Biaqpila |
- BANDUAN LARIKAN SENJATA API DALAM KEMALANGAN KERETA POLIS
- SIASATAN MASIH BERJALAN TAPI MENTERI DAH NAK DAKWA
- PANAS!!! PUNCA BAS PKR DIBALING CAT TELAH DIKENAL PASTI
- Netbook 1Malaysia: Rosak sebelum sempat digunakan
BANDUAN LARIKAN SENJATA API DALAM KEMALANGAN KERETA POLIS Posted: 18 Sep 2012 07:42 AM PDT Keadaan kereta peronda polis yang telah remuk selepas kemalangan tersebut KUANTAN, 18 Sept - Orang ramai di kawasan Beserah, Balok dan sekitarnya digesa berjaga-jaga kerana dikhuatiri adanya ancaman penjenayah di kawasan mereka. Ini berikutan satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta peronda polis yang sedang membawa banduan telah berlaku di jalan By-Pass (Kuantan-Kemaman) berhampiran Taman Dato' Rashid tengahari tadi. Difahamkan penjenayah terbabit berjaya merampas pistol polis dan melarikan diri menghala ke hutan Beserah menghala ke Pelabuhan Kuantan. Oleh itu orang ramai diminta berhati-hati dan sekiranya ternampak kelibat individu yang mencurigakan, sila laporkan kepada polis.-PDO SAKSIKAN PIALA AFC: ARBIL FC VS KELANTAN PUKUL 11:30 MALAM INI DI SINI ATAUPUN KLIK DI TENGOKBOLA KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
SIASATAN MASIH BERJALAN TAPI MENTERI DAH NAK DAKWA Posted: 18 Sep 2012 05:49 AM PDT Ikrar Suaram: Siasatan Scorpene diteruskan Siasatan di Perancis terhadap dakwaan rasuah dalam perolehan kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, akan diteruskan walaupun jika kerajaan memutuskan untuk mendakwa Suaram atau mengambil apa-apa tindakan terhadapnya, kata NGO hak asasi manusia itu hari ini. Anggota sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh peguamnya bahawa kes Scorpene akan diteruskan. Ketika dihubungi, Cynthia berkata, tindakan terhadap Suaram itu tidak akan memberi kesan terhadap kes di Perancis itu. Cynthia juga mengkritik pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob bahawa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mencadangkan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini tuduhan yang akan difailkan terhadap Suara Inisiatif Sdn Bhd Katanya, ketika menteri itu membuat pengumuman tersebut, pengarah dalam lembaga pengarah dan pengarah eksekutif Suaram masih lagi berada di ibu pejabat SSM, untuk disoal. Cynthia berkata, bagaimana menteri itu boleh membuat kesimpulan tersebut sedangkan siasatan masih berjalan di dalam bangunan SSM.-MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
PANAS!!! PUNCA BAS PKR DIBALING CAT TELAH DIKENAL PASTI Posted: 18 Sep 2012 01:31 AM PDT Mohon pakar umno ni siasat pasai pa pungkoq menatang ni merah DEY MACHA!!! DAHSYAT BETOI LA PAKAR UMNO NI DIA KATA PUNCA ORANG BALING CAT SEBAB LIM GUAN ENG TIUP KEBENCIAN KEPADA PARTI LAWAN SETIAP HARI JADI BILA ORANG BENCI UMNO BN MAKA DEPA AKAN BALING CAT MERAH DEPA TAK BALING BAS UMNO BN TAPI DEPA AKAN BALING BAS PKR KAH! KAH! KAH! Umno P Pinang salahkan k'jaan negeri 'tiup kebencian' Umno Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan melampau peserta demonstrasi pro-BN, termasuk perbuatan khianat ke atas bas kempen PKR, berpunca daripada "kebencian yang ditiupkan kerajaan DAP". Ketua Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dilaporkan Sinar Harian sebagai berkata, ketua menteri Lim Guan Eng sepatutnya "lebih peka, rasional dan tidak harus meniupkan kebencian terhadap parti lawan setiap hari". "Apabila kebencian itu ditiup setiap hari, ia menimbulkan perasaan kebencian rakyat kepada Umno dan BN, pada tahap melepasi batasan sehingga penyokong bertindak baling cat. "Pemimpin politik dinasihatkan supaya memberi tumpuan menceritakan polisi parti, matlamat perjuangan, rancangan-rancangan demi kebaikan rakyat, bukannya meniup kebencian kepada mana-mana pihak yang boleh mengundang kemarahan dalam kalangan penyokong," katanya seperti dipetik akhbar itu. Zainal dalam laporan tersebut bagaimanapun tidak menjelaskan kenyataan oleh kerajaan DAP yang didakwa "meniup kebencian" tersebut, seperti yang didakwanya. Bagaimanapun, Zainal tetap menggesa supaya serangan berkenaan dihentikan segera. "Umno Pulau Pinang mengutuk sesiapa sahaja terlibat dalam perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Tidak kira, individu dari kalangan penyokong parti memerintah, pembangkang atau pihak yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti. "Saya minta pihak polis menyiasat semua kes ini supaya tindakan sewajarnya diambil kepada pihak tidak bertanggungjawab ini," katanya.-MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Netbook 1Malaysia: Rosak sebelum sempat digunakan Posted: 17 Sep 2012 06:00 PM PDT TEMERLOH – Entah di mana silapnya, berdozen Netbook 1Malaysia yang diedarkan kepada pelajar di daerah ini terpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki atas pelbagai kerosakan. Ada antara ibu bapa yang ditemui kecewa kerana hanya sempat menggunakan produk itu dalam tempoh seminggu, malah lebih teruk ada yang mendakwa langsung tidak boleh menggunakannya sejak diterima tiga bulan lalu. Mohd Pauzi Abdul Ghani, 32, dari Bandar Bera, berkata, dia sedikit terkilan apabila dimaklumkan anaknya, netbook berkenaan langsung tidak boleh digunakan. Menurutnya, netbook yang diterima anaknya dalam satu majlis pengagihan Jun lalu itu cuba dihidupkan, namun langsung tidak boleh berfungsi. "Saya sedikit terkilan kerana sudah membeli modem untuk mengakses internet tetapi netbook pula rosak, saya hantar baiki pada 19 Jun lalu dan hari ini baru siap dibaiki," katanya sewaktu mengambil semula netbooknya di salah sebuah kedai komputer, di sini. Mohd Pauzi berkata, sebagai bapa penerima, dia tidak menafikan sumbangan kerajaan dalam membantu pelajaran anaknya, tetapi sedikit terkilan apabila produk yang dibekalkan tidak berkualiti. "Saya takut benda-benda macam ini dimanipulasikan pihak tertentu, mungkin pembekal sendiri tidak mengetahui produk mereka tidak berkualiti, tambahan pula ia diedarkan dalam kuantiti yang banyak dari kilang," katanya. Mohd Pauzi berkata, dia dimaklumkan memang ramai ibu bapa yang mengeluh mengenai produk itu kerana ada yang baru pakai seminggu sudah rosak. Sementara itu seorang lagi bapa, Wahid Ahmad Salleh berkata, anaknya juga langsung tidak sempat menggunakan netbook tersebut. "Anak saya punya pun sama, dapat dalam keadaan sudah rosak, terpaksa hantar ke kedai untuk dibaiki," katanya. Sinar Harian yang melakukan tinjauan selama setengah jam semalam turut mendapati dalam tempoh itu tiga pelanggan datang ke kedai semuanya berkaitan netbook yang rosak. Sinar Harian dimaklumkan kebanyakan ibu bapa menghantar netbook yang rosak pada Jun lalu iaitu selepas menerima pengagihan secara berkelompok di salah sebuah sekolah, di sini. Menurut pekedai, ada juga ibu bapa yang marahkan mereka sedangkan mereka langsung tidak mengetahui hujung pangkal produk itu. "Kami hanya bantu orang ramai, kebanyakan netbook yang dihantar mengalami masalah hardisk, motherboard dan screen rosak," katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memastikan produk dibekalkan itu berkualiti supaya tidak menyusahkan orang ramai. "Kita akan usahakan penyelesaian isu ini kerana kita tidak mahu bantuan yang diberikan kerajaan menjadi bebanan pula kepada ibu bapa apabila produk tidak berkualiti," katanya.-SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan