Blog-list Malaysia |
- Bajet Terdesak - Najib dijangka tabur ‘rasuah’ demi sokongan politik
- Dr M masih mahu anaknya jadi PM? Tak perlu risau jika M'sia jadi muflis - Mukhriz
- Nazri Cakap Macam Dia Pulak Menteri Pelajaran - Muhyiddin
- Muhyiddin Hilang Akal Dengan Belanjawan Pakatan
Bajet Terdesak - Najib dijangka tabur ‘rasuah’ demi sokongan politik Posted: 27 Sep 2012 11:59 PM PDT KUALA LUMPUR 28 Sept: Datuk Seri Najib Razak hari ini dijangka menabur wang tunai yang mengikut istilah Dr Mahathir Mohamad sebagai 'menyerupai rasuah' dalam pembentangan Bajet 2013, hari ini. Menyifatkannya sebagai 'gula-gula' menjelang pilihan raya umum ke-13, Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, berkata, sogokan itu mungkin dibuat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Beliau berkata, amalan pemberian sekali (one-off) seperti BR1M tidak menjana pertumbuhan ekonomi mahupun menggalakkan pelaburan. "Ia akan merosakkan ekonomi dan akhirnya melumpuhkan ekonomi negara," katanya kepada Keadilan Daily di lobi parlimen. Beliau mengulas maklumat dari sumber Umno BN yang menyatakan, Najib dijangka mengumumkan sogokan RM1,000 kepada rakyat yang pendapatan isi kurang rumah RM4,000 sebulan berikutan terdesak mencari sokongan politik. BR1M berlawanan dengan kebajikan berstruktur yang dicadang Pakatan dalam Belanjawan 2013 dengan peruntukan kebajikan tertentu mengikut tempoh bersesuaian. Sebelum ini, kerajaan Umno melalui Bajet 2012, menyogok wang tunai RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan yang dianggap Mahathir sebagai menyerupai rasuah. Hal ini diperkuat dengan kenyataan Perdana Mentari 8 Jun lalu melalui Bernama yang melaporkan Najib mempertimbang untuk meneruskan 'sogokan' BR1M. BR1M disogok kepada rakyat tanpa tempoh atau jadual tertentu yang hanya ditentukan pemimpin Umno mengikut selera 'tekak' mereka. Mengulas lanjut, Azmin berkata, belanjawan adalah isu dasar, bukannya 'gula-gula' semata-mata, malah ia tidak melambangkan pengurusan ekonomi yang bertanggungjawab. "Belanjawan Pakatan berpegang kepada prinsip yang akan menjamin pertumbuhan ekonomi yang akan diagih kepada rakyat. "Ia menjana pertumbuhan dan pelaburan baru yang akan beri peluang pekerjaan dan tingkatkan pendapatan dan kuasa ekonomi rakyat," kata beliau. Belanjawan Pakatan, katanya, bukan slogan atau retorik politik semata-mata, bahkan melambangkan kesungguhan Pakatan untuk membela rakyat tanpa mengira kaum. "Justeru, saya minta rakyat membandingkan Bajet 2013 kerajaan Umno BN dengan Belanjawan Pakatan," kata Ahli Parlimen Gombak itu. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36955 |
Dr M masih mahu anaknya jadi PM? Tak perlu risau jika M'sia jadi muflis - Mukhriz Posted: 27 Sep 2012 05:42 PM PDT Seperti yang dijangka, UMNO telah menggunakan Minggu Orientasi Pelajar untuk pelajar baru di semua IPTA seluruh negara untuk menyebarkan propogandanya. Setiap tahun pemimpin Umno akan masuk ke kolej-kolej dan memberi syarahan yang bermotifkan untuk meyakinkan pelajar baru ini bahawa mereka harus terus percaya dan menyokong Umno-BN demi kebaikkan 'Bangsa, Agama dan Negara!' Seperti juga tahun-tahun sebelum ini, tiada bezanya tahun ini. Kalau ada pun perbezaan, mungkin terdapat lebih banyak yang digembar-gemburkan pada tahun ini. Semakin tinggi kita daki, semakin curang kita jatuh. Umno pun akan mendapat nasib yang sama. Walaupun kebanyakkan pelajar baru ini pemalu dan santun, ramai yang menunjukkan muka bosan dan kurang senang dengan ucapan panjang lebar yang disampaikan oleh orang Umno demi agenda mereka. Setiap tetamu terhormat ini diminta untuk memberi ucapan, Ada di antara yang langsung tidak menyembunyikan agenda ada juga yang menggunakan psiklogi. Namun, dalam era di mana komunikasi adalah menerusi sms, email, ruangan chat dan sebagainya, rakyat muda kita ini nampaknya bukanlah naïf seperti yang disangka. Jangan sangka semua akan menelan mentah-mentah apa yang kamu beri kepada mereka. Ramai di antara anak muda yang sangat arif dengan dunia media sosial ini menyeringai sepanjang ceramah membosankan yang sebenarnya hanya mempunyai satu tujuan iaitu semua haruslah menyokong Umno-BN dan sekiranya tidak, negara akan hancur di tangan pembangkang penyangak. Mungkin pada seorang lelaki dewasa, penceramah BN ini bercakap kosong, Pelajar juga nampaknya kurang berminat, Ramai yang penat dan tidak kurang juga yang tertidur. Mempersembahkan Anak bongsu Hakikatnya, ramai dikalangan pelajar yang hanya berminat untuk belajar dan bukanlah ucapan berbaur politik atau menyibuk dengan isu ekonomi- sekurang-kurangnya sebelum mereka memulakan semester satu di universiti. Ramai yang berasa bertanggungjawab untuk belajar kerana orang tua mereka telah berbelanja beribu-ribu ringgit untuk mereka meneruskan pelajaran di peringkat universiti. Mereka hany mahu belajar dan habis belajar dengan cepat supaya mereka boleh bergraduat dan mencari pekerjaan. Tetapi pihak Umno yang kurang sensitif itu menggunakan minggu orientasi untuk mendapatkan peluang terakhir membasuh minda pelajar atau menarik mereka daripada agenda hitam pihak pembangkang- bergantung kepada pihak mana anda berada. Salah seorang daripada pemberi ucapan paling kontroversi pada tahun ini adalah Mukhriz Mahathir – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan anak bongsu bekas perdana menteri Mahathir Mohamad. Mukhriz telah dijemput untuk berucap kepada pelajar baru di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada khamis lepas, 6 September dan beliau telah mencetuskan kegemparan di sana. Mukhriz bukan cuba memaparkan situasi ekonomi yang indah tetapi malangnya penjelasan beliau lemah dan bercanggah. Beliau mendakwa bahawa kita berada pada jalan yang betul kerana pengurusan kewangan yang bijak tanpa bergantung dengan peminjaman luar negara yang besar. "Kerajaan mempunyai RM800 billion dalam pinjaman. Dan hanya 17% daripadanya adalah peminjaman luar negara. Selebihnya adalah daripada institusi pinjaman dalam negara," The Edge melaporkan beliau sebagai berkata. Kejutan Muflis Muhkriz cuba menyakinkan bahawa terdapat perbezaan di antara pinjaman luar dengan dalam namun hakikatnya, pinjaman adalah pinjaman. Kerajaan kita hanya kurang 2% daripada pinjaman maksimum yang dibenarkan oleh perlembagaan. Hanya disebabkan ini sahaja menunjukkan bahawa Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bapanya tidak boleh kita capai. Mukhriz memburukkan lagi keadaan dengan membuat kenyataan terbodoh yang boleh dibuat oleh seorang menteri. Bagi yang lebih kritikal pemikirannya dalam audien, Mukhriz dilihat sebagai seorang yang bodoh, naïf dan kurang cerdik berbanding ahli-ahli Umno berpengaruh yang lain. "Kita tidak perlu risau jika negara akan muflis atau tidak sekiranya kita terus memberi bantuan kepada rakyat. Ini kerana wang yang ada itu adalah lahir daripada pengurusan kewangan yang bijak dan pemungutan cukai yang efektif," ujar Mukhriz yang berusia 46 tahun itu. PM masa hadapan? Selamatkan Malaysia, hentikan Mukhriz! Jangan risau jika Malaysia jatuh muflis! Dan bayangkan bapanya mahu dia menjadi PM selepas Najib! Sudah tentulah tentangan rakyat terhadap cita-cita Mahathir ini kuat sehinggakan dia terpaksa memperlahankan kempennya untuk menjadikan Mukhriz PM. Sungguhpun begitu, terdapat ura-ura bahawa ada perjanjian dikalangan elit Umno untuk menjadikan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah jika Umno-BN mendapat semula negeri itu. Mukhriz juga gagal menyatakan bagaimana Umno-BN akan membayar balik pinjaman itu- 800 billion bukanlah satu nilai yang kecil. Untuk seorang Timbalan Menteri Perdagangan, beliau sebenarnya tiada langsung idea bagaimana hendak menurunkan nilai hutang ini kepada nilai yang lebih mudah diurus. Ada yang lebih arif mengenai kewangan dalam audien juga terkejut apabila Mukhriz telah dengan tidak sengaja mengeluarkan satu maklumat baru. Setakat ini, akhbar telah melaporkan hutang negara adalah dalam RM560 billion tetapi sekarang Mukhriz telah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlahnya adalah RM800 billion! Kitaran jahat dan Professor Kangkong! Mana-mana pemimpin yang bertanggungjawab akan risau jika negara dijangkan akan muflis. Tarikh akhir 2019 yang disebut oleh Idris Jala dan Koh Tsu Koon bukanlah satu gurauan dan ia mungkin akan lebih cepat daripada yang dijangka akibat daripada perbelanjaan tidak bertanggungjawab yang dilakukan dalam bujet 2010, 2011 dan 2012. Nampak gayanya Bujet 2013 juga akan meninggalkan satu lubang yang besar dalam perbendaharaan negara yang hanya akan ditutup oleh hutang. Wang seharusnya sampai kepada rakyat dengan melalui aktiviti ekonomi yang berkesan dan bukannya apa yang dilakukan oleh pemimpin BN sekarang. Pelan-pelan untuk berbelanja dan projek-projek besar dibentangkan dan negara berhutang lagi tetapi wang masuk itu dikeluarkan dengan sekelip mata dan seminit kemudian ia dimasukkan semula dan diberi kepada rakyat. Sekiranya pengurusan kewangan yang baik dilaksanakan, rakyat Malaysia akan stabil dari segi kewangan dan mereka tidak akan memerlukan bantuan kewangan! Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan minyak. Kita tidak mungkin menjadi miskin dan jika ia berlaku, ia adalah disebabkan oleh pengurusan kewangan yang teruj dan penipuan. Jadi untuk mereka yang mempunyai keistimewaan seperti Mukhriz, yang punyai bunglo besar yang sering menjadi topik perbualan di kota-kota, beliau sepatutnya tutup mulut kalau tidak tahu menahu mengenai perihal ekonomi. Sekiranya beliau cuba untuk mengasah bakat memberi ucapan, beliau harus praktis dihadapan cermin dan bukannya dihadapan pelajar universiti dan memperbodohkan mereka dan juga rakyat Malaysia dengan kenyataan dan andaian bodoh beliau. Kita juga terfikir, apakah pendapat Naib Canselor UUM Prof Dr Mustafa Ishak yang juga berada dalam audien tentang ucapan Mukhriz? Tolonglah jangan biarkan anak bongsu seorang ahli politik kejan merosakkan standad dan reputasi universiti anda. Tunjukkan bahawa UUM mempunyai standad untuk menganalisis dakwaan ini-sama ada benar atau tidak fakta yang diucapkan oleh mana-mana pemimpin dalam atau luar negara. Dengan kata lain, jangan biarkan UUM diperkotak-katikkan dan dihujani oleh "Professor Kangkong'! Malaysia Chronicle |
Nazri Cakap Macam Dia Pulak Menteri Pelajaran - Muhyiddin Posted: 27 Sep 2012 09:57 AM PDT Nazri komen macam menteri pelajaran, kata TPM Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menyifatkan tuntutan oleh NGO pendidikan Cina Dong Zong sebagai perkara "munasabah" hanyalah pandangan peribadi menteri berkenaan. Katanya, beliau sendiri telah mendapatkan penjelasan menteri hal ehwal undang-undang tersebut pagi ini, susulan kenyataan Nazri selepas menerima memorandum NGO berkenaan semalam. "Apa yang dinyatakan itu pandangan dia, tetapi saya jelaskan, kita pun ada pendirian, polisi kerajaan tentang soal itu pun jelas dan kita pun dah buat keputusan. "Jadi sepatutnya (apabila Nazri) terima memo itu, dia boleh serah kepada saya. Nanti kita boleh buatlah. Jadi tak payah komen. Dia komen macam dia jadi menteri pelajaran, susahlah saya. "Saya beritahu dengan (Nazri), dan dia pun kata betul, dan pandangan itu peribadi. Mungkin dia rasa silap buat kenyataan. Saya dah panggil dia, dan ulasan dia telah buat," katanya. Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata kerajaan tidak mempunyai masalah untuk menerima memorandum daripada mana-mana pihak. "Cuma apa tuntutan dalam memorandum itu, biasanya kita akan kaji, saya pun tak baca lagi apa tuntutan dalam memorandum itu. "Kalau soal pentadbiran, soal guru itu dah lama dah. Jawatankuasa (telah) kita tubuhkan. Tapi kalau ia menyentuh soal undang-undang dan dasar, dia tidak boleh jawab macam itu. Kita kena kaji. "Jadi tak apalah dia dah terlepas cakap. Tapi apa yang dicakap itu (tidak semestinya) betul dan mengikut polisi kerajaan. Jadi saya telah beritahu dia, supaya tidak membuat kenyataan sebegitu (selepas ini)," katanya. 'Saya bukan munafik' Terdahulu, Nazri ketika bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen menolak dakwaan sokongannya terhadap lapan tuntutan NGO pendidikan Dong Zong sebagai satu dolak dalih diplomasi politik semata-mata. "Pastinya kita perlu bersikap diplomatik, kami ahli politik tetapi diplomatik ini bukan bermaksud saya ini munafik. "Saya tidak keluarkan kenyataan semata-mata mengikut rentak khalayak umum, saya orang yang ada integriti," katanya kepada wartawan di perkarangan Parlimen petang tadi. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong pagi tadi yang menyifatkan Nazri hanya bersikap diplomatik apabila menyifatkan tuntutan Dong Zong sebagai munasabah sewaktu menerima memorandum mereka di Parlimen semalam. "Kenyataan Nazri yang menyokong lapan tuntutan Dong Zong semalam, saya berpendapat ia hanyalah bahasa diplomatik tetapi saya berharap beliau sebagai menteri kanan boleh bekerjasama dengan MCA atau mana-mana parti berasaskan Cina untuk memastikan perkara ini dilakukan," kata Wee pada sidang medianya pagi tadi. - Malaysiakini |
Muhyiddin Hilang Akal Dengan Belanjawan Pakatan Posted: 27 Sep 2012 05:14 AM PDT Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah Pakatan Rakyat mengumumkan belanjawan alternatif hanyalah bertujuan untuk meraih keuntungan politik. Sedangkan Pakatan Rakyat tidak mempunyai locus standi untuk membentangkan belanjawan bertemakan "Ekonomi Rakyat, Negara Berkat" itu, katanya. "Dia tak ada lokus standi. Tawar untuk menang pilihan raya untuk dapat keuntungan politik. "Tetapi kerajaan memberi penekanan kepada semua perkara mengikut prinsip perbelanjaan... (Mengikut) perkara yang dikehendaki oleh rakyat jelata. Katanya lagi, Pakatan boleh "janjikan bulan dan matahari", namun belanjawan sebenar adalah yang dibentangkan kerajaan. "Mereka bukan kerajaan... Banyak komen daripada pakar ekonomi (yang mendakwa) bahawa bajet (mereka) tidak realistik," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program Festival Bahasa dan Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini. Tambahnya, kandungan belanjawan Pakatan itu juga bukan satu perkara baru kerana tawaran memberi kenaikan imbuhan dan gaji telahpun disentuh dalam manifesto Buku Jingga. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan