Jumaat, 7 September 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


PRU13 tak mungkin November, tapi...

Posted: 07 Sep 2012 12:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS beranggapan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mungkin tidak diadakan pada November ini kecuali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat tekanan kuat dari Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika Najib tidak terkesan dengan tekanan Muhyiddin itu maka PRU13 akan diadakan pada tahun hadapan.


"Saya tidak nampak pilihanraya akan diadakan pada waktu terdekat walaupun sejak kebelakangan ini Najib menimbulkan andaian bahawa beliau akan bubar parlimen kerana banyak perkara yang menghalang.

"Namun beliau terpaksa membubarkannya jika Muhyiddin terus melakukan gerakkan untuk menjatuhkannya sebelum pilihanraya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Katanya, mungkin Najib berpendapat adalah lebih baik beliau jatuh bersama-sama dengan barisan kabinet Umno pada pilihanraya nanti jika dibandingkan kejatuhan beliau disebabkan gerakan Muhyiddin tersebut sebelum PRU13.

Tambah Mahfuz lagi, gerakkan desakan yang dilakukan oleh Muhyiddin itu kemungkinan besar boleh berlaku kerana beliau sebelum ini juga pernah mendesak mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi sewaktu berada di Singapura agar Abdullah meletak jawatan dengan segera.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut membuat andaian jika tidak ada sebarang gerakan dilakukan adalah mustahil pilihanraya diadakan pada tahun ini kerana di sebabkan oleh faktor musim haji dan juga musim peperiksaan.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12989-mahfuz-pru13-tak-mungkin-november-tapi?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter


Selepas Bas, PKR Lancar 'Treler Merdeka Rakyat' Pulak..

Posted: 06 Sep 2012 09:03 PM PDT


PKR melancarkan sebuah treler yang bakal digunakan untuk kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13 dalam satu majlis yang telah dirasmikan oleh presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi ini di ibu pejabat PKR.



Dr Wan Azizah (gambar) dalam ucapan perasmiannya memberitahu treler ini akan menjadi simbol baru buat Pakatan Rakyat (PR) dan merupakan wadah baru bagi perjuangan rakyat.

Ogos lalu, PKR juga telah melancarkan sebuah bas ekpres yang digunakan untuk kempen 'Jelajah Merdeka Rakyat' namun terdapat segelintir mereka yang kurang senang hinggakan ia diserang pihak tidak bertanggungjawab di Kota Bharu.



"Treler tersebut akan memulakan perjalanannya dalam program ceramah pada malam ini yang akan berlangsung di Rantau, Negeri Sembilan.

"Saya berharap tiada lagi insiden yang tidak diingini seperti yang berlaku di Kelantan dan Kedah baru-baru ini," katanya - Jalan Pulang


Tunjuk Punggung - Najib Sedia Jumpa Keluarga

Posted: 06 Sep 2012 05:16 PM PDT


Datuk Seri Najib Razak sedia berjumpa bapa Muhammad Ammar yang menunjukkan punggung atas gambarnya ketika Himpunan Janji Demokrasi pada malam ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu.

Tidak ada masalah, saya terima sesiapapun, tetapi prinsipnya proses undang-undang tak boleh dikompromi dan mesti diteruskan.


Soal dia nak jumpa saya boleh diatur bila-bila masa, katanya selepas majlis Aidilfitri di Kampung Tasek Tok Lebai, Besut semalam.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang negara.

Media sebelum ini melaporkan bapa remaja terbabit, A Rahman Abdullah berharap dapat bertemu Najib bagi meminta maaf secara peribadi.

PM sedia temui keluarga Sementara itu, Rahman berkata beliau bersyukur kerana Perdana Menteri sedia menemui keluarganya.

Alhamdulillah, ini adalah perkhabaran paling menggembirakan apabila Perdana Menteri menyatakan kesudian bertemu kami sekeluarga.

Insya-Allah, saya akan bawa Muhammad Ammar bagi meminta maaf secara peribadi jika Perdana Menteri mempunyai kelapangan dan sudi menemui kami ketika lawatannya ke Johor Bahru pada 22 September ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Najibsediajumpakeluarga/Article/


Rakyat Mendoakan Najib Razak Terus Memimpin Malaysia..

Posted: 06 Sep 2012 07:46 AM PDT


http://www.kedahlanie.info/2012/09/komen-rakyat-di-fb-najib-bahasa-kias.html


Samseng Umno Siap Sedia Untuk Mengganas Malam Esok..

Posted: 06 Sep 2012 03:43 AM PDT

Pihak Umno Jasin dilaporkan sudah siap sedia untuk 'menganggu' ceramah Pas malam esok di Jeperun, Jasin yang melibatkan kehadiran sama Tamrin Ghafar Baba. Beberapa khemah kini sudah di pasanag berdepan dengan tempat program Pas di kampung berkenaan. Ia dipercayai untuk menganggu ceramah Pas.

Kalau bukan untuk menganggu ceramah Pas untuk apa Umno memasang khemah dan mengadakan program di situ.

Bagaimana pun dalam satu sms Tamrin kepada saya sejam lalu beliau tetap akan datang berceramah malam esok seperti mana dirancangkan. "Saya akan datang juga untuk menjelaskan kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh pihak Umno berhubung ceramah Matu Sabu yang dianggap memalukan keluarga Pak Ghabar," begitu kata Tamrin.


Beliau mengakui sebelum ini telah beberapa kali dia menolak jemputan untuk berceramah di kampung berkenaan kerana menghormati keluarganya terutamanya abang iparnya Ahmad Hamzah. Tetapi katanya kali ini beliau kena hadir memberi penjelasan apa sebenar yang berlaku dan tuduhan ke atas ceramah Mat Sabu itu satu kekeliruan.

Tamrin juga telah menghantar pesanan rengkas kepada Ahmad Hamzah bagi menjelaskan tindakannya itu dan sekligus memberi ingatan tegas. Pesanan rengkas itu berbunyi;

"Assalamulaikum Mat (Yb Datuk Mat Hamzah) saya memilih berceramah di Jasin kali ini selepas menolak jemputan di sana kerana mengambil kira kekeluargaan kita tetapi oleh kerana ahli-ahli keluarga membuat kenyataan akhbar maka saya tiada pilihan. Jika sekiranya Umno (BN Jasin) menganggu ceramah kami malam esok makan saya akan meningkat aktivi saya di Jasin. Terserahlah kepada you selaku pemimpin di sana. Salam..."

Syabas kepada Tamrin kerana tidak berganjak dan gentar dengan parti lamanya yang sudah mulai mengancam perjuangan barunya. Didoakan semoga Allah akan diberi kekuatan melawan apa juga ugutan dan ancaman kepadanya.

Dalam pada itu sama-sama kita berdoa semoga keluarga besar Allahyarham Pak Ghabar Baba tidak akan berpecah kerana wujudnya perbezaan pendapat di antara mereka berhubung perjuangan dalam politik. [wm.kl.6:19 pm 06/09/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/09/umno-serkam-siap-untuk-gangguan-tamrin.html


Tiada ulasan: