Biaqpila |
- Dua Pelajar Malaysia Terbunuh Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Russia
- PANAS!!!! SELIPAR TERBANG CIPTAAN PERKASA
- BUAT APA TV3SUKU NAK MINTAK MAAF?
- Perkasa macam Syaitan dan Zionis, apa komen Ibrahim Ali?
- GENG TARIAN PUNGKOQ DIBURU POLIS???
- Perkasa biadap serang Anwar dalam masjid, baling kasut
Dua Pelajar Malaysia Terbunuh Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Russia Posted: 03 Sep 2012 03:00 PM PDT VLADIVOSTOK (Russia): Dua pelajar Malaysia terbunuh dan lima yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di Russia lewat malam tadi, demikian menurut duta besar Malaysia, Datuk Zainol Abidin Omar, pada Isnin. Beliau berkata pelajar itu dikenalpasti sebagai Hanisah Muhd Shah, pelajar tajaan Mara dari Dungun, Terengganu; dan Adzreen Binyati, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dari Putrajaya. Penuntut itu, kedua-duanya pelajar tahun lima dari Akademi Perubatan Negeri Nishny Novgorod, sedang dalam perjalanan menaiki sebuah van dengan lima rakan lain universiti itu dari lapangan terbang Moscow ke Vladimirskaya bila kemalangan berlaku, kata beliau. Beliau berkata pelajar itu baru saja pulang dari Malaysia selepas cuti Hari Raya untuk memulakan semester baru. Zainol Abidin berkata Hanisah mati di tempat kejadian sementara Adzreen dalam perjalanan ke hospital. Beliau berkata van yang dinaiki pelajar itu berlanggar secara berdepan dengan sebuah van lain. Zainal Abidin berkata lima lagi pelajar itu kini dirawat di sebuah hospital di Vladimirskaya. Beliau mengenalpasti mereka sebagai Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza. Ketika memberikan butir-butir kepada wartawan Malaysia yang meliputi sidang APEC 2012, Zainal Abidin berkata bantuan segera telah ditawarkan kepada pelajar berkenaan berikutan laporan daripada seorang daripada mereka mengenai kemalangan itu. "Segala bantuan akan diberikan kepada pelajar di hospital sementara persiapan sedang dibuat segera untuk membawa pulang mayat kedua-dua pelajar itu," kata beliau. "Ini tragedi dahsyat dan yang pertama di sini," kata beliau. Beliau juga berkata keluarga semua pelajar berkenaan telah diberitahu mengenai kemalangan itu. "Mereka begitu terkejut, kerana baru saja beberapa jam sebelumnya pelajar itu meninggalkan Kuala Lumpur," kata beliau. -BERNAMA/mstar KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
PANAS!!!! SELIPAR TERBANG CIPTAAN PERKASA Posted: 03 Sep 2012 08:13 AM PDT PERCAYAKAH ANDA MODEL SELIPAR INI AKAN DIPASARKAN SEBAIK SAJA PARLIMEN DIBUBARKAN BAGI MENAMPUNG KEPERLUAN AHLI PERKASA DALAM TUGAS MEMBALING SELIPAR KEPADA ORANG RAMAI YANG SEDANG BERTAZKIRAH DI MASJID.MOHON ASANG ALI SIASAT AKIDAH DEPA NI SORANG-SORANG. KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
BUAT APA TV3SUKU NAK MINTAK MAAF? Posted: 03 Sep 2012 05:00 AM PDT DEY MACHA!!! BUAT APA TV3SUKU NAK MINTAK MAAF? NAJIB PUN SELAMBA JE KUTUK KELANTAN TV3SUKU JUGA YANG TOLONG SIARKAN RAKYAT KELANTAN PUN MARAH JUGAK TAPI TV3SUKU TAK DAK MINTAK MAAF PUN KAH! KAH! KAH! TENGOK VIDEO NI... TV3: Laporan disalah tafsir, kami minta maaf WARTAWAN SINAR HARIAN 2 September 2012 SHAH ALAM - Stesen TV3 hari ini menjelaskan bahawa penyampaian pengacaranya semasa lintas langsung sambutan Hari Kemerdekaan di Kuala Lumpur Jumaat lalu mengenai Bintulu, salah satu bandar utama di Sarawak, telah disalah tafsir. "Bagi pihak TV3, kami ingin menerangkan bahawa terdapat salah tafsiran terhadap penyampaian oleh pengacara kami Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain ketika merujuk kepada pemilihan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia tahun ini, semasa siaran lintas langsung perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lepas. "Kami meminta maaf jika salah tafsir ini menyinggung mana-mana pihak," kata TV3 dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini. Kenyataan itu menambah, Nurul Syuhada dan TV3 tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan bandar tersebut. Beberapa pemimpin dari Sarawak mengecam dan menggesa stesen itu memohon maaf atas alasan personaliti TV3 telah menjejaskan reputasi Bintulu. Semalam, Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kenyataan pengacara TV3 itu semasa lintas langsung sambutan Hari Kemerdekaan telah menjejaskan reputasi Bintulu. Beliau berkata, kenyataan Nurul Syuhada bahawa Bintulu adalah sebuah kawasan daif bukan sahaja menyinggung perasaan rakyat di kawasan itu tetapi juga Sarawak dan dengan itu beliau meminta stesen televisyen itu segera memohon maaf secara terbuka. "Kenyataan ini dibuat semasa lintas langsung yang ditonton oleh jutaan rakyat yang telah menjejaskan (reputasi) Bintulu. Ia memberikan tanggapan salah mengenai Bintulu yang selama ini telah menyumbang berbilion ringgit kepada pendapatan negara," katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, tidak sepatutnya wujud kesangsian mengenai pemilihan Bintulu sebagai pusat sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September kerana ia mempunyai keupayaan untuk menjadi tuan rumah acara itu. Bintulu ialah satu daripada kawasan di Sarawak yang mencatatkan pembangunan pesat dan menjadi pusat kepada aktiviti pemprosesan minyak dan gas, industri berteknologi tinggi dan sebahagian kawasan penting Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak, kata beliau semalam.-SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Perkasa macam Syaitan dan Zionis, apa komen Ibrahim Ali? Posted: 03 Sep 2012 01:00 AM PDT Dalam facebook dan Twitter hari ini pelbagai jenis nama binatang dan anggota tubuh badan dikaitakan dengan Perkasa. Segala jenis nama binatang yang halal dan haram disebut. Itu semua adalah manisfestasi rakyat yang marah apabila ahli Perkasa menunjuk samseng di masjid Seberang Pumpong ketika Datuk Sri Anwar Ibrahim sedang memberi kuliah. Menurut saksi yang berada di Masjid itu, ada ahli Perkasa yang membaling selipar ke dalam masjid dan ada membuat bising dengan pembesar suara ketika DSAI sedang memberi kuliah. Mereka juga bertindak memadamkan lampu dan memadamkan pembesar suara yang digunakan DSAI sehingga kuliah itu terpaksa diteruskan dengan menggunakan hailer. Dan pelbagai lagi provokasi itu terus dilakukan semasa DSAI memberi tazkirah namun kuliah itu dapat diteruskan jua. Situasi apa yang berlaku disitu dapat dirakam dan telah dimuat turun dalam internet dan menyebab ramai orang yang meilhatnya melahirkan rasa kecewa dan mengutuk perbuatan itu dan menyamakan apa yang berlaku itu sama seperti kerja-kerja syiatan dan zionis. Sebagai Presiden, Ibrahim Ali perlu menjawab perkara ini. Perbuatan seperti ini amat memalukan dan NGO Perkasa perlu dibubarkan kerana NGO ini langsung tidak memberi faedah kepada rakyat Malaysia bahkan memalukan umat Islam dan melayu di negera ini. Sebagai Pertubuhan yang kononnya berjuang untuk melayu sepatutnya memiliki perangai orang melayu namun yang ada pada ahli mereka adalah perangai zionis dan syaitan. Ini kerana, hanya zionis dan syaitan sahaja yang menyerang Masjid. Jika ianya bukan dilakukan oleh ahli Perkasa, maka Ibrahim Ali perlu membuat laporan polis dan menangkap mereka yang membuat kacau dan memakai baju Perkasa. Aku juga ingin mendengar apa komen JATI yang kononnya berjuangkan Islam. Apakah cara ini cara orang yang mempunyai akidah dan moral? Dan aku juga berharap majlis mufti akan membuat fatwa tentang perkara ini. Ini kerana, jika BERSIH dulu pernah diharamkan apakah pula fatwa perbuatan ala zionis ini. Perkara ini perlu dianggap seriuas, ini kerana perbuatan membuat kacau di masjid ketika tazkirah diadakan sangat menghina agama. Dan ianya perlu disiasat dan Perkasa yang dituduh terlibat dalam perbuatan ini perlu menberi penjelas. Adakah ya serangan itu daripada Perkasa atau pun ianya bukan daripada Perkasa. jeminghassan KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
GENG TARIAN PUNGKOQ DIBURU POLIS??? Posted: 02 Sep 2012 10:53 PM PDT DEY MACHA!!! YANG NI DEPA TAK PANDANG PUN... POLIS BURU YANG NI... KAH! KAH! KAH! GENG BENDERA KAT BAWAH NI LAGUMANA PULAK? MOHON DIBURU SEKALI HARUNG LA PASAI DEPA BAWA BENDERA LAIN SAMBUT MERDEKA KAH! KAH! KAH! MOHON JUGAK BURU GENG-GENG NI SEMUA... DAN TERBARU MOHON BURU "SETAN" YANG MUNCUL MENGGANGGU DI MASJID PUMPONG NI... JANGAN JADIKAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA SEBAGAI LELUCON ANTARABANGSA KAH! KAH! KAGHHH!!! Polis 'buru' individu mahu tukar bendera Polis menggesa individu ya ng terlibat membawa bendera alternatif "Sang Saka Malaya" dan pihak yang dalam perhimpunan "Janji Demokrasi" pada malam merdeka tampil membantu siasatan. Menurut kenyataan dalam Facebook, Bukit Aman berkata, ketua polis negara memandang serius perbuatan itu kerana ia bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi. Pasukan keselamatan juga meminta pihak dan saksi kejadian memijak gambar perdana menteri dan isteri turut tampil. Menurut kenyataan itu lagi, siasatan kini sedang dijalankan di bawah seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan, seksyen 504 dan 509 Kanun Keseksaan. Semalam seorang pemblog pro-Umno telah menyalahkan perbuatan tersebut kepada penganjur Janji Demokrasi dengan menuduh bahawa mereka turut mahu menukar bendera kebangsaan, Jalur Gemilang. Menjawab dakwaan itu, juga di blog, penulis yang memperkenalkan diri sebagai "Serigala Selatan" semalam mengaku bertanggungjawab mengibarkan Sang Saka Malaya tetapi tidak berniat menggantikan dengan Jalur Gemilang. Katanya, beliau membawa bendera itu sebagai mahu memperingatkan orang ramai tentang sumbangan tokoh sejarah ke arah kemerdekaan.-MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Perkasa biadap serang Anwar dalam masjid, baling kasut Posted: 02 Sep 2012 06:00 PM PDT (Oleh: Sidiqin Omar) ALOR STAR 2 September: Tidak ubah seperti Zionis, sekumpulan ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah. Tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa ahli Perkasa berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di mimbar masjid Al Husain. Mereka juga bertindak samseng dengan memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya. Selain bertindak kasar, kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah berkenaan. Ketua Perkasa yang dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta, bahkan turut menghalau imam keluar dari masjid berkenaan. Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau, sebelum gangguan itu diredakan polis yang tiba sejam kemudian. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu berkata, beliau turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau. Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam. KD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan