™ kaasii peecaahhh laaa...® |
Raja Nong Chik terdesak dengan mempolitikkan jemaah dan surau. Posted: 23 Sep 2012 09:09 PM PDT KUALA LUMPUR 24 September: Tindakan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menampal pelekat berlogo BN pada setiap sejadah di surau Pantai Dalam menganggu penduduk ketika solat. Difahamkan sumbangan sejumlah sejadah itu didermakan ketika Ramadan lalu yang dilekatkan dengan pelekat kekal berlogo 1Malaysia, Umno BN selain tertera nama portfolionya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sebagai penderma. Ekoran itu, jemaah surau mengadu kerana mereka tidak dapat mengerjakan solat dengan khusyuk lantaran terpandang pelekat tersebut yang dilekatkan betul-betul di penjuru depan sejadah. Kesal dengan kejadian itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Lembah Pantai, Abdullah Izhar Mohd Yusof berkata, pihaknya turut melaporkan kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. "Kita kesal apa yang dibuat Nong Chik. Kalau pun mahu dapat sokongan, jangan terdesak dengan mempolitikkan jemaah dan surau. "Kita tidak halang mereka mahu beri sumbangan, tapi jangan sehingga boleh mengganggu jemaah solat," katanya ketika dihubungi. Abdullah berkata, dengan melekatkan logo tersebut, tidak semestinya boleh memberikan sokongan kepada Nong Chik kerana rakyat tidak menilainya dari segi itu. "Kita juga ada sumbang telekung kepada surau-surau sekitar Lembah Pantai, tapi tidaklah cetak logo KEADILAN untuk dilekatkan. "Daripada apa yang saya tahu, tidak semua surau menggunakannya, tapi ada yang terpaksa guna jika jemaah ramai. Setiap surau difahamkan didermakan 10 hingga 20 sejadah," ujarnya. Semalam, Nong Chik menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13, kepada pucuk pimpinan BN. 'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia' ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ !!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! |
Isu Air... MB Pahang cuba menaniaya rakyat Selangor - SAMM Selangor Posted: 23 Sep 2012 07:32 PM PDT MENTERI Besar Pahang menunjukkan sikap sebenar sebuah kerajaan negeri yang dipimpin Barisan Nasional apabila tergamak ingin membatalkan konsesi perjanjian bekalan air dari Pahang ke Selangor, seterusnya bakal menyebabkan krisis air melanda rakyat negeri Selangor. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor mengutuk ancaman dan ugutan sebegini seraya menyifatkan nasib rakyat Selangor tidak harus dipertaruhkan di atas tangan Menteri Besar Pahang. Air adalah keperluan asas, masalah air yang kritikal akan membawa kepada kepayahan rakyat dalam mengurus keperluan harian dan boleh berubah menjadi malapetaka. Adalah tidak wajar seorang Menteri Besar berfikir untuk menaniaya rakyat yang berlainan negeri semata-mata kerana perbezaan parti yang memerintah. SAMM Selangor mendesak supaya Menteri Besar Pahang menarik balik ugutan yang dilontar. SAMM Selangor juga merakamkan rasa pelik mengapa perjanjian air antara Selangor dan Pahang perlu disemak semula sedangkan ada perjanjian air lain yang perlu disemak iaitu perjanjian air antara Malaysia dan Singapura. Perjanjian berat sebelah yang menawarkan harga air 'tidak masuk akal' itu tidak disemak sehingga hari ini. SAMM Selangor juga mohon supaya dikaji semula bagaimana perjanjian air dengan Singapura ini berlaku berat sebelah. Inilah perjanjian yang sepatutnya dikaji, disemak dan dibatal bukan hanya kerana ia berat sebelah tetapi kerana ia suatu penggadaian hasil bumi negara kepada Singapura. Justeru, SAMM Selangor dengan ini menyatakan kekesalan terhadap keberanian Menteri Besar Barisan Nasional yang tidak kena pada tempatnya. SAMM Selangor juga mencabar Umno/BN untuk punya keberanian mengugut kerajaan Singapura untuk menutup bekalan air ke Singapura sekiranya perjanjian berat sebelah tersebut tidak disemak semula. Mengugut dan mengancam nasib rakyat adalah resam yang tidak boleh ditinggalkan oleh Umno dan Barisan Nasional ketika tertekan dan terdesak, seharusnya menjadi faktor yang besar mengapa Umno/BN wajar ditolak dalam pilihan raya akan datang. Azhar Achil, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia |
You are subscribed to email updates from ™ kaasii peecaahhh laaa...® To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan