat Sabah lebih utama, walaupun Barisan Nasional merupakan lubuk emas untuk beliau mengumpul harta kekayaan.

Ahli Parlimen Beaufort itu turut menyatakan kalau beliau sanggup keluar dari Umno kenapa tidak rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya nanti.

"Umno Barisan Nasional telah memerintah Sabah selama 18 tahun namun apa yang Sabah dapat dari hasil pemerintahan mereka.

"Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung," katanya

Tambahnya lagi, sepanjang beliau bersama Umno apa yang ingin beliau lihat adalah perubahan kepada rakyat namun sebaliknya berlaku yang mana rakyat terus miskin tetapi pemimpin Umno BN terus membolot kekayaan.

"Rakyat Sabah hanya diumpan dengan jalan raya hanya selebar 8 kaki tapi keuntungan semuanya dibolot oleh mereka yang berkuasa.

"Saya yakin jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan," sambung beliau lagi.

Lajim memberitahu, Pakatan Rakyat akan menjadikan kebajikan rakyat lebih utama bukannya sepertimana dilakukan oleh Umno BN yang lebih mementingkan kroni.

"Bukan mudah untuk saya menyertai pembangkang, banyak risiko terutama dari pihak berkuasa.

"Yang tidak pernah ada fail di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun boleh diwujudkan," kata beliau sambil disambut tepukan orang ramai.

Sambil berseloroh, Lajim mengatakan ada satu janji Umno BN yang belum dilaksanakan dan kebanyakan penduduk mengatakan 'jambatan ajaib'. -HD






Melayu Kuno "Itu" Masih Tebal Sifat "Dengki" Dan "Khianat"nya

Posted: 15 Sep 2012 10:01 PM PDT

Peniaga kecewa kedai sering diganggu

ALOR GAJAH - Sepanjang berniaga empat tahun lalu, pelbagai rintangan yang terpaksa ditempuhi oleh seorang peniaga apabila ada pihak tertentu cuba menghalangnya dari menjalankan perniagaan di sini.

Gambar: Pagar besi yang dipasang sehingga menghalang laluan orang ramai.

Rohani Lajis, 47, yang menyewa sebuah kedai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Tambak Paya, Melaka berkata, pada penghujung tahun lalu, pihak penguat kuasa MBMB kerap menyerbu kedai saya disewanya atas dakwaan tiada lesen perniagaan.

"Kemudiannya, Mei lalu pentas karaoke kedai saya pula terbakar.

"Kejadian tidak berakhir di situ, malah kedai bersebelahan turut memagar dengan tirai besi selain menutup laluan pelanggan kedai ke tandas awam dengan beberapa meja makan," katanya ketika ditemui di Dataran Keris Alor Gajah, dekat sini.

Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan perniagaan yang beroperasi pada waktu malam, namun usahanya itu seperti terhalang apabila ada pihak cuba menjatuhkannya.

"Saya hairan apabila ada pihak sengaja merosakkan perniagaan yang cukup-cukup makan ini dengan mencari kesalahan saya sedangkan untung tidaklah sebesar mana," katanya.

Rohana dibantu suami, Nafi Md Deris, 55, dan anak, Khairul Abu Bakar, 23 serta bapanya, Lajis Md Lazim, 71, selain dibantu tiga pekerja.

Katanya, ia benar-benar menguji kesabarannya apabila hampir RM10,000 kos dikeluarkan untuk menghidupkan suasana kedai yang disewa dari MBMB ini dengan sewaan sebanyak RM130 sebulan.

"Namun sejak berniaga pelbagai dugaan saya terima apatah lagi ramai pelanggan lari.

"Bimbang berlaku perkara tidak diingini kami sekeluarga bertindak membuat laporan di Balai Polis Tiang Dua kira-kira 7 petang kelmarin," katanya.

Rohana berkata, dia tidak tahu apa yang akan berlaku lagi di kedainya itu sehinggakan dia sentiasa rasa bimbang jika berniaga.

Sementara itu, Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu ketika dihubungi terkejut dengan perkembangan itu dan menegaskan ia melanggar peraturan serta garis panduan MBMB.

Menurutnya, pihak MBMB tidak pernah meluluskan mana-mana permohonan bagi mengubahsuai apa jua bentuk kedai milik MBMB tanpa pengetahuan dan ia jelas satu kesalahan.

"Memagar atau memisahkan gerai yang dibina oleh MBMB adalah melanggar konsep 'kedai kemakmuran' dan pihak kami tidak pernah dimaklumkan perkara itu sehingga kami diberitahu.

"Berhubung dakwaan pengadu, pihak kami akan melakukan siasatan terhadap kedai berkenaan yang didakwa turut disewa oleh seorang remaja bawah umur tanpa pengetahuan.

"Kami akan hantar pegawai penguat kuasa untuk menyiasat dakwaan itu supaya tindakan tegas terhadap peniaga terbabit dapat diatasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. -SH

Ulasan GB

Penyakit "dengki" dan "khianat" masih tebal di kalangan masyarakat Melayu. Kes di atas adalah kes yang tipikal dan justifikasi terhadap kenyataan tersebut. Masyarakat Melayu masih gagal untuk mengiktirafkan "pertandingan sihat" di dalam perniagaan, sebaliknya, mereka taut menghadapi cabaran dan persaingan, lantas mencari jalan singkat untuk menghapuskan lawan. Di zaman-zaman sebelum ini ada peniaga yang sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk menghapuskan pernigaan lawannya malah ada yang sanggup berbomoh dengan kemenyan, dengan tangkal, dengan manderam malah dengan najis untuk hapuskan pesaing demi memuaskan perasaan dengki dan khianatnya itu. Malah sehinggakan di dalam pertandingan bolasepak pun pernah berlaku ada pemain terjumpa bungkusan kemenyan di tiang gol!

Sama kesnya di dalam politik. Masyarakat Melayu yang tidak beriman kepada Allah sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan kuasa... lempar cat, halang dan sekat laluan, baling besi dan batu, lakukan dan sebarkan gambar lucah dan fitnah, sekat pembangunan, rompak royalti dan seumpamanya. Itu adalah sebahagian daripada ciri-ciri dengki dan khianat yang merupakan "penyakit" yang ada di dalam hati para pemimpin Melayu. Pun begitu "dia" masih mendabik dada menyatakan Allah merestui perjuangan seperti itu...

Hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditolak. Melayu seperti itu adalah Melayu kuno yang tidak menyedari bahawa sifat dengki dan khianat sedemikian tidak akan membawa kemenangan dan kejayaan sebaliknya hanyalah kemusnahan dan kehancuran kepada diri mereka sendiri.

UMNO Sabah Terbarai Lagi: Datuk Yahya Lampong Keluar UMNO Sertai PKR

Posted: 15 Sep 2012 08:10 PM PDT

.TUARAN 15 Sept: Kurang 24 jam penyertaan bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke KEADILAN, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong pula melakukan tindakan sama.

Pengisytiharan Yahya keluar Umno dan menyertai KEADILAN dibuat pada majlis sambutan Hari Malaysia ke-49 anjuran Pakatan Rakyat di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.

Ia menjadikan sekurang-kurangnya empat pemimpin terkenal BN Sabah meninggalkan regim itu dalam tempoh hanya sebulan, menjadikan mereka semakin goyah.

Pengisytiharan dibuat depan pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan kira-kira 10,000 rakyat Sabah.

Yahya sebelum ini pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Tanjung Aru pada 2001 dan Yang Di-Pertua Perkasa Sabah yang pertama.

Beliau juga pernah menyertai Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) untuk tempoh singkat pada 1999.

Selain itu, Yahya adalah Pengerusi kilang simen CIS yang beroperasi sejak April 2009 di Teluk Sepanggar, Sabah. -KD

Seorang Pemuda Islam Buat Laporan Polis 5 Orang Gadis Mengajaknya Lakukan Zina

Posted: 15 Sep 2012 05:11 PM PDT

Masih ingat lagi dengan kisah Nabi Yusuf yang cuba digoda oleh Zulaikha? Pada ketika itu, Nabi Yusuf berusaha untuk melarikan diri daripada melakukan perbuatan terkutuk itu.

Namun ada satu versi seolah sama seperti yang terjadi. Ia berlaku diluar negara apabila seorang pemuda Islam Yaman mengalami gangguan seksual dari 5 orang pelajar perempuan di Arizona, USA.

Kumpulan pelajar perempuan terbabit memasuki apartmen peribadi pelajar berkenaan dan bertindak menanggalkan pakaian selepas menutup pintu apartmen supaya pemuda itu tidak dapat melarikan diri.

Bagaimanapun Essam Sharabi bertindak melompat dari tingkap bilik tidurnya dan segera memaklumkan polis di kawasan berkenaan. Kumpulan pelajar perempuan tersebut ditahan pihak polis.

Selepas siasatan dijalankan, salah seorang pelajar perempuan tersebut memberi kenyataan bahawa pemuda itu mengalami masalah psikologi setelah mereka meminta beliau keluar "dating" beberapa kali namun ditolak atas alasan bahawa agamanya tidak membenarkan sebarang hubungan intim dengan perempuan selain dengan isteri.

Mengikut undang-undang negeri melarang sebarang bentuk gangguan melainkan kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengadakan hubungan.




A Yemeni student got sexually harassed by the Americans five female students in Arizona

They went to his private apartment near the campus, and take off their clothes, after closing the apartment door to prevent him from escaping but the student opened the bedroom window and jumped to the street.

Essam Sharabi immediately inform the police attended the area and the girls arrested.

After investigation, one of the students acknowledged that they believe that the student in question is suffering from a psychological issues as they asked him to go out with them on dates more than once, but he refused claiming that religious young man and his religion prevents him from exercising any intimate relationships with other than his wife.

And by virtue of the state law prohibits all forms of harassment unless one of the two parties agree to establish a relationship with the other party.
- www.liveleak.com


Ulasan GB

Kisah ini sudah berlegar di internet beberapa bulan yang lalu. Namun oleh kerana blog ini belum menyiarkan, maka hari ini disiarkan agar ia menjadi renungan dan iktibar kepada kita tentang kegigihan seorang pemuda yang mempertahankan imannya apabila digoda oleh kejahatan-kejahatan yang ada disekelingnya.

Telah Diriwayatkan,

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Tujuh orang yang akan dinaungi Allah pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya:

1) Seorang pemimpin yang adil,
2) Seorang pemuda yang menghabiskan masa mudanya dengan beribadah kepada Allah,
3) Seorang yang hatinya selalu terkait dengan masjid,
4) Dua orang yang saling mencintai karena Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah karena Allah,
5) Lelaki yang diajak seorang wanita yang cantik dan terpandang untuk berzina lantas ia berkata: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah",
6) Seorang yang menyembunyikan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya,
7) Seorang yang berzikir kepada Allah seorang diri hingga menitis air matanya."
(Hadis riwayat Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Saya Keluar UMNO Kerana Rasuah & Penipuan Berleluasa Dalam Parti Itu - Ibrahim

Posted: 15 Sep 2012 08:07 AM PDT

Labuan 15 Sept: Amalan rasuah dan penipuan pimpinan Umno Sabah ketika penduduk negeri itu khususnya Labuan masih mundur, punca Tan Sri Ibrahim Menudin keluar Umno dan menyertai KEADILAN.

"Saya antara orang yang bawa Umno masuk Sabah tapi kini saya tinggalkan Umno yang dicemari rasuah. Memandangkan ekonomi negara merosot tapi rasuah meningkat. Saya harus bangkit sumbangkan tenaga untuk baiki keadaan.

"Kita tidak mahu lagi rakyat Labuan dan Sabah diperbodohkan BN. Labuan sebagai pusat kewangan kini dalam keadaan menyedihkan sepanjang kekuasaan mereka," katanya tokoh korporat itu.

Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah itu berkata demikian ketika berucap dan mengisytihar menyertai KEADILAN di Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah petang tadi.

Ibrahim menyifatkan Umno Sabah mengabai tanggungjawab mereka terhadap penduduk Labuan hingga mengakibatkan rakyat berterusan hidup dalam kepayahan.

"Contohnya, hospital di Labuan amat menyedihkan. Kos membina berpuluh-puluh juta tapi tiada doktor. Orang Labuan terpaksa pergi ke Kota Kinabalu untuk dapatkan rawatan.

"BN juga tak mahu bina jambatan kerana tidak kos tidak efektif. Kalau jambatan dibuat, kos hidup Labuan boleh turun; orang Brunei, orang Sabah & Sarawak senang datang, barulah ekonomi Labuan maju," katanya.

Hadir sama, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan pimpilan lain.

Tindakan Ibrahim itu sekaligus mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin serta Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Datuk Maijol Mahap. -KD




Laporan sebelum ini
klik untuk baca





UMNO Sabah Terbarai: Bekas Bendahari UMNO Sabah Sertai PKR

Posted: 15 Sep 2012 06:01 AM PDT

Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin yang turut terlibat dalam membawa masuk parti itu ke negeri berkenaan, hari ini membuat pengumuman menyertai KEADILAN.

Ia dibuat depan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin utama parti itu pada satu majlis Kampung Batu Arang di sini, kira-kira jam 3.30 petang ini.

Pengumuman itu pasti memberi tamparan hebat terhadap Umno BN selepas Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing mengisytihar menyokong Pakatan Rakyat.

Ibrahim adalah Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah antara Februari 2002 hingga Mac 2004 dan kini, adalah Pengerusi Suria Capital Holdings Berhad, Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah dan Pengerusi Amanah Perbualan Borneo.

Beliau juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk Sapura Kencana Petroleum bermula 9 Mac 2012 dan Lembaga Pengarah SapuraCrest sejak 22 November 2007.

Ibrahim memulakan kerjaya di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sebagai Ketua Akauntan Sabah dari 1976 hingga 1979.

Pada 1980, Ibrahim menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pelaburan Bumiputra Sabah sehingga 1985.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Sabah Gas Industries Sdn Bhd, Timbalan Pengerusi Sabah Forest Industries Sdn Bhd dan Ahli Lembaga Kerajaan perbadanan yang terlibat dalam kewangan, perhutanan, pembuatan, perladangan, hotel dan pembangunan hartanah.

Ibrahim juga pernah dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC) dari Mac 1986 hingga 31 Oktober 2001.

Beliau merupakan Pengerusi Malaysia Smelting Corporation Berhad dari Oktober 1985 hingga Oktober 2001, selain menjadi Pengerusi Borneo Conservation Trust (BCT) sejak 30 November 2009 -KD


Pemimpin korporat Umno Sabah sertai pembangkang

Tokoh korporat Umno Sabah Ibrahim Menudin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti Melayu itu, sekali gus menyatakan sokongannya terhadap pembangkang.

Mengumumkannya dalam acara bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Labuan, beliau berikrar memberikan kesetiaan kepada PKR.

Perkara itu disahkan Naib Presiden PKR Tian Chua di akaun Twitter miliknya hari ini.

Ibrahim - antara pemimpin perintis yang membawa masuk Umno ke Sabah - berkata, beliau meletakkan jawatan ekoran wabak rasuah dalam parti.

Ibrahim (lihat gambar) bertugas sebagai pengerusi di Suria Capital Holdings Berhad - pemilik penuh Sabah Ports Sdn Bhd - yang menguruskan kesemua lapan pelabuhan di Sabah.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai bendahari Umno Sabah.
-mk


Pelajar 15 Tahun Ditahan Berasmara Di Belakang Sekolah

Posted: 15 Sep 2012 03:31 AM PDT

Kulim – Polis menahan seorang pelajar perempuan 15 tahun dan masih memakai uniform sekolah ketika berasmara dengan kekasihnya berusia 21 tahun di belakang sebuah sekolah menengah di sini, kira-kira jam 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis menerima aduan dari orang awam sebelum menahan pasangan terlibat.

Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pelajar perempuan sudah membuka tudung dan berkelakuan sumbang bersama teman lelakinya.

"Lelaki tidak bekerja dan tinggal bersama abangnya di sebuah taman perumahan di sini.

Polis menasihati pasangan itu untuk tidak mengulangi perlakuan yang dilakukan sebelum mengarahkan mereka beredar," katanya.

Tidak berakhir di situ, mereka kemudiannya ke rumah lelaki berkenaan dengan harapan selamat dari gangguan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, perbuatan mereka disedari penduduk dan memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk membuat serbuan.

Ketika serbuan, pasangan perempuan cuba menyembunyikan diri dalam almari baju gagal mengaburi mata pihak berkuasa.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan ditahan untuk dirakamkan keterangan.

Ghuzlan menasihatkan ibu bapa supaya bersikap lebih peka terhadap pergerakan anak-anak mereka dan jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab.

Katanya, semakin ramai pelajar perempuan ditahan kerana berkelakuan sumbang.

"Minggu ini sahaja, empat pelajar sekolah terdiri dari dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan berusia di antara 16 hingga 17 tahun ditahan polis bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS) ketika membuat rondaan cegah jenayah.

"Mereka ditahan ketika berkelakuan sumbang di taman permainan di sini kira-kira jam 1 pagi.

"Dari soal siasat, pasangan itu mengaku ingin melakukan hubungan terlarang di taman permainan di mana mereka ditahan," katanya. -SH

Tiada ulasan: