Jumaat, 7 September 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Lori BN disimbah cat?.. simbah cat pun nak tiru ke?

Posted: 07 Sep 2012 06:09 AM PDT

Berkatalah seorang pencacai UMNO bila bas 'Merdeka Rakyat' disimbah cat ketika bas tersebut menjelah Kelantan baru-baru ini.. katanya " Ini adalah strategi untuk menagih simpati"

"Dengan menggunakan bas yang disimbah cat itu, Anwar berharap rakyat akan simpati kepadanya dan rakyat akan menuduh penyokong UMNO dan Barisan Nasional bertindak ganas, Anwar pakar dalam membuat persepsi dan spekulasi,"

"Itulah politik Anwar, beliau akan menggunakan apa sahaja untuk mendapat simpati, selain itu untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada pemerintah terutama UMNO, strategi sebegini bukanlah perkara baru kepada Anwar, telah digunakan sejak beliau dipecat daripada kerajaan dan UMNO dahulu.

Pembangkang akan menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan simpati daripada rakyat ketika tarikh pilihan raya umum ke 13 semakin akhir kerana mereka beranggapan pilihan raya kali ini adalah peluang terbaik untuk mereka merampas Putrajaya kata pencacai itu lagi..

Siapa pencacai itu? Lihatlah di ( SINI )

Jika begitulah anggapan pencacai UMNO itu dan ramai lagi rasanya terhadap insiden tersebut (videonya sila lihat di SINI ) maka bolehlah kita katakan pula bahawa kejadian di bawah ialah "strategi untuk menagih simpati" rakyat oleh BN Pulau Pinang…


Laporan dari pencacai UMNO tentang insiden ini...Kenderaan Barisan Nasional Pulau Pinang telah disimbah dengan cat merah,Kejadian berlaku dihadapan Taman Manggis.Kejadian ini disedari oleh pemandu lori tersebut pada pagi ini.

Kebetulan  pagi ini Pemuda BN menjemput Lim Guan Eng untuk berdebat dihadapan Taman Manggis mengenai tanah yang yang telah dijual oleh kerajaan negeri.Akan tetapi Ketua Menteri tidak muncul sehingga waktu yang ditetapkan.

Cubaan untuk menagih simpati rakyat Pulau Pinang.
Dah Parking tu.. bayarlaa...
Ada juga pencacai yang melaporkan.. "Lori Pemuda BN Pulau Pinang menjadi mangsa pihak yang dipercayai penyokong kuat pakatan rakyat dengan membalas dendam menyimbah dengan cat merah."

Kejadian itu disedari oleh pemandu lori tersebut pagi tadi. Pemuda BN Pulau Pinang telah membuat laporan ke atas kejadian tersebut.


Tapi nampak macam meniru 'strategi menagih simpati' (pencacai UMNO kata) yang Anwar guna saja...

Macam Najib la korang ni.. semua nak tiru.. apa tak ada otak untuk diguna bagi berfikir untuk mencari idea ke?

Safee Sali sokong Keadilan?.. betul ke?

Posted: 07 Sep 2012 12:58 AM PDT


Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor  Shuhaimi Shafiei berkata, tiada isu yang timbul apabila pemain bolasepak negara, Safee Sali yang menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail baru-baru ini.

"Ini perkara biasa. Kita biasa menjemput pemain-pemain bolasepak untuk turut sama menghadiri program anjuran PKR. Maka, dalam kes Safee ini juga adalah tidak berkecuali.

"Jika benar sekalipun Safee menyokong PKR, itu adalah hak beliau. Malah, sudah ramai atlit negara yang menyatakan sokongan kepada parti politik tertentu. Terbaru , atlit skuasy negara, Azlan Iskandar menyertai Umno. Jadi tiada apa yang mahu dihairankan", katanya ketika dihubungi hari ini.


Manakala ahli timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor,  Khalid Samad berkata, jika Safee menyokong PKR, itu perkara yang baik kerana setiap satu undi adalah bermakna, kerana setiap parti politik yang bertanding memerlukan sokongan daripada seramai mana yang boleh.

Apabila ditanya adakah Safee menyokong PKR, Khalid menjawab, "itu kena tanya dia sendiri."

Gambar Safee yang menghadiri majlis itu tersebar di blog- blog menjadi perbualan dan pertanyaan orang ramai adakah beliau merupakan penyokong PKR.

Pengurus Safee, Zakaria Rahim merupakan penyokong kuat PKR dan merupakan bekas Ketua Cabang PKR.

Sebuah blog dipetik melaporkan Safee menafikan menyokong PKR. Safee katanya sebagai rakyat Malaysia tidak mengambil kira tentang parti yang membuat rumah terbuka itu kerana beliau hanya ingin menemui peminat beliau dan sebagai rakyat Selangor adalah tidak manis jika beliau menolak jemputan rumah terbuka itu - Free Malaysia Today

Lagi gambar-gambar sila lihat di ( MiLo SuaM )

PKR Lancar Treler Jelajah 'Merdeka Rakyat'

Posted: 06 Sep 2012 08:52 PM PDT


PKR melancarkan sebuah treler yang bakal digunakan untuk kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13 dalam satu majlis yang telah dirasmikan oleh presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi ini di ibu pejabat PKR.



Dr Wan Azizah (gambar) dalam ucapan perasmiannya memberitahu treler ini akan menjadi simbol baru buat Pakatan Rakyat (PR) dan merupakan wadah baru bagi perjuangan rakyat.

Ogos lalu, PKR juga telah melancarkan sebuah bas ekpres yang digunakan untuk kempen 'Jelajah Merdeka Rakyat' namun terdapat segelintir mereka yang kurang senang hinggakan ia diserang pihak tidak bertanggungjawab di Kota Bharu.


"Treler tersebut akan memulakan perjalanannya dalam program ceramah pada malam ini yang akan berlangsung di Rantau, Negeri Sembilan.

"Saya berharap tiada lagi insiden yang tidak diingini seperti yang berlaku di Kelantan dan Kedah baru-baru ini," katanya - Jalan Pulang

Baru 49 tahun sajee.. Bersabarlah kata Mahathir kepada Rakyat Sabah dan Sarawak..

Posted: 06 Sep 2012 11:05 AM PDT


Setelah 49 tahun Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan, Mahathir masih meminta rakyat kedua-dua negeri itu bersabar untuk menunggu pembangunan di negeri mereka..

Perlu kita ketahui bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai tarikh kemerdekaan tersendiri iaitu 22 July 1963 untuk Sarawak dan 31 Ogos 1963 untuk Sabah atau dikenali sebagai North Borneo suatu ketika dahulu.

Pencacai UMNO bukan tahu tu.. karang tak pasal-pasal depa kata aku bodoh pulak..

Rakyat Sabah dan Sarawak mesti bersabar menunggu sumber asli dikeluarkan dan pelaburan asing dijelmakan sebelum mendapat pembangunan seperti di Semenanjung Malaysia.

Itu adalah kata-kata kata Tun Dr Mahathir Mohamad.Bekas perdana menteri yang menerangkan perkara ini dalam sesi soal jawab dengan pesara kerajaan dan kumpulan NGO di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

"Sebenarnya, saya fikir pembangunan Sabah dan Sarawak mengatasi semenanjung. Sarawak mempunyai pelaburan asing tertinggi manakala Sabah pula mempunyai simpanan petroleum terbesar di negara ini.

"Bersabarlah dan tunggu sehingga sumber alam dikeluarkan dan tidak lama lagi pembangunan akan meningkat," katanya.

Betul kata Mahathir tu...Bersabarlah orang orang Sabah dan Sarawak.. lagipun baru berapa tahun saja.. dari 1963 ( Sabah dan Sarawak  merdeka) hingga sekarang baru 49 tahun sajeee...

Simpanan Petroleum pun belum dikorek keluar lagi tu... sabarlah ya.. biar UMNO/BN jarah semuanya dulu..

Biar Mat Taib dan kroninya cerahkan semua kayu balak yang ada di Sarawak tu dulu.. sementara itu korang bersabarlah ya...

Be patient, Dr M tells Sabahans, Sarawakians 

The people of Sabah and Sarawak must be patient to wait for natural resources to be extracted and foreign investments to materialise before experiencing the same tempo of development as those in the peninsula.

This was said by former prime minister Dr Mahathir Mohamed when fielding questions in a meet and greet session with government retirees and NGOs in Bangsar, Kuala Lumpur today.

"In truth, I think that the development of Sabah and Sarawak has outstripped the peninsula. Sarawak has the highest foreign direct investment and Sabah has the largest reserves of petroleum in the country.

"Just be patient and wait for the resources to be extracted and soon your earnings (and development) will increase," he continued.

He was answering a question from a Sabahan who wondered why after 55 years of voting BN and having contributed a lot to the coalition's electoral victories, Sabah and Sarawak are still considerably backward in terms of development compared to the frenetic pace seen in the peninsula.

'Devil' remark just an analogy

Mahathir also hit out at those who made much ado about his 'Devil they know" remark.

"Those comments can only come from those who do not understand… It is an English saying."

He explained that it is an anology that uses the devil to explain that people are often better off depending on someone they are familiar with, rather than trusting an unknown and untested party.

The saying, countered Mahathir, has nothing to do with the devil per se.

He was asked on comments from certain quarters who want him to recant his words and repent to God for talking about associating with the devil - Malaysiakini

Tiada ulasan: