Jumaat, 21 September 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Serangan Api Misteri - 70 Bomoh Gagal Menghalang

Posted: 20 Sep 2012 04:43 PM PDT

Wan Norfatihah menunjukkan pakaian sekolah yang terbakar akibat api misteri di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu baru-baru ini.

KOTA BHARU - Meskipun sudah menggunakan khidmat 70 orang bomoh dan ribuan ringgit dihabiskan untuk membayar upah mereka, api misteri tetap mengganggu keluarga Zainab Sulaiman di Kampung Penambang Bunga Emas di sini.

Lebih mengejutkan, tidak sampai seminggu api misteri itu mengganggu keluarga itu baru-baru ini, semalam gangguan itu datang lagi ketika Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengunjungi rumah berkenaan bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.



Menteri Besar Kelantan itu mengunjungi rumah tersebut dengan tujuan untuk mengadakan solat hajat dan membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi memohon Allah supaya menjauhkan keluarga itu daripada api misteri itu.

Malangnya kata Zainab, 75, api berkenaan muncul di dalam sebuah bilik di bahagian belakang rumah ketika Nik Abdul Aziz sedang mengadakan solat hajat di ruang tamu rumah mereka.

Bagaimanapun dalam kejadian kali ini, api tersebut tidak membakar sebarang benda atau peralatan di rumah itu sebaliknya hilang begitu sahaja.

Zainab tetap gembira menerima kunjungan Menteri Besar yang sudi membantu menyelesaikan masalahnya sekeluarga.

"Sudah 70 orang bomoh saya guna untuk hapuskan gangguan ini, duit pula sudah habis ribuan ringgit kami sudah hilang punca untuk menyelesaikannya," ceritanya ketika dihubungi di sini semalam.

Episod serangan api misteri membabitkan sebuah keluarga tersebut bagaikan tiada penghujungnya selepas kali pertama berlaku tiga tahun lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, Zainab yang tinggal bersama menantunya, Rafeah Zakaria, 40, dan tiga cucunya, Wan Mohd. Faiz Wan Hanafi, 15, Wan Norfatihah, 14, dan Wan Nurfatini, 12, terus dihantui keresahan kerana serangan tersebut tidak pernah berhenti.

Sepanjang Aidilfitri lalu, keluarga tersebut terpaksa bersengkang mata apabila api misteri berkenaan kembali mengganas dengan serangan antara empat hingga enam kali sehari membakar pelbagai peralatan rumah termasuk pakaian.



Video Profesor Kangkung Ugut Mahasiswa

Posted: 20 Sep 2012 07:03 AM PDT

Barisan Nasional Kalah Tak Akan Kiamat Lagi Dunia

Posted: 20 Sep 2012 05:55 AM PDT

Mulai sekarang kita panggil Datuk Seri Najib Razak Kim Il Najib. Semua gara-gara gambar. Gambar Najib dan Kak Ros adalah gambar suci. Gambar alim agama seperti Nik Aziz takpe kalau diludahi dan dibakar. Ini agaknya yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir bila dia kata selepas PRU13 ini, Najib jadi orang garang. Pada peringkat gambar sahaja, kalau orang tak hormat, tangkap dan tembak. Najib hendak jadi dictator macam Kim Il Sung. Kita tengoklah nanti puak Umno akan memuja pemimpin Korea Utara. Pemimpin Korea Utara pun ummatan wasatho dalam konteks wasathiyah Umno.

Dari sudut itu, Najib sama dengan Kim Il Sung. Jadi, Kim Il Najib lah nama yang paling sesuai dengannya. Seorang komunis dan seorang mengaku dia democrat. Tidak lama lagi, bila kita berdepan dengan gambar Najib, kita semua mesti tunduk hormat macam orang Jepun. Sama seperti rakyat Korea lakukan bila berdepan dengan potret Kim Il Jung atau Kim Il Sung.



Kita orang Melayu yang beragama Islam ini janganlah taksub sangat dengan gambar Najib. Kalau kita hendak orang hormat gambar Najib, kenalah kita juga menghormati gambar orang lain. Ketua Pembangkang sebagai contoh, kalau dalam negeri sistem Westmnister, adalah ketua Pembangkang Raja Malaysia. Seperti juga England, ketua Pembangkang ialah Her Majesty's Oposition Leader. Dia pun PM in waiting. Jadi kenalah hormat juga. Dinegeri yang bertamaddun, kita saling hormat menghormati satu sama lain. Semua terlibat dalam industry yang sama yakni menawarkan kepada rakyat jelata kepimpinan kita, wawasan dan dasar kita dan keperibadian parti kita. Bolehkah kita hormat kalau character parti kita macam samseng?

Kalau kita hendak debat, maka berdebatlah atas dasar pemimpin dan kepimpinan, dasar parti kita dan keperibadian parti kita. Biarkan rakyat buat pengadilan. Kalau Umno bagus, maka Umnolah yang mereka pilih. Kalau PR bagus, maka PR yang mereka pilih. Sesiapa yang menang, kita akan nilai nanti apa yang mereka lakukan.

Apa yang sebenarnya Najib tawarkan kepada rakyat? Menawarkan pemimpin Umno yang berkualiti? Ramai yang korap dan tidak bersih. Yang tuduh pemimpin Umno korap ialah Dr Mahathir sendiri. Dalam suatu jamuan makan tengah hari dengan bekas-bekas menteri kabinet, Dr Mahathir sendiri yang mengistiharkan bahawa semua pemimpin kerajaan/Umno adalah korap dari yang tertinggi sampai kepada yang kecil. Mengikut kefahaman saya yang lulus SA — Sekolah Atap — yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir yang ada weak school certificate, yang korap itu termasuklah Najib sendiri. Bukan saya yang kata, Dr Mahathir yang kata. Dan sebagai PM selama 22 tahun, dalam bab ini saya percaya Dr Mahathir sebab dia ada fail setiap menteri dibawah nya.

Pemimpin Umno bodoh. Bukan saya kata, Dr Mahathir yang kata. Mereka ini semua half-past-six leaders. Dr Mahathir kata, yang cerdik sudah masuk DAP, yang bijak masuk PAS dan yang pandai masuk PKR. Jadi tinggallah yang koro dan koman didalam Umno.

Maka jika pemimpin Umno bodoh seperti yang diperakui oleh Dr Mahathir. manalah boleh kita sandarkan masa depan negara, masa depan orang Melayu dalam tangan pemimpin yang korap, rasuah dan bodoh pula?

Sekarang, bila Dr Mahathir melihat besar kemungkinan Umno kalah, maka dia bertungkus lumus menegakkan benang basah. Kerana itulah, saban minggu Dr Mahathir asyik dok beri taklimat kepada badan perhubungan Umno negeri-negeri supaya menerima calun-calun payung terjun. Kita dah tak ada calun bermutu. Terpaksa ambik dari luar.

Mulakan dari Najib sendiri. Bolehkah Najib dijadikan contoh pemimpin yang baik? Najib sendiri, sebagai pemimpin dia bukanlah maksum. Najib tidak boleh dijadikan sebagai contoh teladan; Najib dan pemimpin Umno tidak mencerminkan pemimpin yang bersih dan pemimpin yang bagus. Kerajaan yang bersih dan kerajaan yang bagus memerlukan pemimpin yang bagus dan bersih.

Dari sudut mana, kita nak jadikan Najib sebagai tokoh wasathiyah? Sebagai pemimpin oang Melayu, dia nampak lembik. Depan orang Melayu dia takutkan orang Melayu dengan DAP. Depan orang Cina dia kata nanti PAS akan sunat dan potong tangan semua orang. Depan orang India dia akan kata PAS dan DAP bahaya. Depan Raja-raja Melayu dia akan kata, kalau PR memerintah, negara ini akan jadi republik. Maka kerja dia hari-hari ialah berdusta dan berbohong.

Dia tidak ikhlas dan jujur bila tolong dan bantu rakyat. Dia akan bantu dengan syarat rakyat kata terima kasih. Dia hanya bantu bila sokong Umno dan Najib. Pemimpin yang jujur dan amanah, bila dia bantu rakyat dia tidak letak syarat. Hendak tolong, tolong kerana itu suatu amanah.

Tidak pernah buat keputusan yang muktamad. Negara dibiarkan dalam keadaan huru hara. Najib tidak berbunyi sedikitpun bila anasir-anasir jahat dan kaki busuk mengacau ketenteraman awam. Najib sebagai PM bisu seribu bahasa bila kaki busuk menggunakan agama untuk pecah belah masyarakat. Agama ajak orang melakukan kebaikan, puak Umno anjur lakukan rusuhan. Najib sebagai ketua amat lemah.

Najib suka lakukan rasuah. Dr Mahathir kata pemberian BR1M dan bayaran-bayarab lain hampir menyamai rasuah dan beli undi. Saya tidak boleh mengatakan sebaliknya apabila pemberian wang sana sini dilakukan dan diinstitusikan. Ertinya, rasuah dan sogokan kepada rakyat dijadikan suatu amalan kebiasaan. Inilah nilai yang hendak diterapkan oleh Najib.

Bagaimana pemimpin Umno hendak dijadikan contoh teladan atau contoh sederhana sebagai umat pertengahan ummatan wasatho? Rakyat dianjur belanja cermat dan jimat, isteri bersalut dengan berlian dan bertatahkan emas? Bagaimana jadi contoh teladan untuk jadi amanah, bila harta benda kerajaan diperlakukan seperti harta sendiri? Jet kerajaan digunakan untuk beli belah dan mengangkut kawan-kawan mandi lulur di Indonesia?

Kemudian bagaimana Umno itu sendiri hendak dijadikan contoh teladan? Ahli dan penyokong tidak ada disiplin dan bertindak macam samseng kampong dusun? Semua jadi Sharif Dol. Penyokong Umno tonggeng bontot didepan rumah Ambiga. Penyokong Umno gesa Ambiga digantung kerana mempunyai pandangan yang berbeza. Inginlah kita ingatkan penyokong Umno, kita hukum gantung pembunuh dan pengedar dadah. Kita gantung bunuh orang yang membunuh Altantuya. Mereka ini kita gantung bukan cerut leher orang yang berbeza pendapat dengan kita.

Malah setiap pemimpin Umno banyak cacat dan cela dari cirri-ciri baiknya. Mereka kata Anwar Ibrahim tidak bermoral, pemimpin Umno pun tidak kurang jahatnya. Orang Melayu tidak peduli sangat cirri-ciri peribadi yang ada pada pemimpin Melayu. Kalau mereka mengutamakan kebersihan moral, tentulah ramai pemimpin Umno ditolak.

Jadi mengapa sekarang apabila tiba membezakan antara pemimpn Umno dan bukan Umno, perhitungan moral seseorang menjadi tersangat penting? Janganlah berpura pura. malu kita bangsa Melayu, bila pemimpin Umno boleh sebut dalam Parlimen — kalau kita korap, mengapa rakyat tetap memilih kami?

Inilah yang kita mahu tukar. Kita jangan lagi memilih pemimpin yang korap sebab memlih mereka menjadikan mereka angkuh dan mereka akan buli dan mem-boss kita.

Yang dalam ketakutan sekarang ialah Umno. Sebab itu dia gunakan segala cara untuk mengikat minda rakyat. Umno ulang cerita lama dengan mengatakan dibawah PR, rakyat tidak ada masa depan. Kalau PR memerintah, orang Melayu terancam sebab DAP akan mendominasi. Masaalah Umno ialah dia ingat Melayu dalam PAS dan Melayu PKR sama standard dengan orang Umno. Najib lupa, jumlah ahli parlimen Melayu tetap mengatasi jumlah ahli parlimen Cina. Calun Umno digantikan oleh calun Melayu dari PAS dan PKR dan calun Melayu DAP.

Apa yang terjadi pada Umno sekarang? Hendak cari calun yang berkaliber dan bermutu dari kalangan 3.2 juta pun susah. Kali ini Umno akan mengenengahkan ramai calun-calun payung terjun. Ini mengesahkan, walaupun Umno itu ramai ahli nya, mutu mereka tidak ada. Setiap minggu Dr Mahathir bertemu dengan badan perhubungan Umno setiap negeri berpesan pada mereka, bersedialah untuk menerima calun-calun yang ditetapkan oleh pemimpin Umno. Mesti buat bai'ah jangan sabotaj Umno. Demikianlah cemasnya Umno. Parti yang ramai ahli, tapi penuh sampah sarap. Bukan saya kata, Dr Mahathir kata dan disahkan dan diperakui oleh Najib dan Muhyiddin. — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).



Video Panas - Bagaimana Najib Akan Menang PRU13

Posted: 20 Sep 2012 04:16 AM PDT



Fitnah Seks - Presiden Pas Saman Mashitah Ibrahim

Posted: 20 Sep 2012 03:36 AM PDT

Setelah ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menyaman seorang doktor di Hosptal Kuala Lumpur (HKL) kerana memfitnahnya semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini turut melakukan tindakan serupa dengan menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim berhubung penyiaran artikelnya yang mengandungi unsur fitnah.

Saman tersebut difailkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Mazwan dan Nasar. Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.



Bercakap kepada pemberita, Ahmad Samsuri menyifatkan tulisan berbentuk fitnah tersebut keterlaluan dan memalukan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Sebelum ini kita sudah minta Mashitah dan Sinar Harian buat permohonan maaf terbuka tapi mereka tidak berbuat demikian maka kita ambil tindakan samanlah," katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan Nasar Khan.

Sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut.

Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian bertajuk "Skandal seks dan krisis politik Pakatan", mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi.

Bagaimanapun, Sinar Harian yang menerbitkan artikel Mashitah telah membuangnya dari laman web mereka tetapi beberapa blog Pakatan Rakyat berjaya menyimpan dan mendedahkan semula di blog masing-masing.

Berikut merupakan artikel yang ditulis Mashitah.

Skandal seks dan krisis politik dalam Pakatan

Oleh Dr Mashitah Ibrahim.

Penangkapan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang.

Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal, malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.

Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga.

Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.

Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan.

Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni).

Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu.

Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala.

Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.

Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi.

Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah.

Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.

Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun.

Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja.

Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.

Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya.

Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.

Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan.

Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah.

Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.

Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang.

Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain.

Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir.


~jalan pulang



Tiada ulasan: