Jumaat, 14 September 2012

.

.


Bas Merdeka Rakyat Dikacau Lagi...

Posted: 14 Sep 2012 12:10 AM PDT

JERKAH JUMAAT

Bas Merdeka Rakyat milik PKR disimbah cat merah sekali lagi hari ini. Kejadian itu berlalu di masjid Jamek Tangkak, Muar Johor, demikian menurur twiter Anwar Ibrahim. Dengan ini sudah tiga kali bas berkenaan menerima nasib malang. Tidak tahu apa hendak dikatakan lagi cuma saya boleh menyifatkan 'bas' itu membuktikan kebangkitan rakyat menyeluruh untuk menumbangkan kerajaan UBN.

Cat merah terbaru di bas Jelajah Merdeka Rakyat.
Walaupun kejadian itu dari satu sudut ia negatif dan melambangkan bahawa ada saki baki orang mempercayai berkawan degan syaitan lebih baik dari berkawan dengan malaikat dikenali tetapi dari pengertian lain ia menandakan kebangkitan rakyat sudah menyeluruh.

Kebangkitan ini umpama air deras yang tidak mungkin dapat ditandak lagi.

Pastinya apabila ke mana sahaja makhluk Allah yang tidak bernywa itu dibawa dan ia melambangkan pergerakan Anwar ke bawah menemui rakyat ianya dihalang dengan menyimban dengan cat. Cat merah dalam kehidupan orang Melayu sesuatu yang menggerunkan. Sebenarnya cat merah itu bukan menggerunkan PKR dan Anwar tetapi ia menggerunkan UBN. Bagi seorang pemberani tidak ada perbezaan warna baginya.

Ternyata Anwar tetap juga meneruskan perjuangan sambil membawa bas Merdeka Rakyat yang kini menjadi lambang hayat dan perjuangan untuk membela rakyat. Bas itu dicemburi dan didengki kerana ia berjaya menjadi simbol sebagaiu enjen kekuatan PKR. Selagi bas itu bergerak it menunjukkan perjuangan PKR mendapat sambutan rakyat.

Jadi orang PKR usah gusar dengan cat merah itu ia tidak dapat membunuh sebuah perjuangan, sebaliknya kena berterima kasih kepada 'anak-anak syaitan' yang melemparkan cat berkenaan. Ia satu idea yang baik.

Selepas ini hendaknya bukan saja cat dilemparkan tetapi biarlah bas itu dibakar! Tidak mustahil selagi anak-anak syaitan yang pengecut dan bacul itu berkeliraran dan dibenarkan oleh bapaknya insiden itu akan berlaku. Kita tunggu masa dan ketikanya kejadian ini berlalu. [wm.kl.3:04 pm 14/09/12]

Selangor: P Raya Berasingan Jangan Keliru

Posted: 13 Sep 2012 10:56 PM PDT

 MELENTANG HARI                                                                                                             

Kerajaan negeri Selangor nampaknya bertegas tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor serentak dengan pembubaran parlimen. Cara itu membolehkan pilihan raya peringakat Dun di Selangor diadakan secara berasingan.

Abdul Khalid Ibrahim
Perkara ini sudah ditegaskan oleh MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim. Manakala  kerajaan Pakatan Rakyat lain, terutamanya Kelantan tetap mahu ikut membubarkan DUN nya serentak dengan pembubaran parlimen. Perkembangan terbaru Pulau Pinang dan Kedah juga sepenedirian dengan Kelantan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri serentak dengan pembubaran parlimen.

Perbezaan di dalam tindakan dan keputusan ini sepatutnya tidak perlu dijadikan polimek. Baik Khalid maupun Nik Aziz ada alasan tersendiri dengan keputusan itu. Perlu diingat senario politik di kedua-dua buah negeri itu juga berbeza. Perkara penting pilihan raya akan menentukan parti mana yang akan menubuhkan kerajaan kelak.

Pihak SPR tidak begitu berkenaan dengan keputusan Pakatan Rakyat Selangor itu. Menurut mereka ia banyak kerja dan menghabiskan wang negara. Peruntukan untuk pilihan raya menelan RM400 juta manakala untuk Selangor saja RM50 juta. Sebagai sebuah badan bebas (yang dipertikaikan kebebasanya sepanjang masa) memang SPR mahu kerja senang. Badan itu tidak fikir risiko dan juga kerugian bakal dihapai oleh kerajaan Selangor tetap adakalanya berbuat sesuatu polisi dan peraturan menguntungkan UBN.

Begitu juga pemimpin Umno tidak selesa dengan keputusan Khalid itu. Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar menuduh Khalid sebagai takut dan bimbang akan kalah sebab itu enggan bubar Dun Selangor serentak. Tindakan mengadakan pilihan raya berasingan itu ujar Noh kerana Khalid an PKR gilakan kuasa. Apakah kalau ia diadakan mengikut kehendak Noh Omar ia bukan atas kepentingan politik? Bukankan Non mahukan kemenangan dan kemenangan itu bukankah dinamakan gila kuasa? Rasanya lembu suami Sharizat pun boleh menjawab dan ketawa mendengar tuduhan Noh Omar itu.

Manakala Udin anak Yassin dalam mengulaskan tindakan PKR itu menyerahkan kepada kecerdikan rakyat. Katanya biarlah rakyat menilainya keputusan dan tindakan PKR itu. Iya... saya setuju biarlah rakyat menilainya. Rakyat lebih adil dan memahami keadaan di Selangor.

Sepatutnya tidak siapa pertikaikan keputusan kerajaan Selangor itu. Baginya tentulah ada alasan dan hujah-hujah tersendiri. Mustahil Khalid berbuat begitu tanpa tujuan tertentu dan muslihat di sebaliknya.

Dalam hal ini saya melihat tindakan untuk mengadakan pilihan raya berasingan itu ialah strategi PKR. Mungkin PKR ingin mengetahui berapa jumlah pengundi yang akan keluar mengundi. Apa dihebuhkan kononnya Umno membawa lebih 400,000 pengundi ke Selangor mungkin menjadi penyebab kenapa pilihan raya perlu diadakan beraisngan. Cara itu untuk memastikan jumlah sebenarnya.

Bila diadakan berasingan pihak PKR dapat menentukan berapa jumlah yang bakal keluar nanti yang membuag undi untuk kerusi parlimen. Kalau jumlah mencecah lebih 30% daripada jumlah yang sedia ada (berpandu kepada daftar pengundi pada pilihan raya umum ke-12 lalu) maka jelas dakwaan mengatakan ada pengundi luar dibawa masuk ke Selangor itu benar. Bahawa Umno telah mengimport pengundi dari luar.

Apabila sudah mengetahui itu nanti senanglah untuk PKR mengatasinya. Begitu juga SPR yang bertanggungjawab bersiap sedialah menghadapi serangan rakyat kelak. Tembelangnya rahsia itu akan memalukan SPR. Kita tidak mahu menyarankan pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha SPR letak jawatan, kerana mereka memang jenis tidak ada air muka. Sudah banyak kepincangan dan kecacatan disengajakan dilaklukan badan bebas itu tetapi mereka tidak mengambil apa-apa tanggungjawab. Hanya ambil wang gaji dan elaun saja.

Strategi inilah yang memungkinkan pihak SPR mengecam tindakan PKR itu. Mereka juga takut tembelang mereka bersekongkol dengan parti pemerintah pecah.

Hari ini walaupun ada berbagai tuduhan ke atas SPR bersubahat membawa undi termasuk mendaftar pendatang tanpa izin menjadi pengundi tidak boleh dibuktikan. Tetapi dengan berlangsungnya pilihan raya nanti ia akan menjawab segala persoalan ini. Mungkin sebaik saja selesai pilihan raya umum Selangor akan membubarkan DUN nya.

Saya melihat mengadakan pilihan raya berasingan satu tindakan cerdik Pakatan Selangor. Walaupun ia agak renyah dan membazirkan wang tetapi ia wajar dilakukan PKR sebagai sebuah parti yang ningin mengekalkan kerajaanya. Lagi pun tindakan kerajaan Selangor itu bukan saja-saja, mereka sudah beri syarat agar bersihkan daftar pemilih.

Makanya kalau piliihan raya itu tetap diadakan secara berasingan SPR yang bertanggungjawab ke atas senarai pemilih itu perlu dipersalahkan.

Kelantan, Kedah dan Penang tidak mengalami apa masalah seperti dialami kerajaan PAkatan Rakyat Selangor. Selangor adalah negeri kedua yang diidamkan UBN untuk dirampas selepas Perak. Walaupun Kelantan, Penang dan Kedah juga negeri yang akan dirampas, tetapi nafsunya tidak sebesar nafsu di Selangor. Justeru perkara pelik-pelik dan diluar batas demokrasi tidak perlu banyak dilakukan di negeri-negeri berkenaan.

Jadi semua pihak kena hormati keputusan PKR dan Khalid Ibrahim. PKR dan Khalid pula jangan peduli kepada apa juga tuduhan dan sindiran, yang penting mereka harus mempertahankan Selangor kerana Selangor menjadi negeri ibu kepada Pakatan Rakyat. Umno pula begitu berkehndakkan Selangor kerana Selangorlah negeri penyumbang pendapatan besar kepada negara. Bagi UBN tidak ada tersohornya mereka memenangi Perlis, Melaka atau pun Pahang tetapi Selangor, Penang dan Kelantan terlepas kepada Pakatan Rakyat. [wm.kl.1:20 t/hari 14/09/12]

Kerja Media PB Berdasarkan Janji Syaitan

Posted: 13 Sep 2012 07:39 PM PDT

TAZKIRAH JUMAAT
 

Surat khabar penjilat buntut yang masheadnya berwarna biru persis kemabukan dan nanar sudah, apabila tidak mendapat bahan yang diingininya untuk terus mengkhianati dan menyerang Pas dan Anwar Ibrahim. Ia menjadi nanar meroyan sehari dua ini dalam usahanya untuk memecah belahkan di kalangan pemimpin Pas demi masa depan tuan hambanya.

Ia menjadi nanar dan dan gila khinzir apabila Pas tidak mengambil tindakan ke atas bekas timbalan presidennya yang kini merajuk apabila tewas dalam perlawanan merebut jawatan. Saya sudah menjadi telor dan pelek untuk menyebut nama bekas timbalan presiden Pas itu, maka elok kalau saya mengenalinya dengan nama Udin 2 saja.

Akhbar berkenaan berharap Majlis Syura Ulamak memecat Udin 2 itu. Kerana kalau ini terjadi maka isu pemecatan itu boleh 'digumba' menjadi isu besar untuk menyerabutkan Pas dan mengelirukan penyokong parti itu. Akhbar berkenaan juga berharap Udin 2 akan jadi seperti Hasan Akidah tukang syarah untuk Umno atas modal bagi menyelamatkan dan memurnikan akidah. Adus... sedap bunyinya tetapi kenyataanya tidak sewangi mulut. Tetapi malang tidak berlaku seperti diharapkan.

Itulah standard pemikiran akhbar berkenaan; begitu pendek dan tohor sekali mengenai perlembagaan Pas. Menurut perlembagaan Pas urusan pecat memecat ahli yang bengong atau gong, terletak ditangan Jawatankuasa Disiplin parti bukan Majlis Syura Ulamak. Lagi pun pemimpin Pas bukan bodoh atau pun cabuk sangat mudah untuk dikelirukan. Kalau pemimpin Pas berfikiran seperti dikehendaki akhbar berkenaan - yang menyerang Pas sepanjang hayat kewujudannya, sudah lama Pas terkubur. Namun keadaanya jadi sebaliknya Pas makin mantap, kuat dan dicemburui. Insya-Allah pemimpin Pas dan ahlinya akan berfikir menggunakan akal iman bukannya berfikir menggunakan akal kebendaan (duitan).

Lantaran itulah menjadikan para editor politik akhbar berkenaan lebih pening dan serabut berbanding dengan bekas presiden Pas itu. Mereka terus mencari isu dan memutar isu agar kes Udin 2 menjadi masalah kepada Pas dan terus mengelirukan ahli dan penyokong Pas. Mereka putarbelitkan apa-apa saja hatta kalau mereka terjumpa najis pemimpin Pas pun akan dipukul gambar masuk dalam akhbar mereka.

Mungkin perlu juga diajarkan kepada akhbar berkenaan, bahawa ahli Pas tidak mempunyai saraf otak sama dengan editor akhbar berkenaan. Kekuatan Pas bukan terletak kepada mana-mana pemimpin tetapi ia terletak kepasa idealisme politiknya yang mengambil Islam sebagai ideologi politik. Biarlah seribu orang pemimpin hebat pergi termasuk yang pandai lima bahasa atau tujuh bahasa, atau pun pengasasnya sendiri, Pas tidak akan mati dan terkubur selagi Islam adalah ideologinya. Pas telah membuktikan akan kekuatan dan keutuhannya.

Inilah bezanya dengan Umno yang mengambil nasionalis (kebangsaan) sebagai ideologi. Nasionalis bukan agama yang membawa kepada soal hidup dan mati. Nasionalis hanya membicarakan soal kepentingan duniawi saja tanpa ukhrawi. Nasionalis akan mati dan lenyap begitu saja bukan seperti agama yang terus hidup dan relevan sepanjang zaman dunia dan akhirat.

Sesetengah ahli Umno sendiri dan akhbar pendokong Umno tidak memahami bahawa nasionalis yang didokong Umno sejak tahun 1946 sudah pun tidak ada. Kemuncak kematian nasionalis di dalam Umno ialah apabila parti itu diharam tahun 1987. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah pun memasukkan ke lubang lahad Umno 46 dulu. Hari ini apa dipuja oleh ahli Umno itu hanya bangkai nasionalis semata-mata. Tetapi disebabkan terlalu taksub dengan Umno mereka merasakan Umno Baru adalah Umno lama.

Sewajarnya kalau editor politik akhbar berkenaan membaca dan menghayati sejarah ini. Perlu barang kali ahli sejarahan bukan termasuk ahli sejarah berbibir merah memberi penataan dan pendidikan sejarah kepada para editor politik akhbar PB itu biar mereka tahu hakikat dan makrifatnya tentang Umno.

Untuk mengharu birukan Pas dan menyokong Udin 2, habis semua orang ditemuramah dan ditanya pendapat dan komentar dari ahli Pas yang tertinggal seluar dalam sampailah kepada pemimpin Ngo yang mengelek skrul ijazah dan "mortarboard" semasa di tadika Kemas. Pensyarah politik yang digelar sebagai penganalisa politik juga turut sama ditanya walaupun pensyarah itu nama-nama parti dalam BN pun tidak dihafal semuanya.

Melucukan seorang pensyarah membuat andaian mengenai masa depan Udin 2 dalam Pas cerah. Katanya dengan wibawa dan ilmu yang Udin 2 milik beliau boleh kembali menjadi timbalan presiden semula. Iya, saya akui kalau presiden Pas ketika itu Hasan Akidah. Tetapi perlu diingat seperti dinyatakan di atas tadi ahli Pas sangat mengenali sosok-sosok atau peribadi yang boleh diangkat sebagai pemimpin. Ahli Pas sangat mementingkan soal keikhlasan, humble atau pun sifat merendah diri dan mudah didatang rakyat. Kalau seseorang itu ada segunung emas selaut ringgit sekalipun kalau mereka miskin dengan ciri-ciri dan sifat tadi mereka akan tidak dipedulikan. Ahli Pas tidak dapat menerima orang berjiwa kecil untuki menjadi murrabinya.

Akhbar itu juga melaporkan kononnya Nik Aziz kecewa dengan tindakan Majlis Syura Ulamak yang tidak menjadikan isu Udin 2 sebagai agenda mesyuarat. Kononnya sebab itu Nik Aziz pulang awal. Sekali lagi akhbar berkenaan membuat fitnah. Fitnah itu dihiasai dengan kononnya ia adalah cerita disampaikan oleh salah seorang ahli majlis syura. Tidak mungkin... dan ini fitanh kerana orang berjubah carik bukan termasuk sebagai anggota Majlis Syura Ulamak. Dia hanya peminta sedekah di tangga-tangga pejabat menteri saja.

Ditegaskan usaha akhbar PB itu tidak akan berhasil meruntuhkan perpaduan dan kekuatan Pas. Sudah lama orang Pas menganggap ia bukan pencetus hati nurani untuk kebaikan rakyat, tetapi ia adalah penyalah api fitnah untuk memecahkan ummah dan agama. Orang Pas sudah lama berpegang kepada kepercayaan dan keyakinan itu. Kejahatan akhbar berkenaan sudah dimamah dan ditelan... ia tidak boleh dipercayai. Orang Pas juga sudah membakarnya beberapa kali.

Jadi kepada akhbar berkenaan selamat meneruskan kerja jahat mereka sampai bila-bila pun. Bukankah syaitan itu berjanji dengan Tuhan dia akan melalukan pengkhianatan ke atas anak Adam (manusia) sampai ke hari kiamat? Jadi jangan hairan dengan kerja akhbar berkenaan, sebagai sebuah akhbar yang mengidolakan orang yang mengatakan "lebih baik berkawan dengan syaitan daripada malaikat" ia akan menjadikan amalan itu selagi ia tidak akan berkubur. [wm.kl.10:21 am 14/09/12]

Himpunan Hijau: Melegakan Hati Pas

Posted: 13 Sep 2012 06:36 PM PDT

PERISTIWA

Buat sementara waktu para ahli dan penyokong Pas bolehlah tidur lena dan tidak perlu lagi bimbang dengan kedudukan kerajaan negeri Kelantan pada pilihan raya akan datang. Kejayaan Himpunan Hijau mengumpulkan lebih 40,000 malam tadi di padang Majlis Bandaran Machang menjadi pelena tidur ahli dan penyokong Pas.

Himpun Hijau - menuju ke Putrajaya peringkat Kelantan berjaya mencapai sasaran dan sekaligus melenyapkan kebimbangan saya sebelum ini.

Antara pimpinan Pas Kelantan yang hadir.
Jelas sambutan hangat terhadap himpunan itu rakyat Kelantan terutamanya dari kalangan penyokong Pas memberi kepercayaan kepada kerajaan Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz dan bersedia untuk berdepan apa saja ancaman dari Umno. Kehadiran yang ramai itu juga mencerminkan aspirasi mereka untuk menawan Putrajaya bukan sesuatu yang omong kosong.

Ribuan sedang mendengar ucapan Tok Guru.
Banjiran manusia yang sebahagiannya berpakaian berwana hijau juga yang datang dari pebagai pelusuk dan lapisan masyarakat menjelaskan bahawa 'tubaan' wang dan pelbagai bantuan yang diberikan Umno tidak membuahkan hasil seperti diharapkan. Segala peruntukan yang merupakan umpan itu ditelan tetapi tidak bisa menambah kaki tangan mereka untuk memberi sokongan kepada Pas.

Penyerhan borang menyertai Pas oleh sembilan orang termasuk lima bekas pegawai tinggi kerajaan dan empat pemain bola sepak kebangsaan memberi petanda bahawa golongan kerajaan dan mereka yang selama ini tidak pedulikan politik sudah mulai menyakini terhadap keupayaan Pas untuk memipin negara ini.
Mengiringi Tok Guru masuk menuju pentas.

Beberapa program disediakan sempena himpunan itu yang bermula Rabu dan berakhir hari ini, Jumaat. Walaupun masih ada beberapa program sempena himpunan itu tetapi solat hajat, munajat dan ceramah perdana malam tadi adalah kemuncak. Hari ini berlangsung berberapa program lain termasuk expo perdagangan dan jualan.

Saya yakin 90% yang hadir malam tadi terdiri dari ahli dan penyokong Pas tanpa melibatkan penyokong rakan-rakan pakatan Pas dalam Pakatan Rakyat. Majlis itu adalah spesifik untuk ahli dan penyokong Pas.

Kejayaan malam tadi juga menyebabkan Umno yang sebelum ini merasa 'sedap hati' mungkin terpaksa mencari helah lain untuk membangkitkan semangat rakyat Kelantan agar berpaling kepada meereka.

Di bawah ini diambil pakai beberapa keping gambar di sekitar sambutan itu disebelah petang yang dirakam oleh sdr Zam Zamani Mohd Zain menerusi Fbnya yang turut diselitkan ke dalam Fb saya. Terima kasih kepada Zam Zamani atas pengiriman gambar-gambar ini. [wm.kl.9:21 am 14/09/12]

Bekas Pemain Bola dan Pegawai Kerajaan Sertai Pas

Posted: 13 Sep 2012 08:53 AM PDT

 SEBELUM TIDUR

Sebahagian dari yang istyharkan diri sertai Pas.
Malam ini Parti Islam se Malaysia (Pas) menerima sembilan orang lagi anggota baru terdiri daripada lima bekas pegawai tinggi kerajaan dan empat beka pemain bola sepak negeri Kelantan dan kebangsaan.

Mereka mengistyharkan diri menyertai Pas dan menyerahkan borang keahlian kepada Tok Guru Nik Aziz di majlis ceramah perdana Himpunan Hijau di Machang malam ini.

Lima bekas pegawai kerajaan ialah Fauzi Harun, Nordin Daud, Abdul Halim Hasan, Wan Zain Wan Hamid dan Prof Salleh Haru. Manakala empat bekas pemain bola, Salleh Ibrahim, Mohadi Yusuf, Nik Fauzi dan Ramli Salleh.

Ulasan lanjut mengenai Himpunan Hijau di Kelantan esok. [wm.kl.11:49 pm 13/09/12]

Penjelasan Penggunaan Kereta Oleh Pegawai Kerajaan

Posted: 13 Sep 2012 04:47 AM PDT

RESPONS

Catatan mengenai seorang pengarah jabatan awam (Persekutuan) di Kelantan yang kehilangan kereta Perdana V6 dua hari lepas mendapat reaksi beberapa orang penjengok. Ramai yang ingin mengetahui siapakah gerangan Pengarah berkenaan yang tinggal di Machang itu.
Kereta posting berkenaan.

Hari ini saya menerima sms dari seorang menjelaskan berhubung penggunaan kereta kerajaan oleh kakitangannya. Menurut individu berkenaan tidak menjadi kesalahan bagi seorang pengarah berstatus Jusa ke atas menggunakan kereta kerajaan yang dikhaskan kepadanya bersama seorang driver dan elaun minyak.

Menurutnya kereta itu boleh dibawa ke mana-mana bahkan kereta itu bakal menjadi miliknya apabila berhenti kelak kerajaan akan menawarkan kepada pegawai berkenaan dengan harga murah.

Menurut invidiu itu juga ada bezanya di antara kereta kerajaan (jabatan) dengan kereta yang dikhasnya kepada pegawai kerajaan bergred Jusa ke atas.

Berikut sms yang dihantarkan kepada saya; "Salam.. merujuk kepada blog sdr berkaitan kereta kerajaan disalah guna. Sdr perlu bezakan antara kereta jabatan dengan kereta khas jawatan. Ulasan sdr dalam blog merujuk kepada kereta jabatan. Bagi pengarah Jabatan yang bergred Jusa ke atas, memang diperuntukan kereta Perdana V6 dengan elaun minyak dan pemandu khas.

"Kereta ini menjadi milik pengarah tersebut boleh dibawa pulang ke rumah. Apabila pengarah pencen kerajaan akan menawarkan kepada pengarah dengan tawaran yang rendah (tanpa cukai) sama seperti menteri dan Exco. Saya mohon sdr ...betulkan faktakan ini dalam blog sdr. Tq".

Persoalannya kenapa individu berkenaan bersedia menjelaskan perkara ini dan meminta saya meralatkannya. Kekeliruan itu di sini tidak penting. Yang pentingnya apakah kereta berkenaan benar hilang, dan siapakah pegawai berkenaan?

Saya akan cuba mendapatkan pengesahan berhubung kejadian ini dan mengenali pasti siapakah Pengarah yang kehilangan kereta Perdana V6 itu yang khabarnya pernah dibawa ke majlis-majlis anjuran Umno. Bagaimana pun terima kasih kepada individu yang mengirimkan sms meminta saya perbetulkan mengenai kekeliruan pemakaian kereta oleh pegawai kerajaan. [wm.kl.6:32 pm 13/09/12]

Tiada ulasan: