Khamis, 6 September 2012

Generasi Pewaris Khilafah

Generasi Pewaris Khilafah


PM Bakal Umum Tarikh PRU Tak Lama Lagi

Posted: 06 Sep 2012 08:38 AM PDT

assalamualaikum .. 

Tadi sempat selak akhbar sinar harian hari ini , terpampang berita yang mengatakan PM sedia umum tarikh PRU 13. Agaknya dah jumpa ngan tok nujum kot tarikh sebenar akan diadakan PRU yang ke 13. Pada aku ini adalah satu peluang yang terbaik untuk rakyat menilai sejauh mana kemampuan yang ada pada kerajaan pimpinan sekarang ini. Tapi kadang -kadang ada juga yang nampak lebih baik dari itu. 

Ala kullihal pada aku siapa pun yang perintah yang sebenarnya yang patut ditegakkan ialah Islam yang sebenar dan bukan islam KTP sepertimana yang diamalkan di Negara-negara selain Malaysia. Kalau kita lihat suasana sekarang ini pelbagai masalah yang berlaku dan kebanyakkannya langsung tidak dapat diselesaikan sebab tiada dalam kod undang-undang tetapi kalau kita lihat dalam undang-undang islam perkara yang dikatakan tiada jalan penyelesaian itu ada penyelesaiannya. Cuma terpulanglah pada pemerintah uuntuk melaksanakannya. 

Pada aku biarlah Islam yang memerintah dan bukan Islam yang diperintah. Cukuplah 55 tahun islam hanya diperintah dan bukan sebagai pemerintah walaupun pemerintah yang ada sekarang ini beragama Islam tetapi selagi undang-undang dan peraturan yang ada dalam Al-Quran tidak dilaksanakan ianya tidak mencukupi. 

Firman Allah SWT dalam Al-Quran maksudnya" Sesungguhnya agama yang paling tinggi disisi Allah ialah Islam". Sudah cukup jelas pada kita tiada yang lebih tinggi selain daripada Islam. Begitu juga sebagaimana lafaz syahadah yang sering kita ucapkan iaitu maksudnya " Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah". 

Jelas maksud dalam kalimah syahadah tersebut ialah tiada yang lebih berkuasa dan tiada yang selayaknya yang patut ditaati dan dipatuhi selain Allah dan Nabi Muhammad sebagai qudwah atau contoh ikutan buat kita semua. Selain itu sebelum kewafatan Nabi SAW, baginda ada meninggalkan khazanah yang berguna untuk kita sepertimana yang disebutkan dalam hadith " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara  yang mana kamu pasti tidak akan sesat selamanya iaitu Kitabullah ( AlQuran) dan Sunnahku ( Sunnah)". Maknanya, Sebelum kewafatan Nabi SAW, bagindan dah tunjukkan jalan yang terbaik buat kita sebagai ummat Islam dan terpulang pada kitalah untuk memahami dan melaksanakannya. 

Makan Ayam Banyak Kolestrol ?

Posted: 06 Sep 2012 07:52 AM PDT

Assalamualaikum .. salam mesra buat semua readers yang sudi singgah blog hamba yang tidak seberapa ini. Malam ini aku nak ajak korang fikir sesuatu yang cukup menarik dan harapnya ia dapat memberikan manfaat buat kita semua. Tajuk kita malam nie ialah Makan Ayam banyak kolestrol ? Benarkah dengan memakan daging ayam akan menambahkan kolestrol ? 

Sabar dulu.. jangan buat andaian dan jangan salah sangka. Aku bukannya anti daging ayam atau yang seumpama dengannya. Aku pun sama macam korang juga yang suka makan ayam goreng ( pinjam dialog upin ipin) 

Tetapi perlu diingat, daging ayam juga boleh membawa kepada pertambahan kolestrol apabila semasa kita menggoreng ayam kita menggunakan minyak yang terlalu banyak dan minyak yang telah digunakan untuk aktiviti menggoreng yang lain. Lebih mengejutkan lagi apabila kita membeli ayam kita terus basuh dan terus goreng tanpa membuang lemak-lemak yang terdapat pada daging dan juga kulit ayam. 

So, bila tak buang dan kita terus goreng daging ayam tadi dengan minyak maka lemak yang terkumpul pada daging ayam tadi akan garing dan menambahkan lagi kolestrol yang terdapat didalamnya. Bila makan kita rasa sedap tetapi kita tak perasan disebalik kesedapan tadi kita telah menambahkan kandungan kolestrol dalam badan kita. Itu lah sebabnya bila kata kita timbang berat badan kita, kita dapat lihat berat kita makin bertambah dan saiz tubuh badan kita makin mengembang disebabkan pertambahan lemak tadi. 

Bila dah tambah lemak, bertambah berat maka cepatlah datang penyakit contohnya obesiti, penyakit lemah jantung, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Ianya merupakan kesan sampingan dan apa yang berlaku disebabkan kita tidak menjaga tatacara dan kebersihan makanan kita. Ada yang kata, ala beli ayam jenama HPA kan senang tak payah nak risau pasal lemak-lemak nie. 

Ha... kena ingat, mana-mana ayam pun sama ada lemak dan lemak tersebut perlu dibersihkan. Jika kita senantiasa mengambil sikap menjaga kebersihan kita pasti akan dapat menikmati kesegaran daging ayam yang terbaik. 

Tiada ulasan: