. |
Lagi Tanah Milik Kerajan Bernilai Berbillion Ringgit Dijual? Posted: 18 Sep 2012 08:45 PM PDT SUSUPAN PAGI Yang Dipertua, soalan saya no 6996 berbunyi; Mohon penjelasan menteri berkenaan berhubung penjualan tanah kuaters perumahan kakitangan Jabatan Pertanian terletak di belakang Wisma Tani Kuala, yang dilaporkan sudah dijual?
Apa yang sangat-sangat saya ingin tahu ialah berapa nilai penjualannya dan kepada siapa? Ini kerana ada dasus-desus mengatakan penjualan tanah itu kepada kroni? Saya menimbulkan ini sebab banyak penyelewengan atau salah guna kuasa dikatakan berlaku di kemeterian berkenaan. Keraguan demi keraguan wujud dan menjadi misteri. Isu benih padi, ikan bakar, burung walid dan sebagainya. Sehubungan itu saya juga ingin mengetahui apakah kedudukan janda menteri berkenaan di sebuah perumahan elit di Sungai Buluh apakah masih dipedikan atau dibiarkan begitu saja.Saya pernah melalui di hadapan rumah janda menteri berkenaan, yang tinggal bersama dua orang anaknya bersama menteri itu. Melencung sikit tu, tapi menyeronokkan... Saya juga ingin menteri berkenaan jelaskan apakah resionalnya penjualan tanah itu. Atau pun ia dibuat sebelum beliau memegang jawatan itu. Sebenarnya selain dari tanah bermutu tinggi itu ada lagi tanah-tanah lain milik atau di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan dalam proses penjualan. Dan kalau ada berapakah komisyen yang diperolehi pihak-pihak tertentu ekoran penjualan tanah itu? Saya akan cuba mencari lokasi tanah itu dan pukul gambar dan masukkan dalam blog bila ada masa senggang sikit. Atau kalau rakan-rakan bloger lain ada masa boleh berbuat demikian, kita sama-sama tengok kedudukan tanah berkenaan. Hendaknya ada ahli parlimen pick-up soalan ini untuk dihulurkan kepada menteri berkenaan ketika sessi parlimen minggu depan kita mahu tengok macam mana dia bersilat menjawabnya. [wm.kl.11:38 am 19/09/12] | ||
Syabas Suaram Kerana Tegas Dan Berani Posted: 18 Sep 2012 09:52 AM PDT SUSUPAN TENGAH MALAM Ngo Suaram yang kini sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh kerajaan Malaysia kerana didakwa cuba mendedahkan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene melibatkan rasuah RM400 juta menegaskan mereka akan terus melakukan siasatan dan tidak gentar dengan tindakan undang-undang itu. Pihak Suaram juga membayangkan tindakan ke atas Ngo memperjuangkan hak asasi itu mungkin lebih keras lagi. Penegasan pendirian Suaram dengan kerja amal siasatan itu, dinyatakan oleh salah seorang anggota sekretariatnya, Cynthia Gabriel. Menurut Cynthia tindakan ke atas Suaram itu tidak akan memberi kesan ke atas kes yang sedang dipantaunya di Perancis itu. Seharusnya tindakan dan keberanian Ngo itu perlu didokong oleh setiap individu ataupun badan-badan bebas memperjuangkan hak kebebasan rakyat termasuk parti politik. Usaha Suaram itu perlulah dilihat berasingan dengan tindakan undang-undang yang cuba dikenakan dalam usaha menghalang atau menutup mulut Ngo berkenaan. Apa yang perlu difaham usaha membawa kes rasuah Scorpene ke pertimbangan mahkamah adalah usaha untuk kebaikan bersama dan satu khimdat kepada negara. Manakala tindakan yang cuba dikenakan oleh kerajaan UBN ke atas Suaram itu adalah tindakan mengikut undang-undang berhubung dakwaan dibawa ROS. Tidak nampak apakah keuntungan (material) yang diperolehi Suaram atas usaha itu melainkan berdepan dengan kesusahan menerusi pelbagai tindakan. Bagaimana pun agak malang sedikit apa dihadapi oleh Suaram hari ini tidak mendapat simpati daripada Ngo kemasyarakatan lain dan juga termasuk badan politik yang telah mendapat manfaat (isu) dari apa dilakukan Suaram itu. Secara peribadi saya mengucapkna tahniah kepada Suara dan salute atas keberanian dan ketegasannya. Ngo seperti inilah yang kita mahu dan harap-harapkan bukannya yang tahu menjerit, baling batu, lontar cat merah kemudian ramai-ramai minum tea bersama ketua di gerai mamak bawah pohon ketapang. Bagi saya apa dilakukan Suaram terhadap isu skandal Scorpene itu lebih muni dan terhormat daripada perjuangan atas nama Islam dan kepentingan Melayu yang dibawa oleh Ngo beras kampit dan Ngo ikan perkasam atau pun Ngo diketuai si jubah poket cari yang kini sudah terjahit. [wm.kl. 12:51 t/malam 19/09/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan