Rabu, 26 September 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


WAJAH MAHDHIR YG PALING SEDAP DI PANDANG MATA

Posted: 26 Sep 2012 07:30 AM PDT

"Saya gembira bahawa pendapat anda tentang saya telah berubah," tulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sepucuk surat peribadi kepada spekulator matawang George Soros enam tahun lalu - 11 bulan sebelum beliau bertemu jutawan itu buat kali pertama.

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir merujuk kepada temubual New Straits Times dengan Soros pada 7 Januari 2006 apabila dermawan itu yang melawat Jakarta untuk menghadiri mesyuarat antara agama, di mana beliau berkata dia bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh perdana menteri Malaysia untuk menangani krisis kewangan serantau pada 1997-98.

NONEEmpat hari kemudiannya, Dr Mahathir menulis surat tiga halaman
kepada Soros, menggesa spekulator matawang itu menyertai beliau dalam projek Forum Keamanan Global, yang berusaha untuk menjenayahkan perang dan mengharamkannya sebagai pilihan untuk menyelesaikan konflik antarabangsa.

Dalam surat 11 Januari 2006 itu, Dr Mahathir berkata beliau menulis menjemput Soros untuk memberi sokongan kepada usaha tersebut bagi mencapai muktamad hak asasi manusia - hak kepada kehidupan.

Kedua-duanya yang berusia 80-an - Mahathir 87, Soros, 82 - terbabit dalam perang mulut sewaktu krisis kewangan Asia, dengan Dr Mahathir memanggil Soros "dungu" dan menyalahkannya mencetuskan kekalutan tersebut, manakala Soros pula membalas dengan menyifatkan perdana menteri Malaysia itu sebagai "ancaman kepada negaranya".

Surat pada tahun 2006 itu, di mana Malaysiakini mempunyai satu salinannya, menunjukkan bahawa Mahathir yang mula-mula menghulurkan tangan kepada Soros.

Nampaknya, Mahathir telah tertarik dengan pandangan Soros mengenai perang di Iraq, yang mana Soros telah membiayai kempen menentang usaha Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George W Bush untuk dipilih semula pada 2004.

"Apa juga yang mungkin menjadi perbezaan antara kita, kita nampaknya mempunyai pandangan yang sama mengenai perang, iaitu tentang pembunuhan manusia dalam mengejar agenda nasional," kata Mahathir.

INI UMNO KAH?

Posted: 25 Sep 2012 08:56 PM PDT

Ketua Pemuda Umno Bahagian Gopeng, Mohd Arlizam Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam atas tuduhan memiliki dan menggunakan dokumen palsu iaitu sekeping surat kuasa bagi sebidang tanah di Kapar, Klang, lima tahun lepas.
  
Mohd Arlizam, 37, yang juga seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Dia didakwa memiliki dan menggunakan satu dokumen palsu iaitu 'Power of Attorney' bertarikh 21 Mei 2007 di antara penama Liew Woon Foh dan nama tertuduh sendiri bagi sebidang tanah milik Liew yang terletak di alamat GM 781, Lot 4337, Batu 3 3/4, Jalan Kapar.
  
Mohd Arlizam didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada 21 Mei 2007.
  
Pertuduhan mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan agar Mohd Arlizam dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan pasportnya diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai.
  
Peguam Kevin Arasu yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 atas alasan anak guamnya merupakan pesalah pertama dan menghidap sakit jantung sejak dua tahun lepas.
  
Arasu berkata Mohd Arlizam juga mempunyai enam tanggungan termasuk seorang anak berumur dua tahun dan menanggung kos perubatan kedua ibu bapanya.

Hakim Asmadi kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 24 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

- Bernama

Tiada ulasan: