Selasa, 11 September 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Peringatan buat penender Langat 2

Posted: 11 Sep 2012 03:31 AM PDT

 
Menurut Menteri Besar Selangor, kerajaan negeri mempunyai kuasa tertentu yang termaktub dalam perlembagaan dan Kanun Tanah Negara.



SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan para penender projek loji rawatan air Langat 2 agar menyedari bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa yang termaktub dalam perlembagaan.

"Kerajaan negeri mengingatkan pemohon tender bahawa kita ada kuasa tertentu yang  termaktub dalam perlembagaan dan Kanun Tanah Negara.

"Kuasa ini termasuklah memasuki tapak, kebenaran merancang dan lain-lain," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Kerajaan Persekutuan yang membuka tender Langat 2, walaupun sedia maklum ia gagal untuk mendapat persetujuan kerajaan Selangor untuk meneruskan projek tersebut.

Menurut beliau, tindakan Kerajaan Persekutuan membuka tender Langat 2 adalah di bawah tanggungjawab mereka.

Beliau berulang kali menegaskan kerajaan Selangor tidak akan bersetuju mengenai projek Langat 2, selagi penyusunan semula air tidak dilakukan.

Ketika ditanya sama ada Kerajaan Selangor akan mengambil tindakan undang-undang, Abdul Khalid berkata beliau bercadang untuk menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Media melaporkan hari ini bahawa iklan tender telah disiarkan melalui laman web Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) iaitu sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Tarikh tutup tawaran tender itu ialah pada 20 November dan taklimat mengenainya akan diadakan di Menara Multi Purpose di Kuala Lumpur esok.

Milik kerajaan negeri


Sementara itu, Abdul Khalid berkata mana-mana tanah negeri yang pernah digunakan untuk tujuan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), tetapi tidak dirizabkan adalah milik kerajaan negeri.

Kerajaan Selangor mengambil berat hal ini, ekoran cadangan Kerajaan Persekutuan untuk menswastakan KTMB kepada sebuah syarikat swasta.

Rancangan ini katanya, akan mengakibatkan aset dan pegangan milik KTMB dianggarkan RM50 bilion jatuh kepada syarikat terlibat.

"Jesteru, ia bertentangan dengan hasrat awal kerajaan negeri menyerahkan hartanah itu kepada KTMB memandangkan KTMB adalah syarikat utiliti milik penuh Kerajaan Persekutuan.

"Penyerahan harta telah dibuat atas semangat federalisme antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan," katanya.

Tiada Tindakan Ke Atas Nasharudin Mengecewakan Media PB

Posted: 11 Sep 2012 03:25 AM PDT

 MSO

Tindakan bijak Majlis Syura Ulamak dan juga Jawatankuasa Pas Pusat tidak membincang dan mengenakan apa-apa tindakan ke atas Nasharudin Mat Isa berjaya mengecewakan beberapa pihak yang mengharap Pas akan berpecah belah menyebabkan pihak berkenaan mengeluarkan ulasan dan pandangan sinis memukul Pas dengan tindakan itu.


Nasharudin membuat kenyataan bersama semasa di Sarawak.
Media penjilat buntut membuat tuduhan kononnya golonagn Anwar Ibrahim kecewa dengan keputusan Pas itu. Ulas akhbar berkenaan, golongan Anwar sebelum ini beriya untuk melihat Nasharudin dipecat oleh Pas sehingga memfitnah Anwar mengecek Nik Aziz agar bertindak ke atas Nasharudin.

Beberapa individu, termasuk seorang tokoh 'jubah carik' telah digunakan akhbar berkenaan dan individu itu juga sanggup membuat fitnah kononnya pemergian Anwar ke Kota Bharu berjumpa Nik Aziz bagi mempengaruhi Nik Aziz agar bertindak ke atas ahli Parlimen Bachok berkenaan.

Nik Aziz selaku Mursyidul Am hadir ke mesyuarat berkenaan kemudian menyerahkan kepada timbalannya Dr Haron Din untuk mempengerusikan mesyuarat yang diadakan malam kelamarin. Tindakan Nik Aziz itu adalah sebagai mengambil jalan selamat dalam kes berkenaan. Semua harus faham sebelum ini Nik Aziz pernah 'menghalau' Nasharudin keluar Pas kerana tindak tanduk bekas timbalan presiden Pas itu menjadi sampah kepada Pas apabila mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pemimpin tertinggi Umno untuk menjalinkan kerjasama politik.

Keputusan Majlis Syura Ulamak itu juga mengecewakan seorang bekas ahli Pas yang dilihat intim dan mahu melihat Nasharudin menjadi sahabatnya dalam menyerang dan memburukkan Pas. Individu itu menuduh kenyataan Abdul Hadi Awang yang menjelaskan isu Nasharudin tidak disentuh dalam mesyuarat sebagai satu retorik semata-mata. Beliau mempersoalkan masakan selama mesyuarat tidak sedikit pun bincang hal Nasharudin. Pertanyaannya, kenapa anda perlu mempersoalkan tindakan Pas itu sedangkan anda bukan sesiapa lagi dengan Pas melainkan beas.

Bekas lebih kurang macam mangkuk tandas sahaja?

Bekas ahli Pas itu beriya-iya supaya isu Nasharudin disentuh, dan lebih diingini lagi Nasharudin dikenakan tindakan pecat sepertinya kerana kalau Nasharudin dipecat mudahlah untuk beliau menjalankan perniagaan bersama Nasharudin menyerang Pas. Jelas sekali niat busuk individu berkenaan yang kononya padat dengan ilmu agama, intelektual dan seorang yang khatam Qur'an sewaktu 12 tahun. Individu itu mungkin sudah termakan ajakan Mahathir Mohamad agar berkawan dengan syaitan dikenali.

Sudah tentu dengan adanya rakan dia akan dapat membuat penjelajahan di seluruh negara mengkritik Pas dalam masa sama memburukkan Anwar Ibrahim. Dan apa diharap disebalik penerangan itu ialah wang upahan dari agensi tertentu di alam Umno. Individu berkenaan kini kekeringan wang setelah tidak lagi menjawat jawatan tinggi dalam politik. Apakah dia terdesak untuk menguruskan rumah tangganya yang mempunyai dua dapur?

Setiap majlis penerangan dan serangan Pas diadakan individu berkenaan bersama sebuah Ngonya akan menerima upahan dikatakan di antara RM50,000 hingga RM100,000. Sejumlah wang telah disalurkan kepada Ngo berkenaan untuk tujuan upahan dan bayar kepada kerja-kerja memburukkan Pas. Sebuah kementerian telah menyumbang sebanyak RM300,000 kepada Ngo berkenaan bagi tujuan pembukaan opis dan pembelian peralatan fitnah.

Kesimpulannya tindakan bijak Majlis Syura Ulamak yang tentunya atas nasihat Jawatankuasa Kerja Pas itu mematikan langkah individu berkenaan yang sudah lama bersekongkol dengan media penjilat buntut. Media itu juga kekeringan modal untuk menghentam Pas dan terpaksa membelek isu lama dan mengambil semula sekalian orang yang dicemuhnya selama ini untuk dijadikan sumber.

Dalam pada itu saya cukup yakin selepas ini Nasharudin akan sekali lagi digunakan untuk membuat kenyataan-kenyataan menyinggung Pas bagi membolehkan dendam mereka tercapai untuk melihat Pas berpecah belah sesama sendiri. Justeru kalau Nasharudin masih mengenang Pas beliau harus berhati-hati dan tidak mengeluarkan pendapatan yang boleh menimbulkan kontroversi. Manakala ahli Pas terutamanya pemimpin atasan tidak perlu membuka mulut lagi untuk mengulas apa-apa yang bakal terjadi.

Rafizi: Mukhriz akui tender terbuka AP ‘untungkan negara’

Posted: 11 Sep 2012 03:21 AM PDT

SINAR HARIAN
SHAH ALAM – Kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mengesahkan anggaran permit import (AP) akan menarik bidaan setinggi RM60,000 setiap satu jika dikendalikan secara telus melalui tender terbuka dilihat mempunyai kesan yang besar kepada kewangan negara.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, jika jumlah AP yang dikeluarkan mencecah 70,000 setiap tahun seperti yang dianggarkan, negara dan rakyat kehilangan hasil sekitar RM3 bilion hingga RM3.5 bilion setiap tahun.

Katanya, Miti, menurut Timbalan Menterinya,  Datuk Mukhriz Tun Mahathir, kini hanya mengenakan caj RM10,000 ke atas setiap AP apabila ia diagihkan kepada pihak-pihak tertentu tanpa melalui proses tender terbuka.

"Bagi setiap AP, negara dan rakyat rugi sehingga RM50,000 dan jumlah itu masuk poket pihak berkepentingan yang mengaut untung besar akibat dasar tidak telus Umno-Barisan Nasional (BN).

"Jumlah RM3 bilion hingga RM3.5 bilion ini adalah lebih tinggi berbanding anggaran yang dibuat PKR dalam menentukan sumber kewangan untuk menampung dasar menurunkan harga kereta melalui pemotongan cukai eksais secara berperingkat.

"Ia juga membuktikan kemampuan kewangan kerajaan untuk melaksanakan dasar ini, jika Umno-Barisan Nasional benar-benar serius mendengar desakan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Mukhriz dipetik berkata, strategi pembangkang ialah menggunakan isu-isu yang bersifat populis seperti hendak hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hapuskan tol dan turunkan harga kereta.

"Mereka tidak jelaskan dari mana datangnya duit malah ada pemimpin PKR mengatakan untuk mengumpul dana kerajaan, mereka akan jual AP kereta menggunakan kaedah opsyen.

"Seperti kita tahu, kalau guna kaedah itu, orang yang menawarkan harga tertinggilah yang akan menang. Jadi daripada anggaran kami setiap AP akan berharga RM50,000 hingga RM60,000. Kalau itu dilakukan, bagaimana nak turunkan harga kereta? Itu baru AP, belum kira lagi harga kereta tersebut," katanya.

Tambah Rafizi, beliau mengalu-alukan maklum balas pertama Mukhriz terhadap isu penurunan harga kereta memandangkan kementeriannya adalah antara pihak yang bertanggungjawab menggubal dasar automotif negara.

Dalam masa sama, ujar Rafizi, kenyataan Mukhriz juga menggambarkan beliau masih belum faham mekanisme yang boleh diguna pakai bagi menurunkan harga kereta kerana terlalu terbawa-bawa pandangan tauke dan pengedar kereta yang membuat untung berlebihan dari sistem AP sedia ada.

"Rungutan beliau, kononnya harga AP yang tinggi jika dilelong secara terbuka akan menyebabkan harga kereta bertambah tinggi membayangkan beliau mahu mempertahankan kadar keuntungan berlipat kali ganda yang kini dinikmati pihak-pihak berkepentingan ini.

"Menurut perkiraan beliau, bila kadar keuntungan ini dipertahankan, sebarang peningkatan kos kepada pengedar kereta akibat harga AP yang lebih tinggi perlu ditanggung oleh rakyat," ujarnya lagi.

 Sehubungan itu, PKR mengesyorkan pengedar-pengedar berkepentingan ini bersaing sesama mereka dengan mengurangkan kadar keuntungan demi mendapatkan pelanggan.

Jelas Rafizi lagi, apabila harga AP meningkat dan harga kereta mula turun, mereka tidak ada pilihan melainkan mengurangkan kadar keuntungan yang tidak berpatutan yang mereka nikmati selama ini.

Dalam perkembangan berkaitan, PKR turut mempelawa Mukhriz hadir ke Forum #turunhargakereta yang diadakan pada hari Khamis ini untuk mengetahui mekanisme parti itu untuk menurunkan harga kereta.

Forum itu akan bermula jam 8 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor yang bakal menemukan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad, Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan, Rafizi dan Nik Nazmi Nik Ahmad iaitu Pengarah Komunikasi PKR.

Polis Panggil Wartawan Suara Keadilan, Jurufoto Kawad Cam Samseng Umno

Posted: 11 Sep 2012 03:12 AM PDT

 
KELAB GREENBOC

Polis memanggil wartawan dan jurufoto akhbar Suara Keadilan menjalani kawad cam hari ini bagi mengenalpasti samseng yang terlibat dalam insiden provokasi dan serangan ke atas bas jelajah Merdeka Rakyat Sabtu lalu.

Kedua-dua mereka adalah Aedi Asri dan Yuisriah Yusof.

Mereka membuat liputan sepanjang program siri kedua jelajah itu ke selatan bermula Jumaat lalu.

Menurut Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulakmar Radin Shamsudin, polis menghubungi pihaknya kira-kira jam 1.30 petang semalam memaklumkan perkara itu.

Turut menjalani proses itu, krew bas jelajah, Maisuri Zainal dan Abdul Hadi Suhaimi serta semua petugas yang mengikuti konvoi tersebut.

"Kawad cam akan diadakan pada jam 3 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.

"Ia melibatkan petugas yang berada di dalam bas (ketika serangan berlaku)," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Pada 8 September lalu, sekumpulan 30 samseng Umno menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat dengan membaling batu, botol air mineral dan menyimbah cat ketika bas tiba di Majlis Sambutan Aidilfitri KEADILAN Jasin di Kampung Kelubi, Melaka.

Ia berlaku kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.

KEADILAN kemudian membuat laporan polis berhubung insiden itu di IPD Jasin pada jam 8.43 malam hari yang sama.

Berhubung kawad cam itu, Radin memberitahu, semua yang dipanggil akan menjalani proses berkenaan petang ini bagi membantu siasatan polis.

Katanya, mereka sekali lagi akan bergerak menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat bersama-sama menuju ke IPD Jasin.

Minggu lalu, pada jelajah sulung Merdeka Rakyat ke empat buah negeri, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan.

Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dewan solat. -KD



LIHAT VIDEO DI SINI


Sanggup hadapi saman Kerajaan Negeri Selangor

Posted: 11 Sep 2012 03:05 AM PDT

NURKHAIRINI JUMARI

Peter Chin Fah Kui
Peter Chin Fah Kui

PUTRAJAYA –  Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tetap akan diteruskan walaupun Kerajaan Persekutuan bakal berhadapan tindakan undang-undang daripada Kerajaan Negeri Selangor, tegas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Malah menurutnya, pembinaan Loji Rawatan Air itu mesti disegerakan dan keseluruhan projek berkenaan perlu disiapkan menjelang 2016 bagi mengelakkan krisis bagi penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kalau dia (Kerajaan Negeri) hendak ambil tindakan undang- undang, itu hak dia, terpulanglah sebab dia ada kuasa tetapi kita kena tahu apabila kita ambil sesuatu tindakan. Apakah kesannya terhadap  bekalan air untuk rakyat akan datang.

"Kita hendak teruskan pembinaan loji ini, anda (Kerajaan Negeri) boleh cuba untuk menghentikan. Kalau anda pergi ke Mahkamah untuk memberhentikan proses pembinaan ini, anda kena ambil tanggungjawab dan kesannya  projek ini tidak diteruskan kepada rakyat," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 hasil dari keputusan Jawatankuasa Khas Kabinet Isu Air, setelah mendapat nasihat daripada Peguam Negara.

"Sampai bila hendak pertikai itu ini?. Tender juga telah dibuka, diiklankan di Akhbar dan juga laman web. Kita lakukan ini setelah mendapat khidmat nasihat dari Peguam Negara.

"Kita tidak mahu melengahkan pembinaan Loji Rawatan Langat 2 ini. Tarikh tutup tender terbuka adalah 30 November ini dan kita akan lakukannya secepat mungkin bagi mengelakkan krisis air berlaku," katanya.

Peter Chin berkata,  rundingan air antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor akan terus mengalami kebuntuan sekiranya kerajaan negeri berkenaan tidak bersedia untuk mengasingkan isu urusan penstrukturan semula bekalan air negeri daripada pembinaan loji rawatan air Langat 2.

"Kerajaan Selangor tidak seharusnya mengaitkan kelulusan untuk membina loji rawatan air Langat 2 dengan urusan penstrukturan semula bekalan air negeri yang sedang dirundingkan dengan Kerajaan Persekutuan.

"Langat 2 adalah perkara lain. Ia sebuah projek prasarana yang perlu dilaksanakan. Ia bukan suatu perjanjian komersial," katanya.

Menurutnya, pembinaan Loji Rawatan Langat 2 ini dilihat sebagai keperluan mendesak kerana kawasan Lembah Klang, Selangor dan Putrajaya bakal berhadapan krisis air 2016 jika projek ini tertangguh.

"Kerajaan Persekutuan sudah mengambil langkah menerusi pelan mitigasi untuk mengatasi masalah ini lebih awal dan menambah kapasiti air di Lembah Klang terutama untuk Selangor sehingga 2016.

"Loji Rawatan Air Langat 2 perlu dibina segera kerana bekalan air tidak cukup. Permintaan air terawat meningkat dan kita perlu loji baru. Nak bina loji baru perlukan masa dan kenalah mulakan sekarang," katanya.

Katanya, Kerajaan Pusat memperuntukkan lebih RM600 juta bagi melaksanakan pelbagai pelan mitigasi untuk mengelakkan krisis bekalan air, termasuk membina Empangan Sungai Labu serta loji rawatan air dengan kos RM278 juta.

Selain itu, kerajaan membelanjakan lebih RM100 juta bagi memperbaiki paip air pecah berikutan keengganan Kerajaan Selangor menggantikan paip yang kebanyakannya usang.

Bersih 3.0: Chegubard fail permohonan ketepi tuduhan

Posted: 11 Sep 2012 03:00 AM PDT

JAMILAH HAMZAH

KUALA LUMPUR - Badrul Hisham Shaharin, dari PKR, hari ini memfailkan dua permohonan untuk mengetepikan tuduhan ke atasnya yang berkaitan dengan perhimpunan Bersih 3.0.

Menurutnya, permohonan itu dibuat atas alasan keputusan tidak membenarkan Bersih 3.0, di Dataran Merdeka pada 28 April lalu, satu tindakan yang salah.

"Daripada surat ini, saya buat dua permohonan untuk batalkan pertuduhan dikenakan kepada saya.

"Keputusan untuk tak benarkan Bersih itu keputusan yang salah, separuh rakyat menyokong untuk menyertainya," kata beliau kepada pemberita di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; timbalan presidennya Azmin Ali dan Badrul Hisham atau dikenali sebagai Chegubard berhadapan dengan tuduhan berkaitan dengan perhimpunan Bersih 3.0 Mei lalu.

Ketiga-tiga mereka dikenakan tuduhan bersubahat berkaitan dengan perhimpunan itu, yang diadakan di kawasan berhampiran Dataran Merdeka.

Pada 22 Mei lalu, Anwar, Azmin dan Badrul meminta dibicarakan atas tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dalam pada itu, Badrul Hisham berkata, satu tuduhan yang dikenakan kepadanya di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak munasabah di mana bahagian utama Seksyen 4(1) membenarkan haknya dilaksanakan.

Tambahnya, beliau mempunyai  hak untuk berhimpun atau sertai sesuatu perhimpunan secara aman yang mana selaras dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan perhimpunan Bersih 3.0 diisytiharkan secara aman.

"Saya percaya dan telah dinasihatkan untuk oleh peguam cara bahawa perintah tersebut harus terbatal secara undang-undang.

"Secara alternatif saya katakan pihak pendakwaan bertindak secara mala fide apabila tafsirkan perhimpunan itu sebagai protes jalanan dan dengan pertuduhan itu boleh dikatakan hak perlembagaan saya dicabuli," katanya.

Selain itu, Badrul Hisham berkata satu lagi pertuduhan terhadapnya dibawah Seksyen 34,109 dan 188 Akta Kanun Keseksaan untuk berhimpun di Dataran Merdeka telah dicabuli.

"Sebelum ini pada Bersih 1 dan 2 sebelum ini telah mendapat sambutan rakyat dan Bersih 3.0 juga tidak disembunyikan tentang hajat untuk adakan perhimpunan di Dataran Merdeka.

"Pada dua minggu sebelum perhimpunan tiada sebarang petunjuk keganasan, gangguan awam atau bahaya kepada nyawa," katanya.

Badrul Hisham juga berkata, Dataran Merdeka bukan kawasan larangan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mempunyai kuasa untuk menghalang atau tidak meluluskan perhimpunan aman yang di bawah Bersih 3.0 dengan slogan "Duduk dan bantah di Dataran Merdeka".

2,700 jemaah haji pantai timur mula berlepas 28 September

Posted: 11 Sep 2012 02:58 AM PDT

SINAR HARIAN

KUALA TERENGGANU - Seramai 2,700 jemaah haji Pantai Timur dijadual berlepas melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini mulai 28 Sept ini.

Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Terengganu, Mohammad Mokhzani Mokhtar berkata dari jumlah itu, seramai 1,700 adalah jemaah dari Terengganu manakala selebihnya sebahagian jemaah dari Kelantan dan Pahang.

"Pada musim haji tahun ini, LTSM di sini mengadakan enam penerbangan pergi dan enam penerbangan balik yang bermula pada 28, 29 dan 30 Sept terus ke Madinah manakala tiga penerbangan lagi iaitu pada 9, 10 dan 11 Okt terus ke Jeddah.

Katanya, enam penerbangan pulang bermula pada 12 Nov dan penerbangan terakhir pada 25 Nov depan.

Mohammad Mokhzani mengingatkan jemaah supaya menjaga kesihatan untuk mampu melakukan ibadat dengan baik di Tanah Suci.

"Paling utama, jemaah haji perlu jaga imej baik sebagai jemaah haji Malaysia," katanya. - Bernama

Restoran milik keluarga Shahrizat ditutup di Singapura

Posted: 10 Sep 2012 11:28 PM PDT


Shahrizat Jalil: Dilaporkan telah tutup — Meatworks, Brawn Steakhouse dan Churrascaria Senor Santos. — Foto fail
KUALA LUMPUR — Tiga restoran di Singapura yang dimiliki oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dilaporkan ditutup, dan berakhirnya perniagaan keluarganya di republik tersebut.
 Akhbar Straits Times di Singapura melaporkan, restoran tersebut, Meatworks, Brawn Steakhouse dan Churrascaria Senor Santos telah tutup selepas pasar raya Farmhouse telah ditutup di Rochester Mall di Buona Vista.

Akhbar itu melaporkan Meatworks telah menutup cawangannya di ION Orchard pada 4 September dan Brawn Steakhouse cawangan Marina Bay telah ditutup pada Julai, yang akan digantikan oleh Erwin's Gastrobar.

Keluarga ketua wanita Umno itu telah dituduh oleh pembangkang kerana menyalahgunakan dana kerajaan persekutuan untuk Syarikat Fidlot Kebangsaan (NFCorp) yang menguruskan projek penternakan lembu negara untuk kepentingan peribadi, yang mereka nafikan, bagaimanapun mereka mengakui sebahagian dari dana itu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Bangsar dan Singapura.

Rentetan dari kontroversi itu menyebabkan tekanan kepada Shahrizat untuk meletakkan jawatan sebagai menteri wanita, keluarga dan masyarakat pada 11 Mac yang lalu.

Sehari kemudian, suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah didakwa atas pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan RM49 juta dana persekutuan yang diberikan kepada NFCorp.

Tarikh perbicaraan akan berlangsung pada 5 November.

Ketika dihubungi oleh pengurus Meatworks di Mont Kiara mengesahkan bahawa cawangannya di Singapura telah ditutup tetapi tidak diberitahu maklumat selanjutnya.

Skandal NFCorp juga dijangka menjadikan undang-undang melindungi pengadu dalam keadaan samar selepas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli didakwa pada 1 Ogos kenana mendedahkan data NFCorp.

KWSP beli saham FGVH selepas mencecah paras terendah

Posted: 10 Sep 2012 11:08 PM PDT


KUALA LUMPUR — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) walaupun sebagai saham gergasi perladangan tersebut tenggelam ke paras terendah baru semalam, ditutup pada RM4.68 sesaham atau hanya 13 sen di atas harga pengeluaran.

Menurut pengajuan Bursa Malaysia, pegangan dana pencen terbesar negara di FGVH telah meningkat 5.4 peratus sejak 3 September, sehari sebelum FGVH menjunam di bawah tanda RM5.

Dana pencen juga baru-baru ini membelanjakan RM2.4 bilion untuk mengambil alih tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh yang akan bertukar menjadi sebuah perbandaran.

Adalah wajib bagi pekerja-pekerja sektor swasta untuk menyumbang kepada dana itu, yang diuruskan oleh wakil-wakil dari kerajaan dan kesatuan.

KWSP kini memegang kepentingan 6.98 peratus dalam kumpulan, meningkat daripada 6.62 peratus pada 3 September dan naik mendadak lebih tinggi daripada kepentingan 5.01 peratus pada 12 Julai.

Kumpulan perladangan terebut dilaporkan mengalami keuntungan yang mengecewakan bagi suku kedua, turun 32.5 peratus daripada tahun sebelumnya disebabkan oleh tuaian minyak sawit yang rendah, kenaikan dalam kos operasi, dan sumbangan yang lebih rendah daripada gula subsidiari MSM Holdings.

FGVH adalah tawaran awal awam kedua terbesar di dunia tahun ini dan sahamnya meningkat 20 peratus pada hari pertama dagangan kepada RM5.46 tetapi telah dalam proses menurun.

Industri minyak sawit Malaysia juga telah berada di bawah tekanan daripada harga rendah, yang telah menurun lebih daripada lapan peratus tahun ini.

Buasir Saham bagi komoditi itu mencecah 2.13 juta tan, satu rekod 10 bulan semalam menghantar harga yang lebih rendah untuk hari kelima berturut-turut.

FGVH juga boleh berjuang dengan penuaan pokok-pokok kelapa sawit berjumlah 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang kelapa sawit bertaraf antara yang tertinggi dalam industri dan latihan penanaman semula, bermakna lebih banyak kerugian pendapatan bagi kumpulan itu dalam tempoh untuk pokok-pokok matang.

FGVH juga dilaporkan mengalami produktiviti dari segi tan per hektar yang ketiga terendah di kalangan firma perladangan utama Malaysia.

HwangDBS Vickers Research mempunyai panggilan "MENUNGGU" pada FGVH mengatakan bahawa ia menawarkan terhad terbalik dengan harga sasaran RM5.05 tetapi kaunter juga menawarkan aliran tunai yang mantap dan 50 peratus dasar pembayaran dividen.

Malaysia adalah pengeluar kelapa sawit kedua terbesar di dunia, selepas Indonesia yang selama bertahun-tahun membekalkan keperluan tenaga kerja bagi ladang Malaysia.

Tetapi, aliran pekerja Indonesia telah dihentikan pada tahun-tahun kebelakangan ini, mendorong Malaysia untuk mengkaji semula larangan ke atas pekerja Bangladesh.

Penanam berkata Malaysia memerlukan tambahan 40,000 pekerja asing untuk memenuhi sasaran tahun ini iaitu output sebanyak 19.3 juta tan.

Posted: 10 Sep 2012 10:57 PM PDT

PR dan BN: Sama tetapi berbeza

Nurul Izzah Anwar
 
 

Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mempunyai persamaan pada perkara-perkara pokok kenegaraan. Perbezaan yang wujud adalah mengenai pendekatan prinsip pemerintahan dan soal demokrasi. 

Secara ringkasnya ada lima persamaan dan lima perbezaan tersebut.Lima persamaan pokok iaitu; institusi Raja-raja Melayu sebagai Ketua Negara, Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Kedudukan Istimewa orang-orang Melayu dan penduduk Bumiputera.

Rakyat harus sedar, kelima-lima tiang ini terpelihara dan tidak berubah, tidak kira siapa yang memerintah di Putrajaya.

Justeru, tidak perlu lagi mana-mana pihak cuba menimbulkan sengketa melalui media, ceramah atau tulisan – melagakan kedua-dua gagasan politik ini mengenai lima perkara pokok yang menjadi persamaan.

Perbezaan utama adalah prinsip pemerintahan negara atau mengenai di mana letaknya 'kuasa memerintah' – iaitu sama ada kuasa di tangan rakyat atau kuasa di tangan elit -  dalam bentuk demokrasi atau autokrasi.

Lima perbezaan prinsip dan pendekatan pemerintahan itu atau '5P'- adalah mengenai pentadbiran pro-rakyat; peranan Parlimen; proses pilihan raya; isu perkauman dan hala tuju pembangunan ekonomi.

Perbincangan nasional  hendaklah mencari jalan terbaik untuk menjadikan negara kita sebuah negara membangun lagi berdaya-saing dalam dunia tanpa sempadan.

Negara semakin merosot dalam prestasi tangga daya-saing, aliran wang haram, penarikan pelaburan asing, kualiti pendidikan, jurang pendapatan melebar dan peningkatan kos sara hidup.

Tumpuan perbincangan nasional semestinya berkisar kepada lima perbezaan pokok di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dan tidak dikalihkan pandangan kepada lima persamaan yang tidak perlu lagi didebatkan.

Sekiranya mahu ada perdebatan di antara kedua-dua pemimpin ia hendaklah menjawab mengapa wujudnya lima perbezaan pokok tadi.

Mengapa pentadbiran negara pro-elit dan bukan pro-rakyat sehingga rasuah dan ketirisan ekonomi sebanyak RM1 trilion dibenarkan mengalir kepada golongan elit selama ini  – atau apabila perundangan gagal melindungi hak rakyat seperti dalam kes-kes rogol bawah umur – jentera dan agensi kerajaan digunakan untuk kepentingan elit dan menindas rakyat dengan mudah – salah-guna statistik indeks jenayah yang tidak berpijak ke bumi nyata -  tiada ketelusan dalam pembelian aset negara seperti kapal selam – tiada kawal-selia mengenai projek-projek infrastruktur yang tinggi harganya seperti MRT?

Mengapa Parlimen tidak diberi hak mewakili rakyat dengan prinsip demokrasi pemisahan kuasa (separation of powers) yang memberikan kuasa memantau kementerian-kementerian dan aspek utama pentadbiran termasuk meletakkan Petronas di bawah kawal-selia Parlimen serta diberi hak merafitikasikan semua perjanjian antarabangsa seperti Mafta yang ada kesan terhadap industri berbahaya seperti Lynas dan RAGM di Raub, perjanjian penyerahan Pulau Batu Putih dan Tanah KTM Tanjung Pagar ke Singapura atau perjanjian penyerahan Blok L dan M yang kaya minyak kepada Brunei?

Mengapa pembangunan ekonomi menggunakan dasar-dasar pengherotan pasaran dan pemusatan kuasa ekonomi kepada beberapa individu dibenarkan sehingga – tangga gaji rakyat membeku manakala kos sara hidup meningkat – harga kereta dan rumah tinggi  – kos pendidikan yang tinggi memaksa rakyat berhutang besar – harga bekalan elektrik, bekalan air  dan tol lebuh raya hanya menguntungkan yang elit – penswastaan berat sebelah yang merugikan rakyat dengan bailout besar-besaran seperti MAS, Indah Water, Star dan  LRT.

Oleh itu apabila rakyat mendengar, membaca atau melihat sesuatu berita, hujah atau ceramah – adalah menjadi tanggungjawab untuk menilai dengan kerangka  'Lima yang sama dan lima yang beza di antara PR dan BN'.

Staf ‘TNB’ tipu warga emas RM10,000

Posted: 10 Sep 2012 10:49 PM PDT

KL TODAY

 

Seorang warga emas kerugian kira-kira RM10,000 apabila diperdaya dua penyangak yang menyamar sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di rumahnya di sebuah kampung di Lubok Cina, di sini.Difahamkan, dalam kejadian jam 11.30 pagi Selasa lalu, mangsa yang juga ibu tunggal berusia 79 tahun berada di rumahnya seorang diri.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, wanita itu didatangi dua lelaki menaiki Perodua Myvi berwarna putih dengan mendakwa dari TNB Alor Gajah dan memberitahu mahu melakukan pemeriksaan elektrik di setiap rumah. "Mangsa yang tidak mengetahui niat sebenar suspek membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumah untuk melakukan pemeriksaan pada peralatan elektrik.

"Seorang suspek berpura-pura melakukan pemeriksaan peralatan elektrik di dalam rumah, manakala rakannya mengambil gambar dalam dan luar rumah," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, seorang suspek kemudian menyuruh wanita itu mengambil kad pengenalan untuk direkodkan ke dalam buku catatan sebelum pemeriksaan selanjutnya dilakukan. 

Katanya, tanpa berfikir panjang, mangsa masuk ke dalam bilik dan mengambil kad pengenalan dalam beg sebelum meletakkan semula beg itu di atas katil.

"Mangsa menyerahkan kad pengenalannya kepada seorang suspek yang bertindak mengisi butirannya. Selepas 15 minit di sekitar rumah mangsa, kedua-dua suspek menyatakan tugas mereka sudah selesai lalu meminta diri sebelum menghilangkan diri.

"Beberapa minit selepas suspek beredar, mangsa masuk ke dalam biliknya dan mendapati wang dalam sampul surat berjumlah RM750 hilang," katanya.

Menurutnya, selain wang tunai, satu rantai leher, dua rantai tangan dan dua bentuk cincin emas disimpan dalam beg turut lesap.

Umar berkata, wanita itu mengalami kerugian dianggarkan RM10,000 selepas wang tunai dan barang kemasnya dilarikan dua lelaki terbabit.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berkulit cerah, seorang daripadanya memiliki susuk tubuh kurus dan tinggi, manakala rakannya berbadan rendah.

"Polis menasihatkan orang ramai berhati-hati sekiranya didatangi individu berkenaan dan segera menghubungi balai polis berhampiran atau talian 06-5562222 untuk tindakan lanjut," katanya.

Suaram dakwa dianiaya kerana fail kes Scorpene

Posted: 10 Sep 2012 10:33 PM PDT


MALAYSIA KINI

 
NGO hak asasi Suaram mendakwa pertubuhan itu menjadi sasaran penganiayaan oleh pihak berkuasa kerana memfailkan kes di mahkahamh Perancis berhubung isu pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Pengarah eksekutif Suaram, E Nalini dalam satu kenyataan berkata kerajaan BN malah menggunakan agensi kerajaan dan penjawat awam untuk tujuan itu.

"Jelas bahawa ini merupakan tindakan terdesak kerajaan untuk mencemarkan nama baik Suaram dan perkhidmatan ikhlasnya kepada rakyat dan menghalang Suaram daripada mendedahkan lebih banyak bukti yang menjahanamkan berhubung skandal Scorpene," katanya lagi.

Tambahnya tindakan itu juga merupakan usaha untuk mengalih perhatian orang ramai daripada kegiatan dan akaun dua syarikat yang didedahkam melalui siasatan di Paris – Perimekar Sdn Bhd dan Terasasi Sdn Bhd yang kini masih belum disiasat.

Khalid Samad : Beli Senjata Tidak Berkualiti, Teguran Sultan Johor Munasabah

Posted: 10 Sep 2012 10:07 PM PDT




SHAH ALAM: Teguran Sultan Johor, Sultan Ibrahim berkenaan isu pembelian senjata yang tidak berkualiti dengan harga yang tidak munasabah adalah sangat tepat, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Teguran ini katanya mengesahkan bahawa Kementerian Pertahanan merupakan antara 'lubuk emas' untuk berlaku penyelewengan dalam sesebuah kerajaan.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, hal penyelewengan tersebut menjadi mudah kerana pembelian peralatan seperti senjata dan sebagainya adalah sulit.

"Terdapat kajian mengenai perkara ini dan memang menurut kajian, jabatan pertahanan sangat mudah terdedah kepada penyelewengan.

"Ini kerana, pembelian adalah sulit dan kebanyakan orang awam tidak tahu dan asing dengan hal tender, spesifikasi peralatan dan sebagainya," ujar beliau yang dihubungi melalui panggilan telefon sebentar tadi.

Katanya pekara ini bukan asing kerana sebelum ini negara dikejutkan dengan isu pembelian Scorpene, jet pejuang dan baru-baru ini pula isu pembelian APC (Armored Personnel Carrier) timbul.

"APC Malaysia dibeli dengan harga tiga kali ganda daripada yang dibeli oleh Amerika Syarikat sendiri, ini juga sesuatu yang harus diberi perhatian dan disiasat," dakwanya.

Beliau menambah, sebarang usaha untuk menyiasat mengenai penyelewengan peringkat atasan seperti ini perlu dilakukan oleh sebuah kerajaan yang telus, berintegriti dan berkredibiliti.

"Masalah dengan kerajaan Umno-BN, apabila orang tegur, dia kata dia akan siasat, lakukan tindakan dan sebagainya.

"Ini merupakan sesuatu perkara atau janji yang kita biasa dengar, namun akhirnya sama sahaja tiada perubahan," jelas Khalid.

Sultan Johor pada Sabtu lepas melahirkan rasa dukacita kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas tidak mencukupi, tidak bermutu serta tidak menepati spesifikasi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan semalam untuk menyiasat sendiri teguran yang dibuat Sultan Johor itu.

ANAK dakwa ada aduan SPRM terhadap pemangku DG Felda

Posted: 10 Sep 2012 10:04 PM PDT

Nigel Aw


 
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang mendakwa mewakili anak-anak peneroka Felda, mendakwa terdapat aduan rasuah dibuat terhadap pemangku Pengarah Besar agensi tersebut, Faizoull Ahmad.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, pengerusi ANAK, Mazlan Aliman mendakwa, aduan itu telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 Julai.

azlanOleh itu, katanya, beliau tertanya-tanya bagaimana Faizoull
boleh dilantik sebagai pemangku pengarah besar apabila aduan telah dibuat kepada SPRM terhadapnya.

Selain itu, dakwanya, aduan tersebut bukan dibuat oleh pihak luar tetapi oleh kakitangan dalaman Felda," kata Mazlan.

Ketika dihubungi, pejabat pengarah besar Felda berkata Faizoull keluar bandar dan tidak dapat mengulasnya.

Pegawai perhubungan awam Felda, Amran Shah masih belum memberi respon manakala usaha berulang kali untuk menghubungi pegawai tinggi SPRM dan jabatan perhubungan awam untuk mendapat komen, tidak dijawab.

Mazlan sepatutnya mendedahkan dakwaan salahlaku Faizoull hari ini, tetapi berkata, beliau hanya akan berbuat demikian sekiranya Faizoull dilantik secara rasmi sebagai pengarah besar pada 1 Oktober.

ANAK dakwa saham FGV rugikan peneroka

Posted: 10 Sep 2012 10:02 PM PDT

 
Nigel Aw


 
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendakwa peneroka yang terpaksa membuat pinjaman bagi membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) kini mengalami kerugian.

Pengerusinya Mazlan Aliman mendakwa, pengurus bank yang dirujuk persatuan itu menyatakan bahawa harga saham pada RM4.70 merupakan had di mana peneroka akan mula mengalami kerugian.
Penasihat ekonomi ANAK Rosli Yaakob pula menjelaskan perkara itu disebabkan dividen pada tahap harga berkenaan tida mencukupi untuk menampung pinjaman yang dibuat peneroka.

"Kadar faedah untuk pinjaman yang diperolehi bagi membeli saham tersebut pada harga RM4.45 adalah lebih mahal daripada dividen," katanya.

Ketika laporan ini ditulis, harga saham FGV berada pada tahap RM4.70 dan terus menjunam ke takah RM4.67 pada tengahari.
Ia kemudiannya meningkat sedikit ke takah RM4.68 apabila kaunter ditutup pada petang ini.

Harga tawaran awam permulaan untuk institusi ditetapkan pada 4.55 manakala harga runcit ditetapkan RM4.45.

Rosli menjelaskan bahawa apa-apa keuntungan tidak mencukupi untuk menampung pelbagai yuran pemprosesan untuk membeli dan menjual saham tersebut, terutama jika peneroka tersebut hanya memegang sebanyak 800 unit.

Katanya, Felda membuat penyenaraian awam itu dengan tergesa-gesa dalam keadaan pasaran saham yang tidak sihat.

Malah, sebanyak 52 peratus daripada ladang sawit Felda terdiri daripada pokok tua, katanya.

"Semasa penyenaraian, Felda berjanji bahawa FGV akan mempuyai rakan kongsi strategik, tapi kita masih belum dengar apa-apa daripada mereka sejak itu.

"Kebanyakan daripada pemegang saham adalah institusi kerajaan atau badan pengurusan dana asing," katanya.

Zahid Hamidi: Isu harga RIV untuk elit tentera disiasat

Posted: 10 Sep 2012 09:59 PM PDT

Bernama


 
Perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang diutarakan Sultan Johor Sultan Ibrahim dalam titah baginda Sabtu lepas akan disiasat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kementeriannya mengambil secara positif komen tersebut dengan menganggapnya sebagai satu keprihatinan yang ditunjukkan Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas.

"Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.

"Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeda yang akan saya teliti," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai titah Sultan Johor pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing, Johor Sabtu lepas.

Ahmad Zahid yang ditemui selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Staf Angkatan Tentera Republik China, Jeneral Ma Xiaotian di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, berkata beliau menghargai pandangan tersebut dan sekali gus menunjukkan keprihatinan baginda terhadap peralatan yang sedang dan terus digunakan oleh Rejimen Gerak Khas.

"Keprihatinan ini adalah suatu yang perlu dihargai oleh kementerian (pertahanan) dan tentunya akan diambil kira sebagai panduan terutamanya dalam pembelian aset-aset dan peralatan di bawah naungan baginda," katanya.

Sultan Johor Sultan Ibrahim pada Sabtu lepas melahirkan rasa dukacita kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi.

Baginda bertitah dalam usaha kerajaan mengawal belanjawan dan perbelanjaan, pihak Kementerian Pertahanan hendaklah meneliti satu persatu pembelian yang dibuat dan memastikan peralatan yang diperolehi bertepatan dengan keperluan dan mempunyai kualiti yang tinggi.

Di samping itu Sultan Johor juga mengingatkan pihak yang berkenaan agar tidak mengambil kesempatan dalam usaha pihak tentera melengkapkan kor itu dengan peralatan terkini.

"...janganlah bekalkan peralatan yang kurang berkualiti tetapi meletakkan harga yang berlipat kali ganda," titah Sultan Ibrahim.- Bernama

Pelajar terselamat cubaan rogol di tandas universiti

Posted: 10 Sep 2012 09:57 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Seorang pelajar sebuah universiti swasta terselamat daripada cubaan rogol di dalam tandas wanita universiti itu di Bukit Beruang di Melaka semalam.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu, pelajar wanita berusia 21 tahun itu sedang mengulang kaji pelajaran di bilik bacaan, di aras dua universiti berkenaan, sebelum ke bilik air di aras sama.
  
"Pelajar berkenaan kemudian terdengar seseorang memasuki tandas bersebelahan dan apabila keluar dia melihat kelibat seorang lelaki, sebelum matanya disembur dengan bahan memedihkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Mangsa turut cedera di pipi akibat ditumbuk ketika bergelut dengan suspek yang cuba memasukkan tangan ke dalam bajunya.
  
Raja Shahrom berkata lelaki terbabit melarikan diri selepas mangsa menjerit  meminta pertolongan.
  
Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan membuat laporan di balai polis di hospital tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata polis akan mengadakan pertemuan khas dengan pihak universiti bagi membincangkan langkah meningkatkan kawalan keselamatan di universiti berkenaan. Bernama

DPPM: Teguran Sultan Johor perlu diberi perhatian penting

Posted: 10 Sep 2012 09:37 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan memandang serius dan menyiasat dakwaan adakah benar wujudnya amalan rasuah dan ketirisan dalam pembekalan kelengkapan tentera kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera.

Ini berikutan titah ucapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar yang murka ke atas pembekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera.

"Sepatutnya kerajaan merasa malu dengan keluhan hati Sultan Johor sehingga baginda terpaksa membangkitkan perkara ini di ruang media secara terbuka," kata Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Al Hiss.

"Sebagai ketua bagi pasukan tersebut, baginda wajar membangkitkan rasa tidak puas hati mewakili seluruh anggota pasukan baginda sendiri.

"Apa yang dizahirkan oleh Sultan Johor adalah suatu kebimbangan terhadap amalan rasuah dan ketirisan yang mungkin berlaku dan menyerap masuk dalam dalam projek membekalkan kelengkapan peralatan tentera sehingga anggota pasukan elit itu menjadi mangsanya," katanya dalam satu kenyataan.

DPPM, katanya, bersetuju dengan teguran baginda supaya kementerian pertahanan memantau setiap perolehan kelengkapan berkenaan bagi memastikan ia menepati keperluan pasukan dan menjamin tahap kualitinya.

"Kerajaan juga beri perhatian terhadap teguran baginda supaya tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi dalam usaha melengkapkan pasukan Gerak Khas dengan peralatan terkini dan moden," tambahnya.

Justeru, katanya, DPPM mendesak kerajaan supaya mengkaji balik pemberian kontrak pembekalan kelengkapan tentera.

"Kontrak pembekalan kelengkapan tentera pula perlu dibuat secara tender terbuka dan menyerahkannya kepada mereka yang benar-benar berhak dan layak," tambahnya.

Selain itu, kata Dr Raja Ahmad, hanya kelengkapan yang memenuhi kualiti yang ditetapkan sahaja boleh diluluskan dengan melihat kepada teknologi semasa bagi menunjukkan kekuatan keselamatan negara serta menakutkan kepada musuh-musuh negara.

"Jangan nanti negara lain mentertawakan tahap keselamatan negara kerana masih menggunakan peralatan yang usang, lupus tarikh dan ketinggalan zaman bagi menghadapi pertempuran," tambahnya.

1. Zahid Hamidi: Isu harga RIV untuk elit tentera disiasat
2. Sultan Johor murka tentera dibekal alat tak bermutu

PAS perjelas layanan 'sahabat' pada Nasha

Posted: 10 Sep 2012 09:35 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
PAS hari ini memperjelaskan tindakan Majlis Syura tidak membincangkan kontroversi sekitar bekas timbalannya Nasharudin Mat Isa atas prinsip "sabahat" tidak harus dilayan seperti musuh.

"Janganlah kemarahan kamu kepada sahabatmu menyamai kemarahanmu pada musuhmu, kerana kemarahan kepada sahabat kerana kecintaan kamu kepadanya, sedangkan kemarahan kamu kepada musuhmu adalah kerana kemurkaan Allah kepadanya.

"Lantaran itu, menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak sama kaedahnya menghadapi musuh.

"Perasaan kita turut berubah dan seluruh citarasa akan berbeza," kata ketua penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi pada 9 September lalu mengumumkan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama parti itu.

Bagaimanapun, katanya, kedudukan Nasharuddin tidak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan, yang berlangsung selama dua jam bermula jam 9 malam sehingga lewat malam malam.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata, pelbagai isu sengaja diperbesar media untuk membentuk pemikiran rakyat untuk memerangkap ahli dan pimpinan PAS.

"Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak.

"Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah," katanya.

'Syaitan tak dikenali' menangis

Bagaimanapun, tambahnya, pengalaman lama PAS dalam politik negara ini menjadikannya berjaya mengenali perangkap yang didakwa dipasang "musuh" itu.

Mengulas keputusan yang diumumkan presisennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang lewat Ahad malam, Tuan Ibrahim berkata, keputusan itu benar-benar mengecewakan musuh.

"Tindakan ini menyebabkan 'syaitan yang dikenali' menangis, manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' Insya-Allah akan gembira," sindirnya merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Justeru, beliau mengingatkan penyokong PAS supaya tidak menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menghadapi isu yang sengaja dilontar oleh musuh.

"Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkan gagal mengenali mana sahabat dan mana musuh," katanya.

Nasharuddin sebelum ini mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud, yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.

PKMM: 60% kontraktor anggotanya tenat, bungkus

Posted: 10 Sep 2012 09:30 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia cawangan Kedah (PKMM) mendakwa hanya kira-kira 40 peratus daripada lebih 1,600 anggotanya berjaya manakala bakinya dalam keadaan tenat dan ada yang telah gulung tikar.

"PKMM cawangan Kedah dukacita kerana untuk tahun ini kerajaan Kedah hanya memberi peluang kepada kita menyelenggara jalan negeri bernilai RM50 juta sahaja," kata Yang Dipertua PKMM Kedah, Ahmad Fatahi Omar.
  
"Kita akan menjadi pendesak untuk memelihara kebajikan ahli agar kerajaan pusat dan negeri memberi lebih banyak tender atau projek kepada kami untuk dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian mesyuarat agung tahunan ke-35 PKMM di Alor Setar semalam.
  
Ahmad Fatahi berkata pihaknya telah menghantar surat kepada kerajaan Kedah dua bulan lepas agar menganugerahi projek melalui cabutan undi dan menghentikan pemberian projek kepada konsortium yang dikuasai anak syarikat miliknya.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Azmi Lateh.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Azmi berkata kerajaan pusat melalui Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) menyalurkan RM1.38 bilion dalam bentuk projek infrastruktur kepada Kedah untuk menyemarakkan pelaburan dan aktiviti ekonomi tahun ini.
  
Menurutnya, komitmen kerajaan pusat itu berjaya menarik dana pelaburan swasta tempatan (PFI) bernilai RM1.1 bilion setakat ini.
  
Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk kelulusan permohonan untuk melaksana projek kecil dari semasa ke semasa mencecah hampir RM60 juta.
  
"Pemantauan yang dibuat mendapati pelaksanaan projek infrastruktur mencapai 97 peratus dan menghidupkan ekonomi rakyat Kedah," katanya.
  
Ketika berucap sebelum itu, Azmi berkata kemampuan kontraktor menyiapkan projek mengikut jadual memberi kesan terhadap keyakinan pelabur tempatan dan asing untuk melabur di negeri ini.

Sumbangan PKMM dalam sektor pembinaan turut memberi impak besar bagi mencapai matlamat bidang keberhasilan utama kerajaan (NKRA) untuk menjayakan agenda transformasi ekonomi kerajaan pusat, katanya.
  
Beliau berkata kerajaan mempunyai mekanisme tersendiri bagi membantu kontraktor yang menghadapi masalah menyiapkan projek kerana mahu rakyat menikmati keselesaan dan kesejahteraan.- Bernama

Calon Pas: 95% selesai, dapat 'restu' Majlis Syura

Posted: 10 Sep 2012 09:23 PM PDT

G MANIMARAN

Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13 
 
SHAH ALAM - Pas sudah selesai memuktamadkan calon-calon bakal diturunkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan 95 peratus daripadanya telah mendapat 'lampu hijau' Majlis Syura parti itu.

Sinar Harian difahamkan hampir kesemua nama dibawa ke Majlis Syura, yang mengadakan mesyuarat bulanan malam tadi, telah mendapat perkenan badan tertinggi itu.

"Boleh dikatakan Pas sudah selesai menentukan 95 peratus calonnya. Kesemua nama yang dibawa ke mesyuarat Majlis Syura telah diterima.

"Tinggal lagi dalam lingkungan lima peratus, itu pun disebabkan ada Badan Perhubungan Negeri dan kawasan masih meneliti senarai pendek mereka yang terakhir," kata sumber kepada Sinar Harian.

Berdasarkan maklumat yang diterima ada kawasan yang menghantar tiga nama dan sesetengahnya dua nama.

Mengenai lima peratus itu sumber berkata, Majlis Syura tidak dapat memberi persetujuan melibatkan beberapa nama kerana maklumat dan butiran yang diperlukan tidak lengkap.

Kira-kira 30 peratus daripada calon yang diteliti Majlis Syura adalah wanita manakala lima peratus adalah kalangan ahli Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (DHPP).

Sumber yang dekat dengan Majlis Syura itu berkata, tiada banyak perubahan dalam senarai yang dibawa kepada Majlis Syura.

"Bermakna semua nama yang dibawa ke Majlis Syura diterima," kata beliau sambil mengakui bahawa bukan kesemua nama berkenaan dipersetujui semalam.

"Persetujuan ini diberikan secara berperingkat... termasuk malam tadi. Tapi pokoknya 95 peratus sudah selesai," katanya.

Difahamkan antara nama yang termasuk dalam senarai itu ialah bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang juga Ahli Parlimen Bachok, yang menjadi perhatian sehingga semalam berhubung isu hukum hudud dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Sumber itu menambah, nama-nama yang telah diberi 'lampu hijau' itu akan diserahkan semula kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk dipilih sebagai calon muktamad.

"Saya yakin dalam dua minggu lagi nama-nama yang telah mendapat persetujuan akan dikembalikan kepada kepimpinan pusat untuk dipilih. Biasanya Presiden parti akan memilih calon-calon akhir dengan mengadakan perbincangan bersama ahli Jawatankuasa Kerja Pusat," kata seorang lagi sumber.

Pada 2008, Pas bertanding di 67 kerusi Parlimen dan 233 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Menteri: Tindakan pada Suara Inisiatif '2 minggu lagi'

Posted: 10 Sep 2012 06:28 PM PDT

 
Zulaikha Zulkifli


 
Menteri yang bertanggungjawab ke atas Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata suruhanjaya itu akan mengambil masa dua minggu untuk menetapkan bentuk tindakan yang akan dikenakan ke atas Suara Inisiatif Sdn Bhd.

Sehubungan itu juga beliau juga menggesa Bank Negara menyiasat NGO hak asasi manusia Suaram yang dikaitkan dengan syarikat tersebut.

"Macam mana SSM nak ambil tindakan terhadap Suaram sebab dia tak berdaftar pun dengan (kerajaan). Tetapi saya harap Bank Negara dapat mengambil tindakan terhadap Suaram kerana mereka menerima dana asing.

"Mengenai syarikat Suara Inisiatif pula SSM akan ambil tindakan. Di bawah akta apa, kena tunggu lagi dua minggu," kata Ismail ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis rumah terbuka MyIPO di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya lagi, Suaram juga merupakan sebuah badan yang tidak sah memandangkan ia tidak mendaftar secara rasmi di SSM mahupun di Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Kita dapat aduan tak rasmi dari pendaftar pertubuhan yang Suaram ini NGO yang tidak berdaftar. Jadi apabila dia menerima surat atau apa-apa perjanjian, ianya tak valid.

"(Suaram) tak berdaftar dengan SSM dan pendaftar pertubuhan, maknanya dia tidak sah. Bagaimana satu badan yang tidak wujud boleh terima dana dari luar? Saya harap Bank Negara proaktif mengenai hal ini," kata Ismail lagi.

Ismail juga meminta ROS mengeluarkan kenyataan bagi memberi penjelasan kepada masyarakat bahawa Suaram merupakan satu badan yang tidak berdaftar.

"Saya tak boleh dakwa Suaram yang tidak wujud ini. Dari segi Akta Pertubuhan saya tak tahu. Mereka dakwa diri NGO tapi bukan NGO. Sebab itu kalau boleh saya nak ROS keluarkan kenyataan," katanya lagi.

Ismail bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya mengenai tindakan yang tidak diambil ke atas syarikat National Feedlot Corporation (NFC) yang melanggar Akta Syarikat 1965 kerana memberi pinjaman kepada pengarah syarikat tersebut.

Ismail berkata bahawa beliau tidak boleh mengulas perkara itu kerana tidak mahu mengganggu perbicaraan mahkamah.

"Sekarang ini saya tak nak komen NFC sebab dah ke mahkamah. Tak adil untuk saya komen nanti subjudis. Nanti ganggu mahkamah punya perbicaraan," kata Ismail lagi.

Barisan pengarah dan pengerusi eksekutif NFC masing-masing merupakan anak-anak dan suami kepada bekas menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

MP Petaling Jaya Utara Tony Pua sebelum ini mendakwa, syarikat milik keluarga berkenaan, yang juga berkaitan NFC – turut gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan, memfailkan perolehan syarikat, dam laporan kewangan yang diaudit.

Pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail kini menghadapi dua tuduhan pecah amanah jenayah berjumlah RM49.7 juta.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memperuntukkan 15 hari bagi perbicaraan kes tersebut, dari 5 November hingga 9 November, dan dari 3 Disember hingga 14 Disember.

Blogger Umno berdepan penghakiman engkar

Posted: 10 Sep 2012 06:21 PM PDT

Aslani M,
KOTA BHARU: Seorang blogger mesra Umno, Wan Mohamad Shukri Wan Yusof kini berdepan penghakiman engkar apabila tidak hadir pada prosiding kes saman Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad (gambar) terhadapnya.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata ketika prosiding kes berlangsung semalam di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nariman Badruddin tiada notis kehadiran dan pernyataan pembelaan difail defendan.

Katanya, disebabkan keengkaran tersebut Mahkamah Tinggi menangguhkan kes terbabit kepada 1 Oktober bagi membolehkan peguam Mohd Apandi memfailkan permohonan penghakiman engkar.

"Pada prosiding semalam defendan tidak hadir dan tiada peguam yang hadir mewakilinya, manakala plaintif diwakili peguam Farah Helmy," katanya di sini.

Defendan dipercayai pemilik blog http://www.kelatekito.net/ memaparkan tulisan bertajuk "YDP PAS Jeli samun tanah rakyat" yang diterbitkan pada 8 November 2011.

Blogger terbabit juga menulis "terbaru hasil siasatan dan maklumat dalaman, kelatekito.net mendapati Yang Dipertua Pas Jeli telah mendapat tanah seluas 362.75 ekar di mukim Kuala Pahi, Kuala Krai untuk dibahagikan dengan empat lagi sahabatnya."

Mohd Apandi dalam writ samannya menyebut tulisan tersebut tidak benar sama sekali yang bertujuan memburuk-burukkannya sebagai pimpinan PAS.

Katanya, tulisan itu juga dengan maksud menuduh plaintif sebagai seorang yang tamak, tidak jujur dan menipu rakyat.

Ekoran itu plaintif melalui peguamcara mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut dipadamkan artikel terbabit serta memohon maaf secara terbuka.

Selain itu membayar gantirugi yang amat minimal kepada plaintif, namun defendan enggan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi.

Mohd Apandi menuntut defendan mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu.

Blogger terbabit juga dituntut membayar gantirugi sebanyak RM1 juta kepada plaintif bagi perbuatan fitnah yang disiarkan dalam ruangan blog defendan.

Turut dituntut gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif dan injunksi menghalang defendan atau ejen menerbit kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.

Defendan beralamat di 876, Kampung Jelutong, Kota Bharu, Kelantan.

Pemuda PAS Kedah lapor polis pemimpin PR dihina

Posted: 10 Sep 2012 06:19 PM PDT

Anis Nazri,
 
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Kedah bertindak membuat laporan polis berhubung gambar pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat dihina pihak tidak bertanggungjawab.

Laporan polis tersebut dibuat berikutan kenyataan polis sebelum ini yang hanya akan menyiasat sesuatu kes sekiranya terdapat laporan polis dibuat.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nasir Zakaria, berkata dengan laporan polis tersebut, pihaknya berharap satu siasatan segera diadakan bagi memastikan pihk polis tidak membuat pendakwan terpilih.

Beliau yang turut diiringi Ketua Pemuda PAS negeri, Ahmad Yahya menegaskan polis tidak lagi boleh memberikan alasan untuk tidak menyiasat perkara tersebut.

Sebelum ini, pihak polis mengambil langkah proaktif terhadap mahasiswa yang dikatakan menghina gambar perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dn isteri, ketika sambutan ambang merdeka, 30 Ogos lalu.

Bagaimanapun, ramai pihak melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan polis tersebut yang disifatkan membuat siasatan terpilih, sedangkan gambar pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat turut dihina pihak tidak bertanggungjawab.

"Polis dalam kenyataannya sebelum ini, berkata mereka bukan buat siasatan terpilih, tetapi tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu (hina pemimpin PAS).  Justeru, hari ini kita membuat laporan dan berharap tindakan tegas diambil terhadap mereka yang menghina pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah Alor Setar, petang tadi.

Sebelum ini, beberapa gambar pemimpin Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dikencing pihak tertentu.

Manakala, gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng turut menjdi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memijak dan membakar gambar mereka.

Masalah air di Mentakab, mana rakyat didahulukan

Posted: 10 Sep 2012 06:16 PM PDT

Khairil Abdul Rahim,
 
TEMERLOH: Laungan "mana rakyat didahulukan", "mana janji ditepati" bergema dalam perhimpunan aman melibatkan beberapa orang penduduk di bandar Mentakab di sini hari ini berikutan telah lima hari terputus bekalan air paip.
Penduduk mendakwa, gangguan beklaan air tanpa notis itu disebabkan kerja mengorek tanah di pinggir jalan utama oleh kontraktor yang menyebabkan saluran paip pecah tetapi dibiarkan sejak Khamis lalu.

(Gambar: Penduduk berkumpul sambil membawa bekas air di hadapan projek menggali kabel yang didakwa menyebabkan bekalan air paip terputus selama lima hari.)

Akibatnya lebih 10,000 penduduk bandar ini terutama melibatkan taman-taman perumahan terpaksa menghadapi kesukaran menjalani hidup tanpa air.

Antara kawasan yang terbabit ialah Taman Zabidin, Taman Mentakab, Taman Orked, Taman Taha, Taman Damai, Taman KSM, Taman Pasir Rawa, Taman Setia, Taman Sagumpas, sekitar bandar Mentakab dan Jalan Temerloh.

Penduduk dari Taman Zabidin N. Sakuntala, 57, kesal pihak berkuasa terlalu lambat menyelesaikan masalah bekalan air paip sedangkan ia keperluan nombor satu untuk makan minum, membersihkan pakaian dan diri.

"Saya terpaksa pergi ke rumah kakak di Taman Saga (5 kilometer dari rumah) untuk memunggah air siang malam dan ini sangat memenatkan dan membuang masa.

"Air ini keperluan utama untuk hidup sekeluarga jadi bila terputus jadi satu gangguan, ada keluarga yang anak-anak tak boleh sekolah kerana baju tak basuh kerana kami terpaksa menghentikan semua kerja lain kerana kena mencari air untuk dipunggah ke rumah," katanya.

Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang telah diswastakan kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) pada Februari tahun ini. Namun ramai yang merungut meskipun telah bertukar pengurusan taraf perkhidmatannya tetap tidak berubah kerana air sering terputus, saluran paip bawah tanah selalu pecah atau bocor dan pembaikan terlalu lembab.

Siew Yui Seng (kanan) dari Taman Taha yang turut berhimpun berkata, beliau diberitahu masalah disebabkan kerja-kerja menanam kabel baru tetapi kesilapan mengorek tanah berlaku sehingga terkena batang paip lalu pecah.

Beliau telah menemui kontraktor meminta penjelasan, tetapi kontraktor memberi alasan barang gantian kerosakan masih tidak ada.

"Yang hairannya kenapa Paip tak bantu selesaikan sebab air bagi kami betul-betul penting. Kami juga kesal sikap Paip kerana setiap kali dihubungi mereka tak layan atau berdolak-dalik. Sedangkan ini bukan kali pertama berlaku, dah kerap sangat," ujarnya.

Pengusaha Restoran Kari Kepala Ikan Raub yang turut terjejas, Mahendran, 53, (kiri) berkata gangguan air ini tidak ada notis jadi beliau menghadapi kesulitan sehingga terpaksa menyewa lori dan tong besar bagi membeli air paip di tempat cuci kereta.

"Bagi saya yang berniaga kedai makan ini memang susah sangatlah sebab nyawa kedai dan perniagaan saya betul-betul pada air paip. Sejak beberapa hari ini memang pendapatan perniagaan saya terjejas kerana ada masanya terpaksa tutup.

"Yang peliknya dulu-dulu masa belum swasta tidaklah teruk sangat macam sekarang, sekarang ini selalu sangat kerosakan dan terputus bekalan air berlaku," jelasnya.

Seorang lagi penduduk Ramasamy Letchmanan pula kesal dengan wakil rakyat kawasan berkenaan yang tidak mahu turun melihat masalah penduduk walaupun beberapa kali diberitahu.

"Masa mengundi pilihan raya bukan main lagi wakil rakyat cari kami seorang seorang untuk dapat undi. Sekarang apabila tiba masalah seperti ini menimpa penduduk, wakil rakyat langsung tak turun tengok jangankan nak selesai masalah.

"Kalau macam ini bagaimana slogan kerajaan boleh janji ditepati dan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?," soalnya.

Tambahnya, turut terlibat ialah sekolah rendah Tamil Mentakab juga tiada air, sedangkan besok (Selasa) pelajar akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Bagaimana kalau ada yang sakit perut sedangkan air tandas kering?," soalnya.

Antara yang paling teruk menerima kesan ialah rumah pangsa empat tingkat Taman Taha di Mentakab.

Ketua Blok B perumahan berkenaan Masri Samah, 40, (kanan) yang juga turut hadir berkata, ketiadaan air membawa masalah besar kepada yang mempunyai anak-anak kecil dan orang tua.

"Bayangkan anak-anak sekolah baju tak berbasuh dan pakaian bayi yang berlambak-lambak. Pulak tu kerap sangat berlaku masalah air di sini sehingga kadang-kadang makan masa seminggu.

"Bila bil air tak bayar surat merah sampai, cepat-cepat bekalan air dipotong dan bila nak sambung kena bayar RM120. Tapi sekarang apabila bekalan air paip terputus berlarutan lima hari tidak ada pegawai atau orang besar yang nak tengok kami.

"Bila kami telefon pejabat minta hantar lori tangki air mereka kata lori tak cukup," keluhnya.

Menurutnya dalam tempoh terputus bekalan air kali ini ada beliau mendengar lori tangki menghantar air sekali tetapi pada waktu tengah malam dan kebanyakan penduduk sedang tidur.

Tiada ulasan: