jiwo kelate |
PERISYTIHARAN KUCHING 16 SEPTEMBER 2012 Posted: 16 Sep 2012 04:05 PM PDT PERISYTIHARAN KUCHING BAHAWASANYA KAMI AKAN MEMELIHARA DAN MENJUNJUNG SETIA DASAR DASAR YANG DITERAPKAN DI DALAM BUKU JINGGA SUPAYA MALAYSIA BAKAL BANGKIT SEMULA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MAKMUR, AGAR TERWUJUD RAKYATNYA YANG CEMERLANG, BERSATU PADU DAN BERKEMBANG MAJU, DENGAN MASA DEPAN YANG SELAMAT DAN AMAN DAMAI, AGAR NAMANYA HARUM DI SERATA PELUSUK DUNIA. BAHAWA SESUNGGUHNYA KAMI BERPEGANG TEGUH DENGAN SEMANGAT PERJANJIAN MALAYSIA 1963 YANG TELAH DICETUSKAN DAN DIKENDALIKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN KAMI YANG TERDAHULU, DAN SEBAGAI BUKTI DAN TANDA UTUHNYA KESETIAAN KAMI TERHADAP RAKYAT SARAWAK DAN SABAH, BERTERASKAN PRINSIP-PRINSIP DEMOKRASI DAN KEADILAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA SELURUHNYA, DENGAN PENGKHUSUSAN ISTIMEWA TERHADAP PERKARA-PERKARA BERIKUT: PERKARA 1: KERJASAMA BERSEKUTU PERKARA 2: PERWAKILAN YANG ADIL PERKARA 3: KEWARGANEGARAAN PERKARA 4: PENGIKTIRAFAN HAK KE ATAS TANAH ADAT PERKARA 5: KECEKAPAN DAN KEMANDIRIAN SARAWAK DAN SABAH PERKARA 6: KEADILAN DALAM ISU MINYAK PERKARA 7: PEMBANGUNAN SEKATA DENGAN INI, KAMI YANG BERTANDATANGAN SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH, MENGIKTIRAF PERISYTIHARAN INI SEBAGAI SATU PERJANJIAN YANG TIDAK BOLEH DISANGKAL DAN DIPERSOALKAN LAGI, TERMAKTUB DI ANTARA PAKATAN RAKYAT DAN SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT MALAYSIA, PADA HARI INI, TANGGAL 16 SEPTEMBER 2012, BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA, AGAR TERSOHORLAH GEGAK GEMPITANYA DARI PUNCAK TERTINGGI DI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA, DAN AKAN TERSEBAR SELUAS SAMUDERA YANG TERBENTANG SUPAYA KEBEBASAN DAPAT KITA CAPAI DAN KITA SEMUA BOLEH HIDUP BERSATU PADU DALAM SUASANA AMAN DAN DAMAI. Sebagai saksi padanya, penandatangan yang diberi kuasa dalam hal ini, telah menandatangani Perisytiharan ini, dan semua rakyat Malaysia adalah saksi kepadanya. Dimeterai di Kuching, pada 16 haribulan September tahun 2012, dalam enam salinan di mana setiap satu darinya akan disimpan oleh setiap penandatangan. Untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) Untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) Untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
You are subscribed to email updates from jiwo kelate To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan