Rabu, 26 September 2012

Biaqpila

Biaqpila


AWAS!!! SINDIKET PENIPUAN TERBARU MELALUI SMS

Posted: 26 Sep 2012 05:00 AM PDT


Rasanya ini bukan perkara baru,kerana ramai orang pernah mendapat sms seperti ini:

From +601119523091
RM0.Your card
tlah brjaya dan
menangi hadiah
GRAND PRIZE.dr
Shell (M) BHD
RM20,000.00
No siri 9R 247 YK
Sila dail talian :
017-8154-978
www.sms-promo.co.cc



Ianya dah lama berlaku,cuma yang terbaru ini sindiket penipuan tersebut menggunakan laman web bagi meyakinkan lagi orang ramai.

Jika anda melayari laman web yang dinyatakan iaitu www.sms-promo.co.cc , anda akan dapat membaca terma-terma dan syarat yang diolah menggunakan bahasa yang tunggang-langgang,campuran bahasa Malaysia dan Indonesia:

Berikut adalah terma-terma dan syarat yang dinyatakan:


  1. Peraduan ini dianjurkan oleh Shell (M) Sdn Bhd dan terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.    
  2. Individu-individu berikut tidak layak untuk menyertai peraduan ini:
  • Kakitangan pihak Penganjur (termasuk anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan) dan keluarga mereka (kanak-kanak, ibu bapa, adik-beradik, pasangan dan saudara terdekat); dan / atau
  • wakil, pekerja, kakitangan dan / atau agen-agen syarikat-syarikat pengiklanan dan / atau pembekal perkhidmatan promosi Penganju (termasuk anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan) dan keluarga mereka (kanak-kanak, ibu bapa, adik-beradik, pasangan dan saudara mara yang rapat).
  1. SMS peraduan cabutan bertuah hadiah mingguan Shell (M) Sdn Bhd itu melalui pengacakan Nombor telepon bimbit mulai dari (A) DIGI, CELCOM, MAXIS, HOTLINK. dan diantarkan melalui message / sms oleh pihak Shell (M) Sdn Bhd.    
  2. Bagi pemenang yang bertuah atau yang sah akan di antarkan melalui message atau sms dari syarikat Shell (M) Sdn Bhd.    
  3. Pemenang SMS cabutan bertuah hadiah mingguan akan di antarkan masuk melalui account bank & proses melalui mesin ATM (A) Sebagai pengesahan pemenang simcard bertuah itu melalui Top up/Reload: DIGI, CELCOM, MAXIS/HOTLINK    
  4. Untuk pihak yang berjaya mendapatkan sms hadiah cabutan bertuah di himbau untuk merepotkan (No.siri: xR xxx YK) yang nampak pada sms    
  5. Pemenang yang mendapatkan SMS hadiah mingguan di himbau untuk dail nombor talian Shell (M) Sdn Bhd yang tersediah pada message / SMS (A) U/information maklumat lanjut sila dail office : 03-13355-0350 / 012-8191-536    
  6. Promotion SMS cabutan bertuah hadiah mingguan yang telah diadakan oleh Shell (M) BHD, sudah di sahkan langsung oleh pejabat MENTERI & PDRM
  7. Hati-hati terhadap penipuan melalui message / sms (A) SMS yang sah telah diadakan oleh Shell (M) Sdn Bhd telah di lengkapi website yang nampak pada message / sms.    
  8. Promotion sms predaduan cabutan bertuah hadiah mingguan yang diadakan oleh Shell (M) Sdn,telah bekerja sama dari pada......


Lebih berani mereka juga menggunakan logo Polis serta peraduan ini juga dikatakan telah disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Sila rujuk di sini: http://www.sms-promo.co.cc/terma.html

Tinjau di laman web rasmi Shell Malaysia memang terdapat peraduan  Shell "Win up to RM60,000 Cash Weekly" Campaign Withdrawal.

Namun berdasarkan apa yang dipaparkan laman web  http://www.sms-promo.co.cc/ ternyata ianya bukan laman rasmi Shell Malaysia kerana terdapat banyak pautan yang tidak boleh di klik serta terdapat banyak kesilapan ejaan dalam terma-terma dan syarat peraduan.Sindiket tersebut menggunakan laman web yang mereka kendalikan sendiri bagi mengabui mata orang ramai.

Harapan kita pihak polis dapat menyiasat perkara ini agar tiada yang menjadi mangsa penipuan.


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

BUDAK PERMPUAN DIROGOL TEPI TANGGA

Posted: 26 Sep 2012 01:08 AM PDT


ALOR GAJAH – Akibat gagal melawan nafsu serakah, seorang remaja berusia 14 tahun sanggup merogol seorang murid Tahun Tiga di kawasan tangga bangunan sebuah sekolah, di sini kelmarin.Bukan saja merogol, malah remaja lelaki berkenaan turut mengugut serta mengacukan senjata tajam kepada murid berusia 9 tahun itu yang tinggal di asrama sekolah berkenaan.

Menurut sumber, murid terbabit menjadi mangsa kerakusan remaja berkenaan Isnin lalu, sebelum sekali lagi berlaku kejadian sama pada Rabu dan Khamis lalu."Murid berkenaan menjadi mangsa sejak Isnin ketika sedang menunggu ibu menjemputnya selepas tamat sesi persekolahan sebelah petang."Mangsa dihampiri remaja berkenaan yang kemudian membawa mangsa menaiki tangga serta merogolnya di kawasan tangga bangunan sekolah berkenaan.

"Remaja terbabit kemudian melepaskan mangsa yang dalam ketakutan dan menghunus senjata tajam ke arah mangsa sambil mengugutnya," katanya. Menurut sumber berkenaan, kejadian sama berlaku selang sehari selepas itu ketika waktu rehat kira-kira 10.30 pagi Rabu lalu apabila murid-murid lain keluar ke kantin.
"Mangsa yang tinggal seorang diri dalam kelas ketika itu didatangi remaja terbabit. Sekali lagi remaja berkenaa melakukan perbuatan terkutuk itu di tangga sekolah dan memberi amaran agar tidak memberitahu sesiapa," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.Menurutnya, mangsa kemudian melaporkan kepada pihak sekolah apabila buat kali ketiga kejadian sama berlaku Khamis lalu, kira-kira 10.30 pagi dan kali ini mangsa diacu senjata tajam di leher.

"Pihak sekolah terkejut selepas diberitahu kejadian itu dan segera memanggil ibu mangsa sebelum bertindak membuat laporan polis," katanya.Katanya, mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.
"Polis sudah mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat ini," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, Mohamad Yusuff Osman ketika dihubungi memberitahu pihaknya ada menerima laporan dan akan menunggu lapo­ran polis sebelum sebarang tindakan diambil.

nescaffesuam

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Ahli Perniagaan Mengaku Sediakan Jet Pada Anwar

Posted: 25 Sep 2012 07:00 PM PDT


KUALA LUMPUR, 25 Sept — Ahli perniagaan Datuk Mohd Taufik Omar mengakui syarikatnya menyediakan jet eksekutif kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berkata ia tidak menjadi kesalahan besar kerana mereka hanya menjalankan urusan perniagaan.

Menurut laporan The Star hari ini, Mohd Taufik menafikan dia adalah pemilik jet tersebut dan enggan mendedahkan jumlah wang yang dibayar bagi khidmat menyediakan jet itu.

"Syarikat saya hanya menguruskan jet peribadi."Oleh kerana ia jet peribadi, maka ia harus menjadi perkara rahsia," katanya dalam The Star.

Mohd Taufik merupakan presiden Persatuan Judo Malaysia, juga pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Kenangan Nilam Sdn Bhd, Asiana Inspirasi Sdn Bhd, KN Capital Sdn Bhd dan T Corp Labuan.

Beliau juga pengarah dalam syarikat Health Solutions (SE Asia) Sdn Bhd, CltlTower Sdn Bhd, Aliran Modern Sdn Bhd dan Vasseti Bhd.

Anwar, sebelum ini, dilaporkan menaiki jet eksekutif bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang lain dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada tarikh tersebut.

Menurut pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter naib presiden PKR Tian Chua beberapa hari lalu, jet eksekutif itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia.

Malah, kehadiran Anwar ke Labuan juga turut menyaksikan kemasukan bekas bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam PKR.-TMI



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Keputusan pilihanraya kampus UIA digantung

Posted: 25 Sep 2012 03:00 PM PDT



Keputusan pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini digantung ekoran masalah teknikal.

Jurucakap universiti memberitahu Malaysiakini, keputusan itu diambil ekoran jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi.

Perkara itu, katanya akan dirujuk kepada Dewan Senat UIA.

Menurut jurucakap UIA juga, jawatankuasa pemilihan kampus akan mencadangkan supaya diadakan pilihan raya semula secara manual dalam tempoh seminggu.

Sekarang ini universiti itu menggunakan pengundian elektronik (e-undi).

Jika cadangan itu diterima, ini bermakna UIA menjadi universiti pertama di negara ini menjalankan semula pilihan raya kampusnya.

Jika tiada masalah, keputusan pengundian di universiti itu sepatutnya sudah diumumkan selewat-lewatnya jam 8 malam tadi.

Sebanyak 31 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya kampus universiti itu pada tahun ini.

Tahun lalu kumpulan Pro-Mahasiswa menang 23 daripada 26 kerusi.

Sementara itu, dalam kenyataan kepada Malaysiakini sebentar tadi, jawatankuasa itu memohon maaf terhadap kesulitan yang dihadapi.

Jawatankuasa itu juga menegaskan prosesnya berjalan lancar tanpa campur tangan luar dan parti politik.

MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Tiada ulasan: