Rabu, 19 September 2012

Biaqpila

Biaqpila


Laporan Polis Ke Atas Ismail Sabri Yaakob Pulak Dah

Posted: 19 Sep 2012 08:06 AM PDT



Ekoran tindakan polis dan pegawai dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyerbu pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Petaling Jaya pagi tadi, NGO tersebut bertindak balas bakal membuat laporan polis esok ke atas Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob.



Dalam satu mesej di Twitter, pertubuhan itu menyatakan:



@SUARAMtweets Penyalahgunaan kuasa menteri datuk ismail sabri. Laporan polis di Ipd PJ esok jam 11 pagi. Turun untuk solidariti”"



Ia berkaitan kenyataan Ismail Sabri yang mendahului siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih belum selesai tetapi Ismail menyalahgunakan kuasanya dengan menuduh Suaram dan memutarbelitkan fakta sebelum disabitkan pertuduhan.



Ini ternyata jelas bertentangan dengan prinsip, sesuatu tuduhan belum boleh dijatuhkan hukuman selagi ia tidak dibuktikan bersalah.



Laporan polis tersebut akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya jam 11 pagi esok.



Kakitangan Suaram pagi tadi bimbang kemunculan pegawai berkenaan bertujuan untuk menyerbu premis mereka dan bertindak menghalang pihak berkuasa itu daripada memasuki ruang pejabat tersebut.



Pegawai berkenaan bagaimanapun tidak membuat serbuan tetapi menyerahkan satu borang "Laporan Pemeriksaan Pertubuhan" kepada Suaram.



Borang berkenaan antara lainnya meminta NGO tersebut memberi maklumat berhubung kegiatan mereka.



Dalam satu catatan pada borang tersebut, Suaram antara lainnya menyatakan bahawa entiti berkenaan merupakan sebuah syarikat yang didaftarkan dengan suruhanjaya tersebut.



"Harap maklum bahawa organisasi kami adalah sebuah syarikat sendirian berhad iaitu Suara Inisiatif Sdn Bhd.



"Kami telahpun diperiksa oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia mulai 3 Julai 2012," kata pengarah eksekutif syarikat tersebut, E Nalini dalam borang tersebut.



Dipercayai siasatan terhadap Suaram bertujuan untuk mengugut supaya NGO tersebut tidak meneruskan skandal penyelewengan komisen kapal selam kelas Scorpene yang bernilai EUR114 juta (RM570 juta) yang sedang dalam siasatan badan kehakiman Perancis.



Dalam perkembangan terkini, Pejabat Peguam Negara mengarahkan SSM menyiasat lebih lanjut akaun dan kesalahan lain yang berkaitan mengikut Akta Syarikat 1965, yang didakwa dilakukan oleh Suaram dan Suara Initiatif Sdn Bhd.

    

Timbalan Peguam Cara Negara II, Tun Abdul Majid Tun Hamzah semasa dihubungi hari ini mengesahkan bahawa kertas siasatan (Investigation Papers - IP) yang dikemukakan SSM tidak lengkap untuk Pejabat Peguam Negara merangka pertuduhan.

    

"Siasatan tidak lengkap dan IP dikembalikan kepada SSM semalam," kata Tun Majid ketika ditanya berhubung laporan media bahawa pertuduhan terhadap Suaram dan syarikat itu dijangka dibawa ke mahkamah, sama ada hari ini atau esok.

    

Sementara itu, seorang pegawai Bank Negara mengesahkan bahawa siasatan ke atas akaun dan "jejak wang" Suaram dan syarikat itu masih berjalan.



Pegawai itu berkata mereka masih mencari "sumber dana itu dan jejak wang dan transaksi lain yang disyaki", dan Bank Negara juga bekerjasama dengan agensi-agensi lain bagi mengelak kemungkinan berlaku pertindihan siasatan sebelum mengemukakan IP mereka sendiri kepada Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut.

jalanpulang1978



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

BETOI KA NAJIB BALAS DENDAM?

Posted: 19 Sep 2012 03:00 AM PDT



HERET SUARAM TANDA NAJIB BALAS DENDAM?

Pendakwaan ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram) jelas menunjukkan Perdana Menteri mahu balas dendam ekoran skandal pembelian Scorpene yang dibongkar oleh organisasi hak asasi manusia itu, kata N Surendran.Naib Presiden KEADILAN itu berkata, adalah menjadi kebiasaan bagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menerima bantuan asing."Ia langsung bukan merupakan kesalahan di bawah undang-undang. Mendakwa Suaram atas alasan menerima dana dari luar adalah alasan paling dangkal pernah saya dengar hanya untuk menutup pendedahan kes Scorpene," tempelak Surendran.

"Menerima dana untuk niat yang baik adalah sesuatu yang patut digalakkan bukan dikecam, malah kerajaan Malaysia sendiri banyak menyalur dan menerima dana dari luar," katanya ketika dihubungi.

Surendran berkata, kesempatan ini diambil Datuk Seri Najib Razak dengan menekan Suaram melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Dalam kes ini, Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya apabila menggunakan SSM untuk menyiasat Suaram," kata beliau lagi.

Pagi tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan Suaram akan didakwa minggu ini berikutan penerimaan dana sebanyak RM570,000 dari Open Society Institute kepunyaan George Soros.

Jika mendapat bantuan dana adalah kesalahan, maka mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih teruk kerana pernah membayar pelobi Zionis sebanyak AS$1.2 juta bagi mengatur pertemuannya dengan Presiden George W Bush.

Kerajaan Barisan Nasional juga membayar RM77 juta setahun membiayai APCO yang bertanggungjawab menghasilkan slogan 1Malaysia.

Najib juga menggunakan khidmat pegawai Israel, Paul Stadlen (bekas pegawai APCO) sebagai pegawai media di Jabatan Perdana Menteri.

Semua pembiayaan dana di atas tidak dikenakan apa-apa tindakan, justeru ia jelas membuktikan, siasatan dan dakwaan terhadap Suaram bukan atas sebarang kesalahan tetapi hanya untuk menutup kebenaran tentang skandal Scorpene yang semakin mendapat perhatian umum.

kl-today

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KANTOI! TNC Universiti Malaya Didakwa Campurtangan Pilihanraya Kampus

Posted: 19 Sep 2012 12:00 AM PDT


Pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya, Edikoup Lakip Sediyanto tidak bersetuju dengan campurtangan Timbalan Naib Canselor (TNC) ke atas sesetengah pihak sempena pilihanraya kampus yang akan diadakan pada 25 September ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah berita tentang kehadiran TNC Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaya (UM) Dr Rohana Yusof ke bengkel bersama Penggerak Mahasiswa tersebar.

Menurut beliau, politik mahasiswa adalah satu persaingan bebas antara mahasiswa di kampus, bukannya persaingan berat sebelah seperti yang diamalkan di dalam kampus UM.

"TNC tidak perlu berat sebelah kepada sebelah pihak sahaja dalam mengadakan seminar atau program-program tertentu. Seharusnya ianya melibatkan kesemua calon dari setiap perwakilan. TNC sepatutnya berperanan dalam kebajikan semua mahasiswa, bukan hanya kepada kelompok tertentu sahaja," katanya dalam temuramah.

"Kemenangan seseorang calon seharusnya ditentukan oleh usaha dan kelayakan yang wujud dalam diri mereka, bukannya diurus oleh pihak TNC. Lebih-lebih lagi dalam hal yang melibatkan dana."

"Biarkan mahasiswa menentukan kemenangan mereka sendiri. Hentikan campur tangan yang berat sebelah ini" ujarnya.

Pada 17 September lalu, Rohana dikesan telah menghadiri sebuah bengkel yang diadakan bersama dengan kumpulan Penggerak Mahasiswa malam itu.

Bengkel yang dimulakan lebih kurang jam 10 malam itu diadakan di Hotel Crystal Crown, tingkat 2, Dewan Utara 1.

Ada yang mentafsirkan pertemuan tersebut ada kaitan dengan konspirasi Ops 2020 yang mendedahkan komplot antara TNC dan Biro IPT Umno.

"Mereka memang benar-benar akan memenangkan pro-Aspirasi/Penggerak dalam pilihanraya kampus kali ini. Mereka benar-benar ingin menghalang kemenangan Pro Mahasiswa selaras dengan objektif Ops 2020 iaitu menghalang kebangkitan moral dalam kalangan warga kampus terhadap Pro Mahasiswa," ujar mahasiswa yang tidak ingin dikenali.

Beliau juga menambah bahawa pilihanraya kampus kali ini akan mencerminkan pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.

"Kita amat bimbang, kerana tidak mustahil mereka akan sanggup memanipulasi keputusan PRK kali ini dengan menggunakan sistem E-Voting (pengundian secara elektronik atas talian) yang jelas melanggar hak asasi mahasiswa dalam sistem demokrasi."

Ops 2020 merupakan satu komplot terancang antara Jabatan Perdana Menteri dengan TNC IPT seluruh Malaysia untuk memenangkan Aspirasi/Penggerak dalam 20 kampus di seluruh Malaysia.

Semalam, blog ini mendedahkan sepucuk surat yang bertandatangan perdana menteri Najib Altantuya mengarahkan supaya Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Zaleha Kamaruddin memberi kerjasama kepada Timbalan Rektor universiti itu yang baru, Mizan Hitam yang dipercayai penyokong kuat Umno bagi memastikan pro-Aspirasi yang condong kepada Umno dan BN menang dalam pilihanraya kampus 25 September ini.

jalanpulang1978



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

55 TAHUN:PEMANDANGAN MACAM NI HANYA DI JUMPAI DI SABAH

Posted: 18 Sep 2012 09:00 PM PDT



Menjejakkan kaki ke negeri di Bawah Bayu Sabah selama lima hari cukup untuk merakamkan 1001 kenangan dan pengalaman yang tidak pasti terlupakan. Siri jelajah pendengaran awam yang dianjurkan DAP Sabah memberi gambaran lebih dekat akan kesulitan dan dilemma yang dihadapi rata-rata rakyat negeri ini.

Tahun 1994 merupakan tahun yang diungkit-ungkit lagi oleh sebahagian besar rakyat. Tumbangnya kerajaan oposisi PBS ketika itu di tangan UMNO-BN dengan cara yang tidak demokratik adalah episod ngeri perluasan pengaruh UMNO di Sabah yang menangguk di air keruh dan menjadi api dalam sekam terhadap keamanan, perpaduan dan keunikan sosio-budaya, politik dan agama di Sabah yang selama ini indah tak terkocak.

Bicara Kampus RTM dedah ketidak seimbangan pembangunan

Siaran langsung rancangan Bicara Kampus pada 10 September 2012 lalu jam 10 dengan tajuk "Integrasi Nasional" telah memberi gambaran dan tamparan apabila seorang wakil pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) saudari Fitrianoviani Hj Khalid yang menimbulkan tanda tanya apabila kenyataannya memberi gambaran bahawa pembangunan di Sarawak (Malaysia Timur) jauh lebih ketinggalan dari Semenanjung.

Malah, 'perbincangan' Bicara Kampus bersama ahli panel dan audien pada malam tersebut digegarkan dengan persoalan 'mana perginya peruntukan belanjawan' yang dibelanjakan kerajaan. Dalam soal jawab telefon turut menampilkan seorang pemanggil yang mempersoalkan 18 dan 20 syarat dan janji kerajaan BN yang masih tidak dipenuhi seawal penggabungan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.

"Semenanjung rompak kami…"

Rombongan kami ke Sabah bukan sekadar menikmati keindahan alam semulajadi. Jauh sekali sekadar rombongan untuk membeli belah. Agenda utama DAP kali ini adalah untuk mendengar rintih adu rakyat yang terpinggir.

Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Kevin membawa kami dari lapangan terbang Kota Kinabalu ke hotel penginapan. "Itu nampak tak, gunung Kinabalu", kata Kevin kepada saya dan Zeon. Disebelahnya adalah Peter, fasih berbahasa Melayu dengan loghat Sabah. Tiba sahaja di hotel sekitar jam 5.30 petang, kami berehat seketika sementara menunggu masa untuk sesi pendengaran awam malam nanti.

Ternyata, sentimen rakyat Sabah masih kuat terhadap Semenanjung. "Semenanjung menindas kami. UMNO rompak hak kami," luah seorang responden kepada saya ketika berbual dengan beliau yang mahu dikenali sebagai Martin sahaja. Seorang Kadazan yang sudah pun mencecah usia emas.

Masakan tidak, kalau dahulu negeri ini pernah lebih kaya dan lebih hebat dari Singapura, kini Sabah dibawah kerajaan BN selama 49 tahun terus menelusuri jalan berliku dengan kemelut kemiskinan, peningkatan harga barang, kebanjiran pendatang asing tanpa izin dan masalah lokal yang seolah-olah tak terselesaikan.

Kota Kinabalu yang dilihat tenteram dan aman, malah segar udaranya tidak mampu lagi menutupi pekik suara rakyat marhaen yang teraniaya dan tertindas sejak sekian lamanya.

Masalah ketiadaan bekalan air dan elektrik sejah puluhan tahun lamanya bukan sesuatu yang asing bagi rakyat negeri ini.

Pasti. Persoalan utama yang berlegar di kepala setiap kita ialah, kenapa Sabah yang kaya dengan sumber asli termasuk gas dan petroleum ini telah ditabal sebagai negeri termiskin sedangkan tidak sedikit Ketua Menteri dan pimpinan UMNO negeri menjadi 'jutawan' malah 'billionaire'?

btmmari



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

BAHAYA NI BEB... JANGAN-JANGAN UNDI PUN COPY PASTE

Posted: 18 Sep 2012 07:00 PM PDT

DEY MACHA!!!
INILAH KERJA MEDIA PENCACAI UMNO
SAMPAI HATI DEPA TIPU NAJIB
KAH! KAH! KAH!

MANA PI MENTERI KOMUNIKASI?
KASI AMBIK TINDAKAN LA
INI GAMBAR SUDAH BIKIN MALU PM
KAH! KAH! KAH!



Warga maya dakwa foto orang ramai di majlis Najib diubahsuai

Warga maya mendakwa gambar yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times telah diubahsuai untuk membuat orang ramai di perhimpunan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan Ahad lepas nampak lebih ramai.

Gambar itu, yang mempunyai salinan tepat orang ramai di latar belakangnya, mula tersebar di Facebook sejak Ahad lalu.

Gambar itu juga telah menarik perhatian blogger termasuk yang pro-Pakatan Rakyat blogger, Milo Suam, yang secara menyindir menulis:

"Besarkan mata anda luas-luas dan cuba perhatikan ada lebih 10 ekor hantu muncul di belakang Najib."

Sementara itu, pereka grafik terkenal Kukubesi secara berseloroh menggalakkan artis grafik di sebalik gambar itu belajar dengannya "supaya mereka boleh mengedit dengan lebih baik".

Gambar itu, yang disiarkan bersama dengan berita bertajuk 'Najib: United front crucial for Umno's success in polls' di lamanweb New Straits Times, telah dikeluarkan.

Cerita itu mendakwa sejumlah 15,000 orang hadir di majlis Najib di Pekan Ahad lepas.

Seorang lagi blogger yang menggunakan nama uppercaise, mendakwa gambar itu mula-mula diterbitkan oleh agensi berita nasional, Bernama. Ini tidak dapat disahkan pada masa penulisan ini.

Usaha untuk menghubungi Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Abdul Jalil Hamid tidak berjaya dan mesej teks juga tidak berjawab.

Ini adalah kali kedua dalam beberapa minggu ini di mana kesahihan gambar yang memaparkan Najib bergaul dengan orang ramai, telah dipertikaikan.

Insiden terakhir melibatkan gambar Bernama di majlis rumah terbuka Najib di Putrajaya. Bernama telah menafikan dakwaan tersebut.-MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

BANDUAN LARI KETIKA KEMALANGAN KERETA POLIS TELAH DITANGKAP

Posted: 18 Sep 2012 06:41 PM PDT

KEADAAN kereta polis membawa banduan yang merempuh belakang lori di Jalan Kuantan-By Pass dekat Taman Dato Rashid, Kuantan semalam.

KUANTAN - Seorang banduan yang baru dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan dadah bertindak agresif dengan bergelut dan menendang anggota polis yang mengiringinya menyebabkan kereta polis yang mereka naiki terbabas dan merempuh belakang sebuah lori.

Kejadian pada pukul 11.45 pagi di Jalan Kuantan-By Pass dekat Taman Dato Rashid di sini itu menyebabkan tiga anggota polis cedera parah manakala banduan itu pula berjaya melarikan diri.

Anggota polis yang cedera ialah pemandu kereta polis, Konstabel Filyx Lansaver Jinol, 25, Koperal Zulhairi Ramli, 24, dan Koperal Abd. Rashid Ahmad, 51.

Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusuff berkata, ketika kejadian, kereta polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953. Mereka bertolak dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor di sini.

"Sampai di tempat kejadian banduan terbabit, Roslan Ismail, 32, tiba-tiba bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum menendang pemandu hingga menyebabkan kereta polis hilang kawalan. Kereta itu terbabas dan melanggar sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu kiri jalan menghala ke Kuantan.

"Selepas kejadian itu, banduan terbabit bertindak melarikan diri dengan tangan bergari menuju ke kawasan hutan berhampiran taman berkenaan," kata beliau kepada pemberita di sini.

Menurut beliau, seorang saksi yang berada di tempat kejadian cuba mengejar banduan terbabit dan menyuruh banduan itu menyerah diri namun dia tidak mengendahkan arahan itu dan terus menghilangkan diri.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan, Mohd. Zamri Abdul Kadir, 22, yang sedang menggantikan tayar sebelah kiri lorinya yang pancit di situ turut mengalami kecederaan di betis kiri akibat rempuhan kereta polis yang membawa banduan itu.

"Polis kini membuat sekatan jalan di sempadan daerah Kemaman, Maran, Temerloh dan Pekan bagi memburu banduan terbabit," kata beliau.

Polis pada pukul 10.25 malam tadi berjaya memberkas semula banduan itu ketika penjenayah terbabit pergi ke rumah penduduk di Taman Dato Rashid untuk meminta air dengan tangan masih bergari.

Banduan yang berasal dari Terengganu itu dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu berkuat kuasa pada 28 Jun lepas.-kosmo


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: