DUNIACACAMARBA |
- Pelakon Saman Penerbit Filem Hina Nabi
- Remaja Lahir Anak Luar Nikah, Diusir Keluarga
- BERNAMA Akui Siar Gambar Diedit
Pelakon Saman Penerbit Filem Hina Nabi Posted: 20 Sep 2012 08:52 PM PDT [Kosmo] LOS ANGELES - Aktres yang berlakon dalam filem anti-Islam dan mencetuskan kemarahan di seluruh dunia, Cindy Lee Garcia menyaman penerbit filem berkenaan atas tuduhan menipu dan fitnah. Garcia turut menggesa supaya Google mengeluarkan klip filem itu dari dalam talian. Saman yang difailkan pada Rabu di Los Angeles menyatakan bahawa dia ditipu oleh Nakoula Basseley Nakoula, individu yang bertanggungjawab menghasilkan filem Innocence of Muslims. Dia mendakwa tidak menyedari filem itu mengandungi unsur anti-Islam dan menyatakan skrip yang diterimanya langsung tidak menyebut mengenai Nabi Muhammad SAW. Saman itu menjelaskan bahawa Garcia mengetahui mengenai filem terbabit melalui satu iklan dan akan muncul dalam sebuah filem Mesir purba yang kemudiannya berubah menjadi mesej anti-Islam. "Filem ini keji dan patut dikecam. Saman ini bukanlah serangan terhadap hak rakyat Amerika meluahkan apa yang mereka fikir. Saman ini juga menggesa supaya kandungan yang menghina sebegini dikeluarkan daripada internet," kata peguam Garcia, M. Cris Armenta dalam satu kenyataan. Peguam Garcia turut merancang untuk mendapatkan injunksi terhadap filem itu di sebuah mahkamah di Los Angeles. Sejak filem Innocence of Muslims tersebar, wanita itu menerima banyak ugutan bunuh dan tidak lagi boleh melawat cucunya. Filem tersebut juga memburukkan reputasinya, selain menyebabkan dia berasa malu, terhina dan terluka. - AP | ||
Remaja Lahir Anak Luar Nikah, Diusir Keluarga Posted: 20 Sep 2012 07:08 PM PDT [SH] KULIM - Kerana ditipu kekasih, seorang remaja berusia 16 tahun kini terpaksa menanggung masalah dihadapi sendirian setelah doktor mengesahkannya hamil. Lebih mengecewakan, kekasihnya berusia 17 tahun yang sebelum ini berjanji akan menikahinya bersikap lepas tangan dan menuduh anak dalam kandungannya itu milik orang lain. Dia, yang hanya ingin dikenali sebagai Mimi berkata, kejadian berlaku di rumah teman lelakinya apabila kedua-dua mereka bertindak ponteng sekolah. Katanya, memandangkan tidak ada wang dan tempat untuk pergi, teman lelakinya mempelawa balik ke rumahnya untuk berehat sehingga tamat waktu sekolah. "Pada mulanya saya memang takut untuk melakukan hubungan seks dengan kekasih saya itu. Saya bimbang sekiranya mengandung, namun termakan dengan pujuk rayunya, saya bersetuju untuk melakukan perbuatan sumbang itu bersamanya. "Sebagai pelajar sekolah, saya masih tidak tahu apa-apa tentang hamil, walaupun saya sudah tidak datang haid selama empat bulan. Sehinggalah pada bulan kelima, saya rasa seperti ada sesuatu bergerak dalam perut. "Saya kemudiannya pergi ke klinik untuk menjalani ujian air kencing dan doktor mengesahkan saya hamil. Saya cuba hubungi kekasih saya itu tetapi dia sudah menukar nombor telefon," katanya. Memandangkan keadaan perutnya yang semakin membesar, Mimi kemudiannya memaklumkan kejadian yang berlaku kepada keluarganya. Malangnya, keluarga mengusirnya keluar dari rumah kerana rasa terhina dengan perlakuannya. Mimi kemudiannya pergi berjumpa seorang rakan dan menceritakan masalah dialaminya. Kerana simpati, rakannya itu membenarkan Mimi tinggal di rumah sewanya sehinggalah dia bersalin. "Ketika dalam pantang, saya didatangi sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak. Mereka meminta kebenaran untuk menjaga anak saya. Saya tidak ada pilihan lain selain menyerahkan bayi perempuan saya kepada mereka. "Saya tidak berniat untuk menjualnya, tetapi kerana ketiadaan wang, saya terpaksa meminta RM1,500 daripada pasangan itu," katanya. Katanya, kerana cinta dia hilang keluarga, anak dan sekolah dan berharap golongan remaja lain menjadikan apa yang berlaku kepadanya sebagai iktibar. "Kerana terlalu sayang seorang lelaki yang masih mentah dan terlalu taksub pada cinta, akhirnya saya tinggal berseorangan. Ingatlah usia muda hanya datang sekali dan jangan kita sia-siakannya," katanya. P/s: Agak melucukan apabila remaja ini dikatakan menasihati orang lain, "Ingatlah usia muda hanya datang sekali dan jangan kita sia-siakannya." Persoalannnya, adakah dia sudah insaf dan menghargai usia remajanya sekarang? | ||
BERNAMA Akui Siar Gambar Diedit Posted: 20 Sep 2012 05:26 PM PDT [Bernama] KUALA LUMPUR - Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan satu daripada gambarnya baru-baru ini telah dibega, kata Ketua Pengarangnya Datuk Yong Soo Heong. "Siasatan awal mendedahkan kecacatan pada gambar itu dikesan berpunca dari tempat ia telah dihantar," katanya hari ini semasa mengulas sekeping gambar Bernama yang dirakamkan di Pekan Sabtu lepas. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj, kata Soo Heong. "Kami melihat perkara ini dengan serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu. "Bernama sentiasa berusaha mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi dan memandang serius integriti di tempat kerja," tegasnya. Cerita berkaitan di sini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan