DIALOG RAKYAT |
- Dr M setuju Malaysia kurang selamat, perlu lebih dana untuk cegah jenayah
- 'Saya boleh agak samseng dari cawangan mana'
- Isteri nafi suami tahanan ISA pemberi maklumat SB
- S'gor beri persekutuan 14 hari respons isu air
- Dr M menjangkakan kerajaan lemah BN lepas PRU 13
- Dr M: Pemberian tunai Najib ‘menghampiri’ beli undi
- Majalah Perancis siar kartun Nabi, Islam tambah marah
- Saudi tolak rayuan kuota haji tambahan 40 negara
- Hudud kenapa tanya Karpal, tanya Umnolah - Nik Aziz
- Ambang Merdeka 2012, rakyat ucap selamat tinggal pada Umno-BN: KERAJAAN AKAN BERTUKAR!
- Pemuda Pas: 'Turunlah Jumaat ini, usah nak jadi hero'
- Terengganu hilang 10 pemain termasuk 2 diimport
- Bayi perempuan ditemui dalam masjid di Setiu
- Syaitan-Malaikat: Abdul Hadi jawab Tun Mahathir
- AG: Siasatan ke atas Suaram tak lengkap
- Terkejut jumpa janin atas tangga
- TAMPARAN BUAT BN!!! Bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah sertai PKR
- [BONGKAR] Campurtangan Najib & UMNO Di Dalam Projek OPS2020 UIAM
- Isu Burung Walit: Noh "Udang" Mengamuk Atau Buat-buat mengamuk?
- Menteri tidak wajar paksa polis jadi BN
- Pencerobohan bot pukat tunda semakin serius
- Tiada kabinet, Pakatan tak bersedia?
- Talam oh Talam, senjata makan tuan
- Anwar bagai dikejar Abu Lahab
- Lagi bukti majlis Najib dakwa diubahsuai
Dr M setuju Malaysia kurang selamat, perlu lebih dana untuk cegah jenayah Posted: 19 Sep 2012 07:49 AM PDT Perdana menteri (PM) paling lama memerintah itu mengatakan sudah dapat dilaksanakan di mana orang ramai bergantung seratus peratus kepada polis untuk mencegah jenayah walaupun beliau mengiktiraf langkah kerajaan untuk menambah anggota keselamatan untuk menjamin keselamatan keadaan jalanan. "Saya rasa isu keselamatan adalah masalah di Malaysia sekarang.. Akan tetapi kita perlu ada kajian terperinci untuk mendapat kepastian tentang itu. "Kita perlu membelanjakan lebih banyak wang untuk berhadapan dengan sesuatu yang sudah menjadi "fenomena baru," kata beliau semasa sesi soal jawab di Forum CEO 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana. | ||||
'Saya boleh agak samseng dari cawangan mana' Posted: 19 Sep 2012 07:47 AM PDT MALAYSIA KINI Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, walaupun tidak kenal pihak yang memijak gambarnya dalam insiden di Shah Alam dua tahun lepas, beliau dapat mengagak individu terlibat daripada kumpulan mana. "Apabila ditanya sama ada saya kenal atau tidak samseng tersebut, saya katakan tidak, tetapi boleh mengagak dari 'cawangan' mana. "Saya memberitahunya sekiranya diperlukan, saya boleh cuba dapatkan maklumat berhubung siapakah mereka ini," kata Khalid mendedahkan pertemuannya dengan pegawai polis yang menyiasat insiden itu baru-baru ini. Menulis dalam blognya, Khalid berkata, setelah memuatkan gambar berkaitan di blog pada 3 September lalu, beliau dikunjungi polis sepuluh hari kemudiaannya. Katanya, ia ekoran laporan polis seorang individu di Gombak. "Semasa pertemuan tersebut, pegawai berkenaan meminta maklumat berhubung peristiwa yang melibatkan gambar saya dipijak di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam. "Saya memaklumkan bahawa ia berlaku pada awal 2010 dan bukan sekadar gambar, video pun ada," coret timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor itu hari ini. Kain rentang Nik Aziz dikencing mungkin di Sek 7 Sementara itu, Khalid berkata, polis Terengganu juga mengunjunginya pada 14 September berhubung insiden yang menyaksikan gambarnya bersama pemimpin tertinggi PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikencing sekumpulan lelaki. Justeru, kata Khalid, beliau menjelaskan, ia berlaku semasa tempoh berkempen dalam pilihan raya umum pada Mac 2008. Menurutnya lagi, PAS Shah Alam memasang 5 sepanduk besar ukuran 10' x 20' di beberapa lokasi strategik. "Banner (kain rentang) yang dikencing adalah salah satu darinya dan mungkin ia banner yang dipasang di Seksyen 7," katanya yang berpendapat pihak terlibat bukan warga Shah Alam. "Itu sahaja maklumat yang ada pada saya. "Gambar itu jelas menunjukkan kumpulan berkenaan berpakaian baju BN dan mungkin juga merupakan para petugas yang pemasang bendera yang diupah untuk berkerja pada waktu malam." | ||||
Isteri nafi suami tahanan ISA pemberi maklumat SB Posted: 19 Sep 2012 07:41 AM PDT Isteri kepada guru sekolah menengah Bakar Baba menafikan suaminya menjadi pemberi maklumat kepada polis Cawangan Khas (SB) sebelum ditahan November lalu bawah akta ISA. Membetulkan laporan sebelum ini, Zahorna Abdul Razak berkata, kenyataan bahawa Bakar "bekerjasama" dengan polis Tawau merujuk kepada kehadirannya dalam program "pemulihan" yang dijalankan sejak ditahan kali pertama pada 2006. "Dia hadir ke program itu dua kali, sekali pada 2008 dan kali kedua pada 2010, jika tak silap saya. Kali pertama di pejabat dan kali kedua di Hotel Marco Polo di Tawah, Sabah," katanya ketika dihubungi. "Ia berjalan beberapa hari dan turut dihadiri oleh pihak lain yang ditahan sebelum itu atas dakawaan terlibat dalam kumpulan pengganas. Polis ada senarai itu," katanya. Zahorna, setelah merujuk suaminya berkata, ketika polis memanggil Bakar dari masa ke semasa sejak 2006, suaminya bukan pemberi maklumat. "Mereka panggil dia sesekali untuk menyemak keadaannya," katanya. Bakar tidak pernah didakwa di mahkamah sejak ditahan pada 2006, tetapi diletakkan bawah pemerhatian polis. November lalu beliau ditahan bawah ISA atas dakwaan terlibat dalam kumpulan Darul Islam - tuduhan yang dinafikannya. Pada Jun beliau dipecat sebagai guru atas dakwaan melanggar Peraturan Penjawat Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dengan menentang Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan. Ketika penahannya kali kedua, menteri dalam negeri dipetik sebagai berkata oleh New Straits Times bahawa Bakar dan 12 orang yang ditahan merupakan orang paling berbahaya di rantau ini. Tiga daripadanya ditahan pada 17 September. Pada masa ini, sebanyak 30 tahanan ISA masih ditahan bawah ISA. | ||||
S'gor beri persekutuan 14 hari respons isu air Posted: 19 Sep 2012 07:39 AM PDT Kerajaan Selangor memberikan tempoh masa 14 hari kepada kerajaan persekutuan untuk memberi maklum balas kepada cadangan penstrukturan air di negeri itu. Kegagalan berbuat demikian, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menyebabkan Selangor meneruskan penstrukturan air di negeri itu walaupun tanpa sokongan dan penyertaan kerajaan persekutuan. Menurutnya, Selangor telah mengutus surat kepada menteri tenaga, teknologi hijau dan air bertarikh 18 September menyatakan kekecewaan terhadap kurangnya sokongan pihak persekutuan dalam cadangan penstrukturan air. "Saya memaklumkan sekiranya YB menteri dan kementeriannya tidak memberi maklum balas bertentangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat, saya menganggap kementerian tiada bantahan untuk saya teruskan penstrukturan ini," katanya pada sidang media petang tadi. Menurutnya lagi, kerajaan Selangor akan membuat pengumuman berkenaan bidaan untuk mengambil alih syarikat konsesi air Selangor pada 28 atau 29 September jika kerajaan persekutuan masih senyap dalam isu berkenaan. Khalid sebelum ini mengumumkan penstrukturan semula air di Selangor akan melibatkan pengurangan kos pentadbiran Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di samping mengurangkan air tidak berhasil (NRW). Tambahnya, hutang SYABAS juga akan dibatalkan menerusi penyusunan semula aset berdasarkan Akta Perkhidmatan Industri Air. Tak gugar dianggap sabotaj Langat 2 Mengulas cadangan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang dicadangkan Persekutuan, Khalid berpendirian cadangan itu boleh diterima kerajaan negeri jika ia sebahagian usaha penstrukturan semula air dan tidak menyebabkan kenaikan tarif air. "Kita sudah buat kenyataan jelas, walaupun Langat 2 sudah terlajak kita boleh terima Langat 2 sebagai satu usaha penstrukturan semula air. "Jadi ia dimasukkan dalam program penyusunan semula air sebab kerajaan negeri nak mengambil kira supaya kos-kos itu tidak membebankan rakyat Selangor dari segi tarif," katanya. Beliau juga tidak gusar tanggapan kerajaan negeri dilihat cuba mensabotaj rakyat Selangor dalam isu air ini. "Kita pertahankan rakyat sebab itulah kita buat penyusunan semula kerana rakyat Selangor tidak mendapat manfaat daripada penswastaan ini," katanya. | ||||
Dr M menjangkakan kerajaan lemah BN lepas PRU 13 Posted: 19 Sep 2012 07:35 AM PDT Bekas perdana menteri (PM) menegaskan tanpa majoriti dua pertiga di parlimen, sesuatu kerajaan itu akan mudah dijatuhkan dengan tindakan melompat parti secara beramai-ramai. "Jika kerajaan lebih berminat untuk menentukan survival, mereka tidak akan memastikan pembangunan dan kemakmuran negara. "Apabila seseorang pemimpin hanya menumpukan untuk survival mereka, tumpuan untuk perniagaan, industri komersil akan berkurangan," kata beliau dalam Forum CEO 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. Dr Mahathir berulang kali menegaskan keperluan untuk mandat lebih besar bagi BN untuk memastikan kemakmuran Malaysia, turut menyatakan ini penting untuk kerajaan melaksanakan polisi yang mungkin tak popular tetapi untuk membangunkan negara. "Saya kata kerajaan kuat perlu jika kita mahu laksanakan sesuatu yang tidak menyenangkan. Kita tak boleh lakukan sesuatu yang menyenangkan sepanjang masa. "Kerajaan perlu menggusarkan rakyat. Jika kerajaan nak jadi popular setiap masa, mereka mungkin melakukan kesalahan," katanya. | ||||
Dr M: Pemberian tunai Najib ‘menghampiri’ beli undi Posted: 19 Sep 2012 07:31 AM PDT Akan tetapi, bekas perdana menteri (PM) mengatakan bahawa kerajaan sudah tidak mempunyai cukup masa oleh sebab pilihan raya semakin hampir dan Barisan Nasional (BN) perlu menang dengan mandat besar untuk mengukuhkan kuasa terhadap Putrajaya. "Saya tidak percaya dengan memberi wang kepada rakyat. Saya percaya dengan memberikan kemudahan. "Tetapi saya rasa apabila kerajaan sudah tidak mempunyai masa dan pilihan raya semakin hampir, mereka akan menggunakan cara ini," kata Dr Mahathir dalam ucapan pembukaan dalam Forum CEO anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana. | ||||
Majalah Perancis siar kartun Nabi, Islam tambah marah Posted: 19 Sep 2012 07:29 AM PDT SINAR HARIAN PARIS - Sementara protes berhubung filem Innocense of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW hari ini sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam. Perkembangan itu menyebabkan polis rusuhan terpaksa dikerah untuk melindungi pejabat majalah tersebut. Muka depan majalah terbabit yang menunjukkan Yahudi Ortodoks menolak serban seorang individu yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad, malah beberapa gambar didalam majalah tersebut turut diletakkan termasuk gambar bogel. Editor majalah itu berkata pihaknya "akan mengejutkan" mereka yang mahu dikejutkan. Majalah tersebut dikeluarkan ketika bantahan yang meruncing terhadap filem anti - Islam tersebar di internet. Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius mengutuk keputusan Charlie Hebdo yang bersifat provokatif dan telah mengarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pejabat diplomatik di negara-negara Islam. Editor majalah tersebut, pada asalnya seorang kartunis yang menggunakan nama Charb, nafi melakukan provokasi terhadap perkara tersebut. "Ia adalah satu kebebasan akhbar, adakah ia satu provokasi?" katanya. "Saya tidak menyuruh masyarakat Islam untuk membaca Charlie Hebdo, seperti mana saya tidak akan pergi ke masjid untuk mendengar khutbah, mendengar perkara yang saya sendiri tidak percaya," katanya. Seorang imam besar masjid di Paris, Dalil Boubakeur menyeru empat juta umat Islam di Perancis agar bertenang. "Ia adalah satu kekeliruan, kesedihan dan kebimbangan yang telah saya lalui, di mana ia menambah lagi kemarahan umat Islam yang berlaku sekarang di seluruh negara Islam," kata beliau. "Saya merayu kepada mereka agar untuk tidak mencurah minyak dalam api yang sedang marak," katanya. Majlis Islam Perancis turut memohon umat Islam agar bertenang. | ||||
Saudi tolak rayuan kuota haji tambahan 40 negara Posted: 19 Sep 2012 07:27 AM PDT SINAR HARIAN RIYADH - Arab Saudi telah menolak permintaan 40 negara agar ditambah kuota jemaah haji tahun ini. Permohonan ditolak atas alasan projek pembangunan besar-besaran di Makkah dan Madinah masih berjalan. Laporan AFP memetik Menteri Haji Bandar al-Hajjar berkata, "kementerian meminta maaf kepada kesemua negara yang telah meminta agar bilangan jemaah haji di negara masing-masing ditambah." Tahun lalu, tiga juta jemaah menunaikan haji. Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan masih berusaha mendapatkan kuota haji tambahan sebanyak 10,000 bagi memberi peluang lebih ramai rakyat negara ini yang beragama Islam untuk melakukan ibadah tersebut, sekali gus mengurangkan jumlah mereka yang keciciran pada musim haji tahun ini. Jamil Khir berkata, beliau akan meminta bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri untuk bercakap dengan Raja Arab Saudi Raja Abdullah bagi membincangkan mengenai perkara tersebut. "Tradisinya pada bulan puasa kita dapat jumlah kuota sebanyak 28,000 dan selepas raya biasanya kita dapat kuota rayuan sebab kuota rayuan ini akan membantu mereka yang tercicir dan sebagainya. "Sampai sekarang kita sedang menunggu kuota rayuan ini," katanya. Katanya, keputusan mengenai kuota tambahan itu diharap dapat diluluskan dalam masa terdekat. Sebelum ini Jamil Khir mengumumkan kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota haji bagi jemaah Malaysia pada tahun ini iaitu sebanyak 28,000. | ||||
Hudud kenapa tanya Karpal, tanya Umnolah - Nik Aziz Posted: 19 Sep 2012 07:24 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KOTA BHARU- Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairannya dengan akhbar di negara ini apabila sibuk bertanya Karpal Singh tentang hudud sedangkan yang berkuasa adalah Umno. "Hairan saya, akhbar sibuk melaporkan kenyataan Karpal Singh sedangkan yang berkuasa hari ini ialah UMNO, dan yang menghalang hudud ialah UMNO! "Pada saya, jika perlembagaan bertentangan dengan hudud, perlembagaan itu sendiri perlu diubah," kata Menteri Besar Kelantan itu. TG Nik Aziz berkata demikian melalui facebooknya hari ini. Menurut beliau, selepas mesyuarat exco pagi tadi, beliau ditanya tentang kenyataan Karpal Singh yang dilaporkan berkata hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan perlembagaan. Media khasnya milik MCA, The Star mula memanaskan balik isu hudud. Baru-baru ini, akhbar itu menyiarkan kembali kenyataan TG Nik Aziz beberapa bulan lalu tentang hudud. Selepas itu, media itu mengarahkan wartawannya mendapatkan pelbagai komen tentang hudud termasuklah bekas pemimpin kanan PAS dan Karpal Singh yang sememangnya penentang tegar hudud.-Harakahdaily | ||||
Ambang Merdeka 2012, rakyat ucap selamat tinggal pada Umno-BN: KERAJAAN AKAN BERTUKAR! Posted: 19 Sep 2012 07:10 AM PDT Moaz Nair, Malaysia Chronicle Sejumlah besar menghadiri "upacara yang tidak perlukan orang dibayar" di DataranMerdeka pada malam Merdeka '55 - 30 OGOS, 2012 – ini merupakan satu lagi petanda yang jelas bahawa rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang. Ia adalah perhimpunan JanjiDemokrasi untuk menyambut Merdeka '55. Mereka berkumpul untuk meraikan Merdeka yang 'sebenar' bagi rakyat dan berada dalam usaha untuk mendesak diadakan pilihanraya yang adil dan bebas, pemeliharaan kesucian Perlembagaan, kebebasan bersuara, media yang bebas dan keadilan sosial untuk semua rakyat Malaysia. Terdapat sekurang-kurangnya 50,000, termasuk rakyat yang berpakaian kasual - penyokong pasif - dan hadirin begitu tenang dan damai. Ia merupakan tanda rakyat Malaysia yang berwawasan dan patriotik daripada semua bangsa, agama dan kepercayaan telah datang bersama-sama untuk menyambut Merdeka '55. Mereka mewakili rakyat Malaysia yang cintakan keamanan yang tidak sedikit pun ingin menjadikan Malaysia sebuah republik, menukar Perlembagaan atau menghapuskan Monarki. Tetapi ini telah diputar belit oleh beberapa pemimpin UMNO dan pembohongan yang jahat telah disebarkan oleh media pro-UMNO untuk menipu rakyat. Semangat untuk perubahan Api Olimpik adalah simbol Sukan Olimpik untuk memperingati kecurian api dari dewa Yunani Zeus oleh Prometheus, dimana api itu telah disimpan untuk membakar sepanjang sambutan Sukan Olimpik di zaman lampau. Dengan cara yang sama, Malaysia telah mengadakan perhimpunan JanjiDemokrasi telah menyalakan Api Demokrasi bagi semua rakyat Malaysia dan 'pembawa obor' adalah rakyat yang akan menyemarakkan semangat untuk perubahan dan menetapkan harapan bagi rakyat dalam pilihan raya umum ke-13. Kerajaan pimpinan UMNO begitu kecut apabila ribuan membanjiri DataranMerdeka untuk mengira detik kemerdekaan. Mereka yang iri hati dengan pencapaian ini tidak dapat menghentikan gelombang demokrasi yang menyalakan semangat Merdeka para prajurit ini, dan semangat rakyat semua pada masa itu terlalu tinggi untuk dikawal UMNO yang dipimpin Barisan Nasional. Ia telah dilaporkan bahawa di kalangan orang ramai ini terdapat juga penyokong UMNO yang tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang. 'Adegan tunjuk punggung Walau bagaimanapun, acara tersebut telah 'dicemari' oleh dua insiden - 'menunjukkan punggung' pada potret Perdana Menteri NajibRazak, RosmahMansor dan Pesuruhjaya Pilihan Raya, dan paparan bendera Sang Saka Malaya oleh beberapa orang prajurit untuk mengingatkan rakyat kepada sejarah Malaya. Rakyat Malaysia, walau bagaimanapun, perlu mengambil iktibar dari kedua-dua insiden tersebut. 'Menunjukkan Punggung atau 'tarian punggung' bukanlah sesuatu yang baru dalam budaya kita. 15 MEI 2012 menyaksikan sekumpulan pesara tentera melakukan senaman punggung' di hadapan kediaman pengerusi bersama Bersih, Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara. Mereka melakukan satu siri latihan pendek, membongkok dan menggerakkan punggung mereka di hadapan pintu pagar. Kumpulan itu terkejut apabila, Ambiga tidak melepaskan anjing Rottweil yang dimilikinya di pekarangan rumahnya, malah, Ambiga muncul dari rumahnya dan dengan rendah diri menjemput mereka untuk meminum minuman tin yang dia disediakan. Dia mungkin faham bahawa orang-orang dewasa ini telah penat selepas 'tarian' mereka. Memang benar, hanya seorang wanita diperlukan untuk melembutkan hati seorang lelaki'. 'Senaman punggung' telah dilaporkan secara meluas oleh media - tempatan dan antarabangsa - dan belia kita pasti telah mengambil iktibar dari insiden ini apabila mereka melakukan perkara yang sama pada potret Najib, Rosmah dan Pesuruhjaya Pilihan Raya pada malam ambang Merdeka '55 di Dataran Merdeka. Orang muda cepat belajar - menteri pendidikan sekarang boleh mengesahkan fakta pedagogi ini. Peribahasa Melayu ada berkata "Bapa borek anak rintik.". Anak-anak sekolah kita diajar peribahasa ini dalam sukatan pelajaran sekolah. Minda muda senang terdedah tetapi mereka yang impresionis biasanya akan mengikuti contoh yang ditunjukkan oleh orang lain, terutama sekali orang dewasa. Sakit mental Negara ini tidak pernah sunyi dari episod bodoh apabila ia menyentuh hal politik. Selain 'senaman punggung' di pintu rumah Ambiga yang dihormati terdapat juga bab menjijikkan iaitu adegan memijak, melangkah dan membuang air kecil pada potret pemimpin oleh sesetengah orang yang bodoh. Dalam kegilaan dan kemuncak kelakuan mereka, haiwan dan tokoh agama juga tidak terkecuali. Ia telah dilaporkan secara meluas - dan dengan bukti-bukti yang jelas – samseng-samseng ini memijak potret tidak bersalah Ambiga, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan Khalid Samad. Ia juga telah dilaporkan dengan bukti bahawa para samseng juga telah membuang air kecil pada potret Nik Aziz Nik Mat Presiden PAS dan Hadi Awang. Orang dewasa yang kononnya dan kelihatan alim di luar, telah menyediakan kek 'najis' untuk meraikan hari jadi ketua menteri. Yang demikian itu adalah mentaliti sakit beberapa watak jahat di negara ini. Dan mereka mengaku diri mereka sebagai 'orang agama'. Media yang dikawal oleh kerajaan tidak teragak-agak untuk menunjukkan beberapa ini isyarat keji kepada orang ramai untuk membangkitkan emosi mereka dan tersilap berfikir bahawa rakyat akan merendahkan martabat pembangkang dan NGO dengan berbuat demikian. Ia hanya memakan diri sendiri. Pada 28 Ogos 2009, sekumpulan orang dewasa yang mengaku ahli persatuan penduduk Seksyen 23 di Shah Alam, menggemparkan seluruh negara apabila mereka mengadakan bantahan kecoh di luar premis kerajaan negeri, di mana mereka membawa kepala lembu dan memijak dan meludah di atasnya. Insiden itu mencemari ulangtahun Merdeka '52. Hanya selepas hari Merdeka pada tahun 2008, pada awal bulan September, Gerakan telah terbabit dalam kontroversi atas kenyataan perkauman yang dibuat bekas ketua bahagian UMNO Bukit Bendera, Ahmad Ismail di mana dia menyifatkan orang Cina di Malaysia sebagai 'penumpang'. Pemimpin Gerakan telah menuntut permohonan maaf daripadanya dan menggesa tindakan akan diambil terhadap ahli UMNO itu. Sebaliknya, orang ramai terkejut melihat penyokong Ahmad menggoyakkan potret KohTsu Koon Sistem pendidikan Malaysia Kerana tiada tindakan diambil terhadap orang-orang yang zalim oleh pihak berkuasa yang berkenaan, golongan muda mesti berfikir bahawa mereka juga boleh melakukan perkara yang sama. Mungkin, sistem pendidikan negara tidak menekankan dengan cukup mengenai 'apa yang betul dan apa yang salah' dalam kehidupan dalam sukatan pelajaran sekolah. Atau ia mungkin bahawa penekanan kepada pendidikan adalah 'apa tidak betul dari segi moral atau agama' boleh dihalalkan oleh politik ? Apabila orang dewasa dan pemimpin tidak menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat muda mereka akan menjadi contoh. Janganlah kita menyalahkan golongan muda apabila mereka lemah akidah atau berbuat jahat dalam masyarakat. Tanggungjawab adalah pada orang dewasa dan pemimpin untuk menjadi teladan. Apabila polis tidak mengambil tindakan terhadap samseng-samseng ini, orang muda akan terfikir ini tidak akan mendatangkan masalah, apabila tiada apa yang akan berlaku. Rupa-rupanya sistem pendidikan Malaysia meletakkan begitu banyak penekanan kepada pendidikan moral dan pengajian agama dari tadika hingga ke peringkat universiti. Tetapi ia seolah-olah seperti nilai-nilai moral atau agama tidak meresap ke hati nurani beberapa rakyat Malaysia. Media dikuasai UMNO-tidak menunjukkan sebarang kejadian serangan yang melibatkan tokoh Pembangkang atau orang-orang yang boleh mencemarkan reputasi UMNO kerana takut tindak balas politik daripada rakyat. Tetapi apabila pelajar didakwa telah menunjukkan punggungnya pada potret Najib, Rosmah dan Pesuruhjaya Pilihanraya dengan pantas dia ditahan oleh pihak polis dan dia kini dibebaskan dengan jaminan polis. Ini sudah tentu menjadi 'berita sensasi' dalam media yang dikawal UMNO. Bagaimanapun, rakyat semua sedar budaya politik UMNO dan pendekatan double standard mereka dalam mendakwa orang-orang yang melakukan kesalahan. Tuduhan yang tidak masuk akal Dua remaja baik membawa bendera Sang Saka Malaya sebagai tanda simbolik pada perhimpunan JanjiDemokrasi, mungkin sebagai penghormatan kepada wira yang tidak diingati dalam memperjuangkan kemerdekaan, telah dicemuh kepimpinan tertinggi UMNO. Bijak sekali isu itu dipintal 'sejarah' menjadi 'politik' dan mula memasukkan ramuan propaganda bahawa helah pembangkang 'begitu licik' kerana cuba menukar bendera Negara - tuduhan yang tidak munasabah ini tidak diterima dengan baik oleh rakyat. Rakyat sedar bahawa bendera Sang Saka Malaya yang dikibar pada malam itu bukanlah bukti bahawa rakyat atau pembangkang berhasrat untuk menukar bendera Negara. Tambahan pula, perhimpunan besar-besaran di Dataran tidak dianjurkan oleh Pembangkang tetapi NGO. Jadi kerana ia boleh dilakukan, isu bendera Sang Saka Malaya telah dipolitikkan oleh UMNO dan ini telah menaikkan kemarahan rakyat. 'Betul dari segi politik' Mengapa menjadi paranoid atas kejadian ini apabila bendera itu mempunyai beberapa erti dalam sejarah negara dan orang Melayu? Semua pelajar sejarah sudah biasa dengan Sang Saka Malaya - yang mempunyai bulan sabit dan 11 bintang tajam di sudut atas sebelah kiri bendera berlatar belakangkan dua warna jalur, merah dan putih. Ia telah digunakan oleh parti Melayu yang pertama – Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 - yang telah berjuang menentang penjajah British untuk kemerdekaan negara. Oleh itu Sang Saka Malaya adalah sebahagian daripada sejarah negara. Dengan sejarah yang diajar dan ditekankan di sekolah, generasi muda pasti sedar kepentingannya daripada perspektif sejarah. Mereka mungkin naif tentang bab politik yang betul. Cinta mereka untuk subjek sejarah di sekolah telah membuat mereka mengibarkan bendera Sang Saka Malaya, kerana ada sejarah yang penting disebalik bendera ini. Mereka pasti merasakan bahawa untuk menghargai masa depan jangan lupa kepada masa lalu, terutamanya mereka yang telah menyumbang kepada perjuangan untuk kemerdekaan. Belia, untuk itu, mempunyai kebijaksanaan ilmiah untuk tidak mengibarkan bendera Jepun atau bendera PKM (Parti Komunis Malaya) semasa majlis itu. Apa lagi, rakyat kini sedar bahawa bendera Sang Saka adalah sebahagian daripada sejarah, tetapi pada masa yang sama mereka menghormati Jalur Gemilang yang telah dipilih untuk melambangkan negara. Dan atas sebab ini, rakyat tidak begitu mentah dengan propaganda politik UMNO. Sistem pendidikan yang kabur Penodaan potret ahli-ahli politik, pemimpin NGO dan tokoh agama tidak mendorong kerajaan untuk berfikir tentang punca perbuatan itu. Adakah mereka muflis dari segi moral selepas berada dibawah pendidikan sistem pendidikan selama bertahun-tahun? Jika ya, salahkan kerajaan pimpinan UMNO yang berusia 55-tahun kerana telah mengekalkan sistem pendidikan yang kabur untuk rakyat. Jika kebenaran diberitahu, tiada siapa yang berfikiran waras akan bersetuju untuk melakukan tarian sumbang, menunjukkan punggung, menoda potret pemimpin 'atau tokoh agama. Rakyat secara umum tidak berminat untuk menukar bendera Malaysia. Mereka tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian. Mereka mempunyai agenda lebih baik untuk difikirkan, iaitu untuk menukar kerajaan. Mungkin, setelah 55 tahun pemerintahan UMNO-Perikatan-Barisan membuat rakyat berasa letih dan bosan. Mereka kini mendesak untuk melihat fajar baru menyinsing bagi negara ini. Lagipun, inilah apa yang dimaksudkan dengan demokrasi. Tetapi ini tidak bermakna bahawa Barisan akan binasa selama-lamanya. Barisan mungkin boleh mengambil peranan Pembangkang dan bertanggungjawab untuk sekurang-kurangnya lima tahun selepas pilihan raya umum akan datang. Mereka boleh membuat kemunculan semula selepas itu. Lagipun, kita kini mempunyai sistem dua parti yang berdaya maju dan monopoli kuasa bukanlah menjadi satu isu. Perubahan kerajaan Kita dikurniakan dengan Pembangkang dan rakyat secara umumnya terdiri daripada rakyat Malaysia yang setia dan cintakan negara. Di bawah mana-mana kerajaan baru, rakyat masih akan menyanyangi negara, memelihara bendera Malaysia dan menghormati raja. Perlembagaan akan sentiasa kekal tertinggi dan Negaraku akan kekal sebagai lagu kebangsaan. Jelas, UMNO Barisan tidak boleh menerima ini semua .'Faktor kagum' akan Janji Demokrasi akan menjadi penentu bagi pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang. Negara akan melihat perubahan kerajaan.Malaysia Chronicle | ||||
Pemuda Pas: 'Turunlah Jumaat ini, usah nak jadi hero' Posted: 19 Sep 2012 07:04 AM PDT SAYA telah diaju pelbagai soalan oleh media berkait sikap Pemuda Pas terhadap pelawaan Pemuda Umno dalam isu Himpunan Membantah Penghinaan Ke atas Rasul SAW. Suka saya tegaskan bahawa perkara ini bukanlah isu sebenar. Sebaliknya apa yang jadi isu ialah penghinaan ke atas Nabi SAW. Adapun siapa nak bantah filem Hina Nabi itu, turunlah ke Kedutaan Amerika Syarikat Jumaat ini. Habis cerita. Bantahan ini tanggungjawab setiap individu Muslim untuk nyatakan sikap terhadap penghinaan ke atas Nabi mereka. Lucunya, kenduri belum lagi bermula, dah ada yang nak berebut meja makan. Tunggulah hari kenduri kemudian datang dan ambillah mana-mana kerusi dan meja kosong. Apa yang nak bising-bising? Nak cari publisiti murah? Kami Pemuda Pas sedari awal, sejak 12 September lalu telah memutuskan dua program utama dalam menangani isu ini: - Himpunan Munajat dan bantah penghinaan ke atas Nabi SAW di seluruh masjid negeri masing-masing pada Jumaat, 14 September selepas solat Jumaat (ia telah berlangsung dengan baik, aman dan jayanya termasuk di Sabah dan Sarawak). - Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW dan bantah penghinaan ke atas Nabi SAW di Kedutaan AS pada Jumaat, 21 September ini. Solat Jumaat di Masjid Tabung Haji. Semua warga perihatin dijemput hadir. Kami telah umumkan kepada media dua program itu sejak Rabu lalu. Jadi, polemiknya? Tiba-tiba Isnin lepas, saya dimaklumkan bahawa Pemuda Umno ada mengajak Pemuda Pas untuk turun demo sekali. Itupun saya hanya tahu melalui media. Terima kasihlah jemput kami. Kalau tiada jemputan pun, kami memang akan turun pada 21 September kerana kami terlebih awal telah di"jemput" oleh Nabi kami untuk turun menunjuk sikap dan mempertahankan kemuliaan Nabi kami. Yang dihina sedemikian rupa oleh musuh-musuh Islam. Kalau 17 September baru nak jemput kami, memang terlalu lambatlah sebab kami dah 'setup' segalanya lebih awal. Saya pun hairan kenapa isu ini dipolemikkan sehingga mengalih pandangan umum daripada isu sebenar atau mereka sengaja mahu mencari 'political mileage' dan nak tunjuk hero kepada masyarakat? Kalau nak demo turun sajalah, tidak perlu buat bising. Apakah mereka bergantung kepada keputusan Pemuda Pas baru nak turun demo? Ini bukan isu politik antara parti Umno dan Pas, ini isu penghinaan ke atas Nabi SAW. Maka usahlah polemikkan perkara ini semata-mata nak buktikan kamilah hero! Orang kampung semua sudah kenal. Siapa yang serius mahu pertahankan Islam dan kesuciannya dan siapa pula yang hanya mahu mencari 'political mileage' dan menggunakan media untuk memposisikan diri. Kami Pemuda konsisten dalam membentuk sikap terhadap isu-isu sebegini. Tindakan membantah penghinaan ke atas Nabi SAW adalah kewajipan paling minimum yang mesti dilakukan. Justeru, ia bukanlah perbuatan yang sia-sia malah menjadi satu amal yang dikurniakan pahala oleh ALLAH SWT. Saya sekali lagi menyeru seluruh warga prihatin sama ada Muslim mahu pun bukan Muslim, agar menyertai Himpunan Aman membantah provokasi jahat pihak tertentu dengan menghina Islam dan Nabinya SAW di hadapan Kedutaan AS pada Jumaat ini. Fokus pada isu sebenar. Hadir pada 21 September ini. Solat Jumaat di Masjid Tabung Haji. Sejurus selesai solat, kita berarak ke Kedutaan AS. Saya tidak mempunyai cukup masa untuk melayan kerenah orang yang nak berebut meja makan sebelum masa kenduri. Nak datang, datanglah... kenapa perlu buat bising dan cipta polemik? Jumpa anda di sana. Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda Pas | ||||
Terengganu hilang 10 pemain termasuk 2 diimport Posted: 19 Sep 2012 07:01 AM PDT [DIKEMAS KINI] KUALA TERENGGANU - Pasukan Terengganu kehilangan 10 pemain utama setelah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengambil keputusan melepaskan mereka selepas mendapat persetujuan bersama untuk saingan Liga Malaysia musim depan. Presidennya, Datuk Che Mat Jusoh memaklumkanbahawa 10 pemain yang dilepaskan itu termasuklah bintang bola sepak tempatan dan dua pemain import pasukan Terengganu yang masih mempunyai kontrak sehingga penghujung musim ini. Menurutnya, pemain yang meminta mereka dilepaskan dan mendapat persetujuan daripada persatuan antaranya termasuklah Mohd Sharbinee Allawee (penjaga gol); Mohd Muslim Ahmad (pertahanan); Abdul Hadi Yahya (penyerang); tiga pemain tengah, Joseph Kalang Tie; Reeshafiq Alwi dan Shukor Jusoh. "Mereka ini akan beraksi bersama pasukan lain pada musim depan manakala dua lagi pemain kita yang minta dilepaskan Hariri Mohd Shafie (pertahanan) dan Ailim Fahmi Kamaruddin (penyerang). "Selain itu, persatuan turut memutuskan tidak akan memperbaharui kontrak dua pemain import, Francis Forkey Doe dan Erison Da Silva yang akan berakhir sehingga November depan untuk musim akan datang (2013)," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung kedudukan pemain pasukan Terengganu bagi kempen Liga Malaysia musim depan yang berlangsung di Pejabat PBSNT, di sini semalam. Dalam pada itu, Che Mat menjelaskan berhubung permintaan dua pemain skuad Penyu iaitu Mohd Sharbinee dan Muslim, pihak persatuan telah memberi kebenaran kepada mereka untuk meninggalkan pasukan dalam usaha mencari permulaan baru susulan kontroversi baru-baru ini. "Kedua-dua pemain telah memberitahu kita bahawa mereka perlu mencari 'angin baru' dan kami akur dengan keputusan yang diambil, biarpun sebelum ini mereka berdua telah memberikan khidmat terbaik bersama pasukan. "Bagaimanapun bagi kes Joseph Kalang Tie, ia bergantung pada persetujuan daripada pasukan Sarawak, sekiranya pasukan Sarawak terima, maka kita perlu lepaskan beliau, namun jika sebaliknya beliau (Joseph Kalang Tie) masih bersama pasukan," katanya. Sementara itu, Che Mat turut mengumumkan bahawa bekas pengurus pasukan Piala Presiden, Marzuki Sulong dilantik sebagai pengurus pasukan baru, manakala Zulkifli Ali telah dilantik sebagai penolong pengurus 1 dan Ahmad Awang sebagai penolong pengurus 2. Menurutnya, beliau menyerahkan kepada pengurusan baru untuk melantik mana-mana pegawai termasuk ketua jurulatih baru dan memberi bayangan bahawa ketua jurulatih yang akan dilantik itu adalah dalam kalangan jurulatih tempatan. Ketika ditanya mengenai situasi Terengganu yang bakal kehilangan hampir separuh tonggak utama susulan keputusan yang diambil pihak persatuan, Che Mat mengakui senario itu dan mengesahkan bahawa pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa pemain untuk beraksi bersama skuad Penyu musim depan. Katanya, sesetengah pemain yang sudah dikenal pasti itu masih beraksi dalam saingan suku akhir Piala Malaysia dan pihaknya juga turut membuka peluang kepada pemain kelahiran Terengganu untuk bersama skuad Penyu musim depan termasuklah Hairuddin Omar, Norfarhan Mohamad dan Norshahrul Idlan Talaha. "Bagaimanapun, mereka mesti menerima syarat yang kita kenakan ke atas mereka," katanya. Ditanya berhubung laporan penuh yang diminta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengenai keputusan terkini persatuan, beliau berkata, semua keputusan yang dibuat telah dimaklumkan kepada beliau (Menteri Besar). PEMAIN YANG KEKAL Abdul Manaf Mamat, Ahmad Nordin Alias, Hasmizan Kamaruddin, Muhamad Ashaari Shamsuddin, Mohd Faizal Muhammad, Marzuki Yusof, Mohamad Muhaimin Omar, Mohamad Shamirza Yusof, Md.Zubir Md Azmi, Mohd Saifuddin Bin Mokhtar, Nik Zul Aziz Nawawi, Mohd Fakhrurazi Musa, Shamsul Kamal Mohamad, Ismail Faruqi Ashaari dan Mazlizam Mohamad PEMAIN YANG KELUAR Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Mohd Muslim Ahmad; Abdul Hadi Yahya; Joseph Kalang Tie; Reeshafiq Alwi dan Shukor Jusoh, Hariri Mohd Shafie, Ailim Fahmi Kamaruddin, Francis Forkey Doe, Erison Da Silva | ||||
Bayi perempuan ditemui dalam masjid di Setiu Posted: 19 Sep 2012 06:59 AM PDT SINAR HARIAN Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K.Manoharan berkata bayi berkenaan dijumpai oleh imam dan ustaz masjid itu pada pukul 6 pagi ketika mereka ingin menunaikan solat Subuh. "Ketika masuk ke ruangan solat lelaki, mereka melihat satu objek yang dibalut dengan tuala berwarna oren dan apabila didekati mereka mendapati objek itu ialah bayi perempuan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. Beliau berkata berdasarkan kesan darah yang terdapat pada bayi itu, polis percaya bayi seberat 3.4 kilogram itu baru dilahirkan. Bayi itu dihantar ke Hospital Setiu dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu dan klinik atau hospital yang menerima pesakit baru lepas bersalin supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama | ||||
Syaitan-Malaikat: Abdul Hadi jawab Tun Mahathir Posted: 19 Sep 2012 06:56 AM PDT KENYATAAN bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menjadikan syaitan yang dikenali sebagai rakan yang didampingi lebih baik daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali perlu dilihat secara positif, khususnya oleh pendokong Umno. Kata-kata itu bersumberkan pepatah barat yang diucapkan oleh mendiang Winston Churchil, mantan Perdana Menteri Britain ketika perang dunia kedua. Apabila sangat terdesak di peringkat awal menghadapi kemaraan tentera Jerman, lalu beliau mengizinkan bersahabat dengan negara pernah bermusuh dengan Britain seperti Perancis dan lain-lain. Mengikut kaedah Usul Feqh Islam, sesuatu dalil itu perlu dilihat dalam dua aspek. Mantuq (yang dilafazkan atau diucap) dan Mafhum (yang difahami). Kadang-kadang diambil mafhum yang berlawanan dengannya. Saya berpendapat secara positif daripada kenyataan yang jelas itu memberi mafhum, supaya ahli Umno yang beragama Islam meninggalkan Umno dan menjadikan Pas sebagai gantinya, sekiranya tidak mampu melawan syaitan yang ada dalam Umno atau menghapuskannya bagi menyelamatkan Umno. Ini kerana bersama syaitan akan membawa akibat buruk di dunia dan akhirat bagi seseorang Islam. Pas adalah parti manusia bukan parti malaikat dan bukan parti syaitan. Manusia yang diajar dan ditarbiyah oleh ALLAH sejak bapa dan ibu yang pertama-tamanya iaitu Adam dan Hawa. ALLAH mengajar Adam mengenal Tuhannya Allah sahaja dan tidak ada sekutu baginya. Beliau turut diajar mengenali para malaikat dan mengenali iblis yang menjadi ketua syaitan seluruhnya. Tujuan manusia diciptakan supaya beribadat kepada ALLAH seperti makhluk yang lain dan dikurnia keistemewaan ditugaskan menjadi Khalifah di bumi, kerana sesuai dengan fitrahnya. Terpenting daripada khalifah itu ialah berpolitik, mentadbir urusan dunia dengan agama ALLAH (Al Din). Iblis adalah pemimpin syaitan, makhluk jahat yang telah melakukan kekacauan di bumi sebelum manusia diletakkan mengikut keputusan ALLAH. Iblis ditawan oleh para malaikat dan menjadi tawanan bersama mereka dan diminta berlaku baik bersama para malaikat. Tetapi Iblis hanya berlakon dan berpura-pura baik, tanpa diketahui oleh para malaikat segala yang tersirat dan tersembunyi dalam dirinya. ALLAH memperkenalkan para malaikat kepada Adam dan Hawa, bahawa mereka adalah makhluk paling baik menjadi contoh dan kawan, kerana sangat taat kepada ALLAH dan tidak sekali-kali menderhakai ALLAH. Begitulah tabiat para malaikat makhluk yang mulia itu. ALLAH juga mendedahkan kejahatan yang tersirat dalam diri Iblis dan begitulah juga pengikutnya yang ada di bumi. Mereka adalah bakal pencabar kepada makhluk manusia yang beriman dan budiman. Al-Quran mengesahkan betapa para malaikat itu sangat mentaati ALLAH, sehingga menawarkan diri bertugas di bumi bukannya manusia. Menunjukkan sikap berlumba mentaati ALLAH. Apabila ALLAH mendedahkan kelebihan Adam kepada para malaikatnya, Adam makhluk manusia yang diberi ilmu bertugas dibumi dengan sifat kejadiannya yang berbeza dengan kejadian malaikat. Banyak perkara yang tidak ada kepada malaikat. Maka para malaikat menunjukkan sifat tawadu' dihadapan Allah serta memuji dan bertasbih. ALLAH mengesahkan dengan firmannya: وَعَلَّمَ آَدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (31) قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (32) قَالَ يَا آَدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ (33) (Dan Allah mengajar kepada Adam nama-nama semuanya, kemudian dibentangkan kepada para malaikat. Lalu mereka berkata :"Maha Suci Engkau. Tidaklah kami ketahui malainkan sekadar apa yang Engkau ajarkan kepada kami ". Allah berfirman kepada Adam :" ceritakan kepada mereka nama-nama semuanya ". Setelah Adam menyebut nama-nama semuanya. Allah berfirman :" Tidakkah aku katakan kepada kamu, bahawa aku mengetahui apa-apa yang tersembunyi di langit dan bumi dan aku mengetahui apa-apa yang kamu nyata dan kamu sembunyikan?). (Al-Baqarah: 31-33). ALLAH tidak dengan segera menghantar Adam dan Hawa ke bumi, tetapi lebih dahulu mereka diajar dan ditarbiyah di syurga, menikmati sifat–sifat yang ada pada diri manusia dan menyatakan sempadan halal dan haram apabila tiba di bumi nanti. Adanya perkara bagi makhluk yang lain, bukan untuk manusia, kalau melampauinya membawa mudarat. ALLAH juga mengajar dan tarbiyah Adam dan Hawa dengan melakukan dosa kesalahan secara mendedahkan sifat jahat yang tetap ada pada Iblis dan pengikutnya dikalangan syaitan, jin dan manusia, yang akan dihadapi oleh manusia ketika menjalankan tugas mereka di bumi nanti. Pendedahan dilakukan, bermula dengan secara bersama mengadap ALLAH. Apabila ALLAH memerintah mereka sujud kepada makhluk Adam bagi meraikan kejadian dan tugasnya. Tiba-tiba para malaikat sahaja yang sujud menunaikan perintah ALLAH. Iblis pemimpin syaitan pula tidak mahu sujud. Mendedahkan sifat buruk yang ada pada dirinya dan begitulah juga pengikutnya. Ketiga-tiga sifat itu ialah: enggan (derhaka), takabbur (sombong) dan kufur (ingkar melawan Tuhan). Seterusnya ALLAH memberi tahu Adam, dengan mendedahkan sifat yang keempat pada diri Iblis dan pengikutnya, iaitu menipu dengan apa cara sahaja, termasuk cara menggoda. Ternyata selepas diletakkan dalam syurga, Adam dan Hawa tertipu dengan godaan Iblis pemimpin syaitan itu, sehingga dihalau ke bumi bagi melaksanakan tugas mereka dengan segala cabarannya. ALLAH memberi hidayah kepada Adam dan Hawa kerana menyesal setelah berfikir dengan akal yang betul, sehingga bertaubat. Ada pun Iblis dan para syaitan bersamanya, dikalangan jin dan manusia tidak bertaubat sehingga mati, kerana sifat angkuh dan sombong, yang merasakan diri mereka terlalu bijak sehingga tidak perlu bergantung kepada ALLAH. Adam dan para Rasul yang dilantik membawa petunjuk ALLAH yang dinamakan Islam diperintah supaya beriman kepada malaikat disamping beriman kepada ALLAH dan rukun-rukun iman yang lain. Beriman kepada para malaikat termasuk dalam rukun iman, bukan sahaja menganalinya sebagai makhluk yang tidak derhaka dan tidak berdosa, bahkan malaikat itu sentiasa bersama orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh. Sesiapa yang memusuhi para malaikat bermakna memusuhi ALLAH dan Rasulnya. Kita wajib juga beriman kepada adanya syaitan, termasuk dalam beriman kepada perkara yang ghaib. Wajib percaya bahawa syaitan itu makhluk paling jahat dan menipu. Mengikut syaitan dan menjadi penolongnya atau bersamanya bermakna ditipu dan menempah celaka dunia dan akhirat. Umno diakui oleh Tun Mahathir ada syaitan yang dikenali. Rosaknya hingga ke usus, dilanda rasuah dalaman di semua peringkat dalam pemilihan daripada cawangan, bahagian, sehinggalah tertinggi. Namun tidak bersedia dirawat atau berundur bagi mengislahkan diri saperti semua parti dalam negara demokrasi tulen. Sebaliknya tetap mempertahankan kuasa dengan apa sahaja termasuk meggoda pengundi dengan rasuah pilihanraya, menaikkan pangkat kepada jentera kerajaan yang membantu kemenangannya, menipu undi demi kemenangan dan menggunakan media menutup kebatilan. Ia hanya menyatakan apa yang benar dilakukan secara menggoda. Sehinggalah rakyat tidak mampu menjadi hakim yang adil ketika mengundi. Al-Marhum Tunku Abdul Rahman, Presiden pertama Umno dan Bapa Kemerdekaan meninggalkan Umno. Oleh kerana usianya panjang, beliau sempat melihat tanda-tanda awal penyakit yang ada pada Umno, diikuti oleh ramai lagi para pemimpin yang sedar dan peka. Tun Mahathir pula sudah dua kali keluar masuk Umno. Semuanya sudah cukup bagi ahli Umno membuat keputusan untuk tidak bersama syaitan yang sudah dikenali dan berusaha bersama manusia Pas memohon pertolongan ALLAH dan para malaikat yang nyata baiknya bagi menyelamatkan negara dan bangsa bersama Islam yang termaktub dengan nyata dalam kitab ALLAH dan huraian Rasulullah S.A.W. dalam Sunnahnya yang nyata. Inilah panduan tertinggi Pas, dicatat dalam undang-undang tubuhnya . Apabila wajib beriman kepada malaikat dan mereka adalah makhluk paling baik kerana taat dan tidak berdosa. Wajib pula beriman adanya makhluk Iblis dan para pengikutnya dikalangan manusia dan jin, yang dinamakan syaitan, makhluk paling jahat, menipu dan menggoda, sehingga mati tidak bertaubat. Maka jadikan kenyataan Tun Mahathir mengikut mafhumnya adalah nasihat dan amaran. Ini kerana kalau difahami secara nasnya, sangat bercanggah dengan nas al-Quran. Hadis Rasulullah SAW. yang lebih daripada ucapan yang lain tidak boleh bercanggah dengan al-Quran. ALLAH berfirman dalam surah Yasin yang dibaca oleh kebanyakan umat Islam, termasuk dianjurkan oleh Umno, maksudnya: 60. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu dengan perjanjian,wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! 61. "Dan (aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; Inilah jalan Yang Lurus. 62. "Dan Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dengan akal yang insaf?. (Surah Yaasin: 60-62) ALLAH juga mendedahkan di antara godaan syaitan itu tidak melaksanakan Islam seluruhnya, tetapi sebahagian sahaja daripada ajaran dan meninggalkan sebahagian yang lain. Firman ALLAH, maksudnya: 208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam semuanya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya;) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata. (Al Baqarah: 208). ALLAH juga memberitahu bahawa syaitan mengugut dengan kemiskinan kalau melawannya, maksudnya: 268. Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha luas limpah kurniaNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.) (Al Baqarah: 268). *Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas | ||||
AG: Siasatan ke atas Suaram tak lengkap Posted: 19 Sep 2012 06:53 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Pejabat Peguam Negara mengarahkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyiasat lebih lanjut akaun dan kesalahan lain yang berkaitan mengikut Akta Syarikat 1965, yang didakwa dilakukan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Suara Initiatif Sdn Bhd. Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah semasa dihubungi hari ini mengesahkan bahawa kertas siasatan (IP) yang dikemukakan SSM tidak lengkap untuk Pejabat Peguam Negara merangka pertuduhan. "Siasatan tidak lengkap dan IP dikembalikan kepada SSM semalam," kata Tun Majid ketika ditanya berhubung laporan media bahawa pertuduhan terhadap Suaram dan syarikat itu dijangka dibawa ke mahkamah, sama ada hari ini atau esok. Sementara itu, seorang pegawai Bank Negara mengesahkan bahawa siasatan ke atas akaun dan "jejak wang" Suaram dan syarikat itu masih berjalan. Pegawai itu berkata mereka masih mencari "sumber dana itu dan jejak wang dan transaksi lain yang disyaki", dan Bank Negara juga bekerjasama dengan agensi-agensi lain bagi mengelak kemungkinan berlaku pertindihan siasatan sebelum mengemukakan IP mereka sendiri kepada Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut. Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa SSM dalam siasatannya mengesan pelanggaran serius sekurang-kurangnya lima seksyen dalam Akta Syarikat oleh Suaram dan syarikat itu. Menteri itu mahu siasatan dibuat bagi menentukan sama ada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Amerika yang didakwa menyalur dana Suaram berkaitan dengan penyangak mata wang George Soros. Ismail Sabri meminta Bank Negara untuk menyiasat perkara itu mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Kementerian Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan untuk menentukan status Suaram. - Bernama | ||||
Terkejut jumpa janin atas tangga Posted: 19 Sep 2012 06:52 AM PDT NILAI – Seorang pegawai Imigresen tidak menyangka kejutan isterinya di awal pagi yang memberitahu terdapat tompokan darah di hadapan rumahnya membawa kepada penemuan janin. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, penduduk di Kuarters KLIA, Kelompok 8, di sini, gempar apabila janin yang pada awalnya disangka janin anak kucing dijumpai di atas tangga dalam keadaan berlumuran darah Saiful Nizam Abas, 40, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur tetapi dikejutkan isterinya yang memaklumkan terdapat banyak tompokan darah. "Saya bergegas bangun dan mencari dari mana kesan tompokan darah tersebut bermula, kemudian saya dengar suasana kecoh di tingkat dua bangunan. "Saya terkejut sebaik sahaja melihat ada objek kecil berlumuran darah tetapi ketika itu kami tidak pasti sama ada ia janin manusia atau anak kucing," katanya. Bagaimanapun katanya, setelah dilihat dari jarak dekat, dia mula mengesyaki janin tersebut adalah janin manusia. Menurutnya, dia segera menghubungi polis dan Klinik Kesihatan Kuarters KLIA bagi mengesahkan penemuan berkenaan. "Saya dan penduduk lain memang terkejut dengan kejadian ini kerana baru-baru ini, kita digemparkan dengan kes bayi baru lahir dicampak dari atas bangunan, sekarang ini di kawasan perumahan rumah kami pula, janin dijumpai," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusof Awang mengesahkan penemuan janin terbabit dan ia dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk tindakan selanjutnya. "Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya. | ||||
TAMPARAN BUAT BN!!! Bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah sertai PKR Posted: 19 Sep 2012 01:30 AM PDT PASPB Bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Douglas Lind, turut mengisytihar penyertaannya dalam KEADILAN, kata Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Ignatius Darell Leiking. Katanya, penyertaan Douglas yang juga seorang peguam terkenal dibuat serentak dengan pengisytiharan Ibrahim Menudin menyertai KEADILAN Sabtu lalu. "Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Harris Salleh di era pemerintahan Parti Berjaya," katanya kepada Keadilan Daily. Selepas negara gempar dengan pengisytiharan dua Ahli Parlimen keluar BN bulan lalu, dua lagi tokoh tempatan Sabah meninggalkan Umno dan menyertai KEADILAN. Mereka ialah bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Ibrahim Menudin dan Yahya Lampong. Ibrahim, seorang tokoh korporat terkenal di Sabah adalah antara pemimpin tempatan yang terlibat dalam membawa masuk parti itu ke negeri berkenaan. Pengumuman itu dibuat di hadapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin utama parti di Kampung Tanjung Aru, Labuan. Penyertaan Yahya pula diumumkan Anwar pada sambutan Hari Malaysia ke-49 di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran dan disaksikan 10,000 rakyat negeri itu. Perkembangan ini tentunya memberi tamparan hebat terhadap Umno BN selepas Ahli Parlimen Beafourt, Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing mengisytihar sokongan kepada Pakatan Rakyat. Mengulas lanjut, Darell berkata, penyertaan berterusan pimpinan Umno Sabah menyokong Pakatan Rakyat membuktikan parti BN bakal tenggelam pada pilihan raya umum ke-13. "Jika pengasas Umno pun keluar parti, ini menunjukkan parti ini bakal ditolak rakyat termasuk ahli dan pemimpin mereka sendiri. "Mesej yang disampaikan Ibrahim Menudin sangat penting, tinggalkan Umno kerana rasuah kian busuk dalam parti itu," katanya. Darell berkata, Ketua Menteri Sabah hingga kini juga terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa tapi dikekalkan oleh Najib . "Mengekalkan pemimpin rasuah sangat memalukan. Saya seru ahli dan pemimpin Umno segera keluar dan bersama KEADILAN demi masa depan Sabah yang lebih baik. "Pakatan menawar agenda lebih besar untuk rakyat melalui Buku Jingga," katanya.JALAN PULANG | ||||
[BONGKAR] Campurtangan Najib & UMNO Di Dalam Projek OPS2020 UIAM Posted: 19 Sep 2012 01:26 AM PDT KELAB GREENBOC Sepucuk surat bertandatangan perdana menteri Najib Altantuya dengan restu Majlis Tertinggi Umno bertarikh 7 Ogos 2012 yang dihantar kepada Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaleha Kamaruddin berhubung perlantikan Mizan Hitam menggantikan Nik Ahmad Kamal sebagai Timbalan Rektor universiti itu menjadi bukti terbaru bahawa Najib Altantuya adalah dalang di sebalik sebuah projek yang dipanggil OPS 2020! Tanpa segan silu menyalahgunakan kedudukan politik dan menggunakan kepala surat Umno bagi maksud tersebut, Najib Altantuya mengarahkan supaya Mizan diberikan kemudahan dan kerjasama sepenuhnya bagi memberi kemenangan kepada mahasiswa pro-Umno (pro-Aspirasi) di universiti itu. Menurut laman Facebook Buletin UIAM dalam posting terbaru dua jam lalu, OPS 2020 yang digerakkan Umno bertujuan memastikan kemenangan kesemua 20 kumpulan pro-Aspirasi yang condong kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di kesemua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pilihanraya kampus yang bakal diadakan pada 25 September ini. UIAM antara universiti yang menjadi sasaran utama Umno merampas kerusi majlis perwakilan mahasiswa yang selama ini dipegang pro-Mahasiswa yang pro-Pakatan Rakyat. Selain UIAM, universiti utama lain seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut dijadikan sasaran buat Umno kerana ia sebenarnya adalah cerminan terhadap keputusan pilihanraya umum yang akan datang. Projek yang sungguh menjijikkan ini diketuai timbalan menteri belia dan sukan, Razali Ibrahim yang juga pengerusi biro IPT Umno pernah didedah menghadiri satu mesyuarat Think Tank OPS 2020 bersama-sama dengan Tun Faisal Ismail Aziz yang bertindak selaku bos Unit Media Baru Umno. Surat yang sama dilampirkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin dan Presiden UIAM yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan. -jalanpulang Berikut merupakan kandungan surat Najib Altantuya kepada Zaleha: MAKLUMAN PELANTIKAN TIMBALAN REKTOR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) BAGI MENJAYAKAN OPS 2020 | ||||
Isu Burung Walit: Noh "Udang" Mengamuk Atau Buat-buat mengamuk? Posted: 19 Sep 2012 01:16 AM PDT KELAB GREENBOC Pada 15 September 2012, sekitar jam 11 pagi di Pekan Tanjong Karang, che'GuBard, Komrad Azhar (Penyelaras bersama SAMM Selangor) dan komrad- komrad SAMM Sg.Besar (team Utara Selangor) telah hadir di Pekan Tanjong Karang bersama YB Sue Lim serta lebih 400 penternak burung walit dari seluruh negara untuk menghantar memorandum bagi mengenengahkan isu yang berpanjangan dalam industri burung walit khususnya mengenai isu penghantaran / penjualan produk ke negara China. Pagi yang sama juga secara tiba - tiba dibuat rumah terbuka hujung Syawal depan Pejabat Umno Tanjong Karang. Menurut salah seorang 'Tok Sidang' yang turut hadir majlis itu diadakan saat akhir mungkin kerana itu cara untuk mengumpulkan ramai orang Umno 'berkubu' depan pejabat sendiri dan juga akan diceritakan selepas itu kononya penternak burung walit yang hadir (kebetulan ramai orang cina) bertindak biadap serang majlis hari raya orang melayu. Sudah menbaca taktik ini kami hanya berkumpul di seberang jalan besar. Hanya wakil 6 orang dan hampir 10 pengiring sahaja dibenarkan melintas jalan rapat ke pejabat Umno. Kehadiran kami disambut Noh Omar sendiri. Kami dijemput duduk. Saya duduk betul - betul di sebelah Noh Omar. Sebaik sahaja saya duduk dia terus tanya saya dan Yahya Shaari (PKR) dengan nada berbisik menyindir "kau orang ni tahu ke isu burung walit ni?" Katanya lagi dari beribu sarang hanya ratus je daftar. Menurut dia PBT di Selangor pun nak saman dan minta kami agar tolong jangan saman. Cukup terkejut dengan seorang menteri apabila beliau berkata "kau tahu kenapa cina - cina ni tak nak daftar rumah burung....luar rumah burung tapi ada yang simpan dadah,senjata...macam-macam lagi itu sebab tak nak daftar dan bagi kita masuk 'check'.." Rupanya isu rumah burung ini juga dalam kepala pemikiran Menteri turut dipandang dari aspek pemikiran perkauman yang tajam. Majlis dimulakan seorang moderator bercakap keliling semua penyokong Umno bersorak, polis kelihatan bertindak profesional menjaga sekitar meja rundingan berlaku.Wakil penternak memulakan dengan membaca memorandum menjelaskan masalah. Kesian saya lihat wakil penternak itu memang diakui mutu bahasa kebangsaannya lemah sedikit tetapi ia bukan alasan penyokong yang ramai mengelilingi meja rundingan bawah khemah depan pejabat Umno itu menjerit menyindir.Ada yang dengan selamba bercakap "apalah cina ni nak cakap banyak ...cakap melayu pun gagap" Selepas itu pembesar suara diambil alih oleh Noh Omar menjawab persoalan. Kami membiarkan dia bercakap lebih 30 minit. Bukan sekadar bercakap mengenai isu tetapi dia turut guna kesempatan itu hambur tuduhan dan sindir pakatan rakyat. Malah secara terang - terang dia marah penternak kerana jumpa DAP. Bagi che'GuBard mudah penternak burung walit ada masalah yang lama tak selesai, mereka datang jumpa kami maka kami bawa mereka berjumpa Menteri Pertanian selepas dengar masalah mereka. Ini tidak salah sepatutnya menteri ucap terima kasih bukan tunjuk ego sombong. Kami bukan golongan datang mengamuk depan pejabat orang seperti mana mereka datang serang pejabat PKR. Kami bukan geng baling cat lari. Datang secara bertamadun untuk bincang selesai masalah rakyat. Oleh sebab itu kami beri Noh bercakap lebih 30 minit. Kemudian seorang wakil penternak bangun nak bercakap ramai mula bersorak, untuk tenangkan keadaan kami bincang YB Ng Sue Lim akan bercakap menjawab sindiran dan tuduhan liar Noh Omar dan che'GuBard akan bangun menggulung. 30 minit bagi peluang Noh Omar bercakap bila saya nak bangun bercakap dia terus mengamuk tak tentu pasal Namun bila YB Ng Sue Lim bercakap keadaan mula kecoh bukan sekadar penyokong Umno, Noh sendiri mula berdiri dan marah- marah. che'GuBard mula bangun nak bercakap, tolak menolak berlaku. Terus Ketua Polis Daerah muncul rampas microphone kami dan minta bersurai lalu iring kami ke seberang jalan. Beberapa orang Umno juga berlari ke arah seberang jalan merentap beberapa banner yang dibawa dan lari semula ke khemah Umno. Kemudian Noh tidak diam sahaja terus pula guna akaun twitternya menyerang dengan mengatakan kami penakut dan sebagainya. Hanya mampu tersenyum dan kesian dengan cara politik 'anak jantan ala Umno' bercakap di gelanggang sendiri lebih 30 minit merapu, bila orang mula nak menjawab dia terus meroyan. Isunya tidak akan selesai selagi kita punya menteri yang ego dan sombong seperti ini. -chegubard Ulasan GB GB lihat macam buat-buat mengamuk supaya kelihatan jantan macho gitu...sebab banyk sangat skandal Noh Omar ni.. kalau tak tunjukkan jantan macho, takut terbarai semua... :) | ||||
Menteri tidak wajar paksa polis jadi BN Posted: 18 Sep 2012 11:55 PM PDT Oleh ZULKIFLI YAHAYA Berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, budaya politik kebencian akan terus disemai pihak pembangkang dengan tujuan mencetuskan perasaan benci terhadap kerajaan. "Makin dekat PRU13, lebih banyak budaya kebencian, kemarahan, pecah belah, menyerang peribadi dan fitnah yang boleh menjejaskan keselamatan negara dibawa mereka untuk menanam rasa benci rakyat terhadap kerajaan," katanya. Tujuan Naib Presiden UMNO itu mengeluarkan kenyataan tersebut ialah supaya seluruh rakyat Malaysia marah dan bencikan pembangkang dan Pakatan Rakyat. Jadi siapa yang mencetuskan budaya politik kebencian sebenarnya? Dalam dunia politik hari ini, jika kita melakukan perkara yang sama kepada pihak lawan maka mempertikaikan pula perbuatan pihak lawan akan menyerlahkan sifat hipokrit diri sendiri. Usah menyebut bahawa Pakatan mencetuskan politik kebencian kalau semua media-media propaganda yang menjadi perkakas BN saban hari menyiarkan berita buruk, fitnah dan putarbelit terhadap Pakatan dan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan. Usah juga menyebut bahawa Pakatan menyerang peribadi kalau TV3 dan Utusan Malaysia setiap hari menjadikan serangan terhadap peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sajian wajib. Sekurang-kurangnya sehari satu fitnah baru terhadap Anwar menjadikan jumlah setahun tidak kurang 365 fitnah yang berlainan dikenakan terhadap Ketua Pembangkang itu. Usah menyebut perihal kononnya BN difitnah kalau di pihak mereka memfitnah Pakatan sudah menjadi 'makanan ruji' sehingga busuk bumi Malaysia dengan fitnah jahat BN. Kononnya jika Pakatan menang maka raja-raja Melayu dihapuskan, Islam bukan lagi agama rasmi, hak istimewa Melayu dimansuhkan, LGBT dihalalkan, DAP jadi Perdana Menteri, bendera Jalur Gemilang akan ditukar, hubungan diplomatik dengan Israel akan dijalin; bukankah itu antara rentetan fitnah yang diulang-ulang tanpa henti? Usah menyebut bahawa pengawal Ketua Pembangkang ganas kerana mengacu pistol, walhal penyokong UMNO yang menyekat laluan bas, membaling cat dan melakukan provokasi dengan pelbagai kata-kata kesat, makian dan cacian. Atas sifatnya sebagai Menteri Dalam Negeri beliau mengecam Pakatan kerana tindakan yang dibuat boleh menjejas 'keselamatan negara'. Bagaimana pula dengan tindakan pihak keselamatan membiarkan samseng jalan penyokong BN menyekat laluan, memecahkan cermin kenderaan, menyerang ibu pejabat parti pihak lawan, menyerang masjid, membiarkan penyokong mereka membakar gambar pemimpin Pakatan, memijak dan kencing – tanpa sebarang tindakan oleh pihak keselamatan. Dalam waktu yang sama cepat pulak bertindak, sepantas kilat, jika sasaran serangan itu ialah pihak BN. Tidakkah tindakan yang dilihat sebagai berat sebelah oleh pihak polis ini boleh mencetuskan kemarahan rakyat yang mendorong kepada ancaman keselamatan dalam negara? Inilah bahananya jika pemimpin politik yang naik memimpin pentadbiran kerajaan tidak dapat membezakan status antara kerajaan dan parti politik pemerintah, antara rakyat dan penyokong pembangkang. Maka wujudlah dwi piawaian peraturan atau undang-undang; segalanya haram untuk pembangkang dan segalanya halal untuk penyokong BN selaku parti yang memerintah. Cabaran terdekat untuk Hishammuddin selaku Menteri Dalam Negeri itu ialah tindakan beberapa NGO dan Pemuda PAS di seluruh negara tampil membuat laporan polis mendesak tindakan juga diambil terhadap penghina gambar pemimpin Pakatan, seperti mana pantasnya mereka bertindak terhadap penghina gambar Perdana Menteri. Inilah masanya untuk kita menilai kewibawaan pihak polis. Adakah mereka akan menyiarkan foto samseng-samseng jalanan itu dalam media massa untuk diburu oleh seluruh rakyat Malaysia seperti yang mereka lakukan tempohari? Adakah semua samseng jalanan UMNO yang terbabit itu akan diheret di hadapan media dengan sedu sedan akan memohon maaf atas kebiadapan mereka? Rakyat Malaysia menunggu untuk menyaksikan drama ini, walaupun harapan untuk menyaksikannya sangat tipis sekali. Hishammuddin adalah menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negara wajar meletakkan pasukan polis di tempat yang neutral, tidak bertindak (atau berdiam diri) dan berpihak berasaskan pegangan politik parti yang memerintah. Jika menteri yang berkaitan dengan perdagangan, wanita atau urusan pertanian yang berat sebelah dalam menguruskan kementerian ia masih boleh dianggap 'biasa' walaupun tidak demokratik. Namun jika urusan berkaitan keselamatan ditadbir berasaskan piawaian politik kepartian, negara boleh huru hara. Mahkamah baru saja memutuskan bahawa tindakan Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan bahawa Bersih 2.0 adalah haram sebagai tidak betul. Setelah kezaliman oleh kerajaan BN terhadap rakyat berlalu dalam suatu tempoh masa sebelum, semasa dan selepas Bersih 2.0, baru kini mahkamah memutuskan bahawa menteri itu tak betul, maka malang sungguh nasib rakyat yang menjadi mangsa kezaliman itu. Kini pelbagai drama politik keganasan yang dicetuskan UMNO dan konco-konco mereka berlaku dalam negara. Kasihan nasib polis yang dilihat tidak berupaya menyerlahkan sikap neutral mereka di kalangan rakyat untuk bertindak adil kepada semua pihak. Ia berlaku gara-gara menteri yang menguruskan mereka lebih mementingkan keselamatan politik BN dari keselamatan negara.http://www.wartautara.com | ||||
Pencerobohan bot pukat tunda semakin serius Posted: 18 Sep 2012 11:41 PM PDT
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjalankan operasi dengan lebih kerap di perairan Pulau Pinang khususnya di Daerah Barat Daya bagi mengawal pencerobohan bot pukat tunda di kawasan nelayan pantai di negeri ini. Masalah yang semakin serius berlaku itu melibatkan lebih 2,000 nelayan pantai di sepuluh tempat iaitu Sungai Pinang,Pantai Acheh,Jalan Baru,Sungai Burung,Teluk Kumbar,Sungai Batu,Gertak Sanggul,Telok Tempoyak,Permatang Damar Laut dan Batu Maung. Berikutan kejadian tersebut sumber pendapatan nelayan-nelayan pantai yang terlibat telah merosot dari lebih RM100.00 sehari kepada RM20.00 sehari. Kegiatan bot-bot pukat tunda itu bukan saja menyebabkan ikan dan udang yang menjadi sumber tangkapan utama nelayan-nelayan pantai di sini berkurangan dan semakin pupus malah perairan Zon A serta dasar laut di daerah tersebut telah tercemar pada tahap yang membimbangkan. Ramai nelayan pantai mengalami kerugian besar kerana alat tangkapan mereka musnah dilanggar oleh bot-bot pukat tunda tersebut Bot-bot pukat tunda yang menceroboh kawasan nelayan pantai di sini berpengkalan di Batu Maung dan Teluk Bahang dan menjalankan aktiviti mereka pada waktu malam dengan menjadikan kawasan antara 1 batu nautika hingga 3 batu nautika dari pantai sebagai tempat beroperasi. CAP menerima aduan dari nelayan pantai bahawa hasil tangkapan bot pukat tunda bukan saja ikan bersaiz besar tetapi juga anak ikan kecil (benih) yang tidak boleh dimakan dan dipasarkan. Ikan kecil ini dijadikan ikan baja untuk makanan ternakan ikan dalam sangkar oleh pengusaha-pengusaha projek akuakultur tempatan. Setiap buah bot pukat tunda di negeri ini mendaratkan 5 tan hingga 7 tan anak ikan kecil berbagai jenis termasuk beberapa jenis ikan yang berkualiti tinggi. CAP bimbang dan percaya jika keadaan ini berterusan dalam masa 10 tahun akan datang sumber perikanan di negara ini akan mengalami kepupusan. Sehubungan itu CAP meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Perikanan memberi perhatian serius dan mengambil langkah segera bagi menangani masalah ini. CAP kesal walau pun wajud Akta Perikanan 1985 bersama jabatan serta agensi penguatkuasa bagi untuk mengawal keadaan tersebut namun ia tidak memberikan kesan positif terhadap kehidupan nelayan pantai di negeri ini. CAP bersama aktivis nelayan pantai Pulau Pinang merancang untuk melancarkan kempen tandatangan Haramkan Penggunaan Pukat Tunda dalam masa terdekat. Presiden CAP | ||||
Tiada kabinet, Pakatan tak bersedia? Posted: 18 Sep 2012 11:37 PM PDT Oleh Izmil Amri Selalunya bila orang pindah masuk rumah baru, kabinet dapur adalah benda yang paling akhir dia pedulikan. Ini normal bagi orang bujang macam saya. Asalkan ada televisyen, sambungan internet, dan tilam setebal tiga inci sudah cukup untuk memulakan hidup baru sebagai seorang murba di tengah kota. Kabinet dapur ni, nanti tunggu kahwin la baru fikir. Yang penting masuk rumah dulu. Pokoknya, kabinet dapur bukan isu fundamental. Sama keadaannya dengan 'kabinet bayangan'. Juga bukan perkara fundamental. Kabinet bayangan untuk apa Obsesi sesetengah pihak dengan benda yang dipanggil kabinet bayangan ini amat merunsingkan. Seolah-olahnya ada golongan yang membiarkan dirinya dijangkiti kuman propaganda United Malays National Organisation. Ini saya kira ajaib jika terjadi kepada golongan cerdik pandai. Selalunya yang giat mendesak supaya diwujudkan kabinet bayangan ini adalah mereka yang tidak sabar-sabar mahu kondem barisan kabinet bayangan itu. Saya hairan kenapa selepas dua belas pilihanraya, baru sekaranglah semua orang beriya mahu tahu kabinet bayangan 'team' lain yang mahu mengambil alih pentadbiran negara. Selama Barisan Nasional memerintah puluhan tahun, tidak ada pun cerdik pandai ini yang peduli siapa yang jadi menteri apa dan pegang portfolio apa. Maka ini menakjubkan saya. Apa yang saya dapat garap secara prima facie apabila melihat keadaan ini adalah suatu kepastian bahawa cerdik-pandai dan politisi dari semua lapisan memang sudah tidak sabar-sabar lagi mahu melihat suatu saf kepimpinan yang baru mengambil alih kursi Putrajaya. Jika tidak masakan mereka begitu obses dengan benda yang dipanggil kabinet bayangan ini. Sebagai orang yang tidak pintar politik, saya akan cuba membantu anda memahami untuk ke sekian kalinya kenapa Pakatan Rakyat tidak kebulur mahupun teruja untuk mempersembahkan kabinet bayangannya. Ini boleh kita fahami secara mudah dengan melihat kepada keterujaan pihak sebelah sana yang asyik mendesak supaya dibikin kabinet bayangan itu. Kenapa beriya betul UMNO mahu melihat kabinet bayangan Pakatan Rakyat? Apakah ia sudah betul-betul putus asa sampai mahu mengenali siapa bakal penggantinya? Pastilah tidak. Ini helah politik yang tidak harus dimakan mana-mana insan berakal. Kabinet banyangan untuk silap mata UMNO United Malays National Organisation beriya mahu melihat kabinet bayangan ini kerana ia mahu bersiap sedia melagakan ahli politik Pakatan Rakyat. Mudahnya begitu. Sungguhpun kita mengerti bahawa politisi Pakatan bukanlah jenis yang hadap sangat mahukan kuasa, tetapi kita juga tidak boleh menolak realiti politik bahawa politisi yang kecundang dan kecewa akan punya kebarangkalian tinggi untuk bertindak bodoh. Seperti lompat parti misalnya. Bukankah politk itu hakikatnya sebuah permainan kuasa? Kenapa lagi UMNO ini beriya mahu melihat kabinet bayangan Pakatan? Mungkin parti etnosentrik ini akan mula mengira pula berapa ramai wakil dari ketiga-tiga parti yang menjawat portfolio penting dan kemudian seperti biasa mencanangkan bahawa kuasa sesebuah kaum akan tergugat kerana kementerian yang biasanya dipegang Melayu UMNO beralih dipegang politisi keturunan lain daripada parti berbilang kaum seperti DAP dan PKR. Ini realiti politik yang kita mesti sedar dan fahami. Realpolitik UMNO adalah berasaskan politik kuasa etnik; dan ini tidak mungkin dapat dipisahkan sehinggalah parti itu bersedia untuk menolak tepi politik perkauman sempit yang telah menjadi amalannya sekian lama. Jadi kenapa obses sangat dengan kabinet bayangan ini? Bohonglah kalau kita kata kabinet bayangan ini suatu kemestian untuk menunjukkan bahawa sesebuah kerajaan itu bersedia untuk mentadbir. Malahan seperti yang saya sebut tadi, selama ini kita tidak pernah pun peduli siapa jadi menteri apa. Fokus untuk menang Lihat sahaja perubahan kuasa di negeri-negeri Pakatan Rakyat sewaktu tsunami politik Mac 2008. Memang betul perubahan yang berlaku itu terjadi di luar jangkaan umum. Tidak ada siapa pun yang peduli siapa yang bakal jadi exco apa di Pulau Pinang atau di Selangor; tetapi kedua-dua negeri itu sehingga hari ini masih memperlihatkan prestasi cemerlang dari semua segi. Yang tidak melihat kecemerlangan itu hanyalah orang-orang UMNO yang hidup dalam penafian. Justeru apabila saya membaca laporan kononnya para pemerhati politik berpendapat bahawa Pakatan Rakyat belum bersedia untuk mengambil alih pentadbiran negara kerana ia masih belum ada kabinet bayangan, saya rasa ini sesuatu yang sangat merepek dan perlu dijawab secara jelas berkali-kali. Objektif dan perkara yang fundamental harus difahami secara tepat. Yang mesti dibuat sekarang ialah kerajaan yang korup mesti dibuang. Biar yang itu selesai dulu. Jawatan tak lari ke mana. Bukan dapat gaji pun kalau jadi 'menteri bayangan'. Apa nak kecoh-kecoh? – Roketkini.com | ||||
Talam oh Talam, senjata makan tuan Posted: 18 Sep 2012 11:32 PM PDT
Kenyataan TPM TS Mahyuddin Yassin bahawa Umno telah menemui formula untuk menawan kembali Selangor dengan Talam adalah sangat melucukan.Bukan sahajaDato Chua Tee Yong (CTY) dan DS IrMohd Zin keliru tentang 'Talam Debt Recovery Exercise' (Pelan Pungutan Hutang Talam) ini, kini TPM Malaysia pun turut dikelirukan mereka berdua ini. Dalam kekeliruannya CTY pernah mendakwa Kerajaan Selangor menggunakan dana rakyat Selangor sebanyak RM1 bilion dan Md Zain dengan segala 'kejahilan'nya mempopularkan istilah "Talam-Gate'. Sekarang Mahyuddin nak guna ini isu Hutang Talam ini sebagai resipi dan formula kemenangan. Saya mahu jelaskan hanya beberapa isu dahulu secara khusus sebab terlalu banyak yang hendak diDEDAHkan bersabit kebingungan TPM dan Umno-MC-BN ini. Pertama Ya, seluruh rakyat Selangor perlu tahu bahawa dalam pemerintahan Umno-BN di Selangor dulu lah, Pemaju Talam Corporation (kini namanya Trinity Corporarion) mendapat pelbagai projek pembangunan dari kerajaan mantan MB DS Khir Toyo sehingga menadapat jolokan panggilan "Super-Crony Selangor' bawah Khir Toyo. Pada waktu-waktu 'kecemasan'nya yang sedang mengalami tekanan dari Bursa Saham supaya melunaskan hutang-hutangnya (syarikat tersenarai (PLC) di bawah PN17 (Practice Note 17), tahukah rakyat Selangor bahawa Talam Corp memilikki 'Land Bank' sejumlah 7000 ekar! Jadi rakyat Selangor perlu tahu siapa yang berhutang? Bukan kami kerajaan Pakatan! Tapi zamanKhir Toyo lagi. Usaha pertama adalah menentukan HUtang-hutang ini (Confirmation of Debt). Berapa banyak dan kepda siapa? Talam berhutang kepda berhutang kepada 3 anak syarikat negeri atas pelbagai sebab dan kegagalan melaksanakan projek bersama dengan PNSB (RM28.2 juta), PIYSB (RM248.7 juta -Unisel) dan KHSB (RM115.1 juta).Jumlah ialah RM392 juta! Kedua Berjaya kah Umno pungut hutang-hutang ini dalam pemerintahan KHir Toyo? TIDAK! Umno GAGAL memungut hutang Talam walaupun RM 1juta dan tidak juga RM1 setelah mendakwa mereka MENCUBA sebanyak TIGA kali (2005, 2007 dan2008). Kenyataan dan hakikat KEGAGALAN ini mesti diberitahu kepada seluruh rakyat Selangor! Rakyat Sealngor mesti persoalkan mereka KENAPA mereka GAGAL! Beban itu seterusnya ditanggong oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambil aleh pemerintahan selepas PRU ke-13. Ketiga Apa yang Berjaya dilakukan oleh Kerajaan Pakatan? Berapa banyak yang dapat dipungut kembali? Setelah audit dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dan Pengesahan Hutang Talam dibuat (Confirmation of Debt), "Kerajaan Selangor telah memasukki dua perjanjian untuk mendapatkan Talam membayar hutang mereka (Debt Settlement Agreement). Proses yang dilakukan inilah yang sangat tidak difahami oleh CTY (MCA) dan Ir Mohd Zin (Umno) dan kini TPM sendiri. Hutang kepada anak-anak kerajaan negeri pun berpindah tangan kepada Menteri Besar Incoroprated (MBI) dengan proses 'Round-Tripping' melibatkan anak syarikat Selangor Industrial Corporation (SIC) yang setelah meminjam RM392 juta dari CIMB yang kemudiannya membayar kepada kerajaan negeri untuk mendapat hutang-hutang itu dari 3 anak syarikanya. Dengan duit bayaran tersebut kerajaan negeri kemudian meluluskan penggunaan wang RM392 juta itu di Dewan Undangan Negeri untuk MBI (Menteri Besar Inc) membeli hutang tersebut dari SIC. SIC membayar kembali RM392 juta yang di pinjam dari CIMB. Itulah dia berakhirnya 'Round-Tripping tadi ketika SIC bayarbalik RM392 juta yang dipinjam dari CIMB! Mana ada lagi wang rakyat Selangor yang CTY, Md Zain dan TPM dakwa diguna?. Jangan sampai rakyat kata mereka 'Bengap'. Tak manis! MBI kemudian memulakan proses "Pungutan Hutang" dari Talam. Keempat Berapakah yang dibayar Talam kepada kerajaan negeri dan dalam bentuk apakah bayaran tersebut? Talam membayar dalam 4 bentuk. i. RM340.88 million tanah dan asset: 1,322 ekar di Bukit Beruntung bernilai RM150.28 million, 2,264 ekar di Bestari Jaya bernilai RM105.3 million, 400 ekar di Ulu Yam and 60% equity dalam saham Ulu Yam Golf & Country Resort dengannilai RM22.2 million, 134 ekar tanah di Danau Putra berharga RM52.1 million and 5 unit ofis di Menara Pandan bernilai RM11.1 million. Selebihnya yang berjumlah RM51.12 million dibayar dalam bentuk tunai : RM12 million dari jualan tanah di Puncak Jalil, RM5 million 'cash assignments' dari EON, RM7.68 juta kerja 'earthwork di Unisel, RM9.04 juta dari jualan 25.94 ekar dari tanah di Bukit Beruntung, and RM17.4 juta dari tanah di Bestari Jaya. Kesimpulan Kenyataan rasmi dari KPMG adalah amat jelas bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah 'a sound business decision' – 'satu keputusan yang bijak'. Satu 'bailout' adalah ditakrif dalam kewangan sebagai 'bantuan kewangan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang sakit atau akan mengalami kebankrapan seperti kes Perwaja, IWK dan MAS yangdiberikan suntikan berbillion RM oleh kerajaan Pusat. Kerajaan negeri, ditegaskan oleh KPMG tidak membayar walaupun RM 1 kepada Talam sebaliknya Talam telah melunaskan hutang berjumlah RM 392 juta kepada kerajaan negeri. Umno-BN mempertikaikan sebahagian pembayaran tanah-tanah ini dan penilaiannya sementara mereka lupa bahawa yang melakukan penilaian adalah pihak "Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH) yang merupakan agensi kerajaan Persekutuan! Tiga keeping Tanah Danau Putra yang ditertawakan oleh Ir Mohd Zin kerana 80% dibawah air, telah selesai dijual dan mendapat pulangan yang diharapkan. Kini kerajaan Pakatan dapat kembali sebanyak 1,322 ekar di Bukit Beruntung bernilai RM150.28 million, 2,264 ekar di Bestari Jaya bernilai RM105.3 million dan 400 ekar di Ulu Yam. Tanah adalah sangat berharga dan tidak boleh di'gadaikan'kepada pihak swasta dan kroni mana-mana penguasa politik! Itu pengkhianatan terhadap rakyat di negeri dan negara ini namanya! Jelasnya TPM gagal memahami seluruh proses "Pungutan Hutang Talam" dan kini berdepan dengan kenyataan beliau akan dimalukan seandainya Talam mahu dijadikan resipi dan formula untuk memenangi dan merampas kerajaan Selangir dari Pakatan Rakyat. Umno-BN lah 'pengkhianat'sebenar kepada rakyat Selangor yang i. telah memberikan kepada segala 'pemberian tanah secara MUDAH', ii. Gagal memungut Hutang pihak pemaju yang merupakan 'super-kroni MCA' dan mantan MB Umno itu. iii. mentohmah kami dalam usaha memungut hutang Talam. Sangat Memalukan Tipu Belit Umno-MCA ini! Inilah resepi yang hendak digunakan oleh TPM untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang menyelamatkan Wang Rakyat Selangor! *Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) | ||||
Posted: 18 Sep 2012 11:22 PM PDT Oleh Subky Latif TIADA yang paling banyak diganggu politiknya akhir-akhir ini selain dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.Dia dibaling batu dalam ceramah, baling kasut semasa member tazkirah di masjid dan bas khasnya kempen menjelajah sudah beberapa kali disembur cat merah. Ia antara serangan fizikal terhadapnya selepas dibalun separuh mati oleh Ketua Polis Negara selepas dia dipecat dari Timbalan Perdana Menteri dulu. Serangan fitnah terhadap saksiahnya dari liwat sampai jadi alat Yahudi tidak dapat dikira lagi. D.R.Seenivasagam, pengasas PPP yang UMNO benci dulu dan Kit Siang yang dikatakan dibenci orang Melayu pun tidak menghadapi gangguan seteruk Anwar. Apalah nasibnya? Melihat kepada bertubi-tubinya gangguan itu, mengingatkan saya kepada Rasulullah SAW sepanjang kempennya membawa Islam di Mekah dulu. Sejak baginda mengumumkan kepada kumpulan keluarga dan kerabatnya di Bukit Safa bahawa baginda adalah Rasul utusan Allah yang terakkhir, setiap kegiatan dakwahnya diikut dan diganggu oleh Abu Lahab, bapa saudaranya yang pernah mengadakan kenduri menyambut kelahiran baginda. Baginda dihardik dengan kalimah 'celaka' oleh Abu Lahab. Tiadalah yang paling berat selalin dari tohmah itu. Banyak masa dan harta kekayaan Abu Lahab dihabiskan untuk menghalang baginda. Juteru kedurjanaannya itu Abu Lahab dikira lambang lahak penentang dan penggangguk Rasulullah SAW. Saya tidak hendak menyamakan Anwar dengan Rasulullah SAW. Tapi dikenangkan banyaknya gangguan terhadap gerakannya, dekat banyaknya gangguan Abu Lahab terhadap baginda. Cuma dapat disebut semua bentuk gangguan terhadap perjuangan suci di mana-mana di dunia dan bila-bila saja adalah mewarisi angkara kedurjanaan si Abu Lahab bedebah itu. Baik ia terjadi jarang-jarang atau bertubi-tubi ia adalah perangai jahat Abu Lahab. Kempen perubahan yang dikepalai bersama Anwar, Ustaz Nik Aziz, Ustaz Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang adalah pejuangan suci bagi menegakkan keadilan, kebebasan dari sebarang penindasan dan menuntut pentadbiran yang bersih. Sekalipun perjuangan bersama PAS, PKR dan DAP melalui Pakatan Rakyat itu adalah campuran beberapa kebebasan, tetapi ia mencakup semua kemahuan sejagat. Bagi PKR yang didepankan keadilan dan anti penyelewangan, bagi DAP demokrasi yang sempurnam anti rasuah dan pentadbiran yang baik dan saksama, manakala PAS kebebasan aqidah dan berkebajikan, tetapi semuanya adalah dalam satu dan suci. Jika dalam gerakan saki baki kotor Abu Lahab itu baginda berarak beratus batu dari Madinah bagi fathul Mekah secara aman tanpa pertumpahan darah, maka rakyat sekarang – dari Kedah dan Perak di ssebelah utara, dari Kelantan, Terengganu dan Pahang di timur, dari Johor dan Melaka di selatan dan Selat Melaka di barat, semua sedang berada di lebuhraya menuju fathul Putrajaya. Keika perubahan sudah berada di ambang semua pintu gerbang Putrajaya inilah gejala gangguan Abu Lahab dilihat menjadi-jadi. Betapa besar dan berat ujian yang dihadapi baginda Rasulullah untuk membebaskan Mekah, maka tidak pula sikit dan ringannya ujian yang dilalui Anwar dalam pembebasan Putrajaya bersama-sama rakan-rakannya. Bukan senang membebaskan Putrajaya untuk semua dan yang dinamakan perjuangan itu tentulah banyak ujian. Moga-moga semua ujian itu tidak menyekat. | ||||
Lagi bukti majlis Najib dakwa diubahsuai Posted: 18 Sep 2012 11:04 PM PDT Warga maya mendakwa gambar yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times telah diubahsuai untuk membuat orang ramai di perhimpunan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan Ahad lepas nampak lebih ramai. Gambar itu, yang mempunyai salinan tepat orang ramai di latar belakangnya, mula tersebar di Facebook sejak Ahad lalu. Gambar itu juga telah menarik perhatian blogger termasuk yang pro-Pakatan Rakyat blogger, Milo Suam, yang secara menyindir menulis: "Besarkan mata anda luas-luas dan cuba perhatikan ada lebih 10 ekor hantu muncul di belakang Najib." Sementara itu, pereka grafik terkenal Kukubesi secara berseloroh menggalakkan artis grafik di sebalik gambar itu belajar dengannya "supaya mereka boleh mengedit dengan lebih baik". Gambar itu, yang disiarkan bersama dengan berita bertajuk 'Najib: United front crucial for Umno's success in polls' di lamanweb New Straits Times, telah dikeluarkan. Cerita itu mendakwa sejumlah 15,000 orang hadir di majlis Najib di Pekan Ahad lepas. Seorang lagi blogger yang menggunakan nama uppercaise, mendakwa gambar itu mula-mula diterbitkan oleh agensi berita nasional, Bernama. Ini tidak dapat disahkan pada masa penulisan ini. Usaha untuk menghubungi Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Abdul Jalil Hamid tidak berjaya dan mesej teks juga tidak berjawab. Ini adalah kali kedua dalam beberapa minggu ini di mana kesahihan gambar yang memaparkan Najib bergaul dengan orang ramai, telah dipertikaikan. Insiden terakhir melibatkan gambar Bernama di majlis rumah terbuka Najib di Putrajaya. Bernama telah menafikan dakwaan tersebut. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan