Sabtu, 8 September 2012

.

.


Suasana Semakin Buruk: Umno Semakin Ganas

Posted: 08 Sep 2012 03:13 AM PDT

ULASAN KEJADIAN

Tidak dapat dibayangkan apa bakal berlaku apabila pilihan raya sudah berlangsung nanti. Apakah akan ada nyawa terkobran di depan mata atau pun rumah-rumah kediaman, kenderaan awam dibakar nanti? Petanda awal sudah menjelaskan kejadian buruk bakal berlaku kelak.  Ia sesutau yang tidak mustahil apabila manusia sudah berubah menjadi binatang yang hilang segala peri kemanusiaan.

Anwar terus berucap walaupun diserang.
Kalau hari ini setakat tumbuk terajang, serang orang dalam majis, sorak dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemimpin khasnya Anwar Ibrahim tetapi esok, bila tiba pilihan raya nanti kesadisan kebiadapan itu akan memborak lebih besar lagi. Ia kalau tidak dikawal dan diawasi tidak mustahil negara akan melihat sejarah politik terkotor.

Hari ini dilaporkan sekali lagi bas jelajah merdeka PKR telah dibaling dengan cat mereka. Kejadian kali ini berlaku negeri yang ketua menterinya Mohd Alim Rustam, di Jasin Melaka. Ia berlaku di siang hari menunjukkan penjahat sudah makin berani dan biadap. Apa menghairankan saya dimanakah polis semasa kejadian itu. Apakah polis sendiri yang membenarkan perbuatan terkutuk itu?

Yang bertindak samseng di Melaka ini saya yakin 100% bukan dari kalangan anak cucu Hang Tuah atau Hang Jebat yang masih dalam minda dongean itu. Kerana pahlawan ini berani berdepan dan tidak melakukan tikam curi. Mereka besar kemungkinan dari keturunan Datuk Madaliar atau Si Kitol atau pun Patih Kermawijaya yang penuh hasad dengan dan berdarah syaitan.

Kerja-kerja lempar batu sembunyi tangan, menabur fitnah dan menikam dari belakang hanya dilakukan oleh keturunan manusia celaka dan sial ini. Mereka inilah yang memecahkan keharmonian hidup di dalam istana-istana lama kerajaan Melaka silam.

Kejadian simbah cat ke atas bas itu berlaku di Jasin ketika bas jelajah merdeka itu hendak singgah di sebuah rumah terbuka. Ia dihadiri sama oleh Anwar Ibrahim. Kira-kira 30 orang samseng yang dipercayai didalangi ketua Pemuda Umno cuba menghalang bas dengan menbirkan kain rentang yang tertulis dengan kata-kata kesat menghina dan memburukkan Anwar.

Yang musyikilnya kenapa polis tidak mengawal kejadian ini. Apakah ianya dibiarkan oleh polis atau anggota polis terlibat sama dalam kejadian ini?

Kepada polis dan pasukan keselamatan lain termasuk Umno mereka perlu sedar dan waspada. Mungkin hari ini puak pembakang boleh menahan sabar dan marah selagi mereka bolah bersabar. Tetapi apa kata kalau kejadian berterusan dan mereka akan kehilangan sabar, ibarat kata bumi Melaka akan berdarah nanti. Makanya untuk mengelakkan bumi Melaka tersimbah darah seperti tumpahnya darah Jebat akibat tikaman Tuah, hentilah perbuatan jahat yang tidak bermoral itu.

Kita tidak mahu apa yang digambarkan diawal nanti akan berlaku. Tidak siapa yang untung nanti. Kita faham kenapa orang Umno Melaka sudah jadi hampir gila dan nanar begitu kerana mereka kini sudah merasa mereka juga tidak selamat lagi. Kebangkitan dan kesedaran rakyat Melaka yang sudah cemuh dengan cara Umno mentadbir menyebabkan negeri itu yang dianggap kubu kuat Umno sudah mulai retak dan punah.

Nampak jelas kini Umno Melaka hilang fokus dan keyakinan setelah berhijrahnya Tamrin Ghafar ke dalam Pas dan meninggalkan Umno. Penghijrahan Tamrin ke dalam Pas memberi tamparan hebat kepada mereka. Tindakan Tamrin meninggalkan Umno itu dapat mempengaruhi orang lain untuk berfikir untuk apa lagi gunanya bersama Umno. Mungkin orang Melaka akan berfikir, kalau anak tokoh Umno pun boleh meninggalkan Umno ini sudah jelas dan nyata Umno sudah semakin memburuk. Mungkin ada yang berubah sokongan dengan apa berlaku ke atas Tamrin itu.

Perbuatan menggambarkan Umno hilang kewarasan.
Sebenarnya bukan sahaja bas PKR dihalang dan dilempar cat, ceramah Tamrin di Serkam Darat malam tadi juga diganggu sehingga terpaksa dipindah ke Serkam Pantai. Umno mengejar Tamrin malam tadi macam anjing buruan. Pas sudah pun mengambil jalan damai dengan memindahkan tempat ceramah mereka sejauh 2 km tetapi dikejar Umno yang juga pindah majlisnya ke Serkam Darat.

Apa tujuan dan nama perbuatan ini kalau bukan jahat. Jahatlah namanya itu.

Bagaimana pun cara Umno yang rakus sombong itu tidak mendapat sambutan. Rakyat dan orang ramai tetap mengerumuni ceramah Tamrin bersama Muhammad Sabu itu dan memulaukan ceramah Umno. Menurut Tamrin lebih 3,000 hadir ke ceramahnya berbanding dengan ceramah Umno yang dikepalai abang iparnya Ahmad Hamzah yang dihadiri sekitar 75 orang saja termasuk 23 orang kanak-kanak bawah umur.

Kerana tidak ada sambutan Ahmad hanya berucap tidak sampai lima minit atas alasan sebabk dengan tingkah laku adik iparnya itu (Tamrin) yang meninggalkan Umno parti yang disifatkan Tamrin penuh rasuah. Begitu juga Speaker Dun Melaka yang turut berucap sekitar 3 minit 45 saat saja dan menuduh Tamrin sebagai Dajal.

Jelas apa yang berlaku di Melaka malam tadi dan petang ini menunjukkan Umno sudah hilang pedoman dan kewarasan. Sambutan hangat rakyat kepada Pakatan Rakyat dan ramai yang berhijrah sokongan menjadikan orang-orang Umno hilang kewarasan. Tentunya sambutan rakyat Melaka kepada Pakatan Rakyat ini bukan berkurang tetapi akan bertambah selagi Umno tidak kembali ke sifat asalnya serta waras kembali. [wm.kl.5:54 pm 08/09/12]

Pakatan Rakyat Jangan Ada Agenda Dalam Agenda

Posted: 07 Sep 2012 10:35 PM PDT

RENUNGAN SABTU

Bila tarikh pengumuman parlimen masih menjadi teka teki dan meresahkan banyak pihak. Dalam penantian ini saya lihat Pakatan Rakyat semacam tidak sabar untuk menghadapi pilihan raya. Mungkin dalam falak dan hisabnya PR merasakan keadaan hari ini berpihak kepadanya. Dengan beberapa perkembangan dalam negara, baik dari segi ekonomi, sosial, kestabilan UBN itu menjadikan Pakatan Rakyat bahagia kalau pilihan raya diadakan secepat mungkin. Seolah-olah parti itu sudah berada dalam keadaan siap siaga yang menyakinkan akan menang seterusnya berjaya membentuk kerajaan.

Ketidakselarasan ini mungkin boleh dipertikai.
Dalam masa sama pula PR merasakan kedudukan UBN semakin goyah dan goyang dan tidak sekuat dulu. Kenyataan-kenyataan dibuat oleh pemimpin UBN yang cuba melakukan pusingan jiwa (reverse psikologi) kononya parti itu dalam keadaana stabil, kian mendapat sokongan atau parti menjadi harapan menyebabkan PR ghairah menanti pilihan raya. Begitu juga dengan tindakan diluar batas oleh penyokong Umno seperti serangan ke atas masjid, gangguan ceramah PR, melakukan khianat terhadap bas dan sebagainya memberi indikator parti itu dalam keadaan sakit dan suasana ini memberi peluang baik kepada PR.

Justeru PR sangat berharap pilihan raya diadakan dalam keadaan UBN sakit kerana peluang untuknya menang dikira luas. Dalam apa juga perjuangan sekular dianggap bijaksana kalau menyerang ketika musuh belum bersiap sedia atau dalam keadaan sakit tenat. Bagaimana pun keadaan ini tentu ironis dengan apa yang diharapkan UBN. Parti itu sudah pasti menanti masa dan 'cerlak' yang baik untuknya bertempur. Adalah bodoh kalau UBN mengumumkan tarikh pilihan raya dalam keadaan mereka tidak bersedia. UBN tidak akan melakukan kerja bunuh diri. Sebagai parti pemerintah yang berpengalaman ia akan tetap menanti musim dan waktu terbaik untuknya.

Soalnya bila pilihan raya atau UBN terpaksa membawa penggal parlimen ke 12 hingga tamat tempoh dan hadnya iaitu ke suku pertama tahun depan. Biarpun tindakan ia dianggap tidak gentlemen tetapi itulah satu-satu cara bagi UBN menyelamatkan kekuasaannya. Tidak ada guna bagi Umno kalau parlimen dibubarkan semata-mata mengikut angin pembangkang sedang pilihan raya tidak akan berpihak kepadanya.

Betullah desakan Pakatan Rakyat itu dan juga taboo kepada umum agar pilihan raya diadakan segera kerana situasi dan kondisi kini nampak berpihak kepadanya. Itulah sepantasnya dilakukan Pakatan Rakyat sebagai pihak penyerang. Persoalannya apakah PR sendiri berada dalam keadaan siap sedia? PR sudah pun berada ditahap 90% bersedia dengan segala kemudahan dan kelengkapan perang. Misalnya kewangan, logistik dan peralatan kempen, sudahkah siap? Dan paling penting apakah pembahagian kerusi sesama mereka sudah siap dan kemas? Atau pun desakan itu dibuat kerana tergilakan untuk berpilihan raya saja.

Di sini kita mahu kepastian apakah semangat kerjasama dan azam Pakatan Rakyat untuk menumbangkan UBN sudah mantap dan ikhlas. Bahawa Pas, PKR dan DAP sedia mengikhlaskan segala-galanya untuk mencapai kemenangan itu. Apakah pemimpin masing-masing tidak ada agenda dalam agenda dalam kerjasama itu seperti mana suci dan bersihnya hati rakyat dibawah? Bahawa pemimpin ketiga-tiga parti pakatan itu sedia melupai politik serba mungkin atau teori matlamat menghalalkan cara dalam pembentukan kerjasama ini?

Perkara ini ditimbulkan atas dasar peringatan, kalau kerjasama di dalam Pakatan Rakyat itu mempunyai agenda berlapis ia tidak akan menjamin kemenangan total. Kalau pun PR berjaya menguasai kerusi tetapi ia bakal terburai sebelum sempat menaiki takhta kalau ada agenda di dalam agenda? Apa dinamakan pengkhianatan di hujung kemenangan bakal memusnah semua pihak di samping mengecewakan rakyat dan penyokong.

Mereka yang ikhlas dan serius mahukan perubahan dan kemenangan tidak memikirkan kemungkinan ini. Tidak akan ada agenda di dalam agenda atau pun pengkhianatan selepas kemenangan. Hendaknya semua memikul dan menghasratkan satu agenda sahaja iaitu menumbangkan UBN. Ingatan ini diberikan kerana ada terselak khabar di telinga saya masing-masing ada agenda di dalam agenda.

Sejauh mana kemantapan kerjasama dan persefahaman diwujudkan untuk menumbangkan UBN menjadi persoalan saya apabila isu pembahagian kerusi sesama komponen Pakatan Rakyat terutamanya Pas dengan PKR di beberapa buah negeri masih belum selesai. Semacam ada tarik tali antara kedua parti ini atas rasa kurang saling mempercayai. Perasaan ingin menang sendiri dan membiarkan kawan menentukan nasib sendiri masih berlaku dan keadaan ini tidak elok.

Kenyataan dikeluarkan oleh Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim yang mengatakan masalah kerusi di antara PKR dengan Pas masih belum selesai semuanya walaupun ia sudah hampir selesai adalah satu mesej jelas bahawa kedua parti itu ada masalah di sesetengah tempat. Soalnya kenapa masih ada lagi masalah dalam saat pilihan raya hampir tiba dan PR sangat diharapkan Pakatan Rakyat. Apakah ada agenda di dalam agenda?

Apa diucapkan Anwar itu terkesan berlaku di negeri Terengganu. Khabarnya pembahagian kerusi menjadi isu di Terengganu. Ini sesuatu yang cukup malang dan menyebabkan orang boleh mentafsirkan ia mungkin ada masalah lain, atau agenda di dalam agenda. Terengganu adalah negeri presiden dan setiausaha serta ketua dewan ulamak. Apakah mereka tidak boleh menggunakan kuasa veto di dalam soal ini untuk memutuskan perkara itu tanpa ada pihak berasa hati. Abdul Hadi, Mustapa Ali dan Harun Taib boleh menggunakan lidah mereka untuk menamatkan isu kerusi di Terengganu. Kalau orang seperti mereka pun tidak dipercayai lagi elok kalau mereka berundur atau tidak ikut sama bertanding.

Sekali lagi ditegaskan tidak ada faedahnya pilihan raya diadakan segera kalau ianya membawa kekalahan kepada Pakatan Rakyat. Biarlah pilihan raya lambat atau pun tidak, tidak mengapa ia memberi peluang kepada PR menghalusi masalah dan mengikis apa-apa perasaan dengki yang ada di lubuk hati masing-masing. UBN boleh dikalah dengan wujudnya kerjasama mantap penuh keikhlasan bukan di peringkat ahli dan penyokong tetapi pucuk pimpinan!

 Sabar menanti lebih baik daripada menanti sesuatu yang bakal membawa kekecewaan. [wm.kl.12:43 t/hari 08/09/12]

Ceramah Pas Di Jasin Malam Ini Dipindah

Posted: 07 Sep 2012 04:30 AM PDT

LINTAS MAGHRIB 

Ceramah anjuran Pas yang menampilkan Tamrin Ghafar dan Muhammad Sabu yang dijangka diadakan malam ini di Kampung Serkam Darat terpaksa dipindah ke Kampung Serkam Pantai yang jaraknya kira-kira 2km, demikian dimaklumkan oleh Tamrin menerusi pesanan ringkas (sms) kepada saya sekejap tadi.

Tamrin dalam satu ceramah di Johor.
Pemidahan itu mungkin bagi mengelakkan pertembungan dengan program ceramah Umno yang juga diadakan di tempat berkenaan pada malam ini. Umno dikatakan telah mendiri khemah berdekatan lokasi ceramah Pas petang semalam walaupun mulanya parti itu tidak ada apa-apa cadangan mengadakan program di situ.

Sebelum ini terdengar khabar ada pihak yang cuba menganggu ceramah Pas tersebut. Ceramah itu pertama kali bagi Tamrin berceramah di daerah kelahirannya. Sebelum ini beliau sudah diundang beberapa kali oleh Pas Jasin tetapi menolaknya kerana menghormati kaum keluarganya disitu.

Dalam pertengahan Ramdhan lalu Tamrin telah mengistyharkan diri menyertai perjuangan Pas dan meninggalkan perjuangan Umno yang menjadi wadah perjuangan ayahandanya dan kaum keluarganya. Tindakan Tamrin itu dilihat satu keberanian dan keputusan tepat bagi dirinya tetapi kurang disenangi oleh kaum keluarganya.

Penghijarahan Tamrin memberi pukulan hebat kepada Umno memandangkan Tamrin merupakan satu-satu anak negawaran Ghabar Baba bekas timbalan perdana menteri itu yang aktif dalam politik.

Perpindahan lokasi itu menggembarkan sikap toleran Pas yang tidak suka mencari gaduh. Diharap pertukaran lokasi itu dimaklumi semua. [wm.kl. 7:29 pm 07/09/12]

Tiada ulasan: