Selasa, 18 September 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Heret Suaram ke mahkamah bukti Najib balas dendam kes Scorpene

Posted: 18 Sep 2012 12:20 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 September: Pendakwaan ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) jelas menunjukkan Perdana Menteri mahu balas dendam ekoran skandal pembelian Scorpene yang dibongkar oleh organisasi hak asasi manusia itu, kata N Surendran.

Naib Presiden KEADILAN itu berkata, adalah menjadi kebiasaan bagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerima bantuan asing.

"Ia langsung bukan merupakan kesalahan di bawah undang-undang. Mendakwa Suaram atas alasan menerima dana dari luar adalah alasan paling dangkal pernah saya dengar hanya untuk menutup pendedahan kes Scorpene," tempelak Surendran.


"Menerima dana untuk niat yang baik adalah sesuatu yang patut digalakkan bukan dikecam, malah kerajaan Malaysia sendiri banyak menyalur dan menerima dana dari luar," katanya ketika dihubungi.

Surendran berkata, kesempatan ini diambil Datuk Seri Najib Razak dengan menekan Suaram melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Dalam kes ini, Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya apabila menggunakan SSM untuk menyiasat Suaram," kata beliau lagi.

Pagi tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan Suaram akan didakwa minggu ini berikutan penerimaan dana sebanyak RM570,000 dari Open Society Institute kepunyaan George Soros.

Jika mendapat bantuan dana adalah kesalahan, maka mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih teruk kerana pernah membayar pelobi Zionis sebanyak AS$1.2 juta bagi mengatur pertemuannya dengan Presiden George W Bush.

Kerajaan Barisan Nasional juga membayar RM77 juta setahun membiayai APCO yang bertanggungjawab menghasilkan slogan 1Malaysia.

Najib juga menggunakan khidmat pegawai Israel, Paul Stadlen (bekas pegawai APCO) sebagai pegawai media di Jabatan Perdana Menteri.

Semua pembiayaan dana di atas tidak dikenakan apa-apa tindakan, justeru ia jelas membuktikan, siasatan dan dakwaan terhadap Suaram bukan atas sebarang kesalahan tetapi hanya untuk menutup kebenaran tentang skandal Scorpene yang semakin mendapat perhatian umum.

Dipetik dari - Short URL: http://www.keadilandaily.com/


Filem Hina Nabi - Negara Lain Demo Sampai Ada Yang Mati.. Pemuda Umno Baru Dok Nilai??

Posted: 17 Sep 2012 07:30 PM PDT

Demo: Pemuda Umno masih nilai, kata Khairy

REMBAU – Pemuda Umno masih lagi menilai sama ada mahu bergabung dengan Pemuda Pas atau sebaliknya dalam mengadakan bantahan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara berhubung filem kontroversi Innocence of Muslims, Jumaat ini.

Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah berkenaan dibuat bagi mengambil kira beberapa perkara antaranya berwaspada dalam hal berkaitan keselamatan semasa bantahan dibuat bagi mempertahankan maruah agama Islam berhubung filem anti-Islam berkenaan.


Menurutnya, tidak timbul isu pihak mana yang menyuarakan bantahan terlebih dahulu, baik Umno mahupun Pas kerana perkara yang lebih utama ialah kesediaan untuk bekerjasama dalam membuat bantahan terhadap filem berkenaan.

"Kesediaan Google untuk menyekat filem kontroversi berkenaan untuk diakses di negara ini juga kita puji dan sokong walaupun syarikat milik AS berkenaan mengamalkan dasar kebebasan bersuar.

"Malah, kita harap agar, YouTube tidak sesekali menyiarkan rakaman video yang boleh menghina mana-mana agama di dunia ini kerana ia sama sekali tidak wajar dipaparkan," katanya ketika ditemui sempena Majlis Perasmian Program Kajian Sejarah warisan Negeri Sembilan di Muzium Rembau Replika Istana Raja Melewar Astana Raja, dekat sini, hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, pihaknya berharap tiada mana-mana pihak yang mempolitikkan isu berhubung filem kontroversi berkenaan dan tidak perlu menyatakan mereka lebih terdahulu untuk membuat bantahan.

"Nampak macam kebudak-budakan... jangan tunjuk sikap tak matang kerana apa yang penting kerjasama semua pihak bagi membantah filem kontroversi berkenaan... Pemuda Umno juga bersedia untuk membuat bantahan tetapi masih belum memutuskan untuk turut sama dengan Pemuda Pas atau tidak Jumaat ini.

"Jika sesuai... saya akan turut serta dengan mereka (Pemuda Pas)," katanya.

Turut hadir, Adun Kota, Datuk Dr. Awaluddin Said; Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Drs Shamsuddin Ahmad; dan Pengarah Politeknik Port Dickson, Mejar (K) Mohd Kharir Mohd Ibrahim.

http://www.sinarharian.com.my/politik/demo-pemuda-umno-masih-nilai-kata-khairy-1.85980


Semoga Allah Melaknat Penghina Tok Guru Ini..

Posted: 17 Sep 2012 09:38 AM PDT



Aku jumpa foto ni kat FB.Aku edit sikit kerana aku pun tak tergamak melihatnya.Haramjadah punya facebooker Umno.

Tergamak mereka menyamakan Tok Guru Nik Aziz dengan binatang haram tu.Inilah sikap facebooker dan blogger Umno yang sering mengedit gambar mengaibkan pemimpin Pas dan PR tanpa menghiraukan adab dan tatasusila.

Setahu aku tidak pernah ada dikalangan facebooker dan blogger PR yang menghina pemimpin Umno/BN seaib ini.

Tindakan anak haram umno ni bukan sekadar hina ulama tapi hina sunah nabi.Adakah anda yang beragama islam masih nak sokong umno?

Rasulullah SAW menyuruh umatnya menjilat jari dan pinggan sesudah makan. Baginda SAW bersabda: "Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan." (HR Muslim)

Di dalam hadis lain menyebut:

"Apabila salah seorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia menyapu tangannya (dengan sapu tangan) sehingga dia menjilatnya atau makanan itu dijilatkan." (HR Bukhari)

Sebab itulah menghirup menghabiskan sisa makanan, menjilat jari, bahkan menjilat pinggan sekalipun adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW.2o adab makan dan minum mengikut sunnah Rasulullah SAW rujuk SINI.

Ni akaun FB si idham ni - https://www.facebook.com/profile.php?id=100002232972562

http://malaysiaberih.blogspot.com/2012/09/penghinaan-maha-dasyat-facebooker-umno.html



Media Umno Memalukan Najib Lagi..

Posted: 17 Sep 2012 05:41 AM PDT

(Perhatikan dua imej dalam bulatan itu - ia serupa - bererti "copy paste" dilakukan -GB)

Dengan tajuk utamanya "Najib: United front crucial for Umno's success in polls", ternyata NST terang-terang membohongi pembaca akhbarnya!

Jika diperhatikan betul-betul gambar di atas, nyata dua imej yang sama diletakkan sebelah-menyebelah bagi menunjukkan kehadiran yang ramai sebagai latar belakang pergerakan Najib Altantuya yang bersalaman dengan ahli sebenar semasa menuju ke dewan tempat persidangan diadakan, dan dengan tujuan yang sama menutup ruang kosong tersebut.


Dengan angkuhnya, Najib Altantuya berkata: "Tanpa mendabik dada dan angkuh, kita perlu bersyukur, rasa rendah diri bahawa kejayaan yangg dicapai selama ini adalah dengan izin Allah," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno yang kununnya dihadiri 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan.

Dengan nada marah bercampur geram, Najib Altantuya menempelak Pakatan Rakyat kununnya Pekan tidak membangun selama dia menjadi ahli parlimen selepas kematian bapanya yang juga perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein.

Tetapi dia lupa akhbar pengampu nombor satunya telah mengedit gambar persidangan tersebut tanpa pengetahuannya.

Nampaknya sekali lagi NST berjaya memalukan Najib Altantuya dengan tindakan bodoh yang sememangnya mudah dihidu penyokong Pakatan Rakyat sebagaimana yang dilakukan sebelum ini oleh agensi berita nasional, Bernama yang turut mengedit gambar pengunjung rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Ogos lalu.


Dipetik dari - jalanpulang/GB


Umno BN peralat murid untuk rembat projek pendidikan

Posted: 17 Sep 2012 05:19 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 September: Kerajaan Umno BN memperalat murid sekolah melalui program pendidikan sebagai topeng untuk merembat wang rakyat, kata bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmud.

Wayang Muhyiddin untuk mendapat perhatian murid sekolah

Ia berikutan pengumuman program 1BestariNet oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

1BestariNet adalah projek pemasangan rangkaian sistem internet 4G di 10,000 sekolah seluruh negara.


"Murid-murid diperalat atas nama program pendidikan. Untuk nampak halal, pihak tertentu menggunakan saluran ini bagi mengaut kekayaan. Kalau satu sekolah membabitkan RM1,000, bayangkan kalau 10,000 sekolah berapa banyak belanja diguna untuk program ini?

"Perkara ini dirancang. Mereka (kerajaan) sendiri buka tender, kemudian pilih pembekal dan kontraktor di kalangan kawan-kawan mereka sendiri. Semua ini wayang," katanya.

"Kita ada pengalaman dalam PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). Hanya setahun lepas guna, (komputer riba) rosak," katanya ketika dihubungi.

Beliau merujuk perkara ketujuh dari sembilan anjakan yang dirangka melalui Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Perkara itu mengandungi komitmen kerajaan bahawa semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang kononnya menyediakan landasan untuk pelaksanaan pembelajaran secara interaktif.

Muhyiddin sebelum ini turut berkata, Kementerian Pelajaran akan mengadakan hari terbuka untuk membolehkan masyarakat meneliti, mendapatkan penjelasan dan memberi maklum balas kandungan laporan tersebut.

Justeru, Nordin menyeru bekas guru-guru sekolah, pensyarah maktab perguruan dan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) meneliti laporan tersebut.

"Kita takut hal (kerugian) ini berulang. Apa yang dirancang Kementerian Pelajaran hari ini, signifikan dengan apa yang pernah berlaku pada dasar PPSMI," tegasnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36206


Tiada ulasan: