Blog-list Malaysia |
- Pakatan Menang Putrajaya, Gaji Polis Akan Naik..
- Prof. Kangkung DiRaja - 'Sang Saka Malaya' bukan bendera asal Tanah Melayu
- Azizan Rak Bakal Disingkirkan Dari Kerusi Menteri Besar Kedah
- Antara Dua Darjat..
- Cara keji sambut Hari Merdeka
- Nurul Syuhada perjelas isu Bintulu 'daif'
- PANAS - Umno/BN Telah Jual 2,055 Ekar Tanah Melayu P. Pinang..
- Anwar - Apa Salahnya Kibar Sang Saka Malaya?
Pakatan Menang Putrajaya, Gaji Polis Akan Naik.. Posted: 04 Sep 2012 12:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat merangka tiga strategi untuk penambahbaikan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan Rakyat akan mengadakan pembahagian semula sumber manusia dalam PDRM dengan menempatkan anggotanya di bahagian yang kritikal. "Bukan tambah kakitangan tapi anggta di tempat yang tidak kritikal kita pindah kepada tempat yang kritikal iaitu untuk membasmi jenayah," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat majlis setiausaha Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, dekat sini hari ini. Mengulas lanjut, Mustafa berkata, pembahagian semula anggota itu kerana bahagian penyiasatan dan pencegahan jenayah kekurangan tenaga sehingga terpaksa mengendalikan 20 kes dalam sebulan berbanding lima kes sebelum ini. Strategi kedua katanya adalah dengan menaikkan gaji anggota PDRM berdasarkan suasana semasa. "Kita tak tetapkan berapa gaji yang akan dinaikkan tapi akan ada kenaikan berdasarkan prestasi mereka," katanya. Strategi ketiga kata Mustafa adalah meningkatkan teknologi dan komunikasi PDRM iaitu memberi tumpuan kepada kebolehan membasmi jenayah. "Dari segi siasatan forensik, analisis forensik, itu perlu ditingkatkan bagi memastikan keberkesanan PDRM membasmi jenayah," katanya. Hadir sama Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok, serta Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke. Pakatan Rakyat Julai lalu memaklumkan akan memasukkan kajian mengenai penambahbaikan PDRM dalam bajet 2012 mereka bagi mengemukakan satu kaedah yang dapat menyelesaikan masalah peningkatan jenayah. - HD |
Prof. Kangkung DiRaja - 'Sang Saka Malaya' bukan bendera asal Tanah Melayu Posted: 03 Sep 2012 10:11 PM PDT Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang diguba pakai dari 1896 hingga 1950 SHAH ALAM – Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu, bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah. Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai pelupa dan jahil sejarah tanah air. Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah. Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob. "Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya. "Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam. "Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula," katanya. Semalam, Sinar Harian melaporkan blogger 'Singa Selatan' mengakui membawa bendera baru pada sambutan kemerdekaan tanah air kerana Sang Saka Malaya bendera itu adalah simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu. Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu. Katanya, dakwaan bahawa bendera itu sebagai bendera asal adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara. "Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadi mereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal," katanya. http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/09/skomen-hebat-dari-2-kangkung-terkenal.html |
Azizan Rak Bakal Disingkirkan Dari Kerusi Menteri Besar Kedah Posted: 03 Sep 2012 07:52 PM PDT Laporan penuh Sinar Harian hari ini :- Spekulasi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bakal digantikan kembali diperkatakan kebelakangan ini ekoran masalah kesihatan yang dialaminya. Memetik laporan sebuah portal berita, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu mengesahkan,o kemungkinan Azizan digantikan sekiranya ada calon yang sesuai dikenalpasti. Difahamkan, pemimpin Pas Pusat sudah mengadakan beberapa perbincangan untuk mencari calon sesuai menggantikan Azizan. Sebuah laman blog (Kedah Ke KL) pula mendakwa, masalah kesihatan Azizan dijadikan alasan oleh pemimpin Pas yang berpengaruh untuk menyingkirkan Azizan daripada jawatan Menteri Besar, manakala sebuah blog (Unit Media Kedah) melaporkan Azizan kini dikelilingi pemimpin yang mahukan jawatan beliau termasuk Exco Kerajaan Negeri. Mengulas perkara itu, pemimpin Pas kanan yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul menafikan spekulasi itu, selain menyifatkan ianya hanya khabar angin. "Tidak ada perbincangan dibuat oleh pemimpin Pas Kedah mahupun Pusat untuk gantikan Azizan dengan pemimpin lain. Saya juga tidak dimaklumkan oleh mana-mana pemimpin Pusat berkenaan perkara itu," katanya. Menurutnya, keyakinan yang ditunjukkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika mengunjungi Azizan di hospital baru-baru ini, menepis spekulasi terbabit, di mana Azizan dikatakan masih mampu menerajui Kedah. "Mustafa sendiri akui Azizan mampu mempengerusikan mesyuarat penting walaupun diadakan di hospital. Ini bermakna Azizan masih mampu terajui Kedah walaupun masih dalam proses rawatan," katanya. Mohamed Taulan berkata, Azizan perlu mendapat rehat secukupnya tanpa gangguan. Keadaan ini perlu bagi membolehkan beliau pulih dengan cepat dan kembali bertugas secara rasmi. "Keadaan Azizan semakin baik, beliau bukan sahaja hadir pada Rumah Terbuka Pas Kedah Sabtu lalu, malah dijadualkan mempengerusikan mesyuarat Exco esok, (Rabu, 5 September) ini," katanya. Menurutnya, walaupun keadaan Azizan semakin positif, namun hanya saudara terdekat dan pegawai kanan Azizan dibenarkan berjumpa dengannya. "Saya sendiri belum berjumpa Azizan sejak beliau dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC)," katanya. Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Mohamad Helmi Mohd Khalid ketika dihubungi, mengesahkan mesyuarat Exco yang dijadualkan esok akan menjadi perjumpaan rasmi pertama dengan barisan Exco sejak beliau mengalami masalah kesihatan. "Sejak dimasukkan ke KMC, Azizan tidak dibenarkan menerima kunjungan pelawat bagi membolehkan beliau rehat secukupnya," katanya. Azizan dilaporkan berada di KMC sejak 22 Ogos lalu. |
Posted: 03 Sep 2012 05:26 PM PDT |
Posted: 03 Sep 2012 07:10 AM PDT PEMANDANGAN Teluk Juara, Pulau Tioman yang menjadi tempat sekumpulan 28 individu mengadakan pesta liar sambil khayal dadah 31 Ogos lalu. KUANTAN - Sekumpulan 28 individu dari ibu negara menyambut perayaan ambang Merdeka dengan cara keji apabila masing-masing melakukan tarian ghairah sambil berpesta dadah dalam satu parti liar di tepi pantai Teluk Juara di Pulau Tioman, Jumaat lalu. Perbuatan memalukan ketika rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 dengan semangat patriotik itu dapat dihidu pihak berkuasa sebelum mereka melakukan serbuan tepat pukul 12 tengah malam 31 Ogos lalu. Mereka yang datang secara berpasangan dan berasingan berusia 22 hingga 45 tahun tersebut langsung tidak menyedari kehadiran pihak polis kerana sedang khayal dadah selain mabuk. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Superintendan Yap Toon Khuan (gambar kecil) berkata, pemeriksaan lanjut pihaknya mendapati, empat lelaki memiliki pil khayal serta serbuk dipercayai dadah. "Sebaik mendapat maklumat awam, sepasukan polis dikerah ke pulau berkenaan untuk memantau. Selepas memastikan mereka berkelakuan seperti yang didakwa, kita telah membuat serbuan dalam keadaan peserta parti itu tidak menyedarinya kerana khayal dadah. - Kosmo |
Nurul Syuhada perjelas isu Bintulu 'daif' Posted: 03 Sep 2012 05:15 AM PDT Pengacara jelita TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain menjelaskan bahawa isu Bintulu yang disifatkannya sebagai 'daif' dalam satu laporan lintas langsung stesen tersebut perlu difahami dalam konteks sebenar laporan itu dibuat. Menurutnya, perkataan 'daif' digunakan untuk menggambarkan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia yang kini bertukar wajah kerana manfaat pelan transformasi. Beliau bagaimana pun meminta maaf kepada mereka yang tersinggung dengan kenyataannya. "Sebagai anak jati Malaysia, saya tidak akan mengkritik tanah air saya sendiri atau mana-mana daerahnya. "Kepada yang tersinggung, saya minta maaf, dan kepada mereka yang cuba menyemai kebencian dan fitnah, Tuhan sahajalah pengadil sebaiknya buat anda," tulis Nurul Syuhada pada laman Facebook beliau. TV3 dalam laporan di Buletin Utama semalam turut membuat permohonan maaf yang sama. Pemuda PAS Sarawak dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebelum ini dilaporkan terguris dengan kenyataan Nurul Syuhada itu dan menggesanya meminta maaf secara terbuka bagi meredakan kemarahan penduduk Bintulu. Mereka beranggapan Nurul Syuhada kurang arif dengan kedudukan Bintulu sebagai antara penyumbang utama pendapatan negara dengan hasil gas dan minyaknya. |
PANAS - Umno/BN Telah Jual 2,055 Ekar Tanah Melayu P. Pinang.. Posted: 03 Sep 2012 01:55 AM PDT GEORGE TOWN, 3 SEPTEMBER: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional telah menjual sebanyak 980 ekar di Tanjung Tokong, 325 ekar di Lebuhraya Jelutong dan 750 ekar di Batu Kawan kepada Abad Naluri Sdn Bhd. Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini; sambil menyebut bahawa penjualan tanah oleh Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi kehebatan UMNO-BN menjual tanah. Menurut beliau, UMNO-BN Pulau Pinang sengaja membesarkan isu penjualan tanah sebanyak 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin. Pada masa yang sama UMNO Barisan Nasional enggan memberikan penjelasan ke atas keuntungan sebanyak RM5 juta yang telah dikaut oleh pemimpin-pemimpin UMNO pada tahun ini dalam masa tiga setengah bulan menjadi 'broker tanah' bagi 31 pemilik tanah Melayu di Batu Kawan. Guan Eng dalam kenyataannya juga memberitahu, UMNO Barisan Nasional telah menjual tanah utama di Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi dan tanah tebusguna Lebuhraya Jelutong pada harga RM20 sekaki persegi. Tambah Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, penjualan secara tender terbuka oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan rakyat terbukti berjaya mendapat harga yang paling tinggi melebihi harga pasaran. "Sebaliknya penjualan tanah yang dilakukan oleh UMNO Barisan Nasional tidak begitu". "Perjanjian penebusguna dan memajukan Tanjong Tokong yang bertarikh 1990 dan 1999, pemaju hanya diberi hak untu menebusguna dan memajukan sebanyak 980 ekar tanah dipersisiran Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi." Kata Guan Eng. "Lebuhraya Jelutong pula, dibawah perjanjian bertarikh 1997, 2002 dan 2003, pihak pemaju diberi hak untuk menebusguna sebanyak 325 ekar tanah sebagai gantian untuk pembinaan Lebuhraya Jelutong dengan kos anggaran RM300 juta dan bayaran RM25.4 juta. Dalam erti kata lain, jumlah kos RM325.4 juta untuk 325 ekar tanah". Jelas Guan Eng dalam kenyataannya. Jumlah ini bersamaan dengan RM1 juta seekar ataupun RM20 sekaki persegi, pemaju boleh membayar RM25.4 juta dalam jangka masa 10 tahun dari 2005 hingga 2015. Guan Eng turut mengulas bahawa, pemimpin Barisan Nasional, termasuk Pengerusi BN Teng Chang Yeow, enggan memberi penjelasan tentang keuntungan RM5 juta yang dikaut oleh pemimpin UMNO sebagai broker tanah atau kenapa tanah negeri dijual dengan begitu murah semasa mereka masih berkuasa. "Jika pemimpin-pemimpin BN boleh menjual tanah dengan begitu murah semasa berada di tampuk kuasa, apakah mereka tidak akan melakukannya lagi sekiranya kembali berkuasa?" ujar Guan Eng. – Roketkini.com |
Anwar - Apa Salahnya Kibar Sang Saka Malaya? Posted: 03 Sep 2012 01:47 AM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan sekumpulan pemuda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos lalu. Katanya, tiada salahnya dengan tindakan itu kerana bendera itu asalnya dicadangkan menjelang kemerdekaan Tanah Melayu. "Episod ini ada dalam sejarah negara ini, dan inilah bendera yang digunakan. Saya tidak rasa anak muda berhasrat menukar bendera Jalur Gemilang tetapi ia semata-mata untuk mengetengahkan suatu perkara dalam sejarah negara," katanya. Anwar turut mengumpamakan dengan bendera lama PAS yang menggunakan lambang bulan sabit dan bintang. Bagaimanapun, ekoran bantahan kerana hampir menyamai bendera kebangsaan, PAS menukarnya kepada bulan penuh. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan