Biaqpila |
- Lagi Pemimpin BN Sabah Bakal Sertai PKR ???
- BONGKAR!!! Penipuan SPR - 64,100 Pengundi Pos Didaftar Dalam Sehari, 5 Juta Tiada Alamat
- LAWAK AHAD: 6 TIN SUSU
- NOH OMAQ BERMIMPI NAK JADI MB SELANGOQ?>
Lagi Pemimpin BN Sabah Bakal Sertai PKR ??? Posted: 30 Sep 2012 12:00 AM PDT SEBELUM ini dalam artikel yang lalu, ReJaM© ada memaklumkan bahawa mengikut perkiraan kasar, 7 lagi ADUN Barisan Nasional Sabah akan sertai KEADILAN, rujuk sini [Pemimpin Sabah]. Nampaknya hal itu sudah hampir pasti menjadi kenyataan apabila Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali( gambar ) menyampaikan ucapan dalam Rapat Pimpinan Nasional KEADILAN 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam menyebut beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional Sabah bakal meninggalkan parti itu. "Sekarang kita ada dua orang pemimpin BN Sabah sertai kita, Insyaallah minggu depan akan ada lagi yang bersama kita," kata Azmin. Difahamkan pihak yang dimaksudkan akan meninggalkan BN tersebut termasuk pemimpin kanan BN di Sabah. Menurut Azmin lagi, pemimpin-pemimpin yang terlibat merupakan pemimpin di peringkat Parlimen dan juga Adun di Sabah. Difahamkan juga sudah ada perbincangan bersama para pimpinan yang dimaksudkan untuk mereka memainkan peranan membawa perubahan di negeri paling miskin di Malaysia itu kerana tiada ruang mereka berbuat demikian jika terus bersama BN. Sebelum ini, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin mengumumkan meninggalkan BN untuk sertai KEADILAN ~ MiloSuam malaysiaberih KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK Penawar Kanser Dan Pelbagai Penyakit Kronik.. Ia BUKAN UBAT, Tetapi Semulajadi & Terbaik Untuk Semua Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel |
BONGKAR!!! Penipuan SPR - 64,100 Pengundi Pos Didaftar Dalam Sehari, 5 Juta Tiada Alamat Posted: 29 Sep 2012 09:00 PM PDT Ia telah didaftarkan pada 9 April 2010 dan menimbulkan pelbagai tanda tanya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia berdasarkan audit yang dibuat pada bulan Mac 2012, kata Anwar. Beliau mendedahkan perkara ini ketika berucap di majlis makan malam perdana anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Melawati malam tadi. Hampir kesemua pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kecuali Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang tidak berapa sihat, berada di majlis itu. Selain itu, audit yang dibuat juga mendapati 77,400 pengundi yang tidak dimasukkan dalam senarai pemilih 2008 telah dimasukkan begitu sahaja dalam senarai ini tanpa melalui proses yang sepatutnya. Audit itu juga mendapati, 2,052 anggota tentera telah dimasukkan dalam senarai pemilih itu tanpa dinyatakan nombor kad pengenalan baru Malaysia. Anwar juga memberitahu, 4.38 juta pemilih yang ada dalam senarai itu tidak mempunyai nombor rumah pada alamatnya manakala 3.3 juta pemilih pula mempunyai nombor rumah sahaja tetapi tidak mempunyai alamat jalan dan sebagainya. "Kesemua ini menimbulkan pelbagai tanda tanya ke atas kewibawaan senarai pemilih ini," kata Anwar. Bagaimanapun, di sebalik kesemua masalah itu, katanya, beliau yakin Pakatan akan menang dalam pilihan raya umum akan datang ini. "Perkembangan yang berlaku di Sabah dan Sarawak serta kehadiran pemimpin mereka malam ini memberikan satu semangat baru kepada kita," kata Anwar. Antara yang hadir malam tadi adalah bekas timbalan menteri, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan anggota Parlimen Wilfred Bumburing serta beberapa nama besar lagi dalam arena politik tanah air. Kedua-dua mereka telah mengumumkan meninggalkan Barisan Nasional dan menyokong Pakatan Rakyat sebelum ini. -HD Anwar:Cubaan menipu PRU,SPR daftar 5 juta pengundi tiada alamat SHAH ALAM 29 September: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur. "Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi. "Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan. "Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12. Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula," kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu. Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat. "Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah. "Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan," katanya. Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan. "Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan. Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga. "Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar," katanya. Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan. "Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya. "Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka," katanya. -KD demolonie KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK Penawar Kanser Dan Pelbagai Penyakit Kronik.. Ia BUKAN UBAT, Tetapi Semulajadi & Terbaik Untuk Semua Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel |
Posted: 29 Sep 2012 06:00 PM PDT IBU: Man, Tolong belikan susu 1 tin kat kedai runcit... ERMM.. klau ader telur, belikan 6 yer.. MAN: Okey mak... (15 minit kemudian) MAN: Nie die 6 tin susu... IBU: Kenapa beli susu banyak sangat nie Man... MAN: Kan ibu kata "kalau ader telur,belikan 6".... Tadi, masa kat kedai runcit, Man tengok ade telur,Jadi Man beli 6 tin susu.. Dalam hati IBU: Anak aku nie terlampau pandai ker bendul KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK Penawar Kanser Dan Pelbagai Penyakit Kronik.. Ia BUKAN UBAT, Tetapi Semulajadi & Terbaik Untuk Semua Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel |
NOH OMAQ BERMIMPI NAK JADI MB SELANGOQ?> Posted: 29 Sep 2012 03:43 PM PDT DEY MACHA!!! DIA NAK CAKAP AKULAH YANG AKAN JADI MB SELANGOQ NANTI TAPI MASALAHNYA KALAU DIA CAKAP UMNO BN AKAN KALAH TERUK NANTI KAH! KAH! KAH! BARU 3,4 HARI LEPAS BAJET DIUMUMKAN MAMAT NI DAH MULA BERANGAN KAH! KAH! KAH! BN: Lepas menang kita tentukan MB S'gor Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata, soal siapa akan menjadi menteri besar sekiranya BN berjaya menawan Selangor dalam pilihan raya akan datang tidak perlu dihebohkan lagi pada masa ini. Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno negeri berkata, BN "tidak kurang tokoh" untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR pada masa ini. "Dalam Umno semua kita ada, ada tokoh korporat, profesional, agama, ahli akademik kita ada. Semua kita ada. "Esok bila kita dah menang, kita akan tentukan siapa akan jadi menteri besar. "Sama seperti Pakatan Rakyat, ada mereka heboh? Yang penting kita menang (terlebih dahulu)," katanya ketika ditanya siapakah calon menteri besar BN di Selangor. Noh sebelum ini antara nama yang dispekulasi sebagai menteri besar dan dikatakan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum akan datang. Dalam sidang media di ibu negara hari ini, Noh hanya menjelaskan bahawa penduduk di Parlimen Tanjung Karang masih mahukannya terus memimpin kawasan itu. "MB akan ditentukan oleh pucuk pimpinan, tapi pengundi Tanjong Karang calonkan saya di parlimen," katanya. Mengulas peluang BN, Noh yakin BN yakin akan menang sekurang-kurangnya 32 kerusi DUN di negeri itu, sekali gus membentuk kerajaan baru. "Saya tidak mahu mendahului takdir, tetapi insya-Allah saya amat yakin kita menang di Selangor.-MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK Penawar Kanser Dan Pelbagai Penyakit Kronik.. Ia BUKAN UBAT, Tetapi Semulajadi & Terbaik Untuk Semua Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan