Blog-list Malaysia |
- PERKASA: Halang Anwar sebab tiada tauliah
- Gambar Hasan Ali Sedang Berdakwah Tegakkan Syiar Islam
- PERKASA: Dari Kebodohan Yang Menjadi Barah
- 10 Ribu Banjiri Ceramah Anwar Di Alor Setar Malam Tadi
- Video Serangan Lembu Perkasa Di Masjid Alor Setar (UPDATED)
- Lembu Perkasa Mengamuk Dalam Masjid Di Alor Setar
- Polis 'buru' individu mahu tukar bendera
- Gerakan Untuk Jatuhkan Najib Sudah Bermula Di Johor
- 'Pakatan tak pernah bangkitkan tukar bendera'
- Simpanpun tak guna.. Buat sakit hati saja..
PERKASA: Halang Anwar sebab tiada tauliah Posted: 02 Sep 2012 09:50 PM PDT Kumpulan pendesak Melayu (PERKASA) Kota Setar mendakwa, pihaknya cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menyampaikan tazkirah di sebuah majlis di Alor Setar malam tadi kerana ketua pembangkang itu tidak bertauliah. "Sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ingin menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan, PERKASA tiada halangan kerana beliau bertauliah berbanding Anwar. "PERKASA Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sebarang tazkirah di masjid berkenaan. "Bagaimanapun, kami tidak akan menghalang beliau memasuki masjid untuk menunaikan solat,"Timbalan Pengerusi PERKASA Kota Setar Jamaludin Hashim dipetik sebagai berkata dalam Sinar Harian. Beliau juga menjelaskan, kira-kira 50 ahli PERKASA berdemonstrasi di hadapan Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong bagi menghalang Anwar menyampaikan tazkirah pada malam tadi. Pasukan polis dilaporkan tiba kira-kira 15 minit kemudian dan berjaya menghalang ahli-ahli PERKASA daripada memecahkan pintu masjid dan menyerang Anwar. Malam tadi, beberapa pemimpin PKR menerusi laman Twitter mendakwa ahli-ahli PERKASA menyerbu dan menyerang Anwar di dalam masjid dengan membaling kasut ke dalam masjid. Insiden itu merupakan yang kedua dalam masa empat hari jelajah seluruh negara Anwar. Awal pagi Sabtu lalu, bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah dengan cat merah sewaktu singgah di Kelantan. |
Gambar Hasan Ali Sedang Berdakwah Tegakkan Syiar Islam Posted: 02 Sep 2012 07:08 PM PDT |
PERKASA: Dari Kebodohan Yang Menjadi Barah Posted: 02 Sep 2012 06:46 PM PDT Anwar Ibrahim Club (AIC) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan dan jahil politik yang berlaku dalam jangkamasa 48 jam yang melibatkan siri Jelajah Merdeka Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat , Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dalam siri jelajah ke beberapa buah negeri bermula 31 Ogos yang lalu. Tindakan ganas yang berniat jahat ini dilakukan atas kepercayaan umum bahawa pihak-pihak tertentu sudah mula berasa goyah dan tidak tenteram dengan kemaraan hebat kempen Pakatan Rakyat yang diterima dengan sambutan hangat oleh rakyat tempatan. AIC enggan mengulas panjang tentang insiden melemparkan cat merah dan batu terhadap bas dua tingkat kerana pelaku jahat itu belum dikenal pasti, tetapi jelas perlakuan biadap ahli-ahli Perkasa melemparkan kasut ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim memberikan tazkirah di Masjid Seberang Pumpong, Alor Star , Kedah Darul Aman adalah satu kebodohan yang telah menjadi barah. Rujuk http://youtu.be/3Bx-Y8XAuVw Semoga Kehancuran Menunggu PERKASA Rakyat selama ini mendengar insiden menyerang individu atau mana-mana pihak di rumah ibadat hanyalah kedengaran berlaku di negara yang bertelagah seperti di Palestin dan wilayah bergolak Selatan Thai dan dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai nilai dan akhlak sebagai seorang manusia. Namun apa yang membingungkan, perbuatan biadab ini berlaku di sebuah negara majoriti Islam dan dilakukan oleh sekumpulan orang Melayu yang mengaku memperjuangkan agama dan bangsa. AIC ingin mempersoalkan tentang munasabah serangan melempar kasut kepada individu yang sedang berada di dalam rumah Allah, dan adakah sekadar perbedaan ideologi menjadi penyebab kepada kejahilan tersebut. AIC mendesak Ibrahim Ali selaku Presiden PERKASA untuk berani, meminta maaf secara terbuka berhubung insiden malam tadi, atau berundur sahaja jika tidak mampu untuk menguruskan perkara seperti ini dengan baik. Terbukti, ahli-ahli PERKASA sudah tidak menghormati Ibrahim, dan membelakangkannya dengan melakukan perkara-perkara yang mengaibkan maruah agama. Apakah Ibrahim Ali sudah hilang cengkaman terhadap PERKASA, dan adakah sebenarnya manusia-manusia rendah akhlak ini sudah tidak menghormati peranan Ibrahim Ali sebagai ketua gerombolan ini? Kebodohan yang dimulakan secara kecil-kecilan oleh si jahil politik, kini telah menjadi barah yang menular dalam masyarakat. Inilah yang ingin dibina dan dipersembahkan oleh mereka ini, sedang konon negara menuju satu perubahan pemikiran yang lebih membina. Maka tanggapan ramai pihak bahawa hujung sisa perjuangan Umno BN sudah sampai ke penghujungnya adalah satu manifestasi nyata yang tidak banyak perlu diwacanakan. AIC melihat ini sebagai babak terakhir dalam menilai tahap pemikiran dan mentaliti rendah kumpulan ultra perkauman ini. Keganasan seperti ini bukan baharu, tetapi dijenamakan semula dalam bentuk yang lebih memualkan. Disaat politik Pakatan Rakyat kini bergerak dalam semangat menyatukan rakyat, sang PERKASA masih lagi berdondang untuk menyemarakkan kebencian dan kali ini orang Islam Melayu yang menjadi mangsa , malah lebih dahsyat mereka ini menjadikan masjid sebagai medan tempur untuk menghancurkan sesama sendiri. Nabi Muhammad SAW pernah menyebut ketika Fathul Makkah, "Sesiapa yang berlindung di dalam kawasan Kaabah, maka dia selamat. Dan barangsiapa yang berlindung di rumah Abu Suffian, maka dia selamat" menjadi bukti betapa Rasulullah sendiri menyatakan betapa rumah ibadah menjadi tempat perlindungan penting bagi mereka yang memerlukan, hatta sewaktu perang. Tetapi PERKASA ini lebih menakutkan, dan ternyata mereka golongan fasik yang tidak takut dosa dan semoga kehancuran lah yang menunggu mereka yang jahil dan biadap ini. GENERASI PENGGERAK ZAMAN Saifuddin Shafi Muhammad PRESIDEN AIC MALAYSIA |
10 Ribu Banjiri Ceramah Anwar Di Alor Setar Malam Tadi Posted: 02 Sep 2012 04:39 PM PDT Sekalipun majlis tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diserang di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah oleh PERKASA, namun majlis ceramahnya di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah malam ini dipenuhi dengan lautan manusia. Ia seperti sebuah satu gelombang kebangkitan rakyat yang meluap-luap untuk menggantikan kerajaan UMNO-BN dengan Pakatan Rakyat di Putrajaya. Dianggarkan lebih 10,000 orang membanjiri Stadium Darul Aman untuk mendengar ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar. |
Video Serangan Lembu Perkasa Di Masjid Alor Setar (UPDATED) Posted: 02 Sep 2012 07:28 AM PDT ALOR STAR: Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah. Menurut laporan Keadilandaily, tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa pemuda berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam masjid Al Husin. Mereka juga bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya. Kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah. Ketua kumpulan itu yang hanya dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta. Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau. Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam. |
Lembu Perkasa Mengamuk Dalam Masjid Di Alor Setar Posted: 02 Sep 2012 07:17 AM PDT Terkini dari KEDAH.... Ahli Perkasa mencetuskan provokasi ketika DS @anwaribrahim hendak menyampaikan tazkirah. - Ahli Perkasa mencetuskan provokasi ketika DS @anwaribrahim hendak menyampaikan tazkirah. - Ahli Perkasa mengeluarkan kata2 kesat & membaling kasut kedalam masjid ketika tazkirah disampaikan. - Tazkirah Maghrib DS @anwaribrahim diteruskan w/pun lampu masjid & speaker dipadamkan P/S : Masjid pun dah tak tau nak hormat......lihat dan nilaikan sendiri betapa terdesaknya.. Ahli-ahli Perkasa cuba mencerobohi masjid, membaling kasut yang hampir-hampir mengenai sdr Mahfuz Omar... Ejen provokasi guna pembesar suara & membunyikan siren ketika tazkirah sedang disampaikan. Mereka cuba merempuh masuk kedalam masjid Darulaman dalam usaha mereka menghalang DSAI bertazkirah... |
Polis 'buru' individu mahu tukar bendera Posted: 02 Sep 2012 05:06 AM PDT Polis menggesa individu ya ng terlibat membawa bendera alternatif "Sang Saka Malaya" dan pihak yang dalam perhimpunan "Janji Demokrasi" pada malam merdeka tampil membantu siasatan. Menurut kenyataan dalam Facebook, Bukit Aman berkata, ketua polis negara memandang serius perbuatan itu kerana ia bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi. Pasukan keselamatan juga meminta pihak dan saksi kejadian memijak gambar perdana menteri dan isteri turut tampil. Menurut kenyataan itu lagi, siasatan kini sedang dijalankan di bawah seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan, seksyen 504 dan 509 Kanun Keseksaan. Semalam seorang pemblog pro-Umno telah menyalahkan perbuatan tersebut kepada penganjur Janji Demokrasi dengan menuduh bahawa mereka turut mahu menukar bendera kebangsaan, Jalur Gemilang. Menjawab dakwaan itu, juga di blog, penulis yang memperkenalkan diri sebagai "Serigala Selatan" semalam mengaku bertanggungjawab mengibarkan Sang Saka Malaya tetapi tidak berniat menggantikan dengan Jalur Gemilang. Katanya, beliau membawa bendera itu sebagai mahu memperingatkan orang ramai tentang sumbangan tokoh sejarah ke arah kemerdekaan. |
Gerakan Untuk Jatuhkan Najib Sudah Bermula Di Johor Posted: 02 Sep 2012 01:54 AM PDT Poster diatas telah ditemui dinaikkan dibeberapa pusat membeli belah di negeri Johor negeri asal Muhyiddin beberapa hari lalu. Poster dengan "Selamatkan Barisan Nasional" di bahagian atas manakala di bahagian bawahnya tertera "Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Sebelum PRU13" dipercayai diterbitkan oleh Barisan Nasional Negeri Johor. Menurut salah seorang pengunjung yang ditemui, orang UMNO percaya Muhyiddin lebih layak untuk memimpin Malaysia berdasarkan perkembangan semasa yang tidak memihak Najib dipercayai akibat campurtangan isterinya sendiri, Rosmah Mansor dalam hal pentadbiran negara. Poster seperti di atas juga telah ditemui diedar kan di Pulau Pinang oleh beberapa orang ahli UMNO yang dipercayai penyokong Muhyiddin. Dan lebih menarik lagi kempen oleh para penyokong Muhyiddin ini juga telah mewujudkan dua laman Face Book iaitu 'Kami sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri'dan 100,000 sokong Perdana Menteri baru Tan Sri Muhyiddin Yassin.. Sumber - ASD |
'Pakatan tak pernah bangkitkan tukar bendera' Posted: 02 Sep 2012 01:46 AM PDT Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan atau membangkitkan isu untuk menukar bendera Jalur Gemilang dalam mana-mana mesyuaratnya. Lim Kit Siang juga berkata, membuat perubahan pada Jalur Gemilang juga bukan agenda Pakatan. "Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bersama tiga menteri kanan Umno menyerang dengan mengatakan bahawa ada desas-desus Pakatan mahu menggantikan Jalur Gemilang, ia mencerminkan diri mereka yang terdesak. ''Saya tidak percaya, dengan semua anggota polis dan sumber perisikan mereka, perdana menteri dan menteri dalam negeri tidak sedar bahawa tidak ada kebenaran pun mengenai desas desus itu,'' katanya dalam satu kenyataan media. Semalam Najib mendakwa Pakatan ingin mengubah Jalur Gemilang. Beliau berkata, bagaimanapun, hasrat itu tidak dapat dilaksanakan kerana Putrajaya masih lagi di bawah pimpinan BN. |
Simpanpun tak guna.. Buat sakit hati saja.. Posted: 02 Sep 2012 01:26 AM PDT |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan