Selasa, 18 September 2012

.

.


Anwar Guna Jet Peribadi Ke Sabah, Sarawak?

Posted: 18 Sep 2012 03:02 AM PDT

SUSUPAN PETANG

Khabarnya Anwar Ibrahim ketika turun ke Sabah dan Sarawak kemudian balik ke Kuala Lumpur dua hari lepas menggunakan jet peribadi. Jet itu dibekalkan oleh seseorang untuknya bagi memudah dan meringkaskan perjalanan beliau untuk menghadiri beberapa majlis parti di Sabah dan Sarawak.

Tidak mungkin untuk Anwar menyewa sendiri jet berkenaan? Sudah pasti ada individu atau tokoh korporat yang menyediakan jet itu untuk Anwar. Siapa?

Soal naik jet peribadi ini perkara biasa bagi Anwar. Tetapi kenapa isu ini dibangkitkan ialah dalam situasi hari ini. Anwar sebagai ketua pembangkang Malaysia tidak mendpat kemudahan jet peribadi untuk berulang alik ke mana saja bagi berkempen seperti mana Najib Razak.

Najib sebagai PM mendapat kemudahan itu dan ini menjadikan pergerakannya cepat. Apa yang mungkin berlaku penyediaan jet kepada Anwar itu oleh mereka yang simpati dengan perjuangan Anwar. Mereka tidak tergamak untuk melihat Anwar naik turun AirAsia atau kapal terbang Mas yang meletihkan.

Mereka juga pastilah orang yang menyokong dan mengharapkan Anwar akan jadi PM. 

Dari sudut lain kemurahan hati mereka yang menyediakan jet berkenaan mungkin kerana dia sudah merasai bahawa selepas ini Anwar akan jadi PM. Dengan perkembangan di Sabah dan Sarawak boleh meruntuhkan UBN dan kerajaan akan datang dari Pakatan Rakyat.

Dan memang sepatutnya juga Pakatan Rakyat menyediakan jet peribadi untuk Anwar kerana cara itu juga sebagai membalas atas keseriusan Anwar dalam berjuang untuk meruntuhkan BN demi rakyat. Saya rasa tidak ada masalah kalau Pakatan Rakyat untuk menyewa jet bagi Anwar dan juga pemimpin yang lain.

Khabarnya kepulangan Anwar dengan jet peribadi jenis F Jet itu turut sama dinaiki oleh pemimpin Pas. Saya hendak tanya dalam tempoh berada dalam penerbangan itu apakah yang penumpang jet itu bincangkan atau sebaik duduk di seat terus tidur kerana keletihan kerana itulah pertama kali merasai terbang dengan jet peribadi? [wm.kl.5:57 pm 18/09/12/]

Majlis Rumah Terbuka Perakan Kuching Meriah

Posted: 17 Sep 2012 03:16 AM PDT

PERISTIWA

Semasa di Sarawak kelmarin saya sempat menghadiri rumah terbuka anjuran Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan Malaysia) Cawangan Kuching yang diadakan di Institut Kemahiran Mara (IKM). Majlis itu walaupun ringkas tetapi ia tetap meriah dengan kehadiran lebih 200. Apa mengkagumkan saya ialah kerja sama dan pemaufakatan yang wujud di kalangan ahli dan anak beranak Perakan cukup kental.

Kedatangan Husam dan Fatah disambut Hamzah.
Ukhwan dan persaudaraan di kalangan anak-anak Kelantan terserlah dalam majlis tersebut. Benarlah kata orang di mana ada kesatuan dan maufakat ia akan membawa keberkatan. Walaupun berada jauh dari kampung dan daerah sendiri namun untuk mengadakan majlis seperti itu tidak menjadi masalah jika tiada kerjasama mantap.

Siti Zailah duduk bersama sebahagian wanita yang hadir.
Rakyat Kelantan begitu utuh menjalani kerjasama di mana saja mereka berada dan inilah menjadi rahsia kenapa rakyat Kelantan dilihat sebagai mempunyai perasaan keakuan yang menebal sehinggakan menimbulkan rasa irihati masyarakat negeri-negeri lain.

Majlis itu turut sama diraikan oleh pemangkau Presiden Hamzah dan penaung Perakanan Abdul Fatah Mahmod yang juga merupakan anggota Exco kerajaan Kelantan.

Hadirin berbaris untuk mengambil menu disediakan.
Pemangku Perakan Hamzah serta penasihat Perakan Malaysia sanggup hadir walaupun mereka penuh dengan acara lain semata-mata merai atau pun berjumpa mata dengan anak buah di Kuching.

Husam yang sempat memberi sepatah dua kata menasihat anak-anak Kelantan yang berada diluar supaya mengambil berat mengenai negeri walaupun berada di mana saja. Katanya salah satu mekanisme dalam hal ini ialah dengan mengambil bahagian dalam mengundi pada pilihan raya.

"Kuasa undi yang dimilik setiap orang penting kerana ia bakal menjadi penentu bukan saja kepada kuasa politik tetapi menjaga hak-hak rakyat Kelantan seperti pembangunan, keselamatan dan sebagainya," ujarnya.

Justeru beliau mengingatkan supaya mereka tidak akan mengsia-siakan kuasa undi yang ada dan jika tidak sempat atau mahu mengundi di Kelantan tetapi daftarlah di mana tempat mereka bermukim.

Fatah dalam ucapannya pula mengingatkan supaya ahli Perakan khasnya dan anaka Kelantan yang berada di luar senantia menjaga keunikan orang Kelantan yang erat bergaul dan mereka diharap agar menjadi duta Kelantan yang membawa apa-apa juga kebaikan yang dimiliki rakyat Kelantan.

Pemimpin Kelantan lain yang turut sama hadir Dr Mohd Hata Ramli (MP Kuala Krai), Siti Zailah Yusuf MP Rantau Panjang) dan Apandi Mohamad (bekas MP Jeli). [wm.kl.6:01 pm 16/09/12]

Tiada ulasan: