Ahad, 16 September 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


PRU13- Khairy Antara LimaYang Bakal Disingkirkan Najib

Posted: 16 Sep 2012 12:51 AM PDT


Sekurang-kurang lima ahli parlimen Umno muda Umno akan digugurkan dari menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. Mereka ialah Khairy Jamaluddin (Rembau), Azalina Othman Saad (Penggerang), Saifuddin Abdullah (Temerloh), Noraini Ahmad (Parit Sulung) dan Fuad Zarkasi (Batu Pahat).

Menurut sumber yang rapat dengan presiden Umno mereka digugurkan kerana sikap politik mereka yang liberal atau pun gentleman yang tidak bertempat. Telatah mereka dalam mendedahkan idealisme juga tidak memberi keuntungan kepada Umno dan ada kalanya kontras dengan dasar diputuskan.


Khairy Jamaluddin, Saifuddin dan Fuad yang dilihat cuba membawa pembaharuan politik orang muda sejajar kehendak Najib melakukan transformasi politik tetapi tidak memberi kelabaan kepada Umno. "Mereka juga degil dan hendak menunjukkan pandai," kata sumber berkenaan.

Manakala dua bekas ketua Umno, Azalina dan Noraini bakal digugurkan kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada parti dan lebih bersikap mendiamkan diri selepas tidak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

Penguguran Azalina dan Noraini juga dikatakan ada sangkut paut dengan Rosmah Mansor.


Kroni - Setpol Jawab Fitnah Ke Atas MB Kedah

Posted: 16 Sep 2012 12:32 AM PDT

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus menjadi mangsa fitnah terbaru blogger pro-Umno, apabila dikatakan menyerahkan projek tanpa tender meneroka kawasan galian di Mukim Temin, Kubang Pasu, bernilai jutaan ringgit kepada syarikat kroni.

Difahamkan, surat daripada Perbadanan Menteri Besar Kedah kepada sebuah syarikat terbabit didedahkan secara meluas di laman-laman blog adalah bukti dakwaan itu.

Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, yang menafikan syarikat berkenaan adalah kroni Azizan dan mempunyai ikatan persaudaraan dengan pemilik syarikat terbabit.


Muhammad Sanusi berkata, galian kuarza ditemui di kawasan hutan oleh sebuah syarikat yang meneroka dan membawa penemuan itu kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk mengadakan jalinan kerjasama.

Memandangkan kawasan berkenaan bukan tanah milik MBI, MBI menganugerahkan kepada syarikat terbabit untuk diusahakan.

"Satu perjanjian usahasama dimeterai antara MBI dan syarikat itu. Antara persetujuan permohonan hak milik tanah dan permit galian dibuat oleh MBI supaya tanah itu terus menjadi milik kerajaan melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pelantikan operator untuk mengeluarkan quartz bawah urusan syarikat terbabit," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Azizan mengakui mengenali pemilik syarikat itu tetapi tiada pertalian darah.

"MB jelaskan di semua syarikat kita ada kumpulan pengurusan profesional yang uruskan kerja, kalau semua MB buat, mereka nak buat apa?," katanya.

Muhammad Sanusi berkata, Azizan turut dimaklumkan mengenai dakwaan blogger Umno bahawa kroni Azizan mendapat balak bernilai jutaan ringgit atas tanah berkeluasan 200 ekar, bagi mencerahkan kawasan untuk tanaman nenas.

"Berdasarkan surat didedahkan blogger itu juga, MBI meminta deposit RM1 juta dan dikira sebagai hasil kepada MBI untuk kerja mencuci dan mengeluarkan sisa kayu di atas tanah seluas 200 ekar. Syarikat itu membayar lebih daripada itu sebab turut disyaratkan membangunkan infrastruktur seperti jalan, parit dan kolam air untuk tanaman nenas," katanya.

Menurutnya, berbanding ketika Barisan Nasional (BN), setiap hektar kawasan pembalakan, Kerajaan Negeri cuma memperoleh RM1,000 bagi hutan dara dan RM500 untuk kawasan sudah kerja.

"Sebagai perbandingan, bawah kerajaan Pakatan Rakyat, pembalakan tebang dan cuci untuk projek Ladang Sejahtera yang di tender Jabatan Perhutanan ialah RM11,000- RM12,000 sehektar. Dalam kes ini, harga ditetapkan MBI sudah melepasi harga tender yang pernah diberikan oleh Jabatan Perhutanan," katanya.

Muhammad Sanusi berkata, surat yang didedahkan oleh blog terbabit adalah dokumen komunikasi antara dua syarikat yang menjalin usahasama untuk pengeluaran galian kuarza, di mana urusan berkaitan projek dibuat oleh pengurusan MBI tanpa campurtangan Menteri Besar.

"MBI bukan dikawal secara langsung oleh Menteri Besar seperti zaman BN. Struktur dan pengurusan MBI sekarang, bukan dikendalikan sewenang-wenangnya. Semua polisi dan keputusan dasar diputuskan dalam mesyuarat

Lembaga Penasihat dianggotai oleh wakil-wakil berautoriti dalam bidang pentadbiran, kewangan, undang-undang dan pelaburan," katanya.

Menurutnya, Lembaga Penasihat MBI dianggotai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan seorang Exco Kerajaan Negeri," katanya.

Muhammad Sanusi berkata, pemilik syarikat berkenaan bukan saudara atau kroni Azizan, kerana bertentangan dengan prinsip Menteri Besar iaitu 'melobi beliau atas alasan kawan lama, saudara, ahli atau pemimpin parti untuk mendapatkan projek adalah langkah untuk menempa kegagalan.'

"Pesan Azizan, berniagalah kerana kamu seorang peniaga, bukan kerana kamu kenal atau saudara kepada pemimpin, termasuk dirinya," katanya, memetik kata-kata Azizan apabila diajukan dakwaan ini.

Muhammad Sanusi berkata, antara kriteria pemilihan tanah untuk dibangunkan MBI ialah kawasan yang sudah diceroboh dan diterokai secara haram oleh mana-mana pihak, untuk mengelak aktiviti penerokaan haram terus berleluasa.

Menurutnya, diharap penjelasan ini dapat melenyapkan fitnah terbaru yang dilemparkan terhadap Azizan, kerana Kerajaan Negeri sekarang telus dalam menjalankan pentadbirannya, dan bersedia disiasat jika disyaki melakukan penyelewengan.


Perkembangan Di Sabah Membuatkan Umno Gelabah Bewak..

Posted: 15 Sep 2012 10:45 PM PDT

Ekoran larangan memasuki Sabah untuk meraikan sambutan Hari Malaysia terhadap 14 orang hari ini, pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menyuarakannya kebimbangan sekiranya perkasa sama berlaku di negeri jiran Sarawak.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual memasuki Sarawak untuk sambutan 16 September di Kuching esok.

Pemimpin nasional Pakatan Rakyat itu apa menandatangani "Pengisytiharan Kuching" bersama Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian (kanan), pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng dan Pesuruhjaya PAS Aham Ahid.


Tidak banyak diketahui tentang deklarasi itu setakat ini, bagaimanapun ia dipercayai berkaitan ikrar pembangkang terhadap perjanjian 18 perkara Sabah-Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.

Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen dalam sidang medianya hari ini berkata:

"Dengan menafikan kehadiran pemimpin nasional ke Sabah dan Sarawak untuk menghadiri perayaan Hari Malaysia, saya fikir ia ironi terbesar dalam sejarah Malaysia, terutamanya menjelang Hari Malaysia."


Pengundi hantu: Selangor kaji cabar SPR di mahkamah

Posted: 15 Sep 2012 04:53 PM PDT

SHAH ALAM – Pendirian Pakatan Rakyat (PR) bahawa Selangor tidak akan menyertai negeri lain pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13) jika diadakan tahun ini sebagaimana yang diumumkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu lalu, bukan satu keputusan muktamad.

Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan , Haniza Talha berkata, pengumuman tersebut adalah pendirian PR yang merestui keputusan Kerajaan Negeri sebelum ini yang akan mengadakan pilihan raya berasingan jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa gagal bertindak membersihkan daftar nama pemilih diragui.


Haniza berkata, dalam isu ini keputusan Kerajaan Negeri mengadakan PRU13 serentak atau asing hanya terletak di tangan SPR.

Malah tegasnya, isu PRU13 berasingan tidak timbul sekiranya SPR bersungguh- sungguh membersihkan senarai nama daftar pemilih yang meningkat mendadak.

"Walaupun telah banyak bukti yang dikemukakan, namun SPR masih gagal bertindak sewajarnya sebaliknya memberikan alasan yang pelik dan tidak munasabah.

"Jika SPR sudah bertindak segera barulah Kerajaan Negeri akan mengumumkan keputusan muktamad sama ada akan mengadakan PRU13 serentak atau sebaliknya. Itu kuasa Kerajaan Negeri ," katanya.

Beliau yang juga Ketua Wanita PKR Selangor berkata, sehingga kini Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti lebih kurang 1,000 nama pengundi diragui di negeri ini hasil siasatan akar umbi dalam Kempen Selangorku Bersih yang dijalankan.

Katanya, Kerajaan Negeri juga akan membawa isu tersebut ke Mahkamah dalam masa terdekat untuk mencabar SPR.

"(Seramai) 1,000 nama pengundi diragui telah dikenal pasti dan ada sejumlah besar nama yang diragui sedang disiasat.

"Kita akan bawa isu pengundi diragui ini ke Mahkamah dalam masa terdekat untuk cabar SPR yang kononnya telus dan senarai nama pengundi adalah bersih," katanya.

Menurutnya, adalah umpama 'menghulurkan leher untuk disembelih' jika Kerajaan Negeri akur dengan keputusan Kerajaan Pusat mengadakan PRU13 serentak sedangkan senarai nama pemilih tidak dibersihkan terlebih dahulu.

Terdahulu, pertambahan pengundi baru di Selangor menjadi isu hangat sehingga Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Samad menetapkan pilihan raya peringkat negeri Selangor tidak akan diadakan selagi daftar pemilih ini tidak bersih walaupun Parlimen telah dibubarkan di peringkat pusat.

Rekod daftar pemilih terkini suku tahun ketiga 2011 menunjukkan pertambahan pengundi baru di Sabak Bernam ialah 5,711, Sungai Besar (6,049) , Hulu Selangor (15,481), Tanjong Karang (4,307), Kuala Selangor (10,083), Selayang (16,189), Gombak (15,467), Ampang (9,467), Pandan (13,175), Hulu Langat (23,334), Serdang (23,748), Puchong (19,772) dan Kelana Jaya seramai 13,714.

Dalam pada itu, di Petaling Jaya Selatan sebanyak 4,143, Petaling Jaya Utara (5,603), Subang (27,765), Shah Alam (15,417), Kapar (21,606), Klang (11,702), Kota Raja (22,256), Kuala Langat (17,172) dan Sepang 14,627.


Bakal Menantu Sultan Johor Tak Izinkan PR Kuasai Johor

Posted: 15 Sep 2012 09:26 AM PDT

Sumber : . http://www.facebook.com/photo.php

Dipetik dari - http://manjongmari.blogspot.com/2012/09/siapa-lelaki-yang-berani-sila-hubungi.html




Wajah Lembu-Lembu Yang Menyerang Bas Merdeka Pakatan Rakyat

Posted: 15 Sep 2012 03:08 AM PDT




Tiada ulasan: