Isnin, 3 September 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Hari Merdeka 2012 : Apa Faedahnya Tweet #Merdeka55? Mengapa Perlu Menipu Angka Kejayaan?

Posted: 03 Sep 2012 06:01 AM PDT

Staff Berita Semasa 
 
merdeka Hari Merdeka 2012 : Apa Faedahnya Tweet #Merdeka55? Mengapa Perlu Menipu Angka Kejayaan?

Hari Merdeka 2012 sudah pun berlalu. Macam-macam "berita kejayaan" yang keluar. Termasuklah berita kejayaan pimpinan Datuk Najib memperolehi dua rekod bagi kategori tweet terbanyak dan perhimpunan pengguna tweet terbesar sehingga dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55  pada malam Jumaat yang lalu. 

Tetapi adakah ia fakta atau auta? 

Dipendekkan cerita rekod-rekod yang ada ini semuanya berkaitan dengan kejayaan capaian menggunakan perkhidmatan Twitter. Tetapi persoalan sekarang ini mengapa mahu mengangkat satu kejayaan yang hakikatnya adalah palsu, dibuat-buat bukannya datang daripada kehendak sebenar orang ramai? Bukankah lebih baik dijemput semua datang ke majlis merdeka tanpa sebarang paksaan, bayaran dan tawaran yang "indah-indah". Bukankah itu lebih baik? Mengajak menyertai sebarang kempen apapun tanpa perlu dibayar.

Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan respon balas yang baik bagi cara sebegitu rupa tidak datang "bergolek". Semuanya mesti melalui proses yang panjang……Tetapi jika mahu hasil yang "segera" inilah hasilnya.

merdeka 55 Hari Merdeka 2012 : Apa Faedahnya Tweet #Merdeka55? Mengapa Perlu Menipu Angka Kejayaan?
Merdeka 2012 Hari Merdeka 2012 : Apa Faedahnya Tweet #Merdeka55? Mengapa Perlu Menipu Angka Kejayaan?

Komuniti internet kebanyakannya kami pasti ramai yang sudah mengetahui, dikala komuniti yang kurang aktif dengan perkembangan di Internet masih lagi meraikan kejayaan kempen Tweet Merdeka 55 yang berjuta-juta itu sedangkan firma kajian Politweet.org telah mengeluarkan kenyataan mengatakan kempen sebegini kebnayakannya dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.

94 PoliTweet.Org  Hari Merdeka 2012 : Apa Faedahnya Tweet #Merdeka55? Mengapa Perlu Menipu Angka Kejayaan?
(Sumber : Ada lagi banyak bahan kajian di laman Facebook mereka di sini)
 
Tidak perlu kami terangkan secara teliti bagaimana operasi kempen ini berlaku. Anda cuba semak lagi 3 akaun di bawah ini …..
  1. Akaun twitter 1 : https://twitter.com/TANCHORKHAI
  2. Akaun twitter 2 : https://twitter.com/NADARAJA9
  3. Akaun Twitter 3 : https://twitter.com/MANSORNOR
Melayu ada Cina ada, India pun ada. Cukup "sifatnya" bagi mengangkat slogan 1Malaysia. Jikalau anda semua perhatikan dengan teliti. Seorang satu menghantar multiple tweets, isi lebih kurang sama, yang cina dan india pun ada tweets 'Alhamdulillah dan Syukur'. Ehem…Elok sangatlah tu.

Sebenarnya terus-terangkan kami kurang pasti apakah faedah dan matlamat utama mengadakan kempen seperti ini? Sudah dirasakan cukup patriotikkah anak Malaysia jika mampu dikumpulkan sokongan dengan menggunakan platform media sosial seperti ini? Ataupun mungkinkah dengan berjuta-juta tweet ini akan dapat menambahkan tahap keyakinan Datuk Najib untuk bubarkan parlimen yang masih dinantikan seluruh rakyat Malaysia ketika ini. 

P/S : Mungkin dengan keyakinan dengan angka-angka sebegini memberi bayangan di mana Parlimen Malaysia bakal dibubarkan dalam masa terdekat ini? Mungkin? Apa kata dan respon anda pula?

Serang majlis ilmu, Perkasa jahil seperti Abu Jahal – Johari

Posted: 03 Sep 2012 05:56 AM PDT

Oleh Aisya Geoffrey

KUALA LUMPUR: Golongan yang menolak kebenaran dan menyerang individu di masjid ketika majlis ilmu sedang berlangsung tidak ubah sifatnya seperti Abu Jahal dan Abu Lahab, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

"Sudah menjadi lumrah, apabila ada orang bercakap soal kebenaran pasti akan ada orang yang tidak suka, seperti zaman Rasulullah dahulu, orang Arab Quraisy menentang kerana baginda menyampaikan kebenaran," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu ketika dihubungi.

"Malah, bapa saudaranya sendiri menentang kebenaran. Baginda ditentang sehingga ke tahap diletakkan bangkai di atas badannya ketika sedang solat di masjid," jelasnya.

Beliau mengulas insiden sekumpulan ahli Perkasa yang bertindak ganas menyerang Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Al-Husain di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah, semalam.

"Bukan saya menyamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Rasulullah, tapi lihat dari segi bagaimana kebenaran yang cuba disampaikan beliau begitu ditentang, hingga ada orang yang berasa tidak senang dan cuba menghalang dengan pelbagai cara," kata Johari lagi.

Keadilan Daily melaporkan, samseng tersebut bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, di samping mengeluarkan kata-kata kesat serta membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan.

Kejadian serangan itu adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.

PM mesti jawab isu sorok bakal menantu

Posted: 03 Sep 2012 05:52 AM PDT

Oleh Aliff Fikri

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kemunculan bakal menantunya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan, Pahang, 26 Ogos lalu.

Anak Najib, Noryana Najwa (tengah) bersama tunangnya, Daniyar (kanan) pada majlis sambutan Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan Pahang.

Ketua Penerangannya, Lee Khai Loon berkata, Najib perlu menjawab dan menjelaskan kedudukan sebenar bakal menantunya, yang sedang diburu pihak berkuasa antarabangsa.

"Najib perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung isu ini, bakal menantu beliau bukan orang biasa kerana terlibat dalam jenayah berprofil tinggi.

"Rakyat juga berhak mengetahui siapa bakal menantu beliau kerana Najib merupakan pemimpin tertinggi negara.

"Kita tidak mahu nama negara terjejas di mata dunia kerana menyembunyikan seorang penjenayah," katanya ketika dihubungi.

Bakal menantu Najib, Daniyar Nazarbayev sebelum ini dilapor menghilangkan diri kerana diburu pihak berkuasa antarabangsa berhubung penipuan terhadap bapa tirinya, Bolat Nazarbayev melibatkan seunit kondominium mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).

Keadilan Daily sebelum ini juga melaporkan seorang lelaki menyerupai Daniyar sedang menjalani latihan ketenteraan dengan lengkap berseragam seakan-akan tentera Malaysia di kem askar Port Dickson.

AG ikut telunjuk Umno BN pinda pertuduhan bawah PAA – Anwar

Posted: 03 Sep 2012 05:42 AM PDT

Oleh Mohd Martin Kahar

KUALA LUMPUR 3 September: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Peguam Negara (AG) kerana beberapa kali meminda pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) terhadapnya serta dua lagi pemimpin KEADILAN berkaitan Himpunan Bersih 3.0.



Beliau berkata, pindaan tersebut membuktikan Peguam Negara gopoh dalam melakukan pendakwaan dan hanya mengikut arahan politik pimpinan Umno BN.

"Belum lagi bicara sudah dua kali pinda, pindaan dari segi teknikal, hukuman dan macam-macam lagi. Inilah bila Peguam Negara hilang kewibawaan profesionalisma dan menjadi alat politik murahan Umno BN.

"Pertuduhan sebegini penting pun boleh beberapa kali pinda. Pertuduhan untuk Anwar Ibrahim ada saja yang silap. Tak tahu sebab apa, mungkin sebab 'gelap mata'," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar perkarangan Mahkamah Tiggi Jalan Duta hari ini.

Beliau hadir bagi memfailkan permohonan mengetepikan pertuduhan di bawah PAA, untuk didengar di Mahkamah Tinggi kerana kes bawah Seksyen 4(1)(c) PAA di luar bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Permohonan itu dikemukakan Anwar melalui peguam Karpal Singh manakala pendakwaan diketuai Abdul Wahab Mohamad.

Terdahulu, Abdul Wahab membantah permohonan itu dan meminta mahkamah mengambil sedikit masa untuk menelitinya.

Hakim Mahmud Abdullah menetapkan 13 September ini bagi mendengar bantahan pendakwaan terhadap permohonan memindahkan kes itu.

Anwar dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (2)(c), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama.

Turut dituduh di bawah akta yang sama, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga-tiga mereka dituduh di bawah Seksyen 118 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Manakala untuk pertuduhan ketiga, mereka dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kononnya bersubahat memecahkan benteng ketika perhimpunan Bersih 3.0.

PRU13: PAS timbang letak calon bukan Islam di Borneo

Posted: 03 Sep 2012 05:40 AM PDT

  Ditulis Oleh Syed Mu'az Syed Putra

Post Pic

KUALA LUMPUR: PAS menimbang untuk meletakkan calon bukan Islam di Sabah dan Sarawak dengan harapan memenangi beberapa kerusi di dua negeri itu, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Beliau mendakwa parti itu gagal memenangi sebarang kerusi di Sabah dan Sarawak kerana tumpuan PAS sebelum ini lebih kepada kerja-kerja dakwah. 
 
"PAS sudah masuk di Sabah sejak tahun 80-an lagi bukannya baru. Cuma kita lebih tumpukan kepada kerja-kerja dakwah," katanya.
 
Menurutnya, walaupun gagal mendapat sebarang kemenangan pada pilihanraya negeri Sarawak yang lalu, parti itu tetap teruja dengan pencapaian calon-calonnya. 
 
"Yang mutakhir, di kawasan Beting Maro (Sarawak), kita hanya kalah 400 undi...satu jumlah yang kecil," katanya kepada AntaraPos.
 
PAS gagal merampas kerusi Beting Maro daripada penguasaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak.
 
Calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus meraih 2,758 undi berbanding BN yang memperoleh 3,014 undi untuk mengekalkan kerusi itu. PAS tewas di kesemua lima kerusi yang disaingi pada pilihanraya negeri itu. 
 
Hadi berkata pihaknya berharap mendapatkan penambahan kerusi untuk bertanding pada PRU l3 dan mungkin menampilkan calon dari kalangan bukan Islam melalui sayap penyokong parti itu.
 
"InsyaAllah, dalam pemberian kerusi ini, PAS akan dapat beberapa buah kerusi di Sabah dan Sarawak berdasarkan kepada kedudukan PAS yang sedia ada yang awal daripada kawan-kawan yang lain (parti-parti lain) di kawasan-kawasan pedalaman.
 
"Kita telah berusaha menubuhkan dewan himpunan penyokong PAS, dan memang sudah ada rakan yang bukan Islam yang sudah menyokong PAS," jelasnya.

Serang masjid: Umno tak tahu beza rumah ibadat dan tempat maksiat

Posted: 03 Sep 2012 05:37 AM PDT

Oleh Nazar Hashim

PENANTI : Tindakan membaling kasut ke dalam masjid dan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib membuktikan Umno BN sudah tidak boleh membezakan antara rumah ibadat dengan tempat maksiat.



Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, provokasi melampau oleh samseng Umno ini membuktikan mereka terdesak untuk mengekalkan kuasa yang semakin hilang menjelang pilihan raya umum.

"Tuduhan mengatakan Pakatan Rakyat akan menukar bendera negara adalah antara provokasi yang mereka lakukan. Membaling kasut ke dalam masjid di Seberang Pumpong juga terbukti bahawa mereka tak mampu membezakan rumah ibadat dengan tempat maksiat," kata Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

"Bertindak seperti Along membaling cat merah dalam banyak insiden juga membuktikan mereka terdorong ke arah perlakuan melampau dan ekstrim," katanya pada ceramah KEADILAN di Taman Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh semalam.

Hadir sama, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Dr Mansor Othman dan artis Abby Abadi.

Keadilan Daily melaporkan, sekumpulan ahli Perkasa yang bertindak ganas menyerang Anwar ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Al-Husain di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah, semalam.

Samseng tersebut bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, di samping mengeluarkan kata-kata kesat serta membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan.

Kejadian serangan itu adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.

Mengulas lanjut, Chegu Bard berkata, mengekalkan Umno akan membawa kemusnahan bukan sahaja kepada rakyat, malah mendatangkan musibah besar kepada negara.

"Jika Umno dibiarkan berkuasa, banyak lagi kerosakan yang akan berlaku dalam negara, " ujar beliau.

Posted: 03 Sep 2012 05:35 AM PDT

AMK mahu tindakan hina pemimpin Pembangkang juga disiasat

Oleh Aisya Geoffrey

PETALING JAYA : Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin agar menyiasat secara adil berhubung tindakan menghina ke atas pemimpin Pembangkang.



Ia berikutan polis akan menjejaki individu yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka Khamis lalu.

"AMK mengutuk sekerasnya tindakan menghina pemimpin, kita juga akan tolong cari individu yang bertanggungjawab.

"Tapi jangan lupa, pemimpin Pembangkang juga banyak kali mengalami penghinaan yang lebih teruk, gambar Nik Aziz (Nik Mat) diconteng, Ambiga dikencing dan banyak lagi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, dekat sini hari ini.

"Kita mencabar Bakri Zinin menyiasat dengan adil dan tanpa diskriminasi. Jangan hanya jaga kepentingan pemerintah, tapi pemimpin Pembangkang dibiarkan. Polis kena adil pada semua pemimpin negara," tegas Shamsul.

Tiada niat tukar Jalur Gemilang  

Beliau turut mengulas dakwaan kononnya pemimpin muda AMK, Najwan Halimi yang bertanggungjawab terhadap rekaan bendera Sang Saka Malaya.

"Memang saudara Najwan mencipta bendera tersebut, tetapi sebagai kapasiti beliau sebagai anak muda yang melopori sejarah dan bukan sebagai pemimpin muda.

"Beliau mereka bendera itu pada tahun 2007, sebelum sertai AMK lagi. Jadi isu ini tidak sepatutnya timbul," katanya.

Shamsul menjelaskan, AMK dan KEADILAN langsung tiada niat untuk menukar Jalur Gemilang.
"Kita tak terfikir pun nak tukar, tapi apa salahnya untuk anak muda mengibarkannya. Itu menunjukkan manisfestasi anak muda yang cerah fikiran dan tajam pengamatan sejarahnya, Umno sendiri kena baca dan amati sejarah balik," sinis beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mempertahankan tindakan sekumpulan pemuda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang merdeka 30 Ogos lalu.

Ketua Pembangkang itu berkata, tindakan tersebut tidak salah kerana bendera itu asalnya dicadangkan menjelang kemerdekaan Tanah Melayu.

"Episod ini ada dalam sejarah negara ini, dan inilah bendera yang digunakan. Saya tidak rasa anak muda berhasrat menukar bendera Jalur Gemilang tetapi ia semata-mata untuk mengetengahkan suatu perkara dalam sejarah negara," katanya dipetik.

Himpunan Hijau: Amaran rakyat tolak projek ancam kesihatan

Posted: 03 Sep 2012 05:32 AM PDT

Oleh Amiruddin Ahmad

KUALA LUMPUR : Himpunan Hijau Raub semalam yang mengumpul hampir 15,000 peserta memberi amaran keras kepada kerajaan BN negeri dan pusat agar menghentikan segera sebarang industri yang membahayakan kesihatan mahupun nyawa penduduk.



Himpunan bertemakan anti-sianida dan jatuhkan BN ini mengumpul paling banyak badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menggerakkan peserta.

Antara yang terlibat ialah Anti Lynas, BADAR, Anti Insinerator Cameron Highlands, Anti Sianida, Anti High Voltage Rawang, Pengerang Group, Bukit Merah, Gabungan Penduduk Bukit Koman, Jaringan Orang Asal Pahang dan beberapa kumpulan kecil lain.

Bantahan bermula di pekan Raub kira-kira jam 2.15 petang dan demonstran berkumpul di Padang Kompleks Sukan Raub.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang mengecam syarikat pengendali lombong emas, Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd yang menyebabkan gangguan kesihatan ke atas penduduk di Kampung Baru Bukit Koman.

Mereka juga mengutuk Ahli Parlimen Raub, Dr Ng Yen Yen yang memungkiri janji untuk menangani isu itu tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Di Pahang, antara projek besar yang dianggap mengancam keselamatan penduduk dan boleh menjejaskan industri pelancongan ialah Lynas di Gebeng berdekatan Pantai Balok. Manakala di Cameron Highlands pula kerajaan negeri membenarkan pembinaan insinerator memproses sampah sarap.

Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw; Ahli Jawatankuasa DAP, Ronnie Liu; Adun Rawang, Gan Pei Nei dan pimpinan Pakatan Rakyat tempatan.

Pakatan lupus industri berbahaya jika bentuk k’jaan – Wan Azizah

Posted: 03 Sep 2012 05:30 AM PDT

Oleh Amiruddin Ahmad

KUALA LUMPUR 3 September: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi jaminan, semua industri dalam negara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan rakyat bakal dilupus dan dimansuhkan sebaik Pakatan Rakyat (Pakatan) membentuk kerajaan.



Beliau menjelaskan, gerakan penentangan terhadap projek merbahaya kepada kesihatan penduduk membuka mata rakyat untuk menolak kerajaan yang tidak prihatin dan menjadikan negara sebagai tempat buangan bagi projek-projek yang menjelaskan kesihatan.

"Sekiranya Pakatan berjaya menawan Putrajaya, antara misi utama kita ialah melihat semula perjanjian yang telah dipersetujui (industri bahaya) dan memastikan ianya tidak ada di bumi Malaysia ini," katanya berucap di Kompleks Sukan Raub sempena Himpunan Hijau Raub di Bukit Koman semalam.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Bob Manolan berkata, masyarakat orang Asal tidak ketinggalan menerima kesan bahaya daripada industri yang mencemarkan alam sekitar.

"Sepatutnya kerajaan meningkatkan usaha kebajikan ke atas penduduk asal yang masih jauh ketinggalan dari segi pendidikan berbanding menjemput syarikat yang membahayakan alam sekitar," katanya.

Beberapa perwakilan NGO dan parti politik turut berucap mengecam kerajaan BN yang tidak langsung prihatin ke atas kesihatan rakyat dan terlalu memikirkan  keuntungan pelaburan.

Wakil Anti-Sianida Bukit Koman, Wong Cheng Ha berkata, kerajaan tidak pernah berbincang dengan penduduk atau membuat kajian terperinci sebelum melaksanakan projek di kawasan itu. Oleh itu, rakyat  mesti menolak mereka dalam pilihan raya.

"Jika kita tolak BN, maknanya kita juga menolak projek-projek yang tidak menguntungkan rakyat. Tolak BN bermakna kita menolak sianida dan juga Lynas," tegasnya.

Pada acara penutup, mangsa-mangsa yang mendakwa mengalami keracunan kimia sianida dari kilang Raub Australia Gold Mining (RAGM) ditampilkan ke atas pentas.

Sementara itu, wakil kepada pengurusan tertinggi RAGM yang dijangka hadir bagi menerima surat bantahan di tempat perhimpunan tidak hadir sebagaimana yang dijanjikan.

Para peserta kemudiannya berarak sejauh satu kilometer dari padang menuju ke kilang.

Mereka dihadang oleh pihak polis dan inisiatif diambil oleh Ketua Polis Daerah Raub, Wan Mohd Samsudin Wan Osman agar wakil NGO anti sianida berunding dengan wakil RAGM. Demonstran bersurai pada jam 4.40 petang.

Komited tingkat kualiti hidup rakyat biarpun difitnah-Lim Guan Eng

Posted: 03 Sep 2012 05:28 AM PDT

Roketkini.com

Gambar ehsan Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang

BUTTERWORTH : Biarpun sering difitnah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui Pakatan rakyat akan meneruskan azam dan usaha menjadi sebuah kerajaan berjiwa rakyat berasaskan prinsip kebebasan, keadilan, kebenaran dan kebajikan.

Demikian antara intipati ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2012 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Padang MPSP yang turut meraikan Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan juga Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff.

Dalam ucapannya kepada tetamu yang hadir, beliau mengulangi ikrar untuk komited berbakti kepada seluruh rakyat dengan meneruskan program-program kebajikan yang baru.

"Saya percaya bahawa rakyat kini telah bijak menilai mana yang benar dan mana yang tidak benar." ujar beliau.

Antara program-program kebajikan tahunan yang dilaksanakan di Pulau Pinang ialah Program Penghargaan RM100 Warga Emas, Program Bantuan OKU, Program Penghargaan Ibu Tunggal, Program Pelajar Emas dan  RM200 untuk Program Anak Emas serta bantuan "One-Off" IPTA emas sebanyak RM1000 serta pengurusan jenazah sudah terkenal seluruh Malaysia dan sinonim dengan rakyat Pulau Pinang.

Katanya, "Di samping itu lebihan perbelanjaan digunakan untuk membaiki infrastruktur seperti jalan, longkang, taman-taman, lorong basikal dan menaiktaraf pasar serta memberikan bantuan kepada sekolah pelbagai aliran,"

Menurut Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, kesemua program-program perubahan yang menaikkan kualiti hidup rakyat ini adalah hasil daripada dividen menentang rasuah.

"Pentadbiran yang bersih selama empat tahun ini membolehkan Kerajaan Negeri berusaha mengumpulkan RM500 juta untuk membina rumah mampu milik yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini."

Sebelum ini ujar Guan Eng Kerajaan Negeri menerusi PDC telah membina sebanyak 3421 unit rumah sepanjang 4 tahun yang lepas dan pihak swasta telah membina sebanyak 8175 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah.

"Sebanyak 18, 000 unit rumah mampu milik dirancang untuk dibina oleh Kerajaan Negeri menerusi PDC di seluruh Pulau Pinang. Ini termasuk di kesemua 5 daerah termasuk di kawasan pulau dengan 12, 000 unit rumah."

Beliau turut menyatakan kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi menyelenggara rumah pangsa dalam melalui program YES! (HAPPY!).

"Ini  sekaligus menyangkal tuduhan Kerajaan Negeri tidak pernah membina rumah kos rendah dan sederhana rendah."-Roketkini.com

Budaya UMNO Selepas 55 Tahun Merdeka

Posted: 03 Sep 2012 05:22 AM PDT

Roketkini.com

Alhamdulillah. Malaysia telah mencecah 55 tahun merdeka. Kita harus berbangga dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan ini kerana sikap toleransi rakyat pelbagai kaum di Malaysia walaupun seringkali amanah negara dikhianati kerajaan UMNO-BN dan suku sakat mereka.

Kesabaran kita sangat tinggi biarpun wang negara dirompak, harga barangan keperluan meningkat, rasuah berleluasa, kadar kemiskinan bandar yang masih tidak memuaskan, kejadian jenayah yang makin membimbangkan, budaya fitnah yang makin membiak, monopoli kroni untuk  projek tertentu dan pemimpin boros bermewah-mewah. Ya kita masih sabar.

Tabik juga pada seluruh parti oposisi. Pakatan Rakyat tidak pernah pun menghasut rakyat membuat kacau-bilau dan huru-hara. Jauh sekali menjatuhkan kerajaan dengan cara kudeta. Nau'zubillah.

Apa yang pernah dilaksanakan seperti himpunan Hijau, Oren dan Bersih merupakan sebuah jaminan kebebasan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Inilah antara sebab negara ini berada dalam keadaan aman dan sentosa. Kalaulah rakyat Malaysia tidak baik hati, tidak hairanlah kalau muka Najib awal-awal lagi di baling telur.

Berpegang pada demokrasi berparlimen

Cabai Burung percaya seluruh rakyat Malaysia menjunjung tinggi prinsip Perlembagaan Persekutuan dengan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan.

Kita mahu negara ini terus aman sentosa, makmur sejahtera, dipayungi oleh Duli Tuanku dan dilindungi Tuhan yang maha esa.

Malangnya adakah UMNO-BN ambil pusing soal demokrasi berparlimen dan hak bersuara yang dijamin perlembagaan? Malah mereka kelihatan semakin keanak-anakkan dalam berhadapan dengan protes rakyat. Buktinya lihatlah Bersih 3.0 yang lalu.

Transformasi Najib yang paling berjaya

Dibawah pelan tranformasi Perdana Menteri Najib Tun Razak, tranformasi paling berjaya Najib adalah tranformasi budaya matang kepada budaya politik samseng.

Dulu masih ada segan silu, tetapi sekarang semakin menjadi-jadi lagi perangai samseng budak-budak suruhan mereka. Dulu hanya tahu berbohohng, lepas tu sudah berani tunjuk punggung, sekarang pakai kasut, baling tong cat.

Lihatlah insiden terkini berlaku ke atas bas 'Merdeka Rakyat' milik PKR dan perlakuan kurang ajar anak Melayu baling kasut dalam Masjid Al Husain, Seberang Pumpong Alor Setar Kedah semalam ketika Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim ingin menyampaikan tazkirah Maghrib.

Mungkin buku belum bertemu ruasnya. Biarlah, pasti setiap kejahatan bakal menerima padahnya kelak, hukum karma tetap ada.

Budaya samseng yang berlaku sama naik dengan budaya fitnah. Cuma Pimpinan UMNO tidak pun bersuara. Kata orang, 'redha dalam diam' dan baling batu sembunyi tangan. UMNO menggunakan cyber troopers untuk menfitnah, membiarkan jaringan suku-sakatnya seperti Perkasa, Jati dan pelbagai lagi topeng NGO untuk membiakkan budaya fitnah.

Masih ada hukum karma

Dalam keserakahan UMNO-BN mengaut semula sokongan rakyat, perbuatan samseng ini cuma mencemarkan imej mereka sendiri. Inilah model Melayu Islam ala UMNO. Kejantanan mereka sekadar baling tong cat,baling batu, baling telur dan baling kasut.

Ternyata, tindakbalas pra-matang UMNO-BN ini merupakan petanda bahawa mereka gagal memahami dan menerima arus perubahan dan gelombang kebangkitan rakyat yang mula menjiwai semangat demokrasi.

Atau, kerajaan UMNO-BN Najib mula merasai bahang kejatuhan mereka tersungkur di Putrajaya?
Kalaulah UMNO-BN matang dan anak jantan; tidak perlulah 'baling-baling' lagi. Hentikanlah budaya samseng ini, ayuhlah berpolitik secara matang. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.-Roketkini.com

UMNO-BN kaut untung jadi broker jual tanah – Guan Eng

Posted: 03 Sep 2012 04:21 AM PDT

 Roketkini.com


GEORGE TOWN: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional telah menjual sebanyak 980 ekar di Tanjung Tokong, 325 ekar di Lebuhraya Jelutong dan 750 ekar di Batu Kawan kepada Abad Naluri Sdn Bhd.

Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini; sambil menyebut bahawa penjualan tanah oleh Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi kehebatan UMNO-BN menjual tanah.

Menurut beliau, UMNO-BN Pulau Pinang sengaja membesarkan isu penjualan tanah sebanyak 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin.

Pada masa yang sama UMNO Barisan Nasional enggan memberikan penjelasan ke atas keuntungan sebanyak RM5 juta yang telah dikaut oleh pemimpin-pemimpin UMNO pada tahun ini dalam masa tiga setengah bulan menjadi 'broker tanah' bagi 31 pemilik tanah Melayu di Batu Kawan.

Guan Eng dalam kenyataannya juga memberitahu, UMNO Barisan Nasional telah menjual tanah utama di Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi dan tanah tebusguna Lebuhraya Jelutong pada harga RM20 sekaki persegi.

Tambah Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, penjualan secara tender terbuka oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan rakyat terbukti berjaya mendapat harga yang paling tinggi melebihi harga pasaran.

"Sebaliknya penjualan tanah yang dilakukan oleh UMNO Barisan Nasional tidak begitu".

"Perjanjian penebusguna dan memajukan Tanjong Tokong yang bertarikh 1990 dan 1999, pemaju hanya diberi hak untu menebusguna dan memajukan sebanyak 980 ekar tanah dipersisiran Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi." Kata Guan Eng.

"Lebuhraya Jelutong pula, dibawah perjanjian bertarikh 1997, 2002 dan 2003, pihak pemaju diberi hak untuk menebusguna sebanyak 325 ekar tanah sebagai gantian untuk pembinaan Lebuhraya Jelutong dengan kos anggaran RM300 juta dan bayaran RM25.4 juta. Dalam erti kata lain, jumlah kos RM325.4 juta untuk 325 ekar tanah". Jelas Guan Eng dalam kenyataannya.

Jumlah ini bersamaan dengan RM1 juta seekar ataupun RM20 sekaki persegi, pemaju boleh membayar RM25.4 juta dalam jangka masa 10 tahun dari 2005 hingga 2015.

Guan Eng turut mengulas bahawa, pemimpin Barisan Nasional, termasuk Pengerusi BN Teng Chang Yeow, enggan memberi penjelasan tentang keuntungan RM5 juta yang dikaut oleh pemimpin UMNO sebagai broker tanah atau kenapa tanah negeri dijual dengan begitu murah semasa mereka masih berkuasa.

"Jika pemimpin-pemimpin BN boleh menjual tanah dengan begitu murah semasa berada di tampuk kuasa, apakah mereka tidak akan melakukannya lagi sekiranya kembali berkuasa?" ujar Guan Eng. – Roketkini.com

PM Umum Kenaikkan Had Umur Persaraan Pekerja TNB Kepada 60 Tahun

Posted: 03 Sep 2012 04:17 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) muncul sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama melanjutkan had umur persaraan wajib daripada 56 tahun kepada 60 tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata ia selaras dengan pelaksanaan Akta Umur Persaraan Minimum yang diluluskan Parlimen baru-baru ini.

Selain itu, beliau turut mengumumkan dua lagi berita baik kepada warga TNB iaitu Lembaga Pengarah dan Pengurusan TNB bersetuju menaikkan kadar caruman KWSP majikan untuk pekerja TNB dalam tempoh umur 56 hingga 60 tahun.

Bagi warga kerja baharu TNB, mereka akan dicarumkan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mulai 1 Sept 2012, katanya. Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada sidang video di majlis perhimpunan warga kerja TNB di Kompleks Sukan TNB di sini hari ini, yang turut dikuti secara langsung oleh hampir 30,000 warga kerja TNB di seluruh Semenanjung dan Sabah.

Najib berkata dengan kenaikan kadar caruman KWSP itu, akan membolehkan mereka yang akan bersara dalam tempoh empat tahun lagi, menikmati manfaat daripada caruman itu.

"Dalam masa empat tahun, TNB akan naikkan sumbangan kepada pekerja, supaya persaraan nanti, jumlah dana KWSP bertambah dan mereka dapat mengecapi alam persaraan yang lebih selesa," katanya.

Najib berharap dengan pelaksanaannya, semua warga kerja TNB akan mendapat lebih manfaat dan lebih bermotivasi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Dan apa yang telah diungkapkan wakil tuan-tuan dan puan-puan, akan menjadi komitmen yang gigih dan bersungguh-sungguh. Dengan ini keunggulan TNB akan lebih menyerlah dan 60 tahun akan datang TNB akan lebih cemerlang," katanya.

Ini membolehkan mereka yang akan bersara dalam tempoh empat tahun lagi, menikmati manfaat daripada caruman itu, katanya. "Dalam masa empat tahun, TNB akan naikkan sumbangan kepada pekerja supaya persaraan nanti, jumlah dana KWSP bertambah dan mereka dapat mengecapi alam persaraan yang lebih selesa," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan warga kerja TNB di Kompleks Sukan TNB di sini, Isnin. -BERNAMA

Idris Jala Tidak Mahu Tanding PRU13

Posted: 03 Sep 2012 04:13 AM PDT



KUALA LUMPUR: Sekiranya ada tawaran, Datuk Seri Idris Jala akan memilih untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menjadi calon dan beliau juga tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti politik.

"Tidak, saya tidak akan bertanding dalam pilihan raya. Saya bukan ahli politik. Sekiranya ada tawaran, saya akan menolaknya," katanya kepada pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan Senator penggal kedua dihadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Isnin.

Idris berkata beliau menerima pelantikan semula jawatan Senator oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana merasakan masih banyak perlu dilakukan bagi membuktikan keberkesanan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

"Kejayaan GTP juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang bagus di mana pelaburan negara pada tahun lepas telah meningkat, pelaburan langsung asing (FDI) negara juga meningkat dengan kukuh dalam masa 10 tahun malah pendapatan negara turut meningkat kepada RM185 bilion.

 "Ketika kita melancarkan fasa kedua GTP, respon yang diterima sangat positif. Saya yakin rakyat mahu kita teruskan. Jadi, ayuh teruskan. Sebab itu saya terima tawaran jawatan Senator untuk penggal kedua dan saya mahu teruskan usaha ini dalam kerajaan," katanya.

Ditanya apa yang akan dilakukannya sebaik sahaja tamat penggal kedua jawatan Senatornya, Jala berkata berkata beliau mahu berbakti kepada negara sama seperti 'orang awam yang lain'.

"Kita semua memainkan peranan dalam soal pembangunan negara tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Walau apa pun peranan kita, mereka tetap meyumbang kepada ekonomi negara antara satu sama lain, " katanya.

Kuota Haji Tidak Disekat, Bukti Nyata Menteri UMNO Berdusta!

Posted: 02 Sep 2012 11:17 PM PDT

 
KELAB GREENBOC

Putrajaya - Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 orang untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bagaimanapun, katanya permohonan untuk mendapatkan kuota tambahan akan diteruskan berikutan masih ramai jemaah Malaysia yang belum berpeluang menunaikan haji ekoran kuota yang terhad setiap tahun.

Sehingga kini seramai 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah berdaftar untuk menunaikan haji, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Masjid Putra, di sini malam tadi.

Sebelum ini isu kuota haji untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini menjadi kebimbangan banyak pihak dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas.

Berikutan tindakan itu, kerajaan Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra untuk melahirkan rasa kecewa dengan tindakan berkenaan.

Sehubungan itu Jamil Khir menasihati jemaah haji Malaysia supaya menjaga tingkah laku dan ketertiban sepanjang berada di tanah suci serta tidak mengadakan sebarang program atau perhimpunan yang tidak dibenarkan.

"Maka ini akan menjadi satu kekuatan untuk kerajaan Arab Saudi untuk sentiasa melihat Malaysia sebagai negara keutamaan apabila mereka ingin memberikan kuota tambahan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata penerbangan pertama untuk ke tanah suci tahun ini akan bermula pada 17 Sept melibatkan 400 jemaah dan penerbangan terakhir pada 29 Okt.

Katanya kerajaan juga akan mengekalkan kos haji untuk 28,000 jemaah muassasah iaitu pada kadar RM9,980 seperti tahun lepas, manakala jemaah kali kedua atau seterusnya perlu membayar tambang mengikut kos sebenar tanpa subsidi.

Mengenai Kursus Perdana Haji yang dianjurkan serentak di seluruh negara, Jamil Khir berkata ia diharap akan memberikan gambaran dan panduan lengkap kepada bakal jemaah untuk melaksanakan ibadah kelak.

"Kursus ini adalah sebahagian daripada apa yang dirancangkan supaya Malaysia kekal menjadi negara ikon, contoh dan penanda aras kepada negara-negara dunia yang melihat Malaysia begitu tertib, berdisiplin dalam pengaturan dan penyusunan jemaah haji," katanya.

Katanya Tabung Haji juga sudah melancarkan e-Book supaya dapat dijadikan panduan untuk jemaah Malaysia merujuk mengenai sebarang masalah berkaitan ibadah itu.- Bernama

Ulasan GB

GB dah kata dulu. GB tulis di sini: Kuota Haji Akan Disekat? Menteri-menteri UMNO Malaysia Memang Pendusta

Jamil Khir, Anifah Aman dan Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab kerana berdusta. Cuba memburukkan BERSIH tetapi akhirnya pendustaan itu tidak menjadi.

Kuota haji memang tidak disekat tetapi menteri-menteri tersebut berbohong semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat dengan mempermainkan kuota haji melalui fitnah terhadap BERSIH dan kerajaan Arab Saudi, kononnya kerajaan Arab Saudi akan menyekat kuota haji tahun ini.

Ketiga-tiga menteri itu lansung tidak takut dosa. Tak takut Tuhan dan tak takut lidahnya dikerat kerana berbohong dan berdusta.

Tidak mengapa, kita serahkan mereka kepada Allah swt untuk membalas segala perbuatan hina mereka itu.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Tinggal di tempat cucian kereta

Posted: 02 Sep 2012 11:06 PM PDT

KL TODAY

 

SEREMBAN: Sepasang suami isteri di Taman Seri Telawi, Paroi, di sini, buntu menghitung nasib diri apabila mereka terpaksa merempat di tempat cucian kereta kerana rumah mereka dilelong tiga minggu lalu.

Rosmazura Abd Samad, 42 tahun, bersama suaminya yang uzur, Dahalan Ahmad, 65 tahun, diarah keluar daripada rumah mereka selepas tidak mampu membayar ansuran bulanan RM700 kepada bank.

"Memang sudah berbulan-bulan kami tidak mampu membayar sewa menyebabkan bank menghalau kami keluar daripada rumah teres yang mahu dilelongnya itu.

"Kami diberitahu rumah itu sudah dibeli dan terpaksa mengangkut semua barang serta pakaian ke tempat cuci kereta ini, yang sudah dianggap seperti rumah," kata beliau ketika ditemui di sini Jumaat lalu.

Beliau, yang berkahwin dengan suaminya hampir enam tahun lalu, tidak menyangka nasib mereka seburuk itu sehingga terpaksa merempat dan tidur dalam keadaan atap bocor.

"Sudah nasib kami begini. Suami pula disahkan menghidap paru-paru berair awal Ramadan lalu dan tidak mampu bekerja lagi.

"Saya masih kuat bekerja, tetapi mengenangkan suami sakit dan sentiasa memerlukan bantuan, saya terpaksa menjaganya," kata beliau.

Lebih menyedihkan, dua anak perempuannya bersama suami pertama yang berusia 14 dan 15 tahun terpaksa ditempatkan di rumah adiknya di kawasan berhampiran berikutan tiada ruang untuk tidur di tempat cucian kereta itu.

"Lagipun tidak elok anak gadis tidur dalam keadaan terbuka begini. Memikirkan nasib mereka saya menangis.

"Hidup kami juga mengharapkan belas ihsan adik untuk makan," katanya lagi.

Rosmazura berkata 'rumahnya' yang dalam keadaan terbuka itu telah memberi peluang kepada penyamun mencuri dapur dan tong gasnya.

"Sudahlah hidup dalam keadaan daif, peralatan dapur seperti kuali, periuk dan tong gas dicuri pencari besi buruk.

"Kami sekeluarga tidak mampu beraya seperti orang lain dan tiada sebarang persiapan dilakukan, berikutan tempat cucian kereta kepunyaan suami tidak mampu lagi diusahakan kerana tiada elektrik dan air," katanya.

Rosmazura terpaksa menyimpan pakaian dalam kereta dan sehingga hujung bulan ini mengharapkan belas ihsan tuan rumah yang membeli rumah mereka agar mendapatkan air dan elektrik.

"Bulan depan mereka sudah berpindah masuk membuatkan kami akan tidur dalam keadaan bergelap tanpa elektrik," katanya.- Harian Metro

Peniaga demonstrasi aman, mohon izin berniaga

Posted: 02 Sep 2012 10:59 PM PDT

Bernama


 
Seramai 50 peniaga kecil di Padang Kota Lama di George Town mengadakan himpunan aman bagi membantah tindakan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang hampir setiap malam melakukan rondaan di kawasan itu dan merampas barang perniagaan mereka.

Penjual aiskrim, Syahir Abdul Rahman, 23, mendakwa, beliau bukan sahaja tidak boleh berniaga selepas baranganya dirampas malah diugut akan dimasukkan ke dalam lokap oleh anggota penguatkuasa berkenaan sekiranya terus berdegil berniaga di situ.
  
"Bukannya kami tidak cuba memohon lesen, sudah beberapa kali kami minta tapi tidak dapat. Kami pernah adakan pertemuan dengan exco kerajaan negeri untuk kemukakan rayuan tetapi sehingga hari ini tiada jawapan," katanya kepada pemberita malam tadi.
  
Peniaga veteran, M. Balakrishnan, 54, berkata sejak 14 tahun menjalankan perniagaan di situ tidak pernah berhadapan dengan masalah sedemikian.

Beliau yang menyediakan perkhidmatan urut refleksologi berkata semua peniaga di situ tiada punca pendapatan lain dan tidak kisah membayar saman beberapa kali dalam sebulan asalkan barangan mereka tidak dirampas.

"Mereka (penguatkuasa) berkawal sampai pukul 12 malam jika terus begini siapa yang hendak beli barang kami," katanya.

Peniaga cenderamata, Nursham Fatihah Zulkifli, 28, berkata jika operasi perniagaan dihentikan, kawasan yang menjadi tarikan pelancong itu akan menjadi lenggang dan gelap.
  
"Jika kerajaan negeri boleh beri lesen kepada peniaga kecil di Queensbay dan Persiasaran Gurney mengapa tidak boleh buat perkara yang serupa kerana kebanyakan peniaga ini sudah lebih 10 tahun beroperasi dan mereka adalah nadi Padang Kota Lama," katanya.
  
Peniaga barang mainan, Mahathir Azizan 34, berkata beliau dan peniaga lain tidak menghalang lalulintas dan sentiasa memastikan kebersihan premis niaga masing-masing justeru beliau berasa hairan mengapa masalah itu masih berlanjutan.
  
Himpunan aman yang berlangsung kira-kira 30 minit itu bersurai selepas anggota penguatkuasa MPPP beredar.- Bernama

Anwar mohon mahkamah ketepi pertuduhan bawah PAA

Posted: 02 Sep 2012 10:55 PM PDT

 
Hafiz Yatim


 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan bagi mengetepikan pertuduhan bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA), supaya didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

NONEPeguamnya Karpal Singh hari ini mahukan pendengarannya dilakukan di Mahkamah Tinggi ekoran kes bawah Seksyen 4(1)(c) PAA itu berkaitan kebebasan berhimpun yang digariskan dalam Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, permohonan itu terbaik didengar di Mahkamah Tinggi kerana ia di luar bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Pihak pendakwaan diketuai Abdul Wahab Mohamad dan dibantu oleh Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.

Mahkamah menetapkan 13 September untuk mendengar bantahan pasukan pendakwaan untuk terhadap permohonan memindahkan kes itu.

PERKASA: Halang Anwar sebab tiada tauliah

Posted: 02 Sep 2012 10:51 PM PDT

 
MALAYSIA KINI


 
Kumpulan pendesak Melayu (PERKASA) Kota Setar mendakwa, pihaknya cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menyampaikan tazkirah di sebuah majlis di Alor Setar malam tadi kerana ketua pembangkang itu tidak bertauliah.

Perkasa disrupts Anwar in Alor Setar"Sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ingin menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan, PERKASA tiada halangan kerana beliau bertauliah berbanding Anwar.

"PERKASA Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sebarang tazkirah di masjid berkenaan.

"Bagaimanapun, kami tidak akan menghalang beliau memasuki masjid untuk menunaikan solat,"Timbalan Pengerusi PERKASA Kota Setar Jamaludin Hashim dipetik sebagai berkata dalam Sinar Harian.

Beliau juga menjelaskan, kira-kira 50 ahli PERKASA berdemonstrasi di hadapan Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong bagi menghalang Anwar menyampaikan tazkirah pada malam tadi.

Perkasa disrupts Anwar in Alor SetarPasukan polis dilaporkan tiba kira-kira 15 minit kemudian dan berjaya menghalang ahli-ahli PERKASA daripada memecahkan pintu masjid dan menyerang Anwar.

Malam tadi, beberapa pemimpin PKR menerusi laman Twitter mendakwa ahli-ahli PERKASA menyerbu dan menyerang Anwar di dalam masjid dengan membaling kasut ke dalam masjid.

Insiden itu merupakan yang kedua dalam masa empat hari jelajah seluruh negara Anwar. Awal pagi Sabtu lalu, bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah dengan cat merah sewaktu singgah di Kelantan.

Pasukan khas siasat kes serang bas jelajah Anwar
Anwar diserang lagi di Alor Setar, dakwa PKR
Bas PKR diserang 'samseng' di Kota Bharu
Perjalanan politik ganas dan dendam

Kelemahan Najib, cacat sambutan merdeka

Posted: 02 Sep 2012 10:46 PM PDT


Shahbudin Husin

 

Untuk pertama kalinya dalam sejarah sambutan kemerdekaan negara, sambutannya pada tahun ini menjadi begitu suram dan penuh cacat cela. Ia bukan saja kerana kurangnya kibaran bendera di rumah, pejabat dan kenderaan tetapi sambutannya kali ini juga penuh dengan insiden yang memalukan, tidak sepadan dengan kematangan 55 tahun merdeka yang diraikan.

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya di mana kibaran bendera Malaysia, terutama di kenderaan menjadi acara wajib dalam tempoh sebulan sambutan bulan kemerdekaan, tetapi tahun ini kemeriahannya tidak dirasakan sama-sekali.Selain kenderaan yang memasang bendera boleh dibilang dengan jari, sambutan dari syarikat-syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Petron dan lain-lainnya dalam menjayakan kempen memasang bendera juga tidak berlaku sama sekali.

Seorang teman yang melalui lebuhraya utara selatan dari Kuala Lumpur ke Kedah pada pagi 31 Ogos lalu bersungut kerana didapatinya kenderaan yang memasang bendera Malaysia di kenderaan sepanjang perjalanan itu hanya boleh dibilang dengan jari sebelah tangan saja. Lori dan bas yang dulunya agak meriah memasang bendera sebagai taktik mengelakkan disaman polis dan JPJ juga tidak lagi kelihatan berbuat demikian. Dalam perjalanan pulang ke KL esoknya, beliau juga mendapati keadaan yang sama. Seperti bukan 31 Ogos layaknya.

Selain itu, sambutan pada malam ambang merdeka juga sudah berubah menjadi perhimpunan Janji Demokrasi oleh rakyat pelbagai lapisan yang hadir dengan berbaju kuning. Ketakutan kerajaan terhadap kemungkinan sambutan itu menjadi begitu meriah menyebabkan Dataran Merdeka ditutup dan tiada sambutan menanti detik 12 malam sepertimana kebasaannnya.

Lebih malang, di ketika itu terselit pula insiden beberapa aksi anak muda yang menunjukkan punggung dan memijak gambar Najib dan isteri kesayangannya, Rosmah Mansor. Insiden itu menjadi heboh dan diperbualkan kerana diperbesar-besarkan sebagai perbuatan biadap anak-anak muda terhadap pemimpin negara.

Di ketika yang sama, berlaku juga insiden sekumpulan anak muda mengibarkan bendera lama negara, Sang Saka Malaya yang kemudiannya juga diperbesarkan sebagai agenda PR untuk menukarkan bendera negara meskipun hakikatnya tidaklah begitu dan PR juga tidak pernah terlintas untuk berbuat demikian.

Sejak dari awal lagi, kesuraman sambutan merdeka kali ini sudah dapat dirasakan. Ini berikutan beberapa negeri yang dikuasai PR mahu mengadakan sambutan merdeka sendiri dengan tema masing-masing kerana tidak bersetuju dengan tema Janji Ditepati yang mahu digunakan oleh kerajaan.

Tema Janji Ditepati secara logiknya memang tidak sesuai digunakan untuk sambutan hari merdeka kerana ia pernah dijadikan tema oleh UMNO dan BN untuk program kempen dan bertemu rakyat yang diadakan mereka. Tetapi oleh kerana UMNO dilihat begitu terdesak untuk menjadikan sambutan merdeka sebagai platform untuk meraih sokongan dan mengungkit jasa-jasa mereka, maka Najib telah bersetuju dengan Rais Yatim yang pernah membakar jambatan politiknya sebelum ini, untuk menggunakan tema tersebut.

Haruslah disedari bahawa era kini rakyat semakin cerdik dan tidak mudah diperkotak-katikkan. Disebabkan keghairahan mahu meraih keuntungan politik daripada sambutan merdeka itu, inilah jadinya.

Ia akhirnya bukan saja menyebabkan sambutan tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya tetapi juga telah dicemari dengan insiden-insiden yang memalukan Najib sendiri. Jika Najib tidak selemah dirinya sekarang dan mempunyai kekuatan moral untuk menghadapi cabaran politik yang sedang berlaku, beliau pastinya tidak membenarkan sambutan memrdeka dipolitikkan untuk kepentingan UMNO. Sambutan merdeka sepatutnya menjadi acara tahun untuk semua rakyat tanpa mengira parti, kaum dan fahaman politik.

Sebenarnya dari awal lagi, kesuraman itu sudah dapat dirasakan berikutan bantahan pelbagai pihak terhadap tema itu. Ia akhirnya menjadikan beberapa negeri yang dikuasai PR memilih tema sendiri, sebangsa, senegara, sejiwa.

Tetapi oleh kerana kerajaan Najib agak berdegil untuk mendengar suara rakyat dan gagal mengotakan janji bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhr sebagaimana yang sering dijadikan mainan mulutnya untuk menunjukkan prihatinnya kepada rakyat, beliau terpaksa menerima kesan yang memalukannya akhirnya.

Jika dari awal tema politik tidak digunakan dalam sambutan merdeka tahun ini, pastinya insiden menunjuk pungggung dan memijak gambar Najib dan isterinya tidak akan berlaku. Insiden itu tidak direstui oleh sesiapa. Kibaran bendera sang saka Malaya juga tidak wujud. Sambutan merdeka dengan tema berasingan juga tiada keperluan lagi.

Jika tema Janji Ditepati tidak digunakan, himpunan Janji Demokrasi dengan baju kuningnya juga tiada ruang untuk menonjolkan diri.

Walaupun Himpunan Janji Ditepati dan tweet merdeka kepada Najib yang diatur oleh Rais dilihat agak berjaya dengan kehadiran lebih 100 ribu dan tweet kepada Najib kononnya mencecah lebih 3.6 juta tetapi beberapa pendedahan kemudiannya menunjukkan ianya dilakukan melalui mainan orkestra palsu yang bersandarkan wang ringgit dan upahan yang tentunya juga menunjukkan sokongan palsu yang didapati.

Ia akhirnya memaksa Najib sendiri menempelak sambutan ambang merdeka di Selangor yang tidak melibatkan Sultan sebagai isu untuk meraih simpati umum meskipun sejarah telah menunjukkan tidak pernah sambutan ambang merdeka peringkat Pusat sekali pun menjemput Yang Dipertuan Agong sebelum ini. Bahkan sambutan malam 31 Ogos di Stadium Bukit Jalil pun tidak menjemput Yang Dipertuan Agong juga.

Tidak dapat dinafikan bahawa kecacatan sambutan merdeka dan pelbagai insiden yang berlaku tahun ini adalah disebabkan kelemahan Najib sendiri. Dari awal lagi bantahan rakyat sudah dapat dirasakan tetapi Najib melalui kuasa yang diwarisinya daripada sisa mandat Pak Lah pada 2008, seperti cuba untuk melawan kuasa rakyat yang mahu sambutan merdeka bebas daripada elemen politik kepartian.

Oleh kerana sambutan merdeka pun cuba dipolitikkan, maka Najib terpaksalah menerima kesan politik yang ditunjukan oleh rakyat sendiri. Beliau boleh mengelakkan daripada awal lagi jika mampu menunjukkan intergriti tinggi sebagai PM dan peneraju negara.

Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com

18 isu pelanggaran hak asasi kanak-kanak ditemui

Posted: 02 Sep 2012 10:43 PM PDT

Abdul Rahim Sabri



Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menemui sekurang-kurang 18 isu yang didakwa "tidak selari" dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak yang ditandatangani kerajaan Malaysia pada 1995, sejak lima tahun kebelakangan ini.

Isu itu dirumuskan selepas suruhanjaya itu membuat tinjauan terhadap kanak-kanak Orang Asli di pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak, sekolah agama rakyat (SAR) di Pahang dan Selangor serta sekolah kebangsaan Tamil di kawasan ladang dan estet di Perlis dan Kedah bermula tahun 2007.

Antara isu yang diterokai berkaitan pengangkutan dan jalan perhubungan murid di kawasan ladang dan pedalaman ke sekolah, kemasukan sekolah tanpa sijil kelahiran atau kad pengenaan dan kekurangan kemudahan fizikal dan kelengkapan persekolahan serta kegagalan mendapat air bersih.

"Kanak-kanak perlu diberi perlindungan, perkembangan, penghidupan dan penyertaan. Dalam membuat peraturan, polisi atau pelaksanaan perlu mengambil kira perkara ini.

"Tidak (boleh) ada diskriminasi, apa sahaja yang dibuat mestilah (mengambil kira) kepentingan kanak-kanak," kata Pegawai Bahagian Pendidikan dan Perhuhungan Awan Suhakam Hasmah Abd Manaf.

Turut hadir dalam sidang media tersebut dua pesuruhjaya Suhakam Muhamad Sha'ani Abdullah dan James Nagayam.

Bajet 2013 jadi pertaruhan BN untuk PRU13

Posted: 02 Sep 2012 10:41 PM PDT

Muhammad Faizal,
 
KUALA LUMPUR: PAS menjangkakan bajet 2013 yang akan dibentangkan oleh kerajaan pada September ini sarat dengan 'gula-gula' menghadapi pilihanraya umum ke-13 (PRU13) nanti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau yakin Umno BN akan menggunakan peluang semaksima mungkin untuk menarik sokongan rakyat.

"Sudah pasti bajet ini menjadi kosmetik sepenuhnya untuk mereka menghadapi PRU13 nanti.

"Saya pasti peluang ini akan digunakan semaksima mungkin untuk mereka mendapat sokongan dari seluruh rakyat dan juga liputan yang meluas," katanya.

Beliau yang juga ahli parlimen Bukit Gantang juga menjangkakan bajet kali ini lebih tertumpu kepada kakitangan awam dan orang kampung.

"Kalau hanya melalui pemberian 'one off' di luar musim bajet, impak yang mereka perolehi tidak memberangsangkan dan itu yang dialami oleh mereka sebelum ini terhadap pemberian tayar percuma serta RM500 kepada rakyat," jelasnya.

Mengulas pertaruhan BN kepada bajet itu nanti, Nizar berkata ianya mungkin menjadi kayu ukur kepada Najib untuk membubarkan parlimen selepas melihat reaksi rakyat terhadap pembentangan bajet itu.

Menteri kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan sebelum ini berkata draf bajet 2013 akan dibentangkan kepada jemaah menteri pada mesyuarat kabinet Rabu ini.

Bajet 2013 yang turut merangkumi cadangan serta maklum balas daripada pelbagai pihak, termasuk kumpulan tumpuan, agensi kerajaan serta sektor-sektor perindustrian itu, akan dibincangkan pada mesyuarat itu nanti.

Sekatan politik: Najib risau BN jadi pembangkang

Posted: 02 Sep 2012 10:34 PM PDT

Mohd Sabri Said,

TASEK GELUGOR: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mahu membuat sekatan politik bagi menghalang Pakatan Rakyat ke Putrajaya memperlihatkan betapa gusarnya perdana menteri itu untuk berhadapan dengan keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Najib ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Putrajaya kelmarin juga berkata pembangkang tidak layak menduduki Putrajaya kerana BN yang membangunkannya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, memang pembangkang tidak layak menduduki Putrajaya kerana yang layak adalah parti yang memerintah dan parti pemerintah selepas PRU13 adalah Pakatan Rakyat.

"Macamana Najib boleh ucap macam itu, seolah-olah tahu Umno dan BN akan jadi pembangkang tidak lama lagi.

"Memang pembangkang tidak layak sebab yang nak jadi pembangkang ialah parti mereka.

"Putrajaya akan jadi hak pemerintah tidak kiralah siapa yang menang pada pilihanraya umum nanti, " jelasnya dalam program Karnival Penerangan Terkini (KarPenTer) di dewan JKKK Simpang Empat, Permatang Buluh Tasek Gelugor semalam.

Menurut Mohammad, rakyat negara ini sudah sedar dan tahu membuat pilihan selepas membuat pembandingan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan megeri yang dikuasai BN.

Malah katanya, trend politik dunia pada hari ini memperlihatkan bagaimana rakyat memberi harapan kepada pembangkang untuk menjadi kerajaan yang lebih baik.

"Hari ini giliran Perdana Menteri terdiri daripada banduan dan seorang pembangkang. Mesir dan Myammar sudah berjaya menukar kerajaan di mana Perdana Menteri dulunya dihina tetapi sekarang menjadi pujaan kerana memperkenalkan dasar-dasar yang lebih sistematik dan
berhemah," katanya.

100 motor, basikal konvoi Xpresi Hijau di Miri

Posted: 02 Sep 2012 10:31 PM PDT

Harakahdaily,
MIRI: Konvoi Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya anjuran DewanPemuda PAS Malaysia semalam, berjaya menjejak kaki di Bumi Kenyalang semalam.

Konvoi yang disertai lebih 100 buah motosikal dan basikal itu bermula di bandar Miri menuju ke tapak Himpunan Hijau Tanjung Lubang dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.

Menurut Nasrudin, sambutan konvoi oleh rakyat negeri itu memberikan satu harapan baru bahawa perubahan akan berlaku pada pilihanraya umum ke 13 akan datang.

"Xpresi Hijau Anak Muda Sabah dan Sarawak menunjukkan satu signal kebangkitan menggerak perubahn menjelang PRU 13," katanya.

Berikut antara gambar-gambar menarik di konvoi tersebut.



Serang masjid tak hormat majlis agama

Posted: 02 Sep 2012 10:23 PM PDT

Hazayani Zakaria,   

KUALA LUMPUR: Tindakan sekumpulan samseng menyerang majlis tazkirah maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah suatu penghinaan kepada rumah ibadah.

Samseng yang dipercayai ahli Perkasa itu menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam Masjid Al Husin.



Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, insiden itu sangat memalukan dan menunjukkan sikap mereka yang tidak menghormati majlis agama.

"Perbuatan ini sangat memalukan dan merupakan penghinaan kepada rumah Allah, tempat ibadat dibaling kasut ketika orang ramai sedang mengimarah masjid dengan mendengar tazkirah.

"Mereka yang diupah tak hormat imam masjid walaupun berkali-kali imam memberitahu bahawa beliau yang memberi kebenaran untuk majlis tazkirah itu," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Mahfuz yang turut berada berada dalam majlis tersebut turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.

Beliau juga melahirkan rasa sedih dengan sikap biadab orang Islam sedangkan orang bukan Islam turut berada di luar masjid dan mendengar tazkirah yang disampaikan.

"Tapi ada orang Islam yang menggunakan Perkasa, yang bukan qariah tempatan melakukan perkara yang memalukan.

"Inilah kejayaan 55 tahun Umno menternak rakyat untuk menjaga kepentingan mereka. Umno gagal mendidik rakyat, tapi mereka ternak rakyat untuk bersikap biadab," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tiada ulasan: